Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Ahli Umno vs Umno

LAPORAN POLIS TERHADAP UMNO

Nov 6, 07 7:43pm    

Seorang ahli Umno hari ini membuat laporan polis terhadap parti tersebut kerana mendakwa berlaku perancangan peringkat tertinggi untuk menghalang bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada menghadiri sebagai perwakilan dalam perhimpunan agung tahun lalu.

Dalam laporannya itu, Johari Ismail, seorang ketua Umno di peringkat bahagian di Johor, mendakwa, pada 28 Ogos 2006, Majlis Tertinggi Umno telah membuang tiga halaman minit mesyuaratnya sebelum itu yang membincang cara-cara untuk menghalang Dr Mahathir daripada menjadi perwakilan.

Beliau mendakwa, tiga halaman minit tersebut dibuang atas arahan Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Johari membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi di Jalan Campbell, Kuala Lumpur.

Pada masa itu, Dr Mahathir mengkritik hebat kepimpinan Abdullah yang dipilihnya untuk menggantikan beliau sebagai perdana menteri. Bekas perdana menteri itu mendakwa penggantinya itu tidak mengurus ekonomi negara dengan baik dan berlaku amalan rasuah.

Dr Mahathir bagaimanapun tewas dalam pemilihan perwakilan bagi Umno bahagian Kubang Pasu. Bekas presiden Umno itu kemudian mendakwa beliau tewas kerana berlaku politik wang.

Malaysiakini.com

“I have proof”. Johari Ismail, 49, came out of the Dang Wangi police station at 6.15pm.   He said it took nearly two hours as the cops had to call back the officer-in-charge (who was on duty at the PWTC, where Pak Lah is expected to deliver the Umno presidential address tomorrow) to deal with the report against the Umno President.

Johari said he is backed by no one and no Umno leader had asked him to lodge the report.

“I’m doing this as a concerned Umno member,” said Johari, who is an Umno branch exco member (Kg Tahang Rimau, Segamat, Johor). “I am concerned about the erosion within Umno.”

Johari also told the press conference, “I have proof” that a political crime had been committed by Pak Lah (against Tun Dr Mahathir Mohamad, the former PM) during an Umno Supreme Council meeting of 28 August 2006, and is prepared to face the consequences of his action.

 

THE POLICE REPORT:

Pada Khamis 28 Ogos 2006, jam 300 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UMNO, Ibu Pejabat UMNO, Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah diadakah sebuah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam mesyuarat itu, Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas telah membincangkan secara terperinci usaha menggagalkan mantan Presiden UMNO, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Mesyuarat Agung UMNO 15-17 November 2006, dalam pemilihan Perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006 di Jitra, Kedah.

Dalam perbincangan ini, turut dirakamkan tugasan tugasan yang ditanggung jawabkan kepada beberapa ahli MKT UMNO untuk laksanakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Setelah menyedari Minit Mesyuarat pada 28 Ogos itu mengandungi perbincangan secara terperinci mengenai niat jahat menghalang mantan Presiden UMNO itu dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu, maka Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Brig. Jen (B) Dato’ Hussainay Hashim, Setiausaha Kerja MKT UMNO, mewakili Sekretariat UMNO agar tiga muka surat Minit Mesyuarat tersebut dikecualikan dari Minit Mesyuarat asal.

Walaupun ditegur oleh Ahli MKT UMNO YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim kerana perbuatan mengecualikan sebarang maklumat dari Minit Mesyuarat yang telah direkod dan sediakan itu sebagai menyalahi peraturan mesyuarat, namun begitu Presiden UMNO masih berdegil. Maka arahan itu dilaksanakan dan Minit Mesyuarat rasmi pada MKT UMNO 28 Ogos 2006 telah mengecualikan tiga helai muka surat asal mengenai perbincangan mengenai usaha mengagalkan pemilihan mantan Presiden UMNO sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006.

Olehdemikian, kerana MKT UMNO telah mengesahkan satu Minit Mesyuarat pada 28 Ogos 2006 yang telah di’ubah suai’, maka saya minta siasatan dibuat kerana ini jelas melanggar peraturan mesyuarat dan ujud unsur konspirasi melakukan ‘jenayah politik’ kepada mantan Presiden UMNO.

 

http://rockybru.blogspot.com/2007/11/police-report-against-pm-lodged.html

 

 

November 7, 2007 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: