Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Remember that fleeting episode of rise and fall in rice price? It’s idiosyncratically BN…

Rozaini thinks so, too, and has this piece to share:

Insiden kenaikan harga beras baru-baru ini mempamerkan bahawa pentadbiran yang diketuai oleh PM seolah-olah tidak ambil kisah atau memang jahil mengenai bagaimana keputusan-keputusan yang amat menyentuh kepentingan rakyat seharusnya dibuat.  

Amat malang, dalam konteks harga beras ini, rakyat telah mengalami kesulitan dalam beberapa hari sebelum harga beras diarah diturunkan semula.   Seharusnya, keputusan-keputusan yang buruk sedemikian tidak terlepas dari pengamatan menteri berkenaan, dan juga PM.

Kejadian sorong-tarik sebegini mempertegaskan betapa kerajaan tidak mampu dan tidak teliti dalam memastikan bahawa kesejahteraan rakyat terjamin setiap ketika. 

Adakah proses membuat keputusan oleh kerajaan BN memperlihatkan atau memiliki ciri-ciri decision-making yang professional?

Jika acapkali keputusan yang dibuat oleh suatu badan akan di ubah oleh kerajaan bilamana rakyat bising membantah, adalah lebih baik barisan yang diamanahkan untuk memikirkan hal rakyat jelata ditukar saja dengan barisan yang baru; yang peka, betranggungjawab dan mampu merasai nadi rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat.   Meletakkan menteri, pegawai-pegawai awam dan swasta yang hanya menjadikan keselesaan dan keuntungan wang ringgit sebagai matlamat besar dalam hidup mereka akan mengakibatkan banyak derita terhadap rakyat.   Rakyat memilih sesebuah kerajaan supaya mereka menjadi pemikir bagi kesemua ruang lingkup kehidupan mereka dari sudut dasar dan operasi agar rakyat Malaysia dapat hidup melaksanakan tugasan masing-masing tanpa dibebani tugas-tugas yang memang telah sedia telah diamanahkan kepada para menteri dan pegawai-pegawainya di pelbagai sektor.

Nampaknya rakyat tidak dapat bersandar sepenuhnya pada pentadbiran kerajaan BN yang diketuai oleh PM bagi memastikan kesejahteraan rakyat seluruhnya – rakyat terpaksa buat bising selalu untuk merubah keputusan-keputusan yang buruk! 

July 17, 2007 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Sila layari http://srigading.wordpress.com/

    Comment by Khalid Othman | July 20, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: