Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Taklimat Gerak Kerja Pilihanraya

Taklimat gerakkerja PRU 12 oleh JPRP (Jawatankuasa Pilihanraya Pusat) telah diadakan pada 1 Julai 2007 di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Saudara Azmin Ali, Dr. Mansur Osman dan Pn Fuziah Salleh selaku pimpinan JPRP telah menyampaikan taklimat gerak kerja pilihanraya tersebut kepada wakil-wakil pimpinan dari parlimen-parlimen tumpu yang telah dikenalpasti oleh parti.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga telah menyampaikan amanatnya dan menjawab soalan-soalan dari wakil-wakil bahagian seluruh Malaysia dalam sesi soal jawab susulan dari taklimat. Lebih 100 orang aktivis parti dari 26 bahagian telah hadir.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Kelihatan DSAI, Azmin Ali dan Fuziah Salleh sedang menyanyikan lagu parti sebelum DSAI memberikan amanatnya.

Ketua Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan para peserta agar sentiasa meletakkan kerangka besar dalam minda dan gerak kerja parti khususnya dalam menghadapi piihanraya umum ke -12 nanti. Perjuangan mengenai keadilan, kebebasan dan ketelusan serta Rule of Law dalam pentabiran negara adalah asas perjuangan parti. Segala persoalan titik-bengek seharusnya telah lama diatasi dan tumpuan sepenuhnya adalah kepada memenangi pilihanraya umum nanti.

Saudara Azmin Ali, Naib Presiden KeADILan merangkap pengerusi JPRP, memandang berat isu penipuan BN dan data-data yang meragukan dari SPR, yang langsung tidak memihak kepada Barisan Pembangkang, dengan itu menggesa barisan akhir dalam pilihanraya akan datang, iatu barisan polling agents dan counting agents (PACA) pada hari mengundi wajarlah mantap dan peka tentang segala penipuan yang berpotensi berlaku ketika pengundian dan pengiraan dilaksanakan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Azmin Ali sedang memberi gambaran latarbelakang PR10 & 11 dan ketempangan serius SPR serta langkah-langkah wajar yang harus diambil oleh aktivis parti.

 

“ Tidak ada jalan senang untuk menang… amat penting untuk mengalih para pengundi kepada menyokong keADILan…itu akan menjamin kemenangan parlimen dan DUN.” kata Fuziah Salleh Pengarah 2 Pilihanraya di dalam taklimatnya. Parti Keadilan Rakyat kini telah diakui sebagai parti politik yang memiliki satu sistem menjana undi dan sokongan yang kemas; di mana keADILan dulunya ia dianggap hanya sebuah parti jalanan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Setiap kawasan parlimen dan DUN tumpu akan diaudit sepanjang tempoh hingga tarikh pilhanraya nanti bagi memastikan kesemua kawasan tersebut menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh JPRP tambah beliau lagi.

– Laporan ini telah dikirim oleh Sekretariat Ops Anjak

July 2, 2007 Posted by | Politics | 2 Comments