Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Berderetan janji manis dan lunak BN

Nampaknya Parti Gerakan lebih sedikit politically advantageous kenyataannya megenai penglibatan politik wanita dari Shahrizat Abdul Jalil, dan lagi yang memberi kenyatan itu ialah pemimpin tertingginya, Dr Koh Tsu Koon http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/24/nation/20070624164858&sec=nation; berbanding Umno yang masih belum kelihatan atau kedengaran sezarah komitmen dari pemimpin peringkat tertinggi mereka.

Tetapi assurance Gerakan adalah conditional.   Ia tidak memenuhi tuntutan persetujuan penting mengenai CEDAW oleh Malaysia.   CEDAW (Convention of the Elimination of All Forms of Discrimination against Women – telah diterima dan dimartabatkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1979 lagi) adalah sebuah dokumen yang berhasrat supaya negara-negara yang menandatangani dokumen tersebut memgambil langkah untuk menghentikan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita.   Diantara langkah yang perlu diambil ialah merealisasikan sasaran critical mass 30% perwakilan wanita dalam semua lapisan dan peringkat (dasar, perancangan dan pengoperasian) membuat keputusan.

 

Sudah acapkali didengari janji-janji BN untuk memenuhi 30% perwakilan wanita di semua peringkat decision making ini.   Kali ini, seperti biasa, ia boleh menjadi ungkapan yang bertujuan meraih undi, khususnya di kalangan wanita, dalam Pilihanraya ke-12 nanti.

 

BN telah diberi masa berdekad-dekad untuk menunaikan janji-janjinya terhadap wanita Malaysia.   Apa yang berlaku ialah wanita masih tersisih dalam proses membuat keputusan.  Lebih parah, wanita BN sentiasa tertekan untuk terus sealiran dengan tindakan dan pemikiran terhad golongan yang berkuasa dalam parti-parti komponen mereka sendiri.   Mereka hanya menjadi pengikut yang muted walaupun jelas wujud isu-isu yang wajar diberi perhatian dan dibela seutuhnya.

 

Gender mainstreaming (mengarusperdakan gender) di bawah pemerintahan Umno-BN belum berlaku, maka bagaimanakah akan terlaksana 30% perwakilan wanita di Parlimen dan Dewan Negara?   Seolah-olah kemampuan Wanita Malaysia yang sudah cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut terus-menerus diabaikan.

 

Kegagalan gender mainstreaming oleh Umno-BN adalah menjadi penghalang dan penyebab utama kegagalan isu 30% ini.   Dengan itu, segala agenda wanita dalam Dasar Wanita Negara juga menemui sasaran yang bersifat mediocre.   Peranan wanita sebagai tunggak negara yang mempertahankan kebenaran dan keadilan serta mengembalikan kewarasan agar kezaliman dan segala bentuk penyelewengan dijauhi tidak pernah berlaku sepanjang kewujudan Wanita BN, khususnya Wanita Umno dalam menyaksikan pelbagai isu besar sosio-politik serta ekonomi yang melanda negara sejak merdeka.

 

Wanita BN hanya mengikut rentak dan tari parti masing-masing.   Mereka tidak mampu menentukan halatuju luhur dan mewarnai pergerakan parti masing-masing bagi kepentingan wanita dan kehidupan mereka, yang secara hakikinya adalah untuk kepentingan rakyat seluruhnya.

Buktinya, lihat saja rekod yang telah disediakan oleh Shahrizat sendiri Sabtu lepas dalam media arus perdana.  

Di samping itu, persoalan-persoalan tentang kejayaan perancangan Dasar Wanita Negara belum terjawab kerana tiada ukuran yang jelas disediakan terlebih dahulu.   Undang-undang yang memberi perlindungan kepada wanita dan anak-anak selama ini lembab beroperasi walaupun telah nyata keperluannya.    Akta Keganasan Rumahtangga diperjuangkan selama satu dekad dan mengambil satu dekad lagi untuk beroperasi sepenuhnya menurut roh akta tersebut.   Begitu juga dengan Akta AntiPemerdagangan Orang 2007 yang belum tentu menjanjikan pengopersian sempurna yang segera; sementara itu puluhan ribu mangsa-mangsa sindiket global pemerdagangan manusia akan terus menjalani kehidupan seperti hamba di zaman pasca moden ini dengan risiko penyakit HIV/Aids dan penyakit-penyakit jantina yang lain hasil dari kehidupan seks yang aktif yang dipaksakan ke atas mereka. .

Pembelaan berkesan bagi wanita menerusi mahkamah syariah juga masih terbengkalai kerana tiada kesekufuan undang-undang syariah di mana setiap negeri dan wilayah mempunyai undang-undang syariah mereka sendiri; dengan itu penguatkuasaan efektif tidak boleh berlaku bagi undang-undang syariah yang berlainan – sunguh ramai isteri dan anak-anak yang tidak mendapat nafkah hidup dan harta sepencarian bagi menampung keperluan harian mereka.   Hak minima wanita dalam pekerjaan masih jauh dari dibela sebaik mungkin.   Wanita yang ingin mengandung akan diberhentikan kerja dalam sektor-sektor tertentu dan undang-undang anti sexual harassment  belum wujud.   Sistem sokongan kepada wanita-wanita berdwi kerjaya masih di tahap dismal secara umumnya.   Umno-BN membiarkan wanita dihina oleh wakl-wakil rakyat, yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat umum, dalam institusi luhur seperti di Parlimen.   Pengekspolitasi wanita dalam bidang pengiklanan adalah rampant.   Sektor-sektor pendidikan, kesihatan, bahkan dalam soal cintapun masih wujud diskriminasi terhadap wanita (suami wanita Malaysia yang bukan warganegara tidak dibenarkan menetap di Malaysia).   Bagaimana pula dengan pembelaan terhadap wanita-wanita yang dipaksakan ke atas mereka untuk menjalani kehidupan seorang diri bersama anak-anak yang kehilangan bapa kerana telah ditahan di bawah Akta zalim, ISA, tanpa sebarang bukti?   Tidak akan ada jawapan pembelaan dari Wanita BN untuk persoalan itu.   

Pendek kata, bagi pemerhati dan pengkaji isu-isu wanita, Umno-BN telah tidak mengotakan dengan segera apa yang selama ini mereka janjikan kepada wanita-wanita Malaysia.   Mereka hanya ingin meneruskan  janji-janji manis dan lunak ini untuk menghadapi pilihanraya  ke-12  nanti.

 

June 25, 2007 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. memang tidak dapat dinafikan pelaksanan bagi gender equality dimalaysia masih dalam perarancangan tetapi sampai bilakah ianya mencapai tahap yang dianggap memuaskan?..masyarakat kita pada hari masih memandang isu gender sebagai isu yang belum mampu diketengahkan sepenuhnya..apa yang berlaku pada hari kuasa hubungan antara lelaki dan wanita telah menjadi faktor ketidaksamaan gender dalam ruang public mahupun ruang privite..kesanya nampak jelas apabila kedua-dua ruang ini dikuasai oleh masing-masing didominasi oleh kedua-dua gender tersebut.misalnya ruang domestik untuk wanita dan awam untuk lelaki. mindset masyarakat telah dibentuk oleh persekitaran yang mana masyarakat sendirilah yang membentuk keadaan tersebut..hal ini akan menyebabkan wanita masih lagi berada di dalam takuk yang lama tidak berani untuk membuat perubahan tetapi bukan hanya wanita yang akan membuat perubahan tetapi keseluhuhan masyarakat haruslah mempunyai kepekaan terhadap gender pada hari ini.

    Comment by hasriman | August 6, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: