Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Mengambil isyarat dari Ucapan Dasar Pemberdayaan Wanita Malaysia

Sekali lagi Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil membuat kenyataan seiring dengan pengujaran saya dalam ucapan dasar Pemberdayaan Wanita Malaysia di Kongres Wanita Nasional ke-4, Parti Keadilan Rakyat pada 27 Mei, 2007 yang lalu.

Walaupun laporan akhbar tempatan menyebut (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm) bahawa beliau bercakap mengenai sasaran 30% perwakilan wanita dalam proses membuat keputusan di semua peringkat sebagai Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, ia memberi gambaran bahawa dasar-dasar yang telah tertera dan disidangkan dalam parlimen hanya tinggal dokumentasi yang belum ada nilai sebenar dalam rangka menterjemahkannya dalam pentadbiran negara dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Perwakilan 30% wanita dalam kedudukan membuat keputusan-keputusan penting mengenai kepentingan rakyat jelata merupakan di antara perkara asas untuk berlakunya pemberdayaan wanita. Perspektif wanita kebiasaannya mengambil kira isu-isu yang secara langsung mengesani kesejahteraan rakyat, khususnya mengenai wanita yang menjadi tunggak negara dan anak-anak yang menjadi pencorak perjalanan masa depan pentadbiran masyarakat dan negara, bahkan dunia juga apabila mereka mencapai tahap keupayaan yang mengundang penghormatan global. Kesejahteraan rakyat idak hanya bergantung kepada kehebatan politik dan ekonomi, tetapi ia menggesa suatu agenda reformasi yang melihat potensi rakyat secara keseluruhan dengan mengambilkira juga kesejahteran emosi, jiwa, mental dan spiritual mereka. Menurut pakar –pakar psikologi, lazimnya, wanita adalah lebih hampir kepada isu-isu yang sedemikan dan paling dekat dengan anak-anak yang akan mewarisi tanggungjawab mentadbir negara dan dunia ini.

Jika BN, yang diketuai Umno, sehingga kini hanya menunggu idea-idea dan gesaan dari pihak-pihak yang begitu prihatin dan jelas tentang kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam perlaksanaan dasar negara serta berupaya mengolahkan yang lebih baik dari apa yang ditawarkan oleh BN maka sudah tentu rakyat telah membazirkan banyak wang dan peluang membenarkan BN terus meggunakan kuasa, sumber negara dan khazanah rakyat dengan sia-sia, dengan pemikiran yang lemah lagi merugikan, yang tidak langsung mengangkat martabat rakyat, khususnya wanita serta kejatian yang diperlukan bagi menjadikan mereka tokoh-tokoh dunia yang memiliki nilai dan substance.

Dasar Wanita Negara telah gagal mencapai sasarannya. Bahkan rakyat masih menunggu olahan dasar wanita yang baru yang dijanjikan oleh Menteri Wanita sedikit masa lalu.

June 24, 2007 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: