Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Masa mendatang (the way forward)

Selesai sudah Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2007.   Ia telah diselubungi kenangan yang membanggakan dengan ulitan kata-kata dan ucapan yang penuh semangat daripada para perwakilan dan pemimpin.   Kesemuanya merangsang komitmen dan usaha untuk mencapai cita-cita agenda parti, khususnya dalam gerak-kerja pilihanraya.   Tidak kurang juga berlaku insiden-insiden yang tidak diingin;  pendaftar pertubuhan telah selewat mungkin sebelum Kongres berlangsung menghantar surat yang menjelaskan bahawa (mengugut) parti akan diharamkan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkeras untuk untuk bertanding jawatan Presiden.   Demi kepentingan parti, Anwar telah menarik diri dari bertanding.   Sejurus itu, Abdul Rahman Othman juga telah menarik diri dari bertanding bagi jawatan Presiden.   Dengan itu, Dati Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menang kerusi Presiden tanpa bertanding.

Saya telah menerima pencalonan untuk jawatan Naib Presiden tetapi telah tidak berjaya dalam pertandingan tersebut.   Adat bertanding…ada menang ada yang kalah.

Saya telah meninggalkan jentera Wanita KeADILan seperti seorang ibu yang merasai penuh kehebatan anaknya.   Media massa, dari kalangan pembangkang mahupun yang dikuasai oleh BN telah memberikan liputan positif terhadap Wanita KeADILan.   Saya percaya bahawa susunan baru pemimpin Wanita Keadilan akan meneruskan gerak-kerja dan perjuangan parti dengan semangat yang berkobar-kobar dan penuh disiplin.

Kempen 30% perwakilan wanita di semua peringkat membuat keputusan dalam parti masih memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak.   Ia menuntut suatu agenda yang lebih kemas, bersungguh-sungguh dan berterusan dalam usaha memberi kefahaman dan membentuk penghayatan agar suara wanita didengari dan diteliti di semua peringkat kerana perkara-perkara tersebut berkait amat rapat dengan kesejahteraan insan, keluarga, masyarakat dan negara.   Permintaan 30% perwakilan wanita tersebut adalah tahap minima dalam piawaian antarabangsa menerusi persetujuan antara negara-negara di dunia, termasuk Malaysia.   KeADILan sudah hampir ke arah itu, tetapi belum memenuhi hasrat tersebut.

Saya akan meneruskan perjuangan di dalam parti.   Semalam, saya telah diamanahkan bersama-sama Saifuddin N. dan Azmin Ali untuk portfolio Jawatankuasa Pilihanraya Nasional.

Semoga kita semua diberikan Allah segala keupayaan dan kecukupan dalam semua keperluan, dalam rangka untuk mencapai kemenangan dalam Pilihanraya ke-12 nanti.

May 27, 2007 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. assalamualaikum w.b.t!
    hanya ingin mencuri sekelumit waktu mengucapkan tahniah kpd puan,walau tewas dlm pemilihan naib ketua masih tegar bersama parti.kalau dulu memberdaya wanita kini wajib memberdaya parti.satu tanggungjawab yang lebih besar tentunya.walaupun 30% penyertaan tak tercapai kali ini namun peningkatan dari 15% ke 25 % masih boleh dibanggakan.Saya akui memang kecewa melihat keputusan N/P semalam namun tak mengapalah persaingan merebut amanah & tanggungjawab ini kita raikan dengan bersangka baik terhadap mereka…sebelum terlupa,sampaikan ucapan terima kasih Keadilan Bhg. Ampang kpd team wanita yang turun memberi kursus culaan kepada lebih 100 petugas pilihanraya Parlimen Ampang 2 minggu lalu.Jazakallah Khairan Khatira.

    Comment by hizwan | May 28, 2007

  2. Wassalam
    Saudara hizwan,
    terima kasih diatas kenyataan sokongan saudara dan teman-teman dalam perjuangan
    biasalah… bukan ke kalah menang itu adat bertanding?

    Kehadapan PRU12 menanti kita. Ayuh kita gerakkan jentera parti & beri tumpuan kepada menjatuhkan jentera BN
    Jawatan kak G kehadapan kini lebih mencabar dimana DSAI telah letakkan kepercayaan yang begitu tinggi keatas kak G untuk sama-sama membantu menjana kemenangan dalam PRU12 nanti
    Doakan Kak G ya

    Comment by Fuziah Salleh | May 29, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: