Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kepimpinan Baru Wanita Keadilan

Kepada teman-teman seperjuangan,

Setelah menerajui kepimpinan sayap wanita selama dua penggal, saya kira tiba masanya saya berikan ruang dan peluang kepada kepimpinan wanita lain untuk merealisasikan potensi yang ada dalam diri mereka pula. Kini, wanita dan ramai ahli di akar umbi telah menyatakan hasrat agar saya memberikan sumbangan yang lebih berat amanahnya di dalam perjuangan ini. Dengan rendah hati dan ikhlas untuk bekerja keras dan menyumbang yang terbaik, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Semoga Allah redha.

Terima kasih.

May 20, 2007 - Posted by | Politics

8 Comments »

  1. Salam~

    Kak Jie, teruskan perjuangan. Semuga Allah memudahkan segala-galanya untuk Kak Jie. Kalah p/raya dan pemilihan tidak bermakna kalah perjuangan. Allah SWT melihat ‘apa yang kita usahakan dengan sebaik-baiknya’. On that basis, we have the full trust in you, insyaAllah ameen.

    Ws,
    Abu Ameen Serdang

    Comment by Abu Ameen | May 21, 2007

  2. Assalamualaikum wbt Kak Ji,

    Selepas sekian lama tidak berbicara secara terus atau secara tidak terus dengan Kak ji, hari ini saya tetiba rasa ingin menyuarakan sesuatu untuk kak ji🙂 ye lah mungkin sudah terlalu lama tidak bersua dengan kak ji apatah lagi dapat saya bercakap dengan kak ji, sementelah lagi sesudah saya keluar dari badan perhubungan keadilan pahang serta dari bahagian bera juga.

    Secara peribadi, saya menyanjung tinggi sikap kak ji selama menerajui kepimpinan wanita di peringkat pusat, banyak perkara yang boleh di ambik ikhtibar oleh semua sepanjang menerajui kepimpinan wanita keadilan pusat.

    kesabaran serta ketenangan yang dimiliki memungkinkan kak ji akan lebih tabah untuk terus menaiki tangga naib presiden selepas ini, malahan kalau di kira daripada senioriti yang ada memungkinkan lagi tahap tersebut telah lama kak ji berada di situ.

    Benarlah kata pepatah…ular yang menyusuri akar tidak akan hilang bisanya…pepatah ini amat sesuai untuk kak ji yang saya hormati kerana walaupun mungkin selepas ini kak ji berada di jawatan naib presiden, kehebatan serta kecemerlangan kak ji akan terus berkekalan, Insya Allah

    Insya Allah kak ji akan mendapat kejayaan di pemilihan kongres nasional pada 26-27 mei nanti….Yang pasti Undi dari saya tetap rahsia🙂

    sekian,

    Jazakallahu Khiaran Kathiran

    Raikan Hasrat Anda (RHA) bersama Rizan Hj Ali (RHA)
    calon exco angkatan muda keadilan 2007

    Comment by Rizan Hj Ali (RHA) | May 21, 2007

  3. Saudara Abu Ameen
    Wassalam
    Kak G ucapkan jazakallahu khair di atas doa saudara. Juga di atas kepercayaan yang di tunjukkan oleh teman-teman
    Harap dapat terus berikan sokongan waluapun dalam bentuk doa kalian. Kak G amat memerlukannya
    Semoga Allah redha perjuangan kita semua

    Terima Kasih
    Kak G

    Comment by Fuziah Salleh | May 22, 2007

  4. Wassalaam
    Saudara Rizan,
    Kak G amat terharu dengan pernyataan sokongan terbuka saudara,
    serta juga di atas segala kata-kata ikhlas yang diungkapkan, kak G rasa sebak jugak….
    Memang perjuangan ini sukar. Juga bukannya mudah berhadapan dengan segala rintangan dan halangan dalam perjuangan ini
    Walaubagaimanapun, pendirian kak G, untuk terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan,
    tidak takut dalam menyatakan kebenaran…..
    dan juga jangan sekali-kali menggadaikan prinsip walaupun dalam keadaan kepentingan diri sendiri tergugat
    Semoga Allah tetapkan kita semua diatas landasan kebenaran dan diberikan kita kekuatan untuk terus berjuang dan berkorban sehingga tercapai matlamat.

    Terus berikan sokongan demi kebenaran dan keadilan.
    Semoga juga Allah redha
    Terima Kasih
    Kak G

    Comment by Fuziah Salleh | May 22, 2007

  5. Pandai betul org politik bermain kata2!!! Syabas sdra Rizan…anda telah membuktikan bahawa bahawa anda adalah calon Exco AMK yg pertama yg akan ditendang keluar masa Kongres nanti! Kami di AMK tak perlu org yg tak layak memimpin seperti sdra. Hampir majoriti warga AMK dah tahu sikap sebenar sdra pd Hjh. Fuziah Salleh…tapi kali ni semata-mata nak memancing undi sdra sanggup bersikap munafik! Bersumpahlah dgn nama Allah jika sdra berani? Jgn jd duri dlm daging…jgn jd talam beribu muka! Sdra yg paling lantang menghambur kata2 penuh emosi dan dendam kpd Kak Gee……ingat….ramai yg jd saksi masa tu! Sikap panas baran dan politik kotor sdra tak akan memberi manafaat sedikit pun pd perjuangan suci keADILan. Sdra boleh saja bertukar bhgn ke kutub utara (jika ada yg sudi terima sdra di sana) tp jgn sekali-kali menjual politik murahan sdra. Jgn jadikan Kak Gee sebagai bahan ujikaji sdra. Saya dengan rasa rendah diri berharap Kak Gee agar berhati-hati dgn pujian seperti ini. Saya tidak mahu Kak Gee dipermain-mainkan oleh manusia bernama RIZAN HJ. ALI. Saya juga yakin kebijaksanaan Kak Gee dlm menilai setiap penghormatan yg diberikan. Terima kasih.

    Comment by Anti-Munafik | May 23, 2007

  6. Assalamualaikum Wrth Wbrkth
    Adikku Sdr Anti Munafik,
    Kak G amat hargai dan sanjungi segala peringatan yang saudara ajukan…
    Manusia ni ada berbagai ragam, kan… dan manusia juga tidak lari dari buat kesilapan
    InsyaAllah Kak G sentiasa berdoa yang Allah SWT pelihara kita semua dari segala bentuk kejahatan manusia mahupun syaitan

    Kak G hargai semua kata-kata sokongan, tak kira dari siapa, tapi Kak G jugak bukan jenis yang cepat perasaaan……
    Sekiranya yang mengungkapkan kata-kata tu ikhlas, Alhamdulillah! tapi jika sebaliknya, Allah Maha Mengetahui, dan Allah juga Maha Adil…
    Kalau ada yang marah dek silap faham dengan kak G satu ketika dulu, tapi sekarang dah sedar dan berubah, Alhamdulillah jugak
    Bagi diri Kak G, kita pun semua manusia yang tidak lari dari buat kesilapan,…. yang penting kita belajar dari kesilapan dan juga belajar berjiwa besar serta maaf-memaafkan sesama manusia.

    Terima Kasih sekali lagi
    Semoga kita semua tetap diatas landasan perjuangan kita
    Kak G

    Comment by Fuziah Salleh | May 23, 2007

  7. baguslah bertanding sebab keADILan perlukan wakil dari wanita untuk mengisi jawatan naib presiden. Insya Allah kalau niat kita betul mudahlah perjuangan kita.

    Track record Kak G pun memang sangat memberangsangkan. Saya harap dapat melihat wakil dari wanita keADILan ada di jawatan Naib Presiden.

    Apa2 pun menang atau kalah, kita sentiasa faham perjuangan di dalam keADILan ini bukanlah kerana pangkat, harta mahupun mata benda…

    Good Luck!

    Comment by Oren | May 24, 2007

  8. Assalamualaikum Kak Jie..

    saya mula mengenali dan mengikuti perkembangan kak jie sejak hari pertama kak jie dinobatkan sebagai Ketua Wanita keADILan, ketika itu saya terlalu muda untuk menilai siapakah kak jie yg sebenarnya..

    Detik demi detik, keadilan terus dimamah usia.. Satu persatu hasil gerak kerja kak jie lakukan, dapat saya nilai dgn pertimbangan sewajarnya.. Dengan penuh keyakinan saya merasakan kak jie layak memikul amanah sbgai Naib Presiden.. Memang diakui agak sukar untuk menjangkakan kemenangan Kak Jie.. Cuma saya mampu mendoakan dan berharap agar Kak Jie terus bersemangat untuk melangkah kehadapan..

    Comment by farrel | May 24, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: