Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KONGRES WANITA DAN PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA 2007

Kali ini, Kongres Wanita dan Parti Keadilan Rakyat Malaysia akan bermula pada hari Jumaat 25hb sehingga 27hb Mei 2007 di Seremban, Negeri Sembilan. Ia dijangka meriah kerana 108 bahagian wanita telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Wanita berbanding dengan 92 bahagian wanita di tahun 2006. Tentu sekali tahun ini Kongres Nasional Wanita akan dihadiri oleh lebih ramai perwakilan dan pemerhati. Memandangkan tahun ini juga merupakan tahun pemilihan barisan pimpinan parti disemua peringkat, di mana barisan Exco Wanita Keadilan juga akan turut bertukar. Ramai muka-muka baru dan lama telah mendapat pencalonan dari kalangan aktivis parti dan sekarang semua sedang menunggu tarikh tutup penerimaan pencalonan pada 18hb Mei ini jam 4 petang. Senarai resmi calon-calon yang akan bertanding akan dimaklumkan kepada semua nanti.

Saya sendiri akan membentangkan Ucapan Dasar Ketua Wanita (yang terakhir?) yang bertajuk “Agenda Pemberdayaan Wanita Malaysia”. Tema itu dipilih kerana keadaan semasa wanita Malaysia yang telah menjadikan topik tersebut menjadi keutamaan. Juga ianya akan menjadi asas kepada agenda Wanita KeADILan untuk membela rakyat Apakah yang dimaksudkan dengan Pemberdayaan Wanita Malaysia?

Nantikan pembentangannya di Kongres nanti, ya.

May 17, 2007 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: