Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pembelaan terpilih Menteri Wanita

Kenyataan Media

WANITA KEADILAN

12 MEI 2007

Pembelaan terpilih Menteri Wanita

Kekecohan dalam Parlimen mengenai kenyataan kurang ajar dua ahli Parlimen Barisan Nasional jelas mempamerkan mentaliti ahli-ahli Parlimen BN.

Bukan itu saja, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil terus membisu sepanjang tempoh ahli Parlimen wanita Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dihina dan diperlekehkan oleh dua ahli Parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin)   

Ketika mengemukakan usul mengenai kebocoran siling Parlimen, Bung Moktar yang turut mengambil bahagian berkata: ‘‘Mana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga.”

Walaupun usul untuk bawakan dua ahli Parlimen yang biadap tersebut ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan gagal atas sebab teknikal, Shahrizat hanya membisu berbeza dengan reaksi beliau ketika Abdul Fatah Harun (Pas-Rantau Panjang) berkata ada ibu tunggal yang gatal. Shahrizat pada ketika itu bangun meminta Abdul Fatah menarik balik kenyataannya yang menghina wanita.

Sewajarnya, sikap dan tindakan seorang Menteri dalam hal ini Menteri Wanita menjangkau batas-batas politik kepartaian, menjaga kepentingan wanita dan berpegang kepada prinsip kesaksamaan gender.  Namun, tiada reaksi Menteri Wanita dalam kes penghinaan ahli Parlimen  wanita dari pembangkang  menunjukkan Shahrizat meletakkan kepentingan parti dan peribadi lebih utama daripada hak seorang wanita.

Wanita Keadilan mengecam keras pembelaan terpilih daripada Shahrizat. Apa pula akan terjadi kepada separuh daripada wanita di Malaysia yang menyokong parti pembangkang, jika Shahrizat mengamalkan pembelaan terpilih atau sikap pilih bulu? Adakah ini akan membawa implikasi bahawa, wanita di Malaysia yang tidak menyokong BN akan terus tidak di bela?

Walaubagaimanapun   itulah  hakikat sebenar  mentaliti yang ada pada para Menteri Barisan Nasional yang selalunya meletakkan kepentingan parti dan menjaga kepentingan diri  sendiri melebihi kepentingan rakyat jelata. Kita hari ini menyaksikan manifestasinya. 

HJH FUZIAH SALLEH

KETUAWANITA

PARTI KEADILAN RAKYAT

May 12, 2007 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. Setelah membaca ulasan di atas saya tidak meletakkan diri saya sebagai penentang atau wakil mana-mana parti politik tetapi hanya saya seorang yang bernama wanita.Itulah ragam ahli politik..meletakkan politik lebih dari segala-galanya..walaupun dia adalah seorang wanita..Persamaan gender diantara wanita dan lelaki pada saya tidak patut disamakan kerana masing-masing mempunyai peranan masing-masing, selama mana mereka tidak melampaui batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Wassalam..

    Comment by hjhnoriza | September 17, 2007

  2. Asm hjhnoriza
    petikan dari sebuah laman web:

    “The word “gender” is used to define those
    characteristics of women and men that are
    socially constructed, while “sex” refers to
    those that are biologically determined. People
    are born female or male but learn to be girls
    and boys who grow into women and men.”

    Perkataan “gender” digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri wanita dan lelaki yang dididik menerusi proses sosial, manakala seks merujuk kepada ciri-ciri menurut biologi. Manusia dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan tetapi mereka akan membesar sebagai lelaki dewasa atau wanita.

    Saya rasa, bila “persamaan gender” disebut ia tidak bermaksud untuk menyamakan lelaki dan wanita dari sudut biologi dan peranan, tetapi melihat Keperluan mereka sebagai asas terhadap Pendekatan pendidikan terhadap lelaki dan perempuan, Pengiktirafan terhadap Keupayaan wanita dan lelaki, dari sudut intelektual, emosi dan sosial – kesemuanya dalam konteks mencapai tujuan yang sama dalam kehidupan ini.

    Kepekaan kepada gender mengabilkira aktiviti yang akan menambah nilai kepada sesuatu program dan memanafaatkan kedua-dua lelaki dan perempuan.

    Umpamanya, dalam kursus-kursus pendidikan anak-anak atau keibubapaan, di mana kedua-dua lelaki dan perempuan harus hadir, khususnya para ibu dan bapa, sewajarnya program tersebut dilengkapi dengan nurseri sepanjang kursus tersebut supaya program boleh diikuti dengan baik oleh lelaki dan perempuan. Sewajarnya juga mana-mana program yang boleh dimanafaat, seeloknya dirancang supaya ianya boleh diiukuti oleh lelaki dan wanita (terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil). Kursus-kursus kewangan keluarga, kemahiran-kemahiran moden bagi menghadapi cabaan masakini dan seumpamanya.

    Maka kepekaan terhadap persamaan gender, bagi saya ialah kesedaran yang mendalam terhadap keperluan-keperluan lelaki dan wanita menurut keadaan yang dihadapi mereka dan memberikan peluangan serta pilihan yang luas kepada kedua-duanya dalam mancapai potensi mereka.

    Dengan itu, kurang timbul soal keganasan dalam rumahtangga, kes jenayah yang melibatkan golongan yang lemah (kebiasaannya perempuan), gaji yang tidak sama diberi kepada lelaki dan wanita, walaupun jenis tugasnya sama, diskriminasi dalam soal kenaikan pangkat (lelaki lebih mudah maju dalam kerjaya mereka), tidak kesimbangan nisbah lelaki:perempuan di institusi pengajian tinggi, diskriminasi dalam penamatan perkhidmatan kerana kemurungan ekonomi (wanita lebih dahulu dipecat), dll. Dan oh ya, tidak berlaku penghinaan terhadap orang lain (khususnya wanita, di mana dan bila-bila saja dan di khalayak, apa lagi jika penghina itu seorang pemimpin – lebih parah kerana pemimpin adalah contoh masyarakat).

    Di samping itu, dasar-dasar yang memberi perhatian dan penekanan kepada soal-soal, pendidikan, kesihatan dan sosial anak-anak, generasi masa depan negara kurang berlaku kerana wanita tidak diberi kedudukan yang sewajarnya dalam proses membuat keputusan-keputusan negara dan masyarakat – maka pandangan yang mengamblkira dan mengabil berat soal-soal wanita dan anak-anak jelas kurang berlaku. Lihat saja hanya permintaan kecil untuk minima 90 hari cuti bersalin dengan gaji tidak dapat dilakasanakan kerana kurangnya kepekaan tentang gender di kalangan para pembuat dasar dalam kerajaan. Ada negara (bukan Islam) yang memberikan cuti 2 tahun dengan gaji – sesuai dengan firman Allah dan anjuran RasulNya untuk menyusukan anak selama dua tahun itu.
    Dan lagi dunia kelihatan sewenangnya membuat keputusan untuk berperang sesama sendiri – paling ramai mangsa yang terlibat dalam penderitaan perang ialah wanita dan anak-anak. Saya tertanya-tanya siapakah yang duduk di meja perundingan sebelum perang diisytiharkan dan siapa pula yang duduk di meja-meja perundingan untuk fasa-fasa pemulihan dari peperangan?

    Dalam konteks Malaysia, yang pentingnya, Menteri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia telah sebenarnya gagal dalam mendidik, dan membangunkan masyarakat Malaysia seperti yang kita kehendaki, walaupun peruntukan ratusan juta RM diberi tiap tahun.

    Politik, bagi saya adalah sebahagian dari kehidupan, bahkan agama, di mana pengabaiannya akan mengakibatkan pengabaian dalam bidang-bidang lain kehidupan manusia. Maka wanita yang bersedia dan berkeupayaan wajar menapilkan diri sebagai ahli politik.

    Saya percaya bahawa Puan Fuziah Salleh adalah di antara Tokoh Pembangkang (bukan antara tokoh pembangkang wanita, ya) untuk dipilih sebagai suara yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan dalam Parlimen.

    Jangan percaya kepada apa yang saya tulis saja (atau orang lain tulis), kenalilah beliau secara dekat.

    Comment by jasmin | September 17, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: