Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

PERUTUSAN HARI IBU (13 Mei 2007) : Galeri Semasa Kasih IBU

Assalamu ‘alaikum & Selamat Sejahtera.

Setiap tahun, pada hari Ahad, minggu ke-2 dalam bulan Mei, seluruh warga dunia akan menyambut Hari Ibu dengan penuh perasaan – seringkali perasaan itu berbeza menurut keadaan ibu masing-masing. Ada ibu yang masih hidup, ada pula yang telah kembali ke sisi Tuhannya dan ada ibu pula yang sudah tidak berupaya.

Tahun ini, Hari Ibu disambut pada 13 Mei 2007. Tarikh tersebut mengingatkan kita pada suatu peristiwa yang signifikan, 13 Mei 1969 di mana telah menjadi titik permulaan kepada perubahan perjalanan sosio-ekonomi-politik negara serta hubungan di antara kaum dan bangsa di Malaysia. Sebelum itu, telah tercetus pertumpahan darah di antara kaum-kaum yang utama di Malaysia kerana sikap ingin mendominasi yang kian meluap ketika itu.

Kini di banyak negara di dunia, pertumpahan darah terus berlaku kerana peperangan antara negara, dan perselisihan antara warga setempat. Ada juga pertumpahan darah yang berlaku, walaupun dalam darjah dan skala yang jauh lebih ringan, seperti dalam pilihanraya kecil Dun Ijok baru-baru ini. Juga berlaku keganasan dalam jenayah-jenayah yang makin serius, seperti kes ragut, rogol dan bunuh, khususnya di bandaraya-bandaraya seperti Kuala Lumpur, menjadikan tempat-tempat tumpuan seumpama itu tidak lagi begitu selamat kepada penduduk dan pelancong.

Konsep keibuan seringkali dikaitkan dengan kasih sayang, keamanan, perlindungan dan kebaikan kepada umat manusia. Ibu menjadi simbol kepada keutuhan dan kegemilangan sesuatu budaya dan bangsa manusia di dunia. Ibu berperanan memastikan bahawa keluarga, masyarakat dan negara tetap stabil, intact, dan memiliki nilai budi dan akhlak yang tinggi. Ibu adalah nadi dalam kehidupan setiap insan. Beliau adalah tempat mengadu, bermusyawarah, menyatakan isihati, dan bersenda-gurau. Apalah ertinya dunia tanpa ibu yang menyayangi kita. Kasih sayangnya tiada had dan syarat…begitu murni rasahati seorang ibu.

Pengorbanan pula ciri sinonim bagi seorang ibu. Ibu sentiasa meletakkan kepentingan orang lain mengatasi dirinya. Contoh inilah yang perlu ditauladani oleh semua lapisan dan generasi manusia. Keupayaannya untuk berkorban seolah-olah tanpa batas, walaupun ketika berlaku ketidakupayaan fizikal; kita masih lihat seorang ibu akan tetap cuba sedaya upayanya. Ibu juga akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sekelian yang menjadi amanahnya. Mana ada seorang ibu yang mahukan yang buruk untuk anaknya?

Dunia semakin mencabar dan dipenuhi berbagai arus yang merosakkan umat manusia dan masa depan mereka jika tidak dikawal. Dalam suasana perang di beberapa negara di dunia, peningkatan peratusan jenayah, penyakit AIDS/HIV, perdagangan manusia yang tinggi, insiden korupsi yang membimbangkan, dan pentadbiran negara yang mengabaikan kemaslahatan rakyat telah menjadikan peranan ibu semakin mencabar dan mendebarkan, khususnya dalam memainkan peranannya sebagai penasihat, pengawal suasana, penghalang keburukan dan kemungkaran dan penegak kebenaran dan keadilan. Peranan ibu sedia melewati pengurusan makanan, pakaian dan keselesaan untuk anak-anak dan keluarganya – tidak lagi seperti tanggapan sesetengah orang terdahulu. Tugas ibu merangkumi yang paling utama dalam memastikan bahawa mereka yang di bawah jagaan dan pengurusannya adalah mereka yang memelihara dan menghayati iman serta kepercayaan mereka terhadap Allah, Pencipta mereka. Dengan itu, para ibu akan melakukan segala-galanya untuk mengekalkan apa yang dianjur dan diredai olehNya, menentang segala bentuk penyelewengan dan kemungkaran yang mampu memusnahkan kehidupan insan dan umat manusia. Penyelewengan dan kemungkaran adalah dua perkara yang boleh dengan mudah menyusah dan memporakporandakan kehidupan anak-anak dan anggota masyarakat serta menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan seperti yang telah dipaparkan oleh sejarah. Sebegitu besar peranan seorang ibu yang prihatin dan bijaksana.

Dunia akan menjadi lebih selamat dan jauh dari kemusnahan jika camputangan ibu diizinkan dan nasihat ibu didengari kerana tiada ibu yang akan redha kepada pertumpuhan darah, sebarang bentuk jenayah dan pencabulan hak terhadap mana-mana individu atau kelompok yang lain.

Sudah tiba masanya, sempena Hari Ibu 2007 ini, para pemimpin di dunia, khususnya di Malaysia, menggarap dan merealisasikan hasrat para ibu yang inginkan keamanan dan kesejahteraan yang hakiki, jauh dari sebarang pencemaran nilai dan akhlak – kerana masa depan dunia dan Malaysia sangat bergantung kepada pemimpin dan kepimpinan yang bijak emosi serta meletakkan kepentingan orang lain sebagai mengatasi kepentingan dirinya sendiri.

Sekiranya tiap hari diisytiharkan sebagai Hari Ibu, di mana setiap anak dituntut merenung hasrat ibu dan kemudian dituntut untuk cuba merealisasinya, adakah mungkin akan kesampaian hasrat seorang ibu seperti disebutkan tadi?

Terima Kasih Ibu, kerana inginkan dan doakan yang terbaik untuk kami. Semoga Tuhan sentiasa merahmatimu.

Hjh Fuziah Salleh

Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat Malaysia

9 Mei 2007

——————————————————————————————————————————————————–

 

A Contemporary Gallery of a Mother’s Love

 

Mother’s Day Speech

 

13 MAY 2007

 

Assalamu ‘alaikum &  Selamat Sejahtera.

 

Every year, on the second Sunday of  May, the whole world celebrates Mother’s Day with feelings that vary according to the status of one’s mother – some are still alive, others have passed away, and some are physically challenged.

 

This year, Mother’s Day will be celebrated on the 13th of May 2007.   That date reminds us of a significant historical landmark, 13th May 1969, when the country underwent a change in socio-politico-economic flows and inter-racial relationships among the major races in Malaysia.   Prior to that, a civil unrest had occurred, claiming many lives because of the dizzying intention to dominate other races.

 

In the world today, many people had died in wars between nations and between local compatriots.   There was blood spilled, though in far lesser degree and scale, like those in the recent Ijok by-election.   Violence continued to occur in crimes with increasing rate; snatch-thieving, rapes and killings, particularly in cities like Kuala Lumpur, making such centre of attraction no longer safe for citizens and tourists.

 

The concept of motherhood is often associated with love, peace, protection and goodness to all mankind.   Mother is a symbol of strength and excellence of a culture and race in this world.   A mother functions to ensure that the family, society and country remains stable, intact, and possess high ethical values.   A mother is the nucleus of every person’s life.  We go to her for solace, advice, confession and laughter.   Life is meaningless without our mothers who love us.   Their love is limitless and without condition…such is the purity of a mother’s love.

 

Sacrificial is a character synonym of  Mother.   Mother always put others before herself.   An examplary act for all levels and generation of people.   Her ability to sacrifice seems to be without boundaries, although she may later become physically challenged with age, a mother will continue to give her utmost always.   A mother will always pray for the best for all those under her care.   Is there a mother who wishes ill will to befall her children?

 

 

The world has become more challenging and almost saturated with numerous malice, that will destroy human beings and their future, if not controlled.   War environment in some parts of the world, the continuing increase in crime rates, incidence of AIDS/HIV, high occurrence of human trafficking, worrying prevalence of corruption, and a government administration that ignores the people’s plight have made the responsibility of a mother more challenging and pressured, particularly in playing her role as the counselor, keeper of harmony, protector from fouls and transgression and upholder of truth and justice.   The duty of a mother now goes beyond the preparation of food, clothing and ensuring that children and family are physically comfortable – unlike olden days.   A mother’s main duties, includes making certain that those under her care and management are steadfast in their faith toward Allah, their Creator.    Mothers will do everything possible to maintain what is enjoined and pleasing to Him, fighting all forms of abuse and transgression which can destroy the lives of an individual and all mankind.   Abuse and transgression are two phenomenons that can easily afflict and wreck the lives of children and members of the society and sliding the nation into instability as depicted by history.   Such is the colossal duty of a concerned and astute mother.

 

The world would be a safer place and free from destruction if mothers had anything to do with it and their voices heard for no Mother would allow any killing, crime and trampling on the rights of others..

 

It is time, in conjunction with Mother’s Day 2007, that world leaders, particularly those in Malaysia, become conscious of and give rise to the yearnings of mothers who wish to witness the existence of real peace and harmony, which are rid of the corruption of values and akhlaq – as the future of the world and Malaysia depend on the leaders and leadership which are emotionally intelligent and putting others before themselves.

 

If everyday is declared as Mother’s Day, and every child is expected to ponder on the yearning of  Mother and is counted on to try and make it happen, might there be a chance of the yearning becoming a reality?

 

Thank you Mother, for wishing and praying the best for us.   May God bless you, Mother always.

                

 

 

Hjh Fuziah Salleh

Head

Women of Parti Keadilan Rakyat Malaysia

9 Mei 2007

 

 

May 9, 2007 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: