Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Politik Kotor BN di Machap

Di Macap semalam terdapat satu usaha BN untuk menjatuhkan kredibiliti Sdr Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang
dengan cara mereka mengedarkan satu VCD yang bertajuk VCD PANAS -18SX.
VCD tersebut yang dibalut dengan kertas yang ada logo DAP dan juga gambar calon DAP telah diedar di dalam masjid-masjid.
Di antara kandungan VCD tersebut ialah affidavit Sukma dan gambar-gambar Sdr Anwar yang kononnya bertopengkan agama.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

VCD tersebut nampaknya bertujuan membuat orang Melayu membenci Anwar dengan cara menjatuhkan kredibiliti beliau di mana beliau dituduh munafik.
Kemudian VCD itu juga bertujuan membuat orang Melayu membenci DAP di atas persepsi DAP menikam KeADILan dari belakang.

Saya kira ini propoganda BN yang cukup korup dan tandus dari segi idea dan di masa yang sama terdesak (desperate) untuk mendapatkan sokongan pengundi MACHAP. Seperti biasa BN tidak teragak-agak untuk menggunakan tektik kotor dan keji.

Di antara taktik kotor BN yang lain ialah menggugut para pengundi yang sedia menjadi hos ceramah kelompok dan program anjuran KeADILan .
Di daerah mengundi Melaka Pindah terdapat dua kes di mana tuan rumah menarik balik izinnya untuk mengadakan ceramah di rumahnya (selepas bersetuju dan merendam meehoon satu besen).

Hmmm…. BN pasti tidak akan berubah tapi……bila lah agaknya pengundi Melayu akan sedar?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

April 11, 2007 - Posted by | Politics

6 Comments »

  1. well said..but your last line does drives the stake home!!
    its a matter of when will the people will realise that the power of a proper government
    lies in our hands and votes.
    they should also know that voting for the current politicians who just comes over just because of one by election does not change anything.
    we should show the current government that we no longer fall for their cheap tactics
    where they will pour all the funds before the byelection and forget us after that.
    the thing is..it happens all the time.
    possibly there are no better alternative…so we stick to the same evil.
    what other choices do we have?

    Comment by Chandra | April 11, 2007

  2. Bagi orang yang mengelar diri sebagai pengamal prinsip agama (apa-apa agama pun), lebih-lebih lagi dengan slogan Islam Hadhari; ini adalah satu lagi tindak-tanduk yang mengaibkan agama Islam selaku Pengerusi OIC. Ini kerana masyarakat awam akan beranggapan inilah contoh dan ciri-ciri Islam Hadhari yang dilaung-laungkan sekampong.

    Hanya orang munafik yang tidak akan takut kepada Tuhan demi untuk mengejar kekayaan dan menjaga takhta semata-mata. Ingat:

    Pandai-pandai kamu menfitnah,
    Baunya akan terbocor juga;

    Handal-handal lempar batu sembunyi tangan,
    Pantauan mata Tuhan tidak boleh ditutup juga;

    Cerdik-cerdik menipu orang kampung,
    Zuriat mu akan tanggung balasannya kemudian.

    Comment by Tan Selangor | April 11, 2007

  3. […] lagi, dalam usaha menjadi tuan itu, mereka menggunakan taktik hina yang binatang pun tak sehina […]

    Pingback by Tuan atau wakil? « Kecek-kecek Tok Mudin | April 12, 2007

  4. Serupa aje dengan pas pun… pandai-pandai membuat hukum itu haram-ini haram..sebagai contoh BN kafir sebab parti orang islam bercampur dengan orang bukan islam..Pas Sekarang? ( Pas+Pkr+Dap ) apa kita nak hukum ye?..Cerita fitnah sana sini..hanya orang yang bodoh sahaja yang termakan dengan fitnah sebegitu…memang melucukan mana2 penyokong parti politik yang membuta tuli menuduh orang lain macam2…Anda hanya dengar cerita atau perkara itu berlaku dihadapan anda? hm..aku tak nak subahat dengan anda semua yang suka menjatuhkan orang islam…hanya allah sahaJa yang boleh menghukum orang itu kafir atau bukan..

    Comment by jongos | June 22, 2008

  5. Tak mau terlibat dengan kaum luth

    Comment by jongos | June 22, 2008

  6. hii tuan dan puan semua

    jika anda sayangkan diri dan ingin jaga kesihatan diri sila
    layari website di bawah.

    dan hubungi saya :
    EN FAIZAL : 019 – 240 3576

    http://newimagealphalipid.wordpress.com/

    Comment by afiq | December 5, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: