Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pulang Kampung

Beberapa hari lalu saya telah pulang ke Kuantan, bertemu keluarga, ahli-ahli KeADILan dan teman-teman baru dan lama. Biasanya masa saya akan habis begitu ditambah dengan aktiviti politik dalaman dan beberapa sesi penerangan kepada kumpulan fokus.

KeADILan Bahagian Kuantan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2007. Sekali lagi saya telah dipilih sebagai Ketua Bahagian Kuantan. Seperti biasa, itu suatu amanah yang besar, lebih-lebih lagi ketika pilihanraya umum ke 12 dijangka akan di adakan tidak lama lagi kelak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Menziarah sebuah keluarga di Kuantan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bersama kumpulan fokus

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
musyawarah bersama wanita

March 25, 2007 - Posted by | Politics

5 Comments »

  1. ala…menang pun kerana megat tarik diri…itu pun kerana megat di paksa setelah kak g dan zek campur tangan kan? jadi ketua sekadar menang free kak g tak kemana gak…org biar menang berlawan…pelik yer…kak g berstatuskan pemimpin nasional terpaksa nak berlawan dengan bekas ketua amk kuantan TETAPI terpaksa membawa kononnya amanat DSAI agar tiada pertandingan? lucu sangat kak g oiii…zek pun satu gak kata sama gak amanat DSAI? lawak sungguh…untuk pengetahuan kak g..terdapat 2,3 bahagian2 di pahang ni langsung tak mencalonkan nama kak g samada sebagai ketua wanita pusat apatah lagi untuk dicalonkan sebagai naib presiden? kalu nak menang free gak..cubalah pengaruh perwakilan nanti dengan amanat DSAI gak…

    konon jadi ketua lagi sekali atas permintaan orang2 kuantan…mana ada?

    Comment by geng2_megat | March 29, 2007

  2. Kesiang Megat……dia dipergunakang dan di perkudakang oleh orang yang panggil diri geng2 dia….Megat dok tau yang geng2 dia nih ada agenda peribadi nok jatuhkan DSAI.

    Kesiang KakG…. Dia memang kabo doh yang dia tok larat berulang KL-Kuantan. Dia kabo jugok yang dia nok pindoh kawasang ke wilayah.
    dengornye ada ketua bahagiang doh nok bagi laluang dia jadik Ketua Bahagiang………..
    Dia ghasa beratt …..dia ghasa tok larat nok teruskan kat Kuantang tapi dia tetap akur amanat DSAI yang harapkan dia di Kuantang

    Kesiang jugok DSAI……..dia dok sebut dalam ceramah diKuantang dulu dan di Pekang baru-baru nih yang KakG pemimpin harapan di Kuantang, tapi orang pertikai jugok ape yang dia kata

    Tapi yang paling keisang kat Megat la… dia nih citer-citer tinggi nok jadik pemimping, tapi tok buat keja… mana ade orang Kuantang bagi sokongang kat dia nih…

    Geng2 Megat pulok……. SESAT lagi MENYESATKAN

    Comment by PAPA BLACK | March 30, 2007

  3. wal ampu ko ye papa black….nanti bila fuziah menang, sure dia lantik ko jadi org kanan dia kan? aku bukan nya memperjuang sapa2…cuma aku rasa terkilan bila fuziah diberitahu ramai orang nak mengetua bahagian di lembah kelang…hebat tu…maka megat pun nak amik la…soal megat tak ada daya usaha kepimpinan tak timbul pun…jadi ketua tau lah megat susun balik…masa tu semua org dgr cakap megat lah…

    ko tu sesat lagi menyesatkan!

    Comment by cucu megat seri rama | March 30, 2007

  4. Isy,isy,isy…cucu megat seri rama, setahu aku megat dh mcm tobatlah dia…dan mengaku silap ari tu pada kak gi sendiri…katanya ada dalang yg nk rosakkan parti..boleh didengar oleh orang2 sekeliling mereka .. dan letaklah megat ngan kak g..kt mana2 dan bile2 pun..takkn megat dpt atasi satupun kelebihan kak g..suma org kuantan tahu..lihat saje blog nih..x bertapis langsung…tinginye hemah dan peribadi..
    tulah..kalau manusia x tahu adat bertndng ke umah org…terpekik, mnghmbur yg busuk2..aku x leh tahan mcm kak g lah..

    Comment by BIGMAC | March 30, 2007

  5. Saya ucapkan terima kasih diatas komen-komen yang saudara2 lontarkan didalam hal ini
    Saya kira ianya satu petanda bahawa ramai yang mengamati dengan penuh minat perjalanan parti
    terutamanya di bahagian Kuantan… Mungkin itu juga petanda bahawa Parlimen Kuantan punyai
    potensi yang amat baik untuk berjaya dan oleh sebab itulah, ada petualang yang ingin masukkan jarum?
    WaAllahu a’lam hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui…

    Walau apapun komen saudara-saudara diatas, Saudara Megat merupakan seorang anak muda yang cukup berpotensi dan sekarang merupakan salah seorang AJK Bahagian Kuantan yang baru dipilih. Saya juga yakin bahawa beliau akan berikan yang terbaik untuk parti dan perjuangan.
    Malah beliau sendiri ada membuat pengaduan hati ke hati kepada saya lebih kurang 15 minit sebelum Mesyuarat Agung Bahagian Kuantan bermula. Beliau mengaku bahawa ada dalang yang cuba mempengaruhi beliau (dia beritahu juga SIAPA dalang tersebut) untuk menjatuhkkan saya dan hamba Allah itu kemudian turut meminta beliau mengusulkan supaya DSAI juga ditentang dalam pencalonan Presiden. Megat memberitahu lagi bahawa perjuangan beliau adalah ikhlas diatas prinsip-prinsip yang jelas. Sekaligus Megat mempertegas sokongan beliau terhadap saya dan pucuk pimpinan tertinggi parti.

    Alhamdulillah Bahagian Kuantan sentiasa muafakat dan bersatu hati didalam segala tindak tanduk. Komitmen kami untuk Lawan Habis-Habisan
    sehingga berjaya menjatuhkan BN dalam PilihanRaya ke12 yang akan datang….. Re4MaC

    Wassalam

    Fuziah Salleh
    Ketua Bahagian Kuantan /
    Ketua Wanita Keadilan Pusat

    Comment by Fuziah Salleh | March 31, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: