Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KONTANGNYA ILMU DAN KEFAHAMAN MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA TERHADAP WANITA!

11 Mac, 2007

Kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Pelancongan Malaysia, dalam akhbar Sin Chew, 9 Mac, 2007, bahawa daripada 10000 bloggers yang mengangggur, 80% adalah terdiri daripada wanita. Beliau juga menyebut kepada pemberita bahawa bloggers adalah golongan yang gemar menyebar khabar-khabar angin dan membenci perpaduan serta harmoni antara kaum.

Sebagai seorang menteri, menonjolkan tuduhan sedemikian adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab, dan mengetengahkan data yang belum tentu dapat dibuktikan adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima.

Kenyataan beliau adalah sesuatu yang tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika wanita seluruh dunia baru saja menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac, 2007. Menteri seperti Tengku Adnan yang tidak empati terhadap situasi dan realiti kehidupan wanita, adalah mirip dinosaur yang akan pupus oleh peredaran masa, kerana wanita pastinya akan menolak pemimpin yang sedemikian.

Hakikatnya: Wanita selamanya tidak pernah menganggur! Bahkan seharian dan malam bekerja memastikan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara dan kebanyakan wanita adalah golongan yang mendahului kepentingan orang lain sebelum diri mereka sendiri.

Kenyataan Menteri Pelancongan adalah dianggap sengaja merendahkan dan meremehkan keupayaan, komitmen, kesungguhan, keprihatinan wanita, dan mencemar nama baik semua wanita, khususnya Wanita Malaysia, dalam usaha dan keyakinan mereka bersama-sama membangun dan mengharmonikan negara yang mereka cintai.

Dengan kenyataan seksis itu, ramai Wanita Malaysia telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Pelancongan tersebut.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Women Bloggers Unite!

Hjh Fuziah Salleh

Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat

11 Mac 2007

March 10, 2007 - Posted by | Politics

4 Comments »

  1. Rakyat Malaysia memberi kuasa kepada BN untuk diperbodohkan.

    Comment by humanly | March 11, 2007

  2. Sekarang jelas siapa yang meletakkan martabat wanita sebagai warga kelas ke dua? hm…wanita UMNo nak kata apa?

    Comment by hizwan | March 13, 2007

  3. thank you Fuziah..appreciate your comment in my blog, God willing, i will resume blogging soon. you have a great blog, wish you all the best in the People’s Justice Party.

    Comment by penangite | March 13, 2007

  4. Sila lawat laman rasmi Angkatan Muda Pusat = http://www.amk.keadilanrakyat.org

    Yang Benar
    Amirudin Shari
    Timbalan ketua Penerangan
    Angkatan Muda Keadilan

    Comment by Amir | March 14, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: