Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KITA ADA KEPENTINGAN POLITIK ?…..SUDAH TENTU! (versi terkini “Percaturan Politik Baru”)

Baru-baru ini saya agak teruja dengan kejayaan Wanita KeADILan dalam pengoperasian OPS ANJAK iaitu satu operasi yang melibatkan mengalihkan sokongan pengundi atas pagar kepada sokongan terhadap parti. Kita telah saksikan kajian kes substantif dibeberapa bahagian tumpu di mana perubahan sokongan telah berlaku melalui perlaksanaan sistem ini. OPS ANJAK merupakan pakej menyeluruh yang digunapakai dengan sistem dan prosedur rapi, dan mampu menjanjikan kejayaan yang kita impikan sekiranya dilaksanakan dengan betul dan berdisiplin. Cuma perasaan teruja saya itu terbantut sedikit apabila ada pula teman-teman yang mengatakan. “Aaaah… jangan percayalah kepada mereka apabila mereka kata bahawa mereka mahu jadi ahli parti, kerana bila masa pilihanraya nanti, mereka tetap akan menyokong yang lama. Lagipun mereka akan tengok parti keADILan pun sama juga dengan parti-parti yang lain” Teman-teman ini enggan percaya bahawa rakyat akan berubah dan sehubungan dengan itu juga enggan percaya kepada perjuangan KeADILan; (mungkin juga apabila melihat gelagat para pemimpinnya. Bak kata seorang kakak veteran “akak konfius laa dengan perangai diaorangni…….kata pejuang,! tapi merajuk tak habis- habis” ) bahawa perubahan dalam erti kata sebenarlah yang kita tuntut serta sungguh-sungguh akan kita laksanakan.

 

Tanggapan ramai merupakan bahawa permainan politik ini sama sahaja, tidak kira dalam parti mana sekalipun, disebelah pemerintah mahupun disebelah pembangkang. “Semuanya berkisar kepada kuasa dan perebutan kuasa” kata mereka.

Saya kira para ahli politik keADILan, khususnya para pimpinan, tidak harus berasa ‘apologetic’ dalam hal ini. Memang benar politik itu berkenaan hal percaturan kuasa dan kita tidak harus gusar untuk berbicara mengenainya. Tetapi di masa yang sama kita juga mempunyai kejelasan dan kefahaman yang mantap mengenai maksud percaturan kuasa yang kita laksanakan dan perjuangan merebut kuasa yang kita dukung. Jangan kita nafikan bahawa kita punyai kepentingan, akan tetapi, tidak sama kepentingan kita dengan kepentingan pendukung perjuangan Umno–BN. Kepentingan kita merupakan kepentingan dunia dan akhirat di mana kita merebut kuasa untuk memastikan perubahan ke arah kebaikan dapat berlaku sekiranya kita diberi peluang memerintah dan kita juga berjuang bersungguh-sungguh demi merebut kepentingan akhirat. Di sinilah bezanya politik merebut kuasa dalam KeADIlan dengan politik ‘chauvinistic’ menghunus keris dalam UMNO. Kononnya berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi disebaliknya berjuang ‘taik kuching’ demi kepentingan perut dan kroni masing-masing.

Memang sukar untuk menghayati dan untuk selaras dalam erti kata sebenar berkenaan hal ini, terutamanya apabila berlaku pertembungan kepentingan yang menggugat kestabilan emosi, namun ahli-ahli politik orde’ baru seharusnya mampu mengangkat diri mereka kepada satu tahap yang terhormat serta berani meninggalkan lain-lain mereka yang masih terperangkap di aras politik orde’ lama yang terlalu mirip budaya Umno-BN.

Cabaran politik baru ialah untuk menjunjung kebijaksanaan politik yang tidak berpaksi kepada kabilah ‘non-group-centric politics’ dan menolak cara berpolitik memusnah yang tidak beretika (“destructive politicking of unethical power-centred politicians’). Cara kedua inilah yang berleluasa dalam Umno-BN dan telah terbukti kebenaran kemudaratannya dalam segenap sudut kehidupan rakyat.

“Politik baru tidak memuja individu mahupun kumpulan, dan sebaliknya tidak pula mengamalkan politik yang menjahanamkan individu atau kumpulan. Politik baru menuntut individu untuk memahami kekuatan DAN kelemahan masing-masing secara jujur” dan menyumbang yang terbaik secara ikhlas kepada parti, dengan cara bekerjasama dengan semua pihak. Natijah dari paradigma pemikiran itu akan terserlah satu budaya memilih kepimpinan dengan berpaksikan kepada prestasi dan rekod kerja seseorang pemimpin, ‘performance-based selection of future leaders’ dengan minda tidak terperangkap dalam amalan kuota. Sekiranya tidak dipecahkan tembok minda ini maka kemungkinannya akan TERkorbanlah seorang pemimpin yang berprestasi tinggi di dalam keadaan semata-mata kerana ingin memuaskan hati satu-satu kaum atau mengisi kuota satu-satu kabilah semata. Politik baru harus mampu mengangkat kemampuan pimpinan dan ahli ke tahap di mana mereka berani membuat keputusan tegar ‘tough decisions’ di samping membuat keputusan tepat ‘right decisions’.

Akhir kata, politik baru menuntut kita untuk saling ingat mengingati tentang merapatkan persaudaraan di kalangan ahli-ahli dan “menjauhi segala kejelekan politik dalam masa susah mahupun senang, tatkala musim pemilihan dalaman parti ataupun tidak”. Hanya parti yang sedemikian yang akan meraih kepercayaan dan sokongan rakyat, di mana ketika itu rakyat akan senantiasa mendoakan segala kebaikan dan keberkatan untuk perjuangan serta akan turut mendukung matlamat yang didukung parti – PARTI HIDUP UNTUK RAKYAT DAN RAKYAT HIDUP KERANA PARTI.

February 27, 2007 - Posted by | Politics

4 Comments »

  1. Bahasa org politik memang sedap…tp realitinyer!!??? Bahagian sendiri tak terurus tp masih mahu bicara isu nasional dan mahu memanjat jawatan lebih tinggi? Politik adalah pelaksanaan kata-kata @ cakap mesti serupa bikin. Cuba muhasabah diri wahai puan kaunselor!

    Comment by MakNenek | February 28, 2007

  2. Saudara Mak Nenek,
    Terima kasih diatas teguran
    Memang penting bagi kita bermuhasabah diri sentiasa
    InsyaAllah saya juga cuba untuk berbuat demikian sebaik mungkin

    Sudah lama saya memikirkan keadaan bahagian dan sebab itulah saya telah pun menyatakan keputusan saya
    kepada ajk bahagian saya baru-baru ini . Ianya adalah seperti berikut
    1. Saya iktiraf sokongan kuat rakyat terhadap saya dan sokongan ahli -ahli amat saya hargai di Kuantan.
    Akan tetapi saya akui bahawa ada beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada keberkesanan saya:
    i. Bahagian yang jauh (3jam ) dari tempat tinggal saya membuatkan sukar bagi saya sampai ke kawasan dalam keadaan saya perlu turun segera
    ii. Suami dan keluarga saya berada di KL menjadikan agak sukar bagi saya terlalu banyak berada dibahagian. dan dimasa yang sama mengimbangi pula tugas politik dibahagian, peranan ibu dan isteri- Memandangkan perjuangan kita adalah untuk masa depan generasi akan datang, maka tidak wajar anak-anak kita sendiri yang menjadi mangsa ditinggalkan selalu oleh kerana perlu beri masa dikawasan. Ini saya kira merupakan satu dasar peka gender yang harus di teliti oleh parti didalam meletakkan calon wanita dikawasan bertanding yang jauh dari tempat tinggal mereka dimasa akan datang, kerana ia akan menimbulkan kesukaran untuk calon ‘servis’ kawasan, Parti kita parti muda dimana kita tidak ada kekuatan dana dan pemimpin belum ada kemampuan untuk mengupah pemandu ataupun dana untuk mewujudkan penolong sepenuh masa dikawasan yang jauh. Mungkin kalau sudah jadi parti pemerintah, perkara ini dapat diatasi.
    iii. Dengan rendah hati juga saya iktiraf bahawa tugas saya di peringkat pusat memang menuntut banyak komitmen dan saya ikhlas bila mengatakan bahawa prestasi saya boleh diperbaiki akan tetapi ianya agak cemerlang dan komitmen saya tidak boleh dipertikai.
    iv. Saya juga telah mengumumkan baru-baru ini (walaupun tidak diterima oleh ajk dan ahli) bahawa saya akan menolak untuk menjawat jawatan ketua bahagian didalam pemilihan diperingkat bahagian kali ini. Walaupunbegitu saya tetap kekal sebagai ahli bahagian dan akan terus bekerja untuk membantu bahagian. Namun perlu bagi semua ahli dalam bahagian untuk sama-sama bekerja demi menjaga kepentingan parti.
    v. Mengiktiraf juga kekuatan saya dalam gerakkerja dan isu-isu nasional, saya terima pencalonan Naib Presiden dalam rangka untuk memperkasakan agenda wanita selangkah kehadapan dengan harapan untuk berikan yang terbaik kepada parti ditahap yang berlainan

    Bagitulah saudara mak nenek, pendirian saya jelas, juga segala tindakan saya berpandukan prinsip. Mungkin akan memerlukan masa untuk orang lain fahami terutamanya apabila pemikiran kita di kaburi dengan amalan politik orde lama
    Yang penting kita selaras didalam apa yang kita cakap dan didalam apa yang kita buat. Politik baru juga menuntut kita untuk tidak terus rakus mahukan jawatan walaupun didalam keadaan ahli masih memerlukan kita dan tidak mahu melepaskan kita. Ia menuntut kita buat keputusan yang terbaik untuk parti.

    Terima Kasih sekali lagi. Teguran saudara memberikan peluang untuk orang lain juga mendengar penjelasan terutamanya yang tertanya-tanya

    Comment by Fuziah Salleh | February 28, 2007

  3. saya kira penjelasan puan di atas sangat membantu saudara mak nenek dan sekaligus mematikan hujah dangkal yang saya kira sengaja diperbesarkan entah untuk apa tujuan sekalipun.Saya juga merupakan aktivis parti peringkat bahagian dan negeri sememangnya mengetahui dan nampak komitmen yang puan berikan.Oleh itu saya ucapkan selamat maju jaya dalam pemilihan di kongres nanti …kalau-kalau berkenan sudilah ke Ampang melawat kami…mana tahu ada tempat untuk puan bertanding di parlimen ini sementelah parti lawan juga diwakili seorang wanita..insyaallah…

    Comment by hizwan | March 5, 2007

  4. Saudara hizwan, Salam
    Saya amat terharu dengan response saudara.
    Saya ucapkan terima kasih di atas segala sokongan dan dokongan. saudara dan teman-teman dan saya gesa semua aktivis serta ahli parti
    untuk mempertingkatkan aktivisme gerakkerja menjelang Pilihanraya ke 12 yang akan diadakan tidak lama lagi
    Berkenaan dengan tempat bertanding, saya serahkan keputusan tersebut kepada pucuk pimpinan parti.
    Walaubagaimana pun saya sedia membantu bahagian saudara di dalam persiapan gerakkerja Pilihanraya terutamanya di dalam melaksanakan Operasi Anjak, iaitu satu sistem operasi untuk menganjakkan sokongan pengundi atas pagar kepada parti.

    Selamat Berjuang

    Comment by Fuziah Salleh | March 7, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: