Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KESIAN ROSNAH MAT ARIS……

Saya agak terkedu juga dengan cara penggunaan bahasa dan ayat yang digunakan oleh Rosnah Mat Aris di dalam wawancaranya di TV3 yang kontroversi itu. Mungkin juga kerana saya tidak biasa dengan bicara cara mulut laser sedemikian rupa ataupun lebih tepat mungkin pergaulan saya tidak menjangkau kepada golongan dan dunia artis yang mengejar sensasi serta glamour. Walaupun begitu saya berbeda pendapat sedikit dengan sebilangan ramai orang Islam yang menuduh serta menggunakan berbagai perkataan terhadap beliau. Melihat klip video wawancara TV3 berkenaan, saya cuba selami dengan adil apa yang dimaksudkan oleh Rosnah. Saya kira beliau tiada niat langsung untuk memburukkan, lebih-lebih lagi menghina Saidatina Khadijah r.a. Saya berpendapat bahawa Rosnah Mat Aris menggunakan pertuturan yang biasa dipakainya. Dan memangnya sudah begitu cara beliau. Ungkapan yang terkeluar dari mulutnya …” dah nak mampus…” itu merujuk kepada umur Saidatina Khadijah yang sudah lanjut yang mengukuhkan hujjah beliau bahawa dalam percintaan, faktor umur itu tidak penting baginya. ( Lihat klip video di sini http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI.) Saya juga berpendapat bahawa tiada berlaku persendaan mengenai mengenai mana-mana kerabat Rasulullah saw kerana tumpuan perbincangan yang diberi oleh Rosnah Mat Aris ialah kepada isu yang ditimbulkan.

Memang menjadi kebiasaan manusia mempunyai tanggapan atau persepsi yang berbeza-beza apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara. Malah ramai juga yang emosi tak tentu pasal, atau mungkin juga prejudis terhadap para artis. Natijahnya mereka bersikap menghukum (‘judgemental’) terhadap seseorang dan kemudiannya mereka terus membuat penilaian ‘blanket’ terhadap seseorang atau golongan yang tidak diminati.

Rosnah telah pun memohon maaf disamping beliau turut nyatakan bahawa pada hakikatnya beliau tidak bermaksud melakukan penghinaan tersebut. Saya kira, ini adalah akhlak dan sifat yang cukup terpuji dan patut pula dipelajari oleh yang lain-lain yang terlalu cepat menghukum. Ada kalanya kita rasa akhlak orang lain jelek tetapi di dalam kita menghukum orang itu kita pula bersikap keterlaluan yang membuatkan kita lebih teruk dan jelek dari orang yang kita hukum. Orang yang buat kesilapan tetapi berani mengaku kesilapan merupakan orang yang lebih mulia disisi Allah SWT daripada orang yang rasa dirinya pandai dan baik, kemudian menghukum pula cara berlebihan. Kesilapan Rosnah tidak disengajakan berdasarkan kurangnya ilmu pengetahuan. Siapa tahu, sekiranya beliau terbuka hati untuk berubah, mungkin beliau akan jadi lebih baik dari ramai yang lain-lain?

Kekadang pula kita terlalu ghairah dengan perkara yang kecil-kecil akan tetapi sensasi. Keghairahan itu malangnya tidak pula diterjemahkan kepada perkara-perkara yang besar dan jelas kedurjanaannya. Isu barangan naik yang belum henti-henti, PM yang membazir harta rakyat dengan alat pengangkutan yang terlalu mewah, rakyat mangsa banjir yang lewat diberi bantuan, gaji juga yang macam tak naik-naik, rasuah yang tetap dan terus berleluasa, tahanan-tahanan ISA yang terus dipenjara tanpa sebab yang sahih, pemberitahu penyelewengan dihukum dan yang menyeleweng bebas lepas tanpa disoal, jauh sekali untuk disiasat, rakyat dihalang menyatakan pendirian dengan aman dan bebas tanpa sekatan dan gangguan polis, dan seribu satu macam lagi kedurjanaan politik.

Peristiwa ini memberi ingatan kepada kita semua untuk berhati-hati dalam menuturkan bicara kerana apa yang ditutur amat pantas tersebarnya ke serata pelusuk dunia. Seolah-olah ada yang memerhati kita pada setiap detik. Pengamatan ini perlu dititikberatkan oleh semua yang menjadi contoh kepada orang lain, mahupun kepada pemimpin yang sentiasa diperhati tingkah laku serta gerak geri mereka. Kita merupakan pembimbing kepada generasi mendatang, dan segala pertuturan serta perlakuan kita mampu menjadi pendorong atau penghalang kepada pembaikan umat manusia Justeru itu marilah kita sama-sama menimba pengajaran dari insiden ini.

Sudahkah anda melihat klip video mengenai sebuah sesi di parlimen di blog saya (Hmmm…apa yang nak dikata?)?

February 22, 2007 - Posted by | Politics

6 Comments »

  1. Ya Kak Fuziah, saya setuju dengan pandangan Kak Fuziah. Bahawa tiada persendaan. Saya jawab dan hurai panjang juga di blog saya itu.

    Comment by fathi aris omar | February 27, 2007

  2. Fathi Aris Omar
    Terima kasih kerana melontar komen. Saya sentiasa berpegang bahawa kita wajar meluaskan ufuk penilaian kita…kerana ia lebih hampir kepada keadilan…itu juga suatu perjuangan yang berisiko tingi…selamat berjuang seterusnya…

    Comment by Fuziah Salleh | February 28, 2007

  3. Puan,
    Kesian tu memang kesian, tapi penyakit cari sendiri kena ubat sendiri, kalau dah jahil dengan Ugama jangan main main, bagi saya senang biarkan dia berehat untuk sementara waktu, Jangan sedap mulut sahaja hendak berkata kata.

    Comment by Dr Azhar | March 5, 2007

  4. Dr Azhar
    Ada benarnya Rosnah Mat Aris perlu memberi masa untuk merestropeksi diri, dalam erti kata mencari kebenaran dan keadilan. Saya rasa, kita semua juga perlu menjalani proses tersebut (restropection) dalam rangka meluaskan ufuk keadilan terhadap sesama insan.

    Comment by Fuziah Salleh | March 6, 2007

  5. Benar spt kata Puan dan Dr Azhar.
    dia mgkin tak terniat nak kata ke isteri nabi, tapi mulutnya yag celupar dan dah biasa. Orang ramai pula suka dengan gaya dia. akhirnya dia kena tanggung. satu lagi saya harap dia akan insaf dan melihat semula dirinya yg sebenar. ubah cara dan gaya dia serba serbi. jadi muslimah sebenar.

    Comment by wanubai | March 7, 2007

  6. Salam wanubai

    Sama-sama lah kita doakan yang terbaik untuk Rosnah Mat Aris
    Begitu juga doa untuk kita semua -semuga diberikan kekuatan untuk terus kekal
    dalam perjuangan dan tetap istiqamah di dalam melaksanakan segala amalan
    Akhirnya keredhaanNya jua yang kita semua inginkan.

    Comment by Fuziah Salleh | March 7, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: