Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Percaturan Politik Baru

Baru-baru ini saya agak teruja dengan kejayaan Wanita KeADILan dalam pengoperasian OPS ANJAK, iaitu satu operasi mengalihkan sokongan pengundi atas pagar kepada sokongan terhadap parti. Kita telah saksikan beberapa kes di beberapa bahagian tumpu di mana perubahan sokongan telah berlaku melalui perlaksanaan sistem ini. OPS ANJAK merupakan pakej menyeluruh yang digunapakai dengan sistem dan prosedur rapi, dan mampu menjanjikan kejayaan yang kita impikan sekiranya dilaksanakan dengan betul dan berdisiplin. Cuma perasaan teruja saya itu terbantut sedikit apabila ada pula teman-teman yang mengatakan. “Aaaah… jangan percayalah kepada mereka apabila mereka kata bahawa mereka mahu jadi ahli parti, kerana bila masa pilihanraya nanti, mereka tetap akan menyokong yang lama. Lagipun mereka akan tengok parti KeADILan pun sama juga dengan parti yang lain-lain.” Teman-teman ini enggan percaya bahawa bahawa rakyat akan berubah dan seolah-olah enggan percaya bahawa perubahan dalam erti kata sebenarlah yang kita tuntut dan benar-benar serta sungguh-sungguh akan kita laksanakan.

Tanggapan ramai terhadap permainan politik ini sama sahaja, tidak kira dalam parti mana sekalipun, di pihak pemerintah mahupun pembangkang. “Semuanya berkisar kepada kuasa dan perebutan kuasa,” kata mereka.

Saya kira, para ahli politik keADILan, khususnya para pimpinan, tidak harus berasa ‘apologetic’ dalam hal ini. Memang benar politik itu berkenaan hal percaturan kuasa dan kita tidak harus gusar untuk berbicara mengenainya. Tetapi di masa yang sama kita juga mempunyai kejelasan dan kefahaman yang mantap mengenai maksud percaturan kuasa yang kita tuntut dan perjuangan merebut kuasa yang kita dukung. Jangan kita nafikan bahawa kita punyai kepentingan, akan tetapi, tidak sama kepentingan kita dengan kepentingan pendukung-pendukung perjuangan Umno –BN. Kepentingan kita merupakan kepentingan dunia dan akhirat dimana kita merebut kuasa untuk memastikan perubahan kearah kebaikan dapat berlaku dan kita juga berjuang bersungguh-sungguh demi merebut kepentingan akhirat. Disinilah bezanya politik merebut kuasa dalam KeADIlan dengan politik ‘chauvenistik menghunus keris. Kononnya berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi disebaliknya berjuang ‘taik kuching’ demi kepentingan perut dan kroni masing-masing

Memang sukar untuk menghayati dan untuk selaras dalam erti kata sebenar berkenaan hal ini, terutamanya apabila berlaku pertembungan kepentingan yang menggugat namun ahli-ahli politik orde’ baru, seperti yang disebut oleh seorang penulis yang saya kenali, “seharusnya mampu mengangkat diri mereka kepada satu tahap yang terhormat dan berani meninggalkan lain-lain mereka yang masih terperangkap di aras politik orde’ lama yang terlalu mirip budaya Umno-BN.”

Penulis yang sama telah mengutarakan bahwa cabaran politik baru ialah untuk “menjunjung kebijaksanaan non-group-centric politics dan menolak destructive politicking of power-centred politicians. Itulah yang berleluasa dalam Umno-BN dan telah terbukti besar kemudaratannya dalam segenap sudut kehidupan rakyat.”

Rumusan beliau juga bertepatan dengan apa yang berkisar di benak saya, “…politik baru tidak memuja individu atau kumpulan, dan tidak pula mengamalkan politik yang menjahanamkan individu atau kumpulan. Politik baru menghendaki individu untuk memahami kekuatan DAN kelemahan masing-masing secara jujur dan menyumbang secara jujur kepada parti. Politik baru merapatkan persaudaraan di kalangan ahli-ahli dan menjauhi segala kejelekan politik dalam masa susah dan senang, juga ketika musim pemilihan pimpinan ataupun tidak. Hanya parti yang sedemikian yang akan meraih kepercayaan rakyat, yang akan senantiasa mendoakan segala kebaikan untuk parti.”

February 17, 2007 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Kalau ada masa kunjungi blog saya

    Comment by Shifu67 | February 26, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: