Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

POLIS…..TANGKAP ADIK NI, DIA NAKAL!

“Jangan nakal-nakal, duduk diam-diam, nanti polis tangkap! Polissss…, tangkap adik ni polis. Ha! Baik adik duduk diam-diam jangan asyik nak melompat ke depan dan ke belakang! Nanti Polis tangkap adik, Mama tak dapat tolong.” Begitulah bunyi seorang ibu memarahi anaknya yang agak aktif kerana kebosanan di dalam kereta tatkala dalam perjalanan yang jauh balik ke kampung.

Sebagai seorang kaunselor terlatih tentu sekali adegan di atas membuat saya tersenyum. Tetapi apabila dinilai semula, terfikir pula oleh saya bahawa mungkinkah masalahnya bukan merupakan kurangnya kemahiran keibubapaan? Teringat pula saya sewaktu kami membesarkan anak-anak di United Kingdom (suami saya menghabiskan pembelajaran PhD ketika itu), polis merupakan sahabat baik kepada kanak-kanak di mana golongan polis amat dihormati sebagai penjaga dan pemelihara keamanan.

Akan tetapi imej polis di Malaysia inilah yang mengundang persepsi sedemikian rupa. Persepsi bahawa polis tangkap orang baik dan biarkan orang jahat terus bebas untuk melakukan kejahatan.

Baru-baru ini Polis menyekat dan menganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Medan. Amatlah menghairankan bilamana seluruh dunia menanti-nantikan bicara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai isu dan bidang, dan beliau diundang di sana sini untuk memberikan pandangan, tibanya di negara sendiri, beliau dihalau, dihalang, dan disekat dari berbicara kepada rakyat yang ingin benar untuk mendengar ucapan-ucapan beliau. Polis juga sudah mula menunjukkan belang sebenar mereka terhadap demonstrasi kenaikan harga tol. Beberapa tangkapan, termasuk wanita, telah dilakukan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan aman memprotes kenaikan harga tol.

Selepas polis mengganggu ceramah DSAI minggu lepas, satu propaganda untuk menutup kebenaran apa yang disebut DSAI : “Polis menjadi alat kerajaaan BN dan polis sebagai hamba kerajaan [BN]” berlaku dalam media-media arus perdana. Di paparkanlah cerita tentang kecekapan polis mengendalikan kes jenayah besar (Isnin, 5 Februari, 2007) dengan rasa kebanggaan PM terhadap PDRM yang cepat dan cekap menangkap penjenayah dalam rompakan berkenaan. Sekiranya polispun, seperti sebahagian ahli-ahli politik BN yang kecil jiwanya, suka “main wayang” apakah akan jadi pada rakyat dan negara ini? Adakah akan wujud rasa selamat di hati rakyat setiap ketika dan di mana-mana saja? Tentu sekali tidak, kerana polis kelihatan menjaga keselamatan Umno-BN supaya mereka terus berkuasa!

Menurut statistik PDRM sendiri, jenayah di Malaysia sudah meningkat dari 156,315 (2003) hingga 225836 (2006), “pertumbuhan” sebanyak 44.5%. Harapan rakyat terhadap semua anggota polis amatlah tinggi. Rakyat ingin menjadikan anggota-anggota polis sebagai teman yang boleh dipercayai dan diharapkan dalam masa susah dan juga senang. Mereka ingin dilayani seperti adik-adik atau abang atau kakak, ibu atau bapa yang sedang dirundung malang – bukan sebagai makhluk perosak yang mengganggu ketenteraman kakitangan polis. Benarlah ada samseng dan penjahat, tetapi sebahagian besar penduduk negara ini adalah yang akur kepada undang-undang dan peraturan. Mereka itu termasuklah ahli-ahli dari parti pembangkang. Jika pihak polis melaksanakan tugas seperti yang termaktub dalam prosedur dan peraturan, tentu sekali tindakan polis juga seragam di mana-mana tempat. Jangan terus kelirukan rakyat…kadangkala permit diberi, kadangkala tidak. Kadangkala perhimpunan aman dibenarkan, kadangkala tidak. Ciri utama sesebuah negara yang demokratik ialah kebebasan untuk menyatakan pendapat. Sekatan polis dan halangan mereka jelas memperlihatkan sikap sengaja menghalang kebebasan tersebut dan tentu sekali ia merupakan arahan dari pihak atasan dalam Kementerian Dalam Negeri.

Satu hari nanti anak-anak kita akan membesar dan ketika itu, jangan salahkan mereka sekiranya wujud perasaan takut yang menebal terhadap polis dan jangan pula menyalahkan ibu bapa mereka di atas kesilapan membesarkan mereka. Yang mencemarkan imej polis dalam negara yang mendokong demokrasi ialah pihak atasan polis sendiri.

 

February 10, 2007 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Malaysia is under Umno colonial rule. is it worst than under British rule?

    Comment by humanly | February 14, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: