Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

TIBA MASANYA MENTERI WANITA IKTIRAF KHIDMAT NASIHAT WANITA PARTI PEMBANGKANG

KENYATAAN MEDIA

WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT

4hb Februari 2007

SARANAN WANITA KEADILAN KINI DI LAKSANAKAN

(i) Penjagaan Anak berkualiti & Subsidi Penjagaan Anak bagi Wanita Bekerja

(ii) Taksiran Harta Sepencarian Sebelum Lelaki Berpoligami

TIBA MASANYA MENTERI WANITA IKTIRAF KHIDMAT NASIHAT WANITA PARTI PEMBANGKANG

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengumumkan satu minggu lalu bahawa kakitangan awam akan diberi subsidi RM180 untuk setiap anak yang memerlukan khidmat penjagaan sewaktu ibu mereka bekerja. Subsidi merupakan satu bentuk bantuan untuk mendapatkan penjagaan anak yang berkualiti bilamana pendapatan isi keluarga adalah kurang daripada RM2,000.

Pada hari ini pula dilaporkan bahawa Kabinet telah meluluskan geran sebanyak RM80,000 sebagai peruntukan untuk memperhebatkan penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) pada peringkat jabatan hingga kementerian. Menteri Wanita juga telah mengatakan bahawa ianya merupakan impian beliau supaya setiap jabatan, badan berkanun dan kementerian mempunyai taska dan tempat penyusuan bayi

Memandangkan bahawa anak-anak merupakan aset Negara, Wanita KeADILan telah mengeluarkan USUL Penjagaan Anak sewaktu Kongres tahun lepas untuk pemerhatian beliau yang disusuli pula dengan Kenyataan Media (bertarikh 16 Oktober 2006)– sila lihat lampiran A.

Wanita KeADILan gembira kerana Datuk Seri Shahrizat selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap nasib wanita akhirnya dapat menghayati satu impian yang telah lama menjadi impian aktivis dan penggerak pertubuhan wanita di Malaysia. Bukan itu saja, malah, sudah lama disuarakan oleh kami yang memperjuangkan nasib wanita. Setelah sekian lama Shahrizat menjadi Menteri, baru kini beliau mendengar rintihan dan gesaan kami. Ini merupakan satu perkara yang amat mengecewakan dan memalukan kaum wanita.

Begitu juga dengan isu taksiran harta sepencarian bagi lelaki yang ingin berpoligami yang diumumkan beliau pada 8 Ogos 2006, juga merupakan saranan dari memorandum yang di keluarkan kepada beliau daripada Wanita KeADILan sebelum itu – sila lihat lampiran B.

Sudah tiba masanya Datuk Seri Shahrizat iktiraf Khidmat Nasihat dari Wanita KeADILan dan demi pembangunan wanita di Malaysia, saya seru Datuk Seri Shahrizat untuk ketepikan batas-batas parti dan terus terima saranan kami atas dasar perjuangan untuk memperkasakan wanita di Malaysia.

KETUA WANITA

FUZIAH SALLEH

February 5, 2007 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. Assalamualikum…
    Sehingga ke hari ini, belum ada jawapan mengenai pemberian subsidi tersebut.Mengikut syarat-syarat yang dikehendaki, saya tergolong dalam golongan pendapatan isirumah kurang RM2 ribu.Dan setakat hari ini saya masih membayar yuran taska seperti biasa.Soalan saya, adakah bayaran yang saya telah bayar itu akan diperolehi semula memandangkan tarikh kuatkuasa bermula bulan April 2007.Diharap saya dapat pulanganbalik tersebut.

    Comment by NOR FADZLINA BINTI ALIAS | July 10, 2007

  2. Wasm wrt wbt
    Puan
    Sila hubungi saya di newpolitics06@yahoo.com dengan memberi butiran lengkap mengenai diri puan dan tarikh permohonan tersebut. Team saya akan membantu puan.

    Comment by Fuziah Salleh | July 11, 2007


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: