Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

PILIHAN RAYA KECIL N06 BATU TALAM

KENYATAAN MEDIA – Parti Keadilan Rakyat (keADILan)

24 Januari 2007

PILIHAN RAYA KECIL N06 BATU TALAM

28 JANUARI 2007-KES PENENTU SAMA ADA SPR MAMPU MEMBEBASKAN DIRI DARI CENGKAMAN POLITIK Umno- BARISAN NASIONAL

Kenyataan TPM, Datuk Seri Najib Razak bahawa 90% daripada pengundi akan keluar mengundi dan Umno yakin akan menang dengan majoriti melebihi 3000 undi adalah pertanda akan berlaku kepincangan besar dalam pilihan raya kecil Batu Talam pada hari mengundi 28hb Januari 2007 nanti. Di dalam keadaan di mana sebelum ini Tan Sri Rashid pengerusi SPR sendiri telah membuat kenyataan bahawa pilihan raya di Malaysia tidak telus dan tidak bebas serta media juga dikawal, dan beliau juga dilaporkan telah mencadangkan satu Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya ditubuhkan, maka parti-parti pembangkang ada justifikasi untuk menyatakan kenyataan di atas.

1. Menurut keputusan pilihan raya umum ke-11 2004, jumlah pengundi ialah 10,866. Calon BN menang dengan majority 2761. PAS telah mendapat hampir 30% sokongan daripada para pengundi yang keluar mengundi. Itu bermakna bahawa 30% para pengundi yang layak mengundi, sudah berjanji tidak akan memboikot pilihan raya kecil kali ini.

2. Tinjauan serta kaji selidik parti-parti pembangkang dan NGO menunjukkan bahawa bilangan besar pengundi di Batu Talam faham dasar boikot bagi mendesak satu Sistem Pilihan Raya yang bebas dan adil dari penyelewengan dan campurtangan politik. Maka dipercayai bahawa mereka akan menuntut hak mereka terhadap SPR untuk melaksanakan dasar tersebut

3. Pengundi atas pagar juga tidak menunjukkan minat untuk keluar mengundi kerana merasa undi mereka tidak diperlukan dalam keadaan Umno menjangkakan kemenangan senang calon mereka di samping calon hingusan dari bebas.

Dengan tegas, barisan parti pembangkang akan memantau secara teliti dan rapi jumlah dan aliran para pengundi pada hari mengundi 28hb. Januari 2007. Demi maruah dan nama baik mereka, SPR mesti memenuhi tuntutan melaksanakan reformasi pilihan raya agar ianya bersih, bebas dan telus!

Hjh Fuziah Salleh

Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat (keADILan)

January 25, 2007 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. dar dulu sampai sekatang, sampai tiada air liur untuk mengatakan tentang hal ini…makin dibiarkan, makin menjadi-jadi. apa tindak – tanduk kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdemokrasi, nampaknya hanya sekadar nama sahaja. Entah bagaimanalah anak bagsa kita nanti. tunggu dan lihat sahaja. Apa yang mampu kita lihat saat ini, mereka berkuasa penuh..persoalan disini..siapa kita, apa makna undi kita selama ini.?berbaloi ker?

    Comment by Mohd Aezy Zulkufli | January 7, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: