Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

PENDEKATAN SIMPLISTIK KERAJAAN BARISAN NASIONAL DALAM MEMBENTERAS MASALAH PELACURAN DAN PERDAGANGAN WANITA

Kenyataan Media (2)

22hb Disember 2006

PENDEKATAN SIMPLISTIK KERAJAAN BARISAN NASIONAL DALAM MEMBENTERAS MASALAH PELACURAN DAN PERDAGANGAN WANITA

Kes yang berlaku keatas wanita malang, Ji Zhe Hua telah menyerlahkan lagi kelemahan Kerajaan Barisan Nasional didalam menyelesaikan permasalahan negara secara amnya, dan khususnya permasalahan perusahaan seks haram dan perdagangan wanita asing di Malaysia. Saudari Ji Zhe Hua telah menjadi mangsa, hasil dari kelemahan ini serta juga dari pendekatan simplistik yang diambil oleh pihak-pihak berkenaan didalam kes beliau.

Wanita KeADILan memandang serius permasalahan yang melibatkan perdagangan tubuh wanita dan insiden-insiden yang melibatkan pelacuran paksa keatas wanita asing di negara Malaysia. Kerajaan mestilah menunjukkan komitmen disamping berusaha sungguh-sungguh untuk membenteras masalah ini. Akan tetapi mensyaki pelawat wanita China ke negara ini sebagai penggiat perdagangan seks haram dan tindakan menekan mereka di pusat-pusat hiburan dan dipintu masuk negara merupakan satu tindakan yang terlalu simplistik di dalam menangani permasalahan ini.

Menangani dan membanteras permasalahan perdagangan tubuh manusia ini menuntut satu anjakan pemikiran dan perubahan di dalam pendekatan. Di dalam kebanyakan kes-kes wanita yang diperdagangkan, mereka menjadi mangsa kepada sindiket-sindiket besar yang beroperasi secara haram. Wanita-wanita yang menjadi mangsa ini memerlukan bantuan dan perlindungan dari pihak berkuasa akan tetapi sebaliknya berlaku. Mereka pula yang ditangkap dan dihukum sedangkan kepala-kepala sindiket haram ini yang merupakan dalang yang sebenar terus berleluasa dan bermaharajalela di dalam mempergunakan wanita dan memperdagangkan seks haram.

Wanita KeADILan menegaskan bahawa hingga ke hari ini Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk menangani isu ini dengan berkesan dan juga tidak komited untuk mewujudkan undang-undang anti perdagangan wanita.

Amalan rasuah yang berleluasa di kalangan penguatkuasa undang-undang juga menyukarkan usaha mematahkan sindiket haram yang semakin berkembang hari demi hari.

Wanita KeADILan sekali lagi menggesa komitmen dan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terutama Menteri Wanitanya untuk menerajui perjuangan membanteras permasalahan negara yang amat serius ini.

Hjh Fuziah Salleh

Ketua Wanita Nasional

Parti Keadilan Rakyat (keADILan)

December 22, 2006 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: