Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Bantahan Diskriminasi Terhadap Seorang Wanita (21hb Disember 2006)

Saya akan mengetuai delegasi untuk membantah tindakan oleh pihak Imigresen yang telah menghantar pulang seorang wanita dari China yang sedia mempunyai pas lawatan selama tiga bulan dan akan disambut oleh tunangnya di Malaysia. Beliau telah dinyatakan tidak membawa wang yang mencukupi dan disyaki akan terlibat dalam kegiatan seks haram.

Bantahan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Pelancongan, PWTC, Kuala Lumpur esok dan kemudiannya kepada pihak Imigresen pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Berikut adalah kenyataan awal saya mengenai perkara tersebut:

Kenyataan Media (1)

22hb Disember 2006

DEMI MENINGKATKAN IMEJ NEGARA

Diskriminasi dan Prejudis terhadap wanita asing dari Negara China mesti di hentikan.

Pertemuan wakil Parti keADILan yang di ketuai oleh Ketua Wanita Nasional, Hjh Fuziah Salleh dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, yang diwakili oleh pegawai khas Menteri dan Setiausaha Akhbar kementerian berkenaan pada hari jumaat 22hb Disember, telah menimbulkan beberapa pendirian dari Wanita KeADILan.

Perjumpaan tersebut merupakan ekoran dari insiden seorang wanita dari negera China yang telah dihantar pulang ke negara asalnya, China, oleh pihak Imigresen di LCC-T pada 11hb Disember 2006 walaupun di dalam keadaan beliau mempunyai visa lawatan yang sah untuk tiga bulan serta punyai permit kemasukan berulangkali. Ji Zhe Hua datang ke Malaysia dengan hasrat menemui tunangnya, tetapi pihak Imigresen telah menghantar beliau pulang dengan alasan bahawa Ji Zhe Hua telah tidak membawa wang yang cukup serta dinyatakan juga oleh pegawai Imigresyen sebagai dikhuatiri akan terlibat dalam industri seks haram.

Wanita keADILan memandang serius insiden tersebut serta juga insiden lain yang melibatkan wanita dari China. Tindakan sebegini merupakan tindakan diskriminasi dan prejudis yang mesti dihapuskan. Memandangkan Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat Malaysia, dan imej negatif terhadap negara tentu sekali akan menggagalkan usaha tersebut sekaligus merugikan negara, Wanita keADILan menggesa :-

  • Kementerian Pelancongan dan pihak Imigresen mestilah segera menyelidiki kes Ji Zhe Hua dan mengatasi permasalahan beliau untuk melawat Malaysia. Selepas pengalaman yang dilaluinya, beliau kini mengalami trauma untuk memasuki semula Malaysia.
  • Semua agensi kerajaan, khususnya pihak Imigresen dan Kementerian Pelancongan untuk tampil menunjukkan kerjasama dan keselarasan tindakan prosedur tanpa menyalahkan satu sama lain dalam menjayakan sebarang dasar negara.
  • Pihak Imigresyen dan semua Agensi mesti hentikan dengan serta merta segala bentuk diskriminasi dan prejudis terhadap wanita asing terutamanya wanita dari negara China.

Sekiranya tidak, masa dan wang ringgit yang telah dilaburkan untuk acara-acara seperti Tahun Melawat Malaysia di mana sumber wang tersebut merupakan hasil dari rakyat pembayar cukai, akan menjadi sia-sia serta merugikan negara dan rakyat.

Hjh Fuziah Salleh

Ketua Wanita Nasional

Parti Keadilan Rakyat Malaysia (keADILan)

December 22, 2006 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: