Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

ANUGERAH UNTUK PENGAMAL POLIGAMI?

KENYATAAN MEDIA

WANITA KEADILAN

12hb Disember 2006

ANUGERAH UNTUK PENGAMAL POLIGAMI?

Menteri Besar Trengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah menghantar SMS kepada media yang menjelaskan bahawa kenyataan kontroversi seorang Exco Kerajaan Negeri Trengganu Wan Mohd Wan Hassan untuk memberi anugerah kepada lelaki yang mengahwini Ibu Tunggal sebagai isteri yang baru bukan merupakan keputusan dan perancangan dari Kerajaan Negeri Terengganu. Manakala Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula telah membuat kenyataan bahawa anugerah tersebut boleh menggalakkan poligami di Terengganu.

Wanita KeADILan berpendirian bahawa percanggahan samada ianya keputusan rasmi atau pun tidak, bukanlah menjadi isu yang utama. Hakikatnya, seorang EXCO Kerajaan Negeri yang portfolionya merupakan Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Masyarakat telah pun membuat kenyataan lisan di hadapan wartawan. Kenyataan tersebut telah membuktikan beberapa perkara:

1. Pemimpin Kerajaan Barisan Nasional di Terengganu begitu dangkal dan sempit mindanya sehingga sanggup mengeluarkan cadangan bahawa segala permasalahan para Ibu Tunggal akan selesai dengan cara berkahwin ataupun apabila mendapat seorang lelaki yang bergelar suami.

2. Kenyataan ini merupakan kenyataan sexist yang memandang rendah terhadap Ibu Tunggal dan kemampuan mereka untuk berdikari dalam menjaga keperluan kewangan keluarga mereka dan juga menjaga maruah mereka.

3. Ianya menyerlahkan juga betapa sempitnya minda seorang Menteri Wanita yang hanya melihat permasalahan Ibu Tunggal dari satu sudut, anti poligami, tanpa dapat memberi penyelesaian yang lebih konkrit.

4. Adakah ini bermakna program berkaitan pembangunan Ibu Tunggal di Terengganu telah menemui jalan gagal sehingga ahli Exco berkenaan terpaksa memikirkan penyelesaian yang di luar penerimaan norma dan amalan manusia biasa untuk mengatasinya?

Wanita KeADILan menegaskan sekeras-kerasnya bahawa

Wanita secara amnya dan Ibu Tunggal yang malang khasnya bukanlah merupakan barangan dagangan di mana layak di tawarkan insentif/anugerah kepada kaum lelaki yang telah berusaha memiliki mereka.

Wanita KeADILan berpendirian bahawa:

  1. Sekiranya Kerajaan Negeri Trengganu mempunyai terlebih peruntukan kewangan maka wajarlah kewangan tersebut di salurkan dalam usaha kajian dan penyelidikan keatas bagaimana untuk menjadikan program memberdayakan Ibu Tunggal di Trengganu menjadi lebih efektif (dengan andaian bahawa peruntukan kewangan untuk program-program memberdayakan para Ibu Tunggal di Negeri Trengganu memang telah sedia merupakan prioriti Kerajaan Negeri).
  1. Sekiranya ada kaum lelaki yang berhasrat murni untuk memperisterikan Ibu Tunggal dengan hasrat membantu mereka, dan syarat-syarat seperti
    1. Isteri pertama setuju dan redha serta sedia mengizinkan demi sama-sama membantu kaum sejenis
    2. Si suami berkemampuan dari segala segi mengikut hukum syarak
    3. Si Ibu Tunggal juga merasakan bahawa dengan cara berkahwin dapat menyelamatkan maruah beliau dan keluarga beliau

maka, tidak wajarlah orang lain memandang rendah terhadap keluarga yang mempunyai niat murni in kerana tindakan tersebut adalah dibenarkan Islam dan dalam batasan syarak.

Pemimpin Barisan Nasional mestilah sedar tentang amanah rakyat ke atas mereka dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berhati-hati serta mampu pula mencari jalan penyelesaian yang efektif di dalam menangani pelbagai permasalahan rakyat.

Hjh Fuziah Salleh

Ketua Wanita KeADILan

December 10, 2006 - Posted by | Politics

5 Comments »

  1. Saranan Shahrizat Jalil itu adalah satu langkah yang kebelakang, Kementerian beliau telah wujud sekelian lama, tapi masalah ibu tunggal tak selesai. Langkah Kerajaan Terengganu mencadangkan poligami itu adalah satu jalan yang halal dalam islam dan boleh sekurang-kurang meringgankan masalah yang timbul. Kalau masalah Ibu Tunggal ini dapat diatasi oleh Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia tidak akan menjadi isu. Ini disebabkan sudah jelas Kementerian Shahrizat tidak mampu untuk menangani masalah itu, sebab itu lah opsyen seterusnya diperkenalkan. Kalau kurang masalah ibu tunggal kelak, maka peruntukan boleh diguna untuk pembangunan lain ataupun belanjawan akan peruntukan akan dikurangkan untuk Kementerian Shahrizat. Kenapa Shahrizat tidak membela bapa tunggal? Kalau ikut dia semuanya tak setuju, mungkin bila terdapat kes macam Sex ditepi tangga di Vista Angkasa Lembah Pantai, yang melibatkan Ibu Tunggal, baru dia akan setuju mungkin.

    Comment by Orang Lama | December 11, 2006

  2. belajar saja dari bangladesh … rakyatnya mendapat nobel prize lagi kerana projek micro loannya itu membantu beribu-ribu kaum wanita, tunggal ke tak tunggal. pak deris bersama kak ijat patut membuat lawatan sambil belajar ke bangladesh.

    Comment by mymymy | March 11, 2007

  3. Bertambah lagi satu anugerah di Malaysia. Hendak menolong kakak dan adek kita yang jadi ibu tunggal ini bukan cara menikahi mereka, konsep itu jauh terbabas dari etika hidup, jangan jadikan nafsu bahan utama, banyak sangat duit bantu saja mereka. Fikirkan cara yang terbaik untuk mereka dan anak anak mereka.

    Comment by Dr Azhar | November 12, 2007

  4. Poligami adalah termaktub dalam Kitab Allah..itu tak boleh kita nafikan. Kesannya kita tahu kalau kita mendustakan Kitab Allah. Anjuran Al-Quran adalah bagaimana cara Poligami harus dibenarkan dengan keadilan dan kemampuan.Bukannya dengan menentang dengan cara membabi buta..kandungan Al-Quran kena difahami betul2.

    Comment by hjhnoriza | January 2, 2008

  5. Benar hajjan Norizah… poligami adalah kebenaran mutlak termaktub didalam Al Quran.

    Kenapa perempuan begitu marah akan poligami? Sedangkan ianya perkara yang mulia. Persepsi mengenai poligami harus diperbetulkan. Kita sentiasa melihat poligami sebagai satu sistem penindasan terhadap wanita. Kenapa? kerana kita sentiasa mengasosiasikan poligami dengan lelaki-lelaki yang tidak beragama yang berkahwin hanya kerana ingin memuaskan nafsu.

    Poligami harus dilihat sebagai satu sistem yang independen dan jangan sekali-kali diasosiasikan dengan lelaki murahan yang seringkali mencemarkan imej poligami.

    Kaum perempuan mesti menjadi Siti Aishah bukan Siti Feminism atau Siti Sisters in Islam. Kenapa harus dicabar ketentuan? Jika kaum lelaki salah guna poligami, yang harus ditentang atau diajari atau diberi pendidikan adalah kaum lelaki dan bukan poligami itu di maki hamunkan.

    Kalau kita mahu guna nama wanita KEADILAN, minda kita juga harus ADIL dalam menimbang perkara. Jangan kerana marahkan Lelaki, Poligami dibakar hangus.

    Pertimbangan begitu tidak ADIL. pertama lihat siapa salah Lelaki ke Poligami? kalau Lelaki salah, didiklah lelaki, ini subjeknya. Poligami bukan subjeknya.

    Lol! kalau berfikir saja sudah salah, bagaimana hendak memerintah? adakah wanita KEADILAN mahu jadi macam wanita UMNO? he he he kalau begitu baiklah saya mengundi wanita UMNO saja, jika padang saja yang lain tapi belalangnya sama.

    Jangan jadikan wanita sebagai Beban kepada KEADILAN kerana kemenangan yang dicapai oleh kita kini, kita sendiri pun tak menyangka, sebelum pilihanraya ahli kita sekelumit, nak menang pun payah… tiba-tiba menang adakah kerana ahli kita atau siapa?

    Ada satu kumpulan yang senyap yang memantau lalu mengundi… kenal pasti kumpulan ini… kemudian bercakap lah…

    Ini nasihat saya…sebagi ahli keadilan yang pernah pergi ke mahkamah dan berusaha membebaskan reformis tanpa apa-apa bayaran selama sebulan.

    Comment by Debono | April 1, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: