Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kekalahan Republican

Kemenangan parti Democrat Amerika Syarikat dalam pilihan raya Kongres telah dijangka sejak sebelum saya menjejakkan kaki di Washington D.C. Oktober lalu. Ia membuktikan bahawa rakyat AS sudah tidak meyakini dasar-dasar Presiden Bush, khususnya mengenai dasar luar negara yang menyusuli insiden 9 September 2001, yang menyelesaikan konflik antarabangsa menerusi agresi, pencerobohan dan peperangan.

Adalah diharapkan agar para ahli politik Democrat yang sekarang ini menerajui Kongres mengambil inisiatif mendesak Presiden Bush untuk mengambil pendekatan perbincangan, saling memahami dan mendahului perkara-perkara hak asasi rakyat negara yang terlibat dalam konflik antarabangsa, khususnya mengenai isu Iraq, Iran, Israel-Palestin dan dalam menangani isu keganasan antarabangsa. Pendekatan menanam bibit ketakutan yang tiada asasnya dalam diri rakyat Amerika dan mendominasi negara yang lemah adalah suatu kecacatan dalam perjuangan AS untuk menyebarluas demokrasi, kebebasan memilih dan hak-hak asasi insan (civil liberties) di seluruh dunia.

Kemenangan Democrat ini juga memberi isyarat bahawa kemungkinan Hillary Clinton akan bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2008. Dengan itu, berkemungkinan beliau akan menjadi Presiden Wanita AS yang pertama dalam sejarah politik AS.

Proses pemilihan anggota Kongres di AS amatlah mesra pengundi. Pengundi boleh memilih untuk mengundi dengan cara yang sesuai bagi mereka (secara konvensional, elektronik atau pos). Isu dan perancangan oleh parti-parti politik dan calon sangat dititikberat oleh pengundi. Kebanyakan pengundi AS adalah pengundi yang berpengetahuan mengenai peribadi, pemikiran dan pandangan serta keyakinan calon-calon mereka sebelum komited membuat pemilihan di kertas undi.

Sebarang diskrepansi dalam proses pemilihan akan segera dan mudah dilaporkan dan akan diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa. Sesuatu yang belum menjadi norma di Malaysia. Sistem pengundian di Amerika ingin mencapai mesra pengundi yang maksimum – ia harus bersifat keterdapatan (accessible), mudah dilaksanakan dan berkesan tetapi selamat, bebas dari risiko dan berwibawa.

Seperkara yang menarik lagi ialah pendekatan ahli-ahli parti Democrat kini yang sanggup untuk mengelak dari perbalahan ideologi yang merugikan rakyat Amerika dan ingin mencapai persetujuan bersama ahli-ahli politik Republican dalam menangani masalah semasa dan mendatang dalam memelihara kepentingan rakyat Amerika. Mungkin itu adalah di antara penyebab kemenangan Parti Democrat pada pilihan raya kali ini. Keberangkalian untuk ahli-ahli politik Republican melakukan mutiny dalam isu-isu yang berbangkit terhadap Presiden AS adalah cerah.

Rakyat AS telah pantas menegur Presiden Bush dengan melaksanakan hak mereka sebagai pengundi. Mereka tahu apa yang mereka mahu dan berani dengan keputusan mereka. Walaupun Republican sekian lama menjadi majoriti dalam Kongres, namun, rakyat tidak takut untuk berubah kerana Republican yang terlalu lama memegang kuasa sudah kehilangan arah dan halatuju asal mereka.

Saya melihat situasi tersebut sebagai satu tamsil tuntutan kepada kerajaan pimpinan Abdullah Badawi. Jika rakyat Malaysia berani membuat perubahan dan berwaspada terhadap propaganda perkauman yang sentiasa dimainkan oleh pihak Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Abdullah akan menerima nasib yang sama seperti Bush.

Fuziah Salleh

November 15, 2006 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: