Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

SUKMA BEBAS DARI TUDUHAN LIWAT

Pembebasan Sukma Darmawan Sasmitaat dari tuduhan yang mengaibkan itu adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh para pejuang kebenaran dan keadilan. Walaupun ia masih menyingkap implikasi yang serius, ia memberi nafas kelegaan kepada setiap mereka yang mengikuti perkembangan kes Sukma.

Tidak ada insan yang boleh dizalimi dengan apa sebab sekalipun. Sudah tiba masanya untuk merubah pemikiran politik sempit berdasarkan sesuatu kepentingan diri atau kumpulan kepada suatu perjuangan yang melibatkan kesejahteraan umat manusia, tanpa mengira perbezaan yang wujud di antara mereka, kerana keadilan itu adalah hak setiap insan. Dengan itu, tidak akan ada sesiapa yang akan sanggup untuk menzalimi sesama insan.

Kita perlu memastikan perkara buruk dalam sejarah Malaysia seumpama ini tidak akan berulang sama sekali.

Fuziah Salleh

November 7, 2006 Posted by | Politics | Leave a comment