Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Parlimen Kuantan

Ahli-ahli KeADILan Bahagian Kuantan telah bersama-sama memberi sokongan terhadap usaha membebaskan Teresa Kok dari belenggu ISA dalam vigil protes terhadap penangkapan beliau.

Photobucket

——————————————————————————–

Mesyuarat Agung Tahunan KeADILan Bahagian (MATB) Kuantan akan diadakan pada pagi hari Ahad 14 September 2008 ini di Hotel Grand City, berhadapan dengan Pusat Khidmat KeADILan Bahagian Kuantan, Jalan Beserah, Kuantan.   Adalah dinasihatkan agar ahli-ahli, pemerhati dan tetamu merujuk kepada Hotel Grand City bagi mendapatkaan lokasi sebenar Dewan untuk mesyuarat tersebut kerana ia terletak sedikit terpisah dari bangunan Grand City Hotel yang kelihatan dari Jalan Beserah.

Sila hubungi Saudara Karim (016-9505071) atau Mr Sim(012-9818819) untuk sebarang pertanyaan mengenai MATB tersebut.

———————————————————————————–

Pagi ini, Sabtu 6hb September 2008, YB Fuziah Salleh akan berada di Kg Semangat, Ubai dan Kg Sepat; program sumbangan beras dan hampers.

Petang nanti beliau akan berada di Bazaar Ramadhan, Jalan Gambut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila telefon Saudara Hasanin (016-9221803) atau Pn Baini (019-2602838)

———————————————————————————-

Pada 30 Ogos 2008 lalu Pusat Khidmat Keadilan Bahagian Kuantan telah menjalankan gotong-royong di Kg Tengah bersama 20 orang sukarelawan, diketuai oleh Saudara Hasanin (Setiausaha Parlimen Kuantan) dan Puan Baini (Penyelaras Pusat Khidmat). Turut memberi kerjasama ialah sahabat-sahabat dari PAS Kuantan.

Sukarelwan telah membersihkan kawasan luar dan dalam rumah-rumah yang daif. Di antara rumah tersebut didiami oleh penghuni yang bermasalah mental.

Pusat Khidmat Keadilan Bahagian Kuantan akan berusaha membantu agar keluarga daif tersebut memohon bantuan-bantuan yang disediakan oleh jabatan-jabatan berkenaan, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuantan. Orangramai juga boleh membantu berbagai golongan dan lapisan masyarakat yang tersenarai dalam kendalian Pusat Khidmat Keadilan Bahagian Kuantan(PKKK) dengan menelefon di talian 09-5137970 (Pn Baini).

Photobucket

15 Comments »

  1. terus usaha puan demi untuk kebaikan rakyat, ganjaran terutama dibulan almubarrak ini hanya ALLAH SWT yg menetukan. Selain drp itu pastikan org melayu kita berubah sikap/mental. jgn terlalu mengharapkan bantuan yg penting kerjasama membangunakan bangsa melayu dr terus ketinggalan masa dan keadaan.

    Didik anak-nak bangsa agar jgn terlalu mengharap makan gaji tetapi berdikari sendiri/berniaga/bertani.

    Comment by Tok Long | September 8, 2008

  2. Puan
    Tahun 2008 ni banyak telah berlaku perubahan dan senerio dalam negara dan juga dalam politik negara. Semua pertubuhan dah berani menyuarakan pendapat dan pandangan masing2. Kita lihat betapa berani kaum2 gerakan (Cina) dan India menyuarakan kehendak2 mereka dan betapa takutnya kita orang melayu dengan senerio ini. Kita tahu bahawa Malaysia semistinya pada satu masa akan berubah kerana rakyatnya telah berubah. Mungkin kaum2 Indianya dahulu sebagai pak turut telah melihat bahawa mereka juga perlu mendapat hak yang sama dengan rakyat bangsa lain. Cina juga mahu juga melihat bangsanya menjadi PM dan TPM di negara mereka juga dan orang2 melayu popular dengan perebutan kuasa yang berlaku sebagaimana UMNO. Kedudukan melayu sudah terjejas dengan memohon maaf oleh pemimpin UMNO. Senerio ini menampakkan Malaysia tidak boleh lagi menjadi sebuah negara Melayu dan UMNO perlu dibubarkan MIC MCA juga begitu dan menampak kepada kelebihannya pada Keadilan. kerana pengasas kepada keadaan ini adalah Keadilan. Keadilan adalah parti berbilang kaum maka gerakan, PPP telah mulai runsing dengan perkembangan ini maka itulah disebabkan dicadang satu parti diujudkan untuk BN. FS, kaum cina dengan ekonominya memang tidak boleh gugat lagi. Kaum india hanya perlukan makan dan minum sahaja oleh itu jagalah mereka ini dari segi apa yang diperlukan oleh mereka tetapi kuasanya adalah pada kita. Jangan lupa kuasanya adalah hak kita orang ISLAM. Wasalam

    Comment by KKPPS | October 16, 2008

  3. assalamualaikum…

    Di harap YB dapat selesaikan..

    lori2 yg mengangkut daging2 khinzir dari rumah sembelih batu 12 hingga ke pasar besar tidak menutup lori2 mereka dan nampak ia tergantung2..
    dan ini menyebabkan kita tidak selesa ketika berselisih dgn lori2 tersebut..

    Comment by wan | October 18, 2008

  4. yerp setuju dengan wan…perkara ni dah lama sangat…kita boleh tengok keadaan ni dalam jam 2 -3 pagi di bandar Kuantan…..bukan tak bagi dorang bawak tapi tutup la sikit…kadang2 kita tengah sedap2 makan kan kedai dorang lalu langsung takleh telan makanan…..ermmmm badan berkenaan buat apa yer?

    Comment by kita | December 3, 2008

  5. Assalammualaikum

    YB,

    Saya ingin membuat aduan mengenai pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan yang mengambil masa terlalu lama untuk mengesahkan samaada bantuan layak diterima atau tidak. Jiran saya telah menghantar surat permohonan pada bulan Julai 2008, selepas hari raya puasa baru lawatan dibuat dan sehingga kini tiada apa-apa jawapan. Pegawai yang datang melawat juga berkelakuan kurang menyenangkan dengan mengunkit adanya televisyen, peti ais, dan beberapa barangan lain di rumah tersebut. Sedangkan barang-barang tersebut sudah lama dibeli ketika jiran saya itu mampu bekerja. Kini beliau adalah warga emas yang tidak lagi mampu bekerja berat seperti sebelumnya. Ada juga JKK kampung sebelum ini mengambil nama beliau untuk bantuan kebajikan, tetapi tiada apa-apa tindakan selepasnya. Sebelum ini saya telah menghantar beberapa permohonan kebajikan untuk jiran yang lain dan alhamdulillah mereka berjaya memperolehi bantuan. Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan. Ini kerana di kampung saya ini iaitu KAMPUNG SERI DAMAI, KM 12 JALAN GAMBANG berlaku ketidak adilan dan penyalahgunaan kuasa di mana pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal bantuan kebajika telah memberi keputusan awal sama ada pemohon layak atau tidak layak menerima bantuan. Ini menyebabkan ramai yang sepatutnya menerima bantuan kebajikan masyarakat terbiar begitu sahaja.
    Terima kasih.

    Comment by hazzat hamzah | December 5, 2008

  6. hurm hazzat……dorang ni macam pahat,kena ketuk baru nak gerak….kadang2 geram gak kat dorang ni…..

    Comment by KITA | December 15, 2008

  7. hazzat,
    Boleh tak kiranya hazzat berikan maklumat lanjut kepada pusat khidmat? Sebab untuk follow up kes ni, perlukan maklumat peribadi. Dan juga sekiranya pemohon sudah memohon sebelum ini, kami perlu meminta pihak JKM buka semula fail

    Segala kerjasama hazzat amt di hargai.
    Sila hubungi atau datang ke pejabat kami di jalan Beserah 09-5137970
    Sdr Fariz akan membantu

    Terima Kasih

    Comment by Fuziah Salleh | January 5, 2009

  8. As’salammualaikum
    YB,
    Saya ingin membuat aduan megenai kerosakan jalan pintas Permatang Badak.

    Untuk pengetahuan YB jalan tersebut baru di selengarakan & diperbesarkan Dicember 2008, yang menjadi masalah di sini adalah kualiti / hasil kerja yang dilakukan hanyalah seperti tikus membaiki labu.
    Jalan tersebut semakin hari semakin teruk dan boleh menyebabkan kemalangan.

    Dengan itu saya berharap YB dapat melihat atau mempertimbangkan aduan saya untuk kepentingan penduduk setempat dan pengguna jalan tersebut.

    Perhatian daripada YB amat dihargai, sekian terimakasih,

    Wassalam.

    Comment by Ramly Muhammad Hisan | January 19, 2009

  9. Wassalam Sdr Ramly
    Saya ambil maklum hal tersebut.
    Boleh Sdr hubungi Pusat Khidmat? Kami mahu pergi ambil gambar kawasan tersebut dan perlukan lokasi sebenar
    Terima Kasih

    Comment by Fuziah Salleh | January 22, 2009

  10. Just cadangan utk bahagian comment aje..

    Ada kesukaran utk nak check latest comment dari pembaca atau YB kerana terpaksa kena scroll hingga bawah page ni baru boleh confirm..

    Apa kata yg latest comment letak diatas dan yg lama dibawah..Rasenye just ubah setting homepage aje..

    Sekiranya ada reason yg lebih baik utk mengekalkan format ni ,tak apalah..

    Sekian terima kasih..

    Comment by Inakaboy | February 14, 2009

  11. Puan, amalan vigil ni amalam kristian. Kita islam ada cara kita sendiri (e.g. sembahyang hajat). Jangan pasal nak liberal apa semua kita harung… saja saya nak ingatkan…sebagai sesama islam…

    Comment by kudin | February 19, 2009

  12. Komen saya yg mengkritik tindakan vigil sebagai kristian’s practice nampaknya dipadamkan. Inilah PKR. Buat malu aje…menyesal saya sokong PKR. Terhegih2 nak jadi liberal.

    Comment by kudin | February 19, 2009

  13. Assalamualaikum YB. Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur dan tahniah kerana YB telah berjaya membawa perubahan kepada wajah sebenar bandar Kuantan walau berdepan seribu masalah. Satu perkara saya ingin nyatakan disini berkenaan perparitan di jalan wong ah jang belakang good year. Bila hujan lebat 20 minit sahaja air akan bertakung longkang penuh tidak tahu ke mana aliran air itu patut di salirkan. Saya tak faham kerana longkang besar tepi jalan siap indah dan cantik dengan hiasan pokok bunga kemboja.Tapi untuk apa semua tu jika fungsi longkang sebenar tiada.Fungsi longkang untuk alirkan air bukan untuk jadi kolam simpan air. Kepada pihak berwajib juga seperti MPK JKR tiadakah penyelesaian terbaik dalam isu ini sudah lama berlarutan. Sedih sangat kerana kita dah jauh maju ke depan tapi isu sumbat longkang pun tk boleh di atasi. kepada YB harap dapat ketuk kepala mereka berkenaan datang lihat benda apakah yang sebabkan tempat kami tinggal ini jadi kolam apabila hujan lebat 30minit

    Comment by zulkifli | April 17, 2009

  14. Assalaammualaikum Yang Berhormat

    Saya merupakan pengguna harian (hari bekerja sahaja)jalan Kuantan By Past dari Permatang Badak ke Kawasan Perindustrian Gebeng dan sebaliknya dari Tahun 1999 sehingga kini. Tiada sesiapa yang dapat menafikan bahawa banyak perubahan (ke arah yang positive) serta kerja-kerja menaiktarafkan jalan tersebut telah dilakukan dengan pesatnya dari dulu sehingga kini.

    Apa yang dapat saya perhatikan sejak akhir – akhir ini adalah meningkatnya kadar kes kemalangan di mana kenderaan terbabas dan memasuki laluan yang bertentangan. Terkini adalah kes kemalangan yang berlaku semalam di antara sebuah kereta (terbabas) dengan lori minyak.

    Tahun lepas, seorang teman sepejabat pernah menalipon saya dengan suara yang mengigil & tergagap2 untuk menyatakan bagaimana secara tiba2 sebuah kenderaan telah melayang (dari arah yang bertentangan) di laluannya dengan beza jarak yang tidak sampai 100meter.

    Saya sendiri selalu sangat melihat kenderaan yang tersadai di atas pembahagi jalan dan beberapa kejadian kenderaan yang telah terbabas & memasuki laluan bertentangan tetapi tidak melibatkan kehilangan nyawa.

    Mungkin Yang Berhormat boleh mendapatkan matlumat yang lebih terperinci dari Polis Trafik Kuantan berkenaan peningkatan kes kemalangan yang telah saya sebutkan di atas.

    Menurut pengamatan saya, punca utama adalah meningkatnya kadar pengguna jalan raya serta cara pemanduan yang lebih selesa kerana jalan ini boleh disamatarafkan dengan lebuh raya menjadikan kebanyakan penggunanya memandu dengan kelajuan yang lebih tinggi – sekitar 110km/jam

    Jika kita mengambil kira mutu & kualiti jalan tersebut (dua lane) sudah semestinya jalan yang sebegini akan dilengkapi dengan penghadang jalan raya. Saya yakin dengan adanya penghadang jalan raya tersebut bukan sahaja boleh mengurangkan risiko kenderaan terbabas malahan boleh memadamkan hasrat penunggang motosikal atau pun pemandu kenderaan dari kawasan perumahan yang berhampiran dari terus melintasi jalan tersebut dengan sewenang2nya tanpa menggunakan laluan U turn yang telah disediakan.

    Saya harap isu yang saya ketengahkan ini akan mendapat perhatian yang serious dari Yang Berhormat. Perbelanjaan yang lebih mungkin akan dikeluarkan tetapi sekurang2nya kita dapat membendung kes kemalangan dari terus meningkat dan nyawa dapat diselamatkan. InsyaAllah.

    Comment by Abu Bakar N H | June 12, 2009

  15. SAYA TERINGIN SANGAT UNTUK BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN PADA TAHUN INI.BAGAIMANAKAH INGIN SAYA MEMOHONNYA.

    Comment by NORHIDAYAH | August 18, 2009


Leave a comment