Gallery
Dengan cucu-cucu kesayangan
Temu Rapat di Sarawak bersama DSAI dan Tan Sri Khalid Ibrahim
Tugasan dalam Biro Pilihanraya melibatkan pertemuan-pertemuan dengan berbagai kumpulan fokus.
Berdekatan Jabal Rahmah. Ketika itu kami menziarah ke Arafah. Jabal Rahmah ialah tempat di mana Nabi Adam a.s. bertemu Hawa semula setelah terkeluar dari syurga. Mereka telah mencari satu sama lain selama 40 tahun sebelum dipertemukan semula di Jabal Rahmah. Tiang putih di atas bukit itu ialah tanda sebenar di mana mereka bertemu semula.
Near Jabal Jahmah. We were visiting Arafah. Jabal Rahmah was where the Prophet Adam a.s. & Eve met again after they were sent away from heaven. They had sought each other for more than 40 years.
The white pillar on the hilltop is the exact spot of the reunion.
Bersama keluarga menunggu bas ke Mekah.
With the clan, waiting for the bus to Mecca.
Fuziah Salleh bersama penduduk di Pahang (1)
Fuziah Salleh bersama penduduk di Pahang (2)











tahniah atas segala usaha puan… di sini saya ingin mencadangkan agar puan menyenaraikan “peranan wanita dalam ekonomi” … terima kasih…
Comment by NISHAFIZ | April 8, 2007
Sdr Nishafiz,
Terima kasih di atas saranan sdr
InsyaAllah, sudah dalam perancangan saya untuk memasukkan ‘peranan wanita dalam ekonomi’
sebagai salah satu dari “Agenda Memperkasakan Wanita Malaysia- iaitu tajuk ucapan dasar saya untuk Kongres Wanita Nasional tahun ini.
Nantikan penerbitannya, ya
Wassalam
Comment by Fuziah Salleh | April 11, 2007
fuziah salleh?? kenal sgt ngan die nie…tau nak bangkang kerajaan j..sibuk ngan politik…tapi anak sendiri ntah k mane…makan minum anak terbiar j…sampai anak sendiri suka dok merempat d rumah kawan2….
playboy pulak tuh…tgk j hafidz dan muiz….nie k hasil asuhan fuziah salleh??
dah tu, tak pernah layan tetamu dengan elok…tak d bezanya dengan datin2 yang aeda sekarang nie…meyombong….
kalo diikutkan pengalaman saya semasa berkawan dengan anaknya, saban tahun saya kira saya mengunjungi rumah fuziah salleh ini… tapai tidak pernah walau sekali, beliau cube bermesra dengan kami…alih2 hanya serahkan pd org gajinya…
semasa anak perempuannya melansungkan perkahwinan,pun begitu jua….kami pada masa itu hanyalah seorg pelajar sek men…lansung tak dipandang, malah kami diminta utk menjadi penyambut tetamu pula….kami terima atas dasar kakak kawan sendiri yang kahwin….mungkin kami nie, tak layak utk berada di rumah atas bukit beliau….
inilah contoh pemimpin yang diagung2kan oleh PKR….
mmg PKR sendiri tidak pernah hormati org lain, macamane, kami nak hormati PKR??????
Comment by keroncong.... | September 6, 2007
aih…marah nampak…apa ntah cerita di sebalik ‘hatred’ itu.
Comment by qasyeh80 | September 10, 2007
canggung gambaran mu tu, keroncong.Fuziah Salleh tak melayan orang? isy…itu suatu kehairanan…adale sebabnye yg munasabah agaknye…
kadang2 org marah2 ni ada sbbnye juga…kalau personal, x yah lah beritahu satu dunia…
Comment by Julia S | September 12, 2007
Ni Hafidz Anak kpd Fuziah Salleh.. Ape masalah awk dgn sy keroncong? sy x layan awk dlu? & sbb tu awk nk memburukkan mama sy pulak? Agenda awk tu x laku la keroncong…!!!! sbb semua org tau yg mama sy tu pemimpin berjiwa rakyat & mesra rakyat! klau tak, takkan die bersusah payah brjuang dlm parti pmbangkang semata2 demi menegakkan prinsip kebenaran & KEADILAN!!!
Berapa RM UMNO beri pd awk keroncong?? Dgrnye sekarang awk dah pakai tudung pink puteri UMNO??
Klau pasal hal personal, xyahla libatkan mama sy..
klau lancang sangat mulut tu, dtg jmpe sy straight je!!!!!!!
Klau beranila………
Comment by Hafidz | October 10, 2007
Tahniah, puan. TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK ORANG KUANTAN DAN MALAYSIA. JANGAN BIARKAN UMNO DAN SUKU SAKATNYA TERUS MENINDAS BANGSA MALAYSIA TERCINTA. ISLAM BUKAN UNTUK DIINJAK, ULAMAK BUKAN UNTUK DIJADIKAN TOPENG, KEADILAN BUKAN UNTUK DIPERMAINKAN.
Comment by Raza-AMZ | November 10, 2007
Keroncong : A not-so-smart away to voice out your dissatisfaction. Immatured.
Hafidz : Ada blog sendiri tak ? plz reply. tq.
Comment by Aylana | November 10, 2007
assalamualaikum…mcm drama latin korg ni,lawak2…memang terhibur jiwa,kahkahkah…jgn marah haa,gurau2…
Comment by pemikir | November 10, 2007
smalam ujan,ari nih panas kut,..
dollah ade payung ke?kalo x de,..cari2kan lah..pm cume sorg je dlm negara,.
Comment by sam | November 11, 2007
Salam saudari Aylana…
Terima kasih kerana sokongan saudari..
Ni e-mail saya, hanzs_lee@yahoo.com
Wslm.
Comment by Hafidz | November 13, 2007
salam.
sejauh mana keadilan nak tegakkan keadilan? bersih ke keadilan tu sehingga nak bersihkan org lain?
kenapa suku sakat keadilan masih kerja dengan kerajaan?? berhentilah kerja! kerja sendiri.
saudara hafiz, saya pernah terima layanan itu. terima kasih! riak sungguh..
thanz.
Comment by jon | November 23, 2007
patut la… akhir zaman ni ramai manusia masuk neraka
Comment by bayu | January 18, 2008
there is no such think as government money. it is taxpayers’ money!!!
BN is bragging it gives subsidies of 81 million or billion ringgit, 10 billion on medicine, “Petani terjejas terima insentif RM800j setahun” and much more but the reality is any parties who govern malaysia will do that things.
if BN becomes the government, they can do it.
if opposition front becomes the government, they can do it.
it’s all because the taxpayers’ money.
many malaysians forget this fact.in west countries, they will use “taxpayers’ money” term not “government money”
the problem with BN now is corruptions, mismanagement,befriends mat rempit who create social & crime problems and many more!!!
more on corruption=
http://www.youtube.com/watch?v=SdKiBfK2Nh4
BN said the nation will bankrupt if we use oil or becomes a welfare country BUT the reality is taxpayers’ money are flowing into BN leaders and cronies thru so-called ‘commission’. police received 100 ringgit called rasuah but leaders received millions called commission!!! not fair
say to them that it is very important to deny 2/3 majority by BN because the oppositions can stop any policies or decisions in favour of BN cronies and interest being approved in the parliament!!!
citizens are being fooled by the BN. BN gave so many incentives or money (to felda etc) just before the coming 8 mac 08 to fetch people votes.
please remind the people who received the money that is it gov (ruling part) responsibility to cater people needs. if opposition becomes a gov, then it is also the gov (ruling party) responsibility to distribute the taxpayers’ money.
no big thing!!!
for this type of people, we must remind them we must bring BN corruptions to a stop, in 2008 general election. corruption leads to slow economics growth because when corruption index is high, foreign investors don’t want to come to malaysia for so many bureaucracies and have to give some money (in million) to BN/BN cronies
******************************************************************************
remind them that BN uses petronas income to finance failed project/ companies resulted from corruptions. but, the opposition will use the money for the benefit of the citizens
****************************************************************************
• Accountability= good example; http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/2765041.stm
“Shortly after he (Tony Blair) spoke, at around midday GMT, a tide of banner-waving protesters began surging through central London
They cheered, shouted, sounded horns and banged drums, waving signs with slogans ‘No War On Iraq’ and ‘Make Tea, Not War’”
ok, we might say that iraq war is an international issue not local one. if that the case, go visit http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7203839.stm for news titled ‘Police in protest rally over pay’
*****************************************************************************
i googled and fail to find any police forces in west/developed countries that need the rallies/demos organisers to seek permits beforehand unlike malaysia and s’pore etc. they also do not use water cannon! (at least, as being soaked in chemical water makes people uncomfortable)
BN also say ‘demo is a show of unstable country, so don’t do demo, it’s not out culture..bla3′
demo is part of democracy . in uk, people can demo even outside no 10 (http://iaoj.wordpress.com/2007/12/18/demon-on-10-downing-street-against-potential-extradition-swap-of-baloch-nationalist-leader-hyrbyair-marri-with-fleed-most-wanted-terrorist-suspect-rauf-rashid/) and in usa, can demo in front of white house ( http://www.actupny.org/reports/03WAD.html and http://www.cbsnews.com/stories/2004/03/16/iraq/main606512.shtml). but in malaysia? malaysia is alike russia; cannot hold any rallies and demonstration.please go to http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2006/12/16/AR2006121600942.html
i wish the opposition in malaysia can highlight demos issues in malaysia (it’s not belong to malaysia culture but it’s democracy ‘culture’ and component)
• “There are always protests here in the UK. Does that mean it’s an unstable country?”- kak adi
protests have nothing to do with so-called unstable country; it’s way of questioning mismanagement by leaders (hence “Accountability”) and expressing (rakyat) views
Comment by nizam | March 4, 2008
salamualaikum dan salam reformasi…
saya tak rasa kamu layak berkata begitu keroncong dan jon.saya selalu bekerja dengan pn fuziah salleh bagi cuba memastikan kemenangan berpihak kepada Parti KeADILan Rakyat di parlimen Kuantan dan saya kenal dia beberapa bulan yang lalu. bagi saya, dia mesra dgn saya dan seluruh isi rumah dan orang-orang yang pernah kami lawati.dia juga mudah didekati.kalau dia tak layan tetamunya, mesti ada sebab dan saya yakin tentu ada sebabnya dia tak layan kamu.dan ini blog beliau, bukan blog hafiz.komen ttg hafiz di blognya.
dan kepada pengundi-pengundi parlimen kuantan,jangan terpedaya si jon dan keroncong. puan hjh fuziah salleh adalah salah seorang pemimpin wanita terhebat yang masih wujud di malaysia di samping muslimah PAS yang lain. maka, demi memartabatkan kembali nama malaysia seantero dunia, saya seru kepada seluruh pengundi parlimen kuantan yang membaca blog ini untuk keluar mengundi Puan Hjh Fuziah Salleh, calon Parti KeADILan Rakyat di P 083 Parlimen Kuantan…
salam reformasi kembali dan TAKBIR!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!
Comment by Safwan | March 6, 2008
all the best for tomorrow madam fuziah salleh! hope you beat the NOT FROM KUANTAN MCA candidate! My family and i in Teruntum will have our votes for you and your fellow candidates!
Comment by chinky | March 7, 2008
congrats kak gee on the winning of your 3rd attempts!
See you in parliment nanti…lawan kak pidah tuh..:-)
Comment by fini | March 9, 2008
Assalammualikum & Salam Darul Takzim Utk Semua.
Maaf kalau saya cuba mencelah kat sini kerana saya amat tertaik dgn luahan isi perut Mr / Mrs keroncong & Jon yg boleh dsifatkan sbgai Calon yg kalah sblm brtanding. Apakah coretan mereka berdua ni sekadar memencing undi @ sengaja meludah kelangit untuk mnunjukkan kelemah diri sendiri ? Walaupn sya bukanlah kenalan rapat Pn Fuziah Salleh, namun kewibawaan beliau sbgai pemimpin telah terbukti selama ini. Dengan berpaksikan latar belakang keilmuan yang cukup tinggi, maka sekali lagi beliau diutus oleh Allah swt untuk membetulkan dan menegakkan keADILan utk semua. Tak ada gunanya membuka pekong didada org lain kalau didada anda sendiri penuh Jerawat batu bernanah. Sbagai penyokong party KeADILan, dn sbgai rakan seperjuangan Pn Fuziah, sekali lg saya menyeru kpd 2 org makhluk ciptaan Kerajaan Pink ni utk brhenti mengaibkan org lain. X ada apa yg akan anda perolehi. Kalau stiap apa yg anda katakan itu benar, alangkah baiknya anda membuktikannya kpda smua. Selalunya org2 barisan Nasional akan ckp yang party pembangkang dh terdesak dn ketandusan isu utk mnjatuhkan krajaan, tapi hari ini terbukti anda yg mungkin pengikut Fanatik BN juga ketandusan idea utk mjatuhkan seorang pemimpin yang memang berjiwa rakyat. Utk Pengetahuan anda juga, pn Fuziah salleh ni mmg layak digelar ” Puteri Diana dibumi Malaya” atas kewibaan bliau selama ini. Jgn berkecil hati ok. Utk Hafidz, jng mudah melatah dgn karenah makhluk2 halus dlm barisan sprti Keroncong & Jon tu, sesungguhnya mama mu memang seorang yang hebat. Yang penting Hafidz & Family x pernah dan x akan pernah meminta sepinggan nasi dari mereka… Teruskan usahamu membawa wadah perjuangan & suara rakyat demi sebuah keADILan yg hakiki.
Comment by P162 Gelang Patah | March 11, 2008
tahniah kak gee…semoga suara kak gee dan seluruh ahli parlimen pembangkang yang lain bergema di dewan parlimen nanti….salam…
Comment by safwan | March 20, 2008
Saya rasa, keroncong itu, adalah mereka yg terlalu condong kepada BN, sehingga tidak mampu “Listen to both side of the story, impartially”. Saya mampu berkata demikian, kerana saya sudah lihat dan dengar dari “both side of the fence”. Tak perlulah keroncong membuat serangan peribadi, kerana PM dan DPM sudah berkata, “Kami tidak seperti BA, membuat serangan peribadi terhadap calon2″. Jadi, kalau keroncong tu pengikut setia BN, dia tidak akan mengulangi sikap nya itu, kerana tidak sehaluan dengan PM dan DPM, adalah seperti melawan kehendak parti. Jangan mudah lupa.
Skrg saudari Fuziah sudah mendapat mandat rakyat. Kalau keroncong tidak menyukai, takpe. Tapi kerjasama lah dengan beliau. Kerana RAKYAT adalah agenda utama. 4 tahun tu tidak lama. Beri dia peluang. Jangan tau nak bangkang aje (ini ayat keroncong). Kalau dah beri sokongan dan saudari Fuziah masih tidak mampu mengubah apa2, pangkah sahaja yang lain.
Lagi satu, apa kata keroncong cuba mengkaji dan membandingkan kerajaan Malaysia, dengan kerajaan di UK Bukan saya nak agungkan sangat mereka, tapi cuba perhatikan betul2. Kerajaan mereka effecient. Ada satu insiden, Home and Immigration Minister, letak jawatan, kerana membantu rakan nya, dlm isuan Visa baru utk pembantu rumah. Apa yang beliau lakukan hanya lah, mengambil permohonan itu, dan beri pada pegawai pemprosesan. Rakyat bising, dan beliau letak jawatan. Selain CSL, saya tak nampak mane2 MP yg buat mcm nie. Ini yang kita kejar. Bukan semua kerajaan buat tu tak betul. Banyak agenda yg memang bagus. Tapi perlaksanaan serta penguatkuasaan tu, boleh dibaiki 95% lagi.
Comment by Bunga Melati | March 20, 2008
Assalamualaikum Puan Fuziah. Apa kabar? Harap sihat sejahtera. Saya Nurhidayatul Amirah mengadu lagi mengharapkan bantuan puan.
“UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH”. Slogan yang begitu menarik hati saya. Demi membela maruah keluarga, saya dan keluarga dianiaya oleh Ketua Jabatan, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Kementerian Pelajaran Malaysia!!!!! Tak percaya???? Tapi inilah kenyataan yang terpaksa kami tanggung bertahun-tahun lamanya. 5 tahun kami tidak bersekolah hingga sekarang tidak ada pihak yang terlibat berdepan dengan kami untuk selesaikan masalah. Mereka anggap soal maruah soal REMEH TEMEH. Peringkat demi peringkat kami adukan masalah kami ( kami ada bukti untuk itu) tetapi tidak dilayan sebaliknya perkataan yang dikeluarkan oleh mereka ini soal remeh temeh.
Jadi, saya benar-benar berharap puan yang bernaluri seorang ibu dapat membantu masalah kami anak-anak, dengar dan bongkarlah disebalik penderitaan keluarga kami untuk dikongsi bersama oleh puan dan dimanakah penghujungnya??
Sekiranya puan dapat membantu kami, Allah akan membalas jasa baik puan 10 kali ganda lagi.
“Kasih ibu bawa ke syurga,
kasih ayah sanggup berkorban apa saja,
kasih anak membela maruah ibubapa
itulah pengorbanan seorang anak di dunia mahupun di akhirat.”
“Tiada bukit dan gunung yang tidak boleh didaki,
tiada paya dan lurah tidak boleh diselami.”
Ini adalah aduan saya kali ketiga dan terakhir. Selepas ini saya berserah kepada Allah. Sekiranya saya tidak dapat bantuan dari puan bermakna saya terpaksa berdepan sendiri dan tidak mengharapkan lagi pada insan yang bernama manusia.
Untuk temujanji saya boleh dihubungi 019-9526631.
Comment by NurHidayatul Amirah | March 23, 2008
Salam! Tahniah buat Kak Gee dan PKR Kuantan….dalam kita merayakan kemenangan jangan lupa kita sedang di perhatikan oleh kawan dan lawan….1 perkara yang saya nak ingatkan kepada semua…..jangan sekali kali abaikan pejuang yang bermatian sehingga kemenangan ini tercapai….jangan cepat melatah dengan nama kerana ia tak bererti apa-apa tapi sentiasalah memberikan jasa kerana itu yang akan mambawa ingatan orang pada kita…
Comment by pikir Ar | March 24, 2008
Setelah meneliti semua komen yang tak profesional berbentuk serangan terhadap Pn Fuziah jelas penyokong UNMO maseh dalam keadaan “terperanjat” seperti hilang akal tak dapat terima kekalahan.Ibarat katak dibawah tempurong.Saya rasa kalau mereka turun ke Kuala Lumpur mereka akan dua kali “terperanjat” bila tengok orang UMNO disini dah mula malu nak mengaku UMNO.
Comment by AbangJebat | March 29, 2008
http://img519.imageshack.us/img519/2162/br2ba3.gif
Comment by kamarul | April 1, 2008
puteri diana . hidup UMNO
Comment by tetel | April 6, 2008
aku tetap UMNO sampai bila2
Comment by tetel | April 6, 2008
Assalamualaikum
Pn Fuziah,
Firstly TAHNIAH diatas kemenangan yg tdk di sangka, dan ini menunjukkan bhw rakyat telah mula sedar dan dpt membezakan mana kaca atau permata. Saya faham bukan mudah untuk memuaskan hati rakyat terutama Pakatan Rakyat untuk Pahang adlah sedikit shj, tapi kita mesti percaya kepada ALLAH yg menentukan segalanya.
Personally jika Puan Fuziah dpt membuat satu kejutan di Kuantan ini Insyaallah satu penggal akan datang adalah milik Puan,
Terutamanya parking,cukai dan sebagainya. Tapi mesti dipertahankan dgn sekerasnya oleh pihak kepimpinan negeri sedia ada
Insyaalah kita sama2 mendoakan kejayaan Kalian semua
PAKATAN RAKYAT
Comment by nawawijusoh | April 7, 2008
Assalamualaikum….khas buat MP Kuantan.Semoga kejayaan yang dikecapi tidak melalaikan anda.Juga anak anda hafiz.
Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak dapat merasai kehambaan dan merasai bertuhan dapat menanamkan rasa tersebut di hati manusia. Mana mungkin pemimpin yang hatinya lalai dari mengingati tuhan boleh membawa hati manusia untuk mengingati Tuhan.
Adalah mustahil pemimpin yang derhaka kepada Tuhan dapat membentuk manusia lain untuk taat dan patuh kepada Tuhan.Pemimpin yang tidak terdidik atau tidak berupaya mendidik dirinya dan ahli keluarganya dengan iman dan taqwa, tidak akan berupaya mendidik manusia kepada iman dan taqwa.
Pemimpin yang gagal mendudukkan nafsunya pasti gagal untuk membawa manusia lain menundukkan nafsu mereka.Pemimpin yang bengis, keras, kasar, pemarah, ego dan sombong pasti tidak mampu membawa kasih sayang dan menyatu padukan manusia.
Dalam apa keadaan pun pemimpinlah yang mesti mendahului orang lain dalam berbuat, barulah kejayaan bakal terjadi kepada orang lain. Hatta pemimpin perompak dan penyangak sekalipun.Pemimpin
yang tidak mengenali Tuhan dapat membawa manusia kepada Tuhan.
Untuk menjadi pemimpin yang baik yang bercita-cita dan mahu mencetuskan kebaikan kepada manusia. Yang mahu melihat manusia menjadi baik, mengenali Tuhan, hidup bersyariat, berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu.Pemimpin yang hendak membentuk manusia
soleh, maka dirinya mesti memiliki ciri-ciri super soleh.Pemimpin yang bercita-cita membawa hati manusia merasa bertuhan, maka hatinya sendiri mestilah berada pada tahap keupayaan menjadi penghubung kepada Tuhan.
Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat.
Bukan sebarang orang yang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin.Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin.Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.
Comment by shay | April 12, 2008
Kejayaan yang anda kecapi hari ini adalah dari usaha balaci-balaci anda yang tak kenal penat dan jemu membanting tulang untuk memastikan kejayaan anda.Ingat anda hanyalah wakil kami ke Dewan Rakyat.Sesekali jenguk2 lah balaci2 anda.adios….
Comment by shay | April 12, 2008
biasa ler puan… mustahil semua org boleh setuju dengan kita.
yg penting puan teruskan aktiviti spt biasa. kami akan terus menyokong.
Comment by keadilanbatu | April 14, 2008
Segala usha yang dilakukan perlu dilihat dari sudut penerimaan jangka panjang.Ini kerana matlamat program yang dilakukan menetukan bertahan atau tidak kemenagan PR masa akan datang.Namun jangan lari dari niat ikhlas kerana Allah.Perlu ada kesinbambungan usaha kita dari pelapis agar usaha/program yang disusun tidak mati begitu sja.
Comment by mazwar | April 22, 2008
Assalamualaikum,
Kak G, di sini ana bagi contact email dan blog. Walau pun tidak bersifat politik 100% namun di sana ada pelbagai. Kegamaan dan akademik serta apa-apa isu semasa yang terlibat dengan perbincangang dengan rakan-rakan bloggers. kalau ana bentuk blog khusus tentang syariah nanti, kasi tahu kak G lah.
Salam untuk suami Kak G dan untuk seme famili.
TQ
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
Comment by ahmad daud ishak | May 4, 2008
assalamualaikum puan…saya baru terbaca tulisan shay…malangnya saya salah seorang daripada orang yang dia pggl “balaci” tersebut…
saya meminta puan melihat dan memandang serius apa yang diperkatakan beliau…lihat kembali janji puan pada “balaci” tersebut…seperti mana kami membantu puan, bantulah kami pula…kami tak harapkan wang ringgit seperti para pengampu barisan nasional, cukuplah dengan penghargaan…saya juga ada beberapa kenalan YB lain dari barisan PKR…dan saya kira mereka masih boleh dibawa berbincang…tentu puan juga boleh…
saya menulis ini kerana telah sy dgr pelbagai aduan dari golongan “balaci” puan…bukan hendak mengkritik atau memalukan, tetapi saya tiada jalan lain untuk menyuarakan pendapat ini kepada puan…agak ramai saya dengar desas desus yang mengatakan bahawa puan akan terpaksa mencari “balaci” lain untuk PRU 13…
rasanya tak perlulah saya memberi sebarang contoh siapa mereka…puan fahamlah sendiri siapa…sebab satu masa dulu dengan merekalah yang puan harapkan pertolongan…
saya tak berani nak menjangka, tapi saya yakin puan sendiri lihat beberapa “orang puan” dahulu tidak lagi bersama puan…tujuan saya hanya satu, memastikan kemenangan parlimen kuantan kekal milik PKR…
sekian…
Comment by LP | May 7, 2008
Salam
Saya hargai semua pandangan yang diluahkan disini. Namun saya terkilan dengan kegunaan perkataan ‘balaci’ keatas petugas-petugas Kuantan. Selama ini saya teramat menghargai sumbangan semua orang, tidak kira samada ianya banyak atau sedikit. Tidak pernah juga saya berniat untuk mengenepikan sesiapa. Malah saya agak terasa hati sekiranya ada golongan yang menggelar rakan-rakan para pejuang ini seperti ‘balaci’. Setahu saya mereka berjuang untuk menegakkan prinsip kebenaran dan keadilan, tanpa mengira siapa yang menjadi calon. Mereka berjuang tanpa penat dan lelah semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT di atas usaha-usaha mereka. Mereka berkongsi wawasan saya untuk membawa perubahan dan pembaikan terhadap negara tercinta. Sebaliknya yang berjuang dengan mengharapkan pengiktirafan dan balasan dunia, selalunya hanyalah pihak-pihak UMNO dan BN …
Setakat ini, saya tidak pernah berehat selepas kemenangan 24 Mac 2008. Ulang alik KL -Kuantan, melaksanakan tugas Pusat dalam parti dan juga tugas wakil rakyat. Tidak henti-henti kami mengendalikan aduan orang ramai, serta juga tidak henti-henti saya melayan permintaan untuk berjumpa. Saya juga terus berjumpa aktivis di setiap Daerah Pusat Mengundi dan memastikan program tambah ahli berjalan dengan rancak. Saya sendiri meneliti permohonan untuk berjumpa saya, disamping memastikan supaya tidak ada yang tertinggal, seboleh-bolehnya.
Walaubagaimanapun, saya akui rakan-rakan seperjuangan saya yang paling dekat dihati tapi paling kurang dapat berjumpa, ialah teman-teman seperjuangan dari PAS. Oleh kerana jadual saya terlalu padat, dan permintaan untuk berjumpa terlalu banyak, rakan-rakan yang rapat dengan saya dalam perjuanganlah yang kekadang terpaksa dibelakangkan, walaupun tidak berniat demikian. Permintaan rakyat terpaksa didahulukan dan saya tahu mereka akan memahami. Semoga Allah jua yang membalas jasa baik dan usaha kuat mereka. Semoga Allah juga redha keatas mereka… Saya juga tahu yang mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan………
Comment by Fuziah Salleh | May 22, 2008
Buat SHAY dan LP….aku rasa ayat nkorang tu tak kena la….kalau gitu aku jugak “balachi” dan kalau takdirnya aku “balachi” aku cukup bangga kerana aku penyambung tugas abang2 aku yang telah ‘pergi’ sebelum lihat sejarah tercipta di Kuantan…tanyalah diri sendiri nko berjuang untuk apa…Parti? Bangsa atau Agama nko….tak payah sembang la kalo stakat nak angkat diri dan tunjuk kita ni bagus..hakikatnya 18ribu lebih menyokong PKR dan aku adalah salah seorang yang berada alam tu sejak tahun 99 dan sebelum tu bersama dengan PAS…aku juga pernah join UMNO dan BN dan persamaan yang aku jumpa antara PR dan BN adalah…ramai yang jadi pendokong setelah menang dan berkokok kononnya dialah ayam sabung tapi sebenarnya hanya duduk melihat semasa “perang” sedang berjalan…dan aku tak pelik kalau ramai yang tak berjaya “mencapai matlamat” kerana aku nampak sebarang agenda peribadi tidak di terima dalam perjuangan PR…jadi muhasabahlah diri kita dan pilih jalan samada nak jadi pejuang seluruh rakyat atau pejuang sesetengah rakyat……aku takde niat nak hina sesapa dan nak puji sesapa….ingat 3 kali pilihanraya Kak Gee tetap lawan…tak ramai yang seberani tu dalam Malaysia ni….kita semua camana? Buat Kak Gee saya sarankan agar perkara seperti ini diambil serius…mereka mungkin abang2 @ adik2 kita dalam perjuangan & tanpa mereka siapalah kita…
Comment by Pi Kir Ar | May 22, 2008
Tak kiralah kalian nak panggil diri kalian ‘balaci’ ke, pejuang ke, itu adalah pilihan kalian sendiri… tidak penting bagi saya… Yang penting semua sumbangan kalian dibuat dengan niat ikhlas.
Di sini saya ingin mengumumkan dengan segala rendah hati bahawa saya amat-amat hargai segala sumbangan, sokongan dan bantuan kalian untuk memenangkan saya selaku calon PKR di Parlimen Kuantan. Saya juga berjanji akan buat yang terbaik untuk mengisi aspirasi dan harapan rakyat, demi memperjuangkan nasib rakyat.
Namun, setakat nie, tak nampak pun mana-mana yang dulu bersama saya yang kini telah membawa diri? Semuanya masih berhubung seperti dahulu kala? Tentang yang ramai-ramai nak jadik sukarelawan, nak bantu buat kerja, apa pulak salahnya? Akan tetapi kalau saya tersilap pandang dalam hal ini, silalah berhubung secara direct kepada saya..
Tapi kalaulah ada yang berhajatkan ganjaran untuk ‘dapat projek’ diatas sumbangan mereka sewaktu memenangkan saya dalam PRU12, dan lantas itu buat cerita macam-macam nie, bila mereka tak dapat, mohon maaf bebanyak, ganjaran projek tiada didalam kamus saya…… hanya Allah saja jadi saksi dan Maha Mengetahui sumbangan kalian…..
Comment by Fuziah Salleh | May 26, 2008
sabar je puan fauziah..semoga bandar kuantan akan menjadi contoh kpd bandar2 lain..harap puan fauziah terus sukses..
Comment by Eaddy Rahimi | May 28, 2008
JANA ARUS
KAMI ARUS PERJUANGAN BANGSA
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA
Teruskan Kak Gee…
Kami tetap disini….
Comment by Pi Kir Ar | May 29, 2008
Salam Kak Gee & semua rakan2 Reformis Pahang…saya ingin mengambil peluang disini untuk membuat pengumuman tentang penubuhan Anwar Ibrahim Club Negeri Pahang…kepada rakan2 yang berminat bolehlah menghubungi S/U AMK negeri atau Ketua AMK Kuantan..atau ahli2 negeri Pahang di laman AnwarIbrahimClub.com/forum….disini kita bersama membina kekuatan dan kepimpinan bagi negeri dan negara.
Comment by Pi Kir Ar | June 1, 2008
Assalammualaikum.
Maaf kerana mencelah…
Aduh terasa pedih dan peritnya jiwa ini tatkala terbaca luahan hati rakan-rakan perjuang yang lantang bersuara meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap “Puteri Diana ciptaan Malaysia” iaitu YB Pn Fuziah Salleh atau lbih mesra dgn pnggilan Kak Gee.
Pada pendapat saya.
Dari Mana datangnya “Balachi” dan kemana perginya “Balachi” slepas PRU12 yang lalu bukanlah persoalannya, tapi kemanakah hilangnya nilai dan erti cinta mereka ini terhadap perjuangan bangsa kita hari ini adalah persoalan yang perlu dijelaskan ? Siapakah mereka ini yang sanggup menghukum pemimpin sendiri serta melahirkan Provokasi peribadi hingga sanggup menggelar diri sendiri sbgai “Balachi” kepada kak Gee? Pikir-pikirkanlah….
Cuba bayangkan jika suatu hari nanti, salah seorang atau beberapa orang dari”Balachi” ini akan terpanggil untuk menjadi pemimpin rakyat, apakah mereka akan mendapat jadual kerja yang lebih baik, lebih selesa, lebih ringan atau lebih mudah? Pastinya TIDAK SAMA SEKALI. Dan apakah perasaan mereka apabila perjuangan mereka dalam menegakkan keadilan bersama rakyat hanya dinilai @ dihargai dengan kemunculan generasi-generasi “Balachi” ciptaan sendiri sbagaimana yang mereka luahkan kepada pemimpin mereka hari ini?
Ayuh lah saudara saudari ku, beri lah peluang kepada YB Pn Fuziah Salleh untuk menunaikan janji dan iltizam beliau di bumi bertuah ini, janganlah mudah menghukum orang lain hanya kerana kekecewaan diri sendiri. Beri dan teruslah memberi sokongan kepada beliau kerana saya yakin suatau hari nanti kita pasti akan mendapat pulangannya.
Kepada YB Pn Fuziah Salleh, teruskan perjuanganmu demi mempastikan kebenaran dan keADILan sentiasa berpihak kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami bangga dengan perjuangan ini dan kami yakin dengan kemampuan PKR untuk memnghapuskan segala “Korapsi Politik” yang bermaharajalela di bawah pentadbiran BN selama ini….. Jumpa anda dipuncak kejayaan
Salam Reformasi & Selamat Maju Jaya dari kami di AMK Gelang Patah (P162)
Comment by P162 Gelang Patah | June 8, 2008
AMK Gelang Patah
Kak G hargai sokongan kalian. Terharu sesangat…..
Dalam politik nie, Biasa laaa. Kita tak dapat nak memuaskan hati semua orang!
Yang penting bagi Kak G, I’m giving my best and will continue to give my best!
Sementara Kak G terus berikan yang terbaik, memang akan terus ada tentangan. Kalau dalam 10 orang, 8 orang puas hati, dan ada dua yang tidak, Kak G rasa itu masih merupakan indicator positive. Ia akan terus memberikan Kak G semangat untuk tetap teruskan agenda pembaikan ini…..
Buat Kalian yang berjiwa besar untuk bersama-sama Kak G, harap dapat terus berikan sokongan dan kata-kata semangat…
Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan
Comment by Fuziah Salleh | June 12, 2008
ibu,
disini ku nukilkan rasa hatiku
tentang anak-anakmu yang ramai ini
tentang anak anakmu yang faham
dan juga yang tidak mengerti
tentang erti perjuanganmu ibu
ibu,
anakmu ini terus berdiri
memegang panji panji perjuangan kita
yang aku fahami dan tertanam kukuh dalam jiwa ini
merentas rempuh halangan onak dan duri
yang menunggu didepanmu
ibu,
bersabarlah dalam perjalanan ini
kerna ada diantara anakmu nanti akan mengkhianati
perjuangan yang mulus dan tulus ini
dan disitu nanti kamu akan melihat
jiwa jiwa besar anakmu menangkis tiap serangan itu
dari tiap sudut pelusuk bumi
kerana kami tak ingin melihat
kau dilukai apalagi dicedera
oleh orang orang yang zalim
yang hanya berfikir tentang diri
yang bertuhankan kesenangan sediri
ibu,
kau menjadi sumber kekuatan kami
dan dalam doa perjuangan ini
kami titipkan kekuatan buatmu
andai kami tersungkur nanti
jangan kau sesekali lupa
yang kami adalah anak-anak mu
(khas buat YB bersempena hari ibu)
Comment by PIKIR AR | June 16, 2008
PIKIR AR,
Satu Penghormatan yang tidak ternilai maknanya…
Saya terharu dan akan sentiasa hayati….
Saya insaf, ‘anak-anak saya di Kuantan begitu ramai sekali, dan begitu pelbagai kerenah mereka.
Akan tetapi yakinlah, kasih ibu tidak berbelah bagi. Kasih ibu is ‘expandable’
Ramai mana sekalipun, ibu tetap kasih dan sayang kepada semua anak-anak walaupun ada diantara mereka yang nakal atau ada anak-anak yang tidak selalu ditemui atau dihubungi, hatta yang menyakiti hati ibu sekalipun, ibu akan tetap mendoakan…
Seorang Ibu will never give up on her children
Comment by Fuziah Salleh | June 17, 2008
YB sebagai pemimpin anda tetap diuji oleh Allah, anggaplah komen-komen mereka itu senagai ubat penawar kepada kejayaan, tara nabi tu maksum Allah dah jamin hapus dosa dulu dan akan datang, namun tetap ade orang yang tak suka dan tak bersetuju dengan baginda, pada saya YB buat kerja ke tak apa-apa jua YB tetap sebagai seorang serikandi bangsa yang mampu mengalahkan petualang negara dan bangsa yang bermaharaja lela dimuka bumui pahang ni, akan datang lawan dengan nan gengster tu kita akan sokong habisan mempastikan supaya pemimpin parti rasuah tu gugur menyembah bumi sujud pada Allah. yang hairan dalam pada minyak naik dia buat juga pesta maksiat hari tu…..binawe
Comment by ali | June 30, 2008
salam puan…
baru saya paham maksud mesej puan tempoh hari….
banyak jugak komen pedas kat atas tu ya puan…
apa pun, saya harap P083 tetap menjadi milik PKR ataupun setidak-tidaknya PR dalam PRU 13 nnt…
kepada puan fuziah, teruskan perjuangan dalam dewan rakyat….
sampai masanya jatuhkan terus BN dengan kezaliman dan kekejaman yang mereka buat…
semoga puan dan rakan-rakan seperjuangan puan berjaya nnt….
saya hanya akan menunggu berita kemenangan besar-besaran itu di bumi kuantan….
salamualaikum puan….
Comment by Safwan | July 11, 2008
assalamualaikum…
utk K.G, slamat myambut hari ulang thn…
semoga pnjg umo n brjaya di unia n akhirat..
semoga m’jd pmimpin yg bnr2 b’jwa rakyat…
Comment by princess | July 15, 2008
Salam
Safwan,
Terima Kasih diatas sokongan dan keprihatinan.
Saya sentiasa menghargai setiap bentuk sokongan dan teguran konstruktif yang terbit dari hati yang ikhlas terhadap perjuangan……
Teruskan ya…..
Princess,
Terima Kasih di atas ingatan Birthday saya,
Saya hanya meraikannya secara kecil-kecilan bersama dengan anak menantu dan cucu-cucu
Tetapi pada 12 July sehari sebelum, ada juga ahli-ahli bahagian membuat kejutan untuk saya, dengan membawa kek hari jadi. It was a pleasant surprise indeed.
I appreciate the thought..
Terima Kasih sekali lagi
Comment by Fuziah Salleh | July 15, 2008
assalamualaikum Yb,,
smlm berlangsungnya debat terbuka yg terhad masa nya pada saat akhir,,
walaubagaimanapun saya berpuas hati atas hujjah dat0′ seri anwar ibrahim yg sudah lama tidak ke udara di televisyen,, fakta yg terperinci telah menjelaskn bahawa,,HARGA MINYAK BOLEH TURUN,,tetapi telah dipintas oleh hujah longgar yg tidak spesifik..oleh bekas org kuat semangat46,,
saya berharap akn ada cadangan debat terbuka yg lain oleh YB di parlimen supaya rakyat boleh menilai kredibiliti dan kelebihan pemimpin yg ada. .ariff khan-bangi-
Comment by ariff khan | July 16, 2008
salamualaikum puan…
saya berharap selepas DSAI menang di permatang pauh nnt, puan boleh menjemput beliau datang ke kuantan lagi…
saya harap beliau dapat membantu menyemarakkan lagi semangat warga kuantan…
sekian…salam…
Comment by Safwan | August 7, 2008
yo old mama
Comment by ironbens page | August 8, 2008
Salam mama..
Juz nak cakap walaupon mama jarang ada kat rumah, but kitorang adik bradik will always got ur back..
Mayb ma kurang spend time ngan kami, but even ulfah pon boleh faham perjuangan mama ni untuk masa depan kami & juga untuk anak bangsa kami for our future..
Keep up d good work ma…
Love n miss u a lot..
Comment by Hafidz | August 22, 2008
Salam Puan,
saya ni kalau Puan ingat lagi .. la.. salah sorang staff MAERSK Malaysia. Puan pernah buat course strees management di Holiday Villa Subang. Masa tu saya tak tau pun Puan ni politician!.. Orang tua saya sebenar nyer orang Lepar Hilir 2, Gambang… masa PRU 12 saya ada balk buang undi and kompom pangkah calon Keadilan.. tapi saya dah lupa nama calon tu.. huhuhu..
aper2 pun tahniah saya ucapkan sebab Kuantang tuh bapok lama nyer Dato’ Fauzi megang..
buat lah yang terbaik dalam masa yang bukan lama pun –sepenggal jer.. Rakyat akan menilai apa juga tindakan, keputusan dan perubahan yg Puan dan Pakatan Rakyat berikan sepanjang tak sampai 5 tahun pun…( sepenggal ni la..). Insya-Allah Pakatan Rakyat tetap menjadi pilihan rakyat pada PRU ke 13 nanti sekira nya rekod kita baik2 belaka!!
Salam perubahan.. REFORMASI!!!
Comment by skinasir | August 23, 2008
dan jangan lupa PAUSE BUTTON!!
Comment by skinasir | August 23, 2008
Bila Tok Long baca semua … terasa gusarnye tgk anak cucu dok bergaduh sama sendiri. Masing-masing nak tegak benang masing2, masing2 kata mereka benar dan yang itu salah. Tok Long dah tgk dari awal masa BN memerintah … ada yg Tok Long sokong dan banyak juga Tok Long tak suke … tapi paling Tok Long takut anak-cucu berpecah belah … yg ada ni semuanya MIM LAM ALIF YA WAU … anak-anak dan cucu-cucu Tok Long.
Kita sama mengangkat syahadah yg sama, sujud pada ROB yg satu, qiblat yg satu x boleh ke kita semua bersatu .. mungkin tidak UMNO/PKR/PAS tetapi ada satu yg boleh kita ibarat rantai yg bersambung, atau bak buluh yg tumpat. UMNO dgn PAS dah menunjukkan keluarga menjadi hancur dan musnah hanya kerana fahaman politik dan ditambahkan dgn PKR akan berlansungkah perkara yang sama? dan akhirnya Tok Long hilang semuanye. Jom .. kita duduk sama-sama secara terang-terang buang semua idealogi masing-masing, jangan ada yg berqiblatkan parti masing2. kita dok bergaduh tapi bangsa lain dok kuatkan ekonomi mereka. Kita berbunuh-bunuhan sesama sendiri akhirnya tanah tumpah darah kita mereka punyer!!! Dengarlah anak cucu Tok Long, UMNO dah banggang lama sebab kakitangan mereka macam tu gak tak berubah2, sombong, angkuh mcm kerajaan [jabatan] emak bapak dia org punyer, PAS dok
melaung memanjang tegak islam tegak islam tapi tak jaga akhlak dan nilai-nilai islam anak-anak cucu Tok Long. Surau-surau kite masih banyak kosong, mane ayah2, abah2, emak2, rakan2 Tok Long ke surau leka memanjang … jumaat baru Tok Long jumpa itu yang PAS yang tak PAS lagilah melepas. Dah lah panjang ni terimakasih lah YB Fauziah ya.. ada ruang nie Tok Long nak ingatkan je … jangan kata Tok Long org UMNO dan Tok Long juga tak org PKR dan PAS, Tok Long suke masa Perikatan dan PAS bersatu dulu … baik, semeja dan negara cepat membangun tapi UMNO lupe diri. Bg tau dgn pemimpin UMNO jika mereka asyik dan leka, penuh poket sendiri, korupsi tp nasib rakyat tak terbela, 50 tahun masih ada yg guna lampu minyak tanah, jalan tak berturap .. air perigi/sungai. anak-anak tak terbela samada dia org MELAYU atau ASLI mereka tetap anak dan cucu Tok Long, jangan jadi pemimpin depan cakap lain dan belakang cakap lain, kat depan agenda rakyat tapi selepaas menang banyak agenda sendiri. Tok Long nak bagi tau jer.. pengalaman sendiri … Tok Long org Kuantan minta rumah tak dapat yang dapat org kelantan .. kata mereka demo keno maghi ari-ari ko sini baghu demo tu kasi …. eaik mcm tu lah bunyi nyer .. Tok Long ada keje lain lah tak keje bolehlah hari-ari jengok, tanah sekangkang peha yang Tok Long usahakan sedari tangan Tok Long 12tahun sampai ler ni tak jadi milik Tok Long… kenapa jd mcm tu … susah sangat ke nak bagi.. pernah Tok Long pegi ke pejabat tanah kata mereka nak ubah apa-apa pasal tanah itu hak mereka eaikk gitu ke? sebab dulu-dulu MB ada kata [masa awal2 jd MB lah] sape usaha dia dapat. Tok Long pernah anto surat kat S/U MB tapi tak de jawapan sampai ler nie.. aleh-aleh ada org mengaku tanah Tok Long tanah dia.. katenye EXCO yg luluskan.. Tok Long tebas kakinye dgn lading, seinci inci tanah aku ngko injak, aku tebas tak ira ngko sape .. marah ke … tak lah nak bagi tau jer… ingatkan pada pemimpin kerajaan ari nie apabila semua kuasa terlepas dari tangan baru masa tu nak …. post mortem itu dan ini. Yang PENTING jangan jadikan rakyat batu loncatan kekayaan pemimpin-pemimpin … ingatlah NERAKA ALLAH amat pedih azabnye… jangan dok sebut islam itu dan ini tapi korupsi. kalau ikut Tok Long .. kerat je tangan tu yg terima korupsi, yg berbohong tu kerat je lidah mereka … Tok Long tak nak tgk anak cucu menderita lagi …. BN menang barang naik harga .. lagi. Dulu Tok Long ada RM50 dapat beli macang-macang tp sekarang cucu Tok Long sendiri RM50 tak sampai 2minggu belanja sekolah, cucu Tok Long yang masih bayi susunye dah melambung harga itu yg murah yang mahal lagilah mahalnye. jika anak Tok Long tak keje bantu suaminye mane nak cukup .. sekolah sampu U tapi kerja mcm kerani gajinye… sebab silap Tok Long sendiri suruh dia belajar keluar makan gaji… Tok Long tak didik anak-anak Tok Long belajar mcmane nak berniaga sendiri mcm Rasulullah, mcm Nabi-Nabi dulu kerje sendiri ternak haiwan, berkebun … menyesal rasanye … maafkanlah abah sebab kebodohan abah sendiri .. Tok Long nangis tgk semua tu.
Baiklah Tok Long minta diri dulu andai ada umur Tok Long panjang kita jumpa lagi .. jika tak maaf je lerr YB .. tergatal lak tgn nak join sekali.
Nak jd pemimpin biar betul2 pemimpin .. mcm khalifah omar al-khatab sanggup pikul gandum bagi rakyat makan tanpa rakyat sedar itu OMAR .. jika tak sanggup jgn jadi pemimpin sebab sebaik-baik pemimpin sukar hisabnye…
Sekali Tok Long minta maaf berbanyak2 lah.
wassallam ..
p/s: Puasa dah dtg nie … jom lah kita makmurkan masjid dan surau tak kira awak tu UMNO, PKR atau PAS, jika DAP & MIC yang muslim pun joinlah same – BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. JGN DIROBOH KOTA MELAKA, tp TINGGIKAN LAGI KOTA TINGGI, dan catkanlah KOTABHARU agar bangsa MELAYU itu
dimertabatkan sebagi bangsa pemimpin dunia.
Comment by Tok Long Tajul Muluk | August 26, 2008
ASSALAMUALAIKUM,
betul kata tok long tu.tpi ader yg sy tak setuju, mcmana nak pas dan umno bersatu, kat tok guru nik abd aziz,KALAU SYAITAN LEH IKUT LAW TUHAN,KITA PN LEH IKUT DIA.
pas sentiasa terbuka dlm hal nie.sy tngok mmg bnyak masalah sosial kt mlaysia,kt kelantan sekalipun,tpi saper yg control semua tu,pak lah islam hadhari lakn,saper yg control media massa,saper yg bagi permit judi,disco,bagi saya paklong jgn tngok dari sudut mcm tu,pak long kena pikir kenapa kerajaan ari nie tak pikir pn pasal nasib rakyat.berapa ramai rakyat terbela.pasal anak kita yang lalai tu,salah ibu bapalah,sy bukannya marah saper2,tpi adat berforum kn.sy pn tak nk anak bangsa kita tergadai maruah.sy sayangkan negara dan bangsa sy sendiri.hanya mampu sy buat adalah berdoa kepada ALLAH supaya bukakan pintu hati semua rakyat malaysia,dan tunjukkan mereka mana pihak yang betul.
p/s: contohilah sifat TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT.
yang benar
kakitangan kerajaan?
kakitangan swasta?
SALAM.
Comment by FZ 150i | August 30, 2008
tiada ibu yang tak sayangkan anaknya..
tiada isteri yang tak sayangkan suaminya…
tapi masih ada lagi yang cakap nak maju tapi tak berusaha…dan sibuk mencari punca untuk menjatuhkan orang yang berkelayakkan..
tahniah YB… pengorbanan yang YB lakukan adalah sama seperti perjuangan ayahnda saya dahulu… berjuang bukan kerana kepentingan….tapi demi masyarakat.
Comment by cj | September 19, 2008
Sdr cj,
Terima Kasih
Ungkapan sdr amat menyentuh dan bermakna.
Ada kalanya saya rasa lemah juga. Saya hanya manusia biasa. Liku-liku perjuangan penuh dengan ranjau dan duri dan kena sentiasa tabah hadapi segala tohmahan
Sokongan sebegini menaikkan semangat saya
Terima KAsih sekali lagi
Fuziah Salleh
Comment by Fuziah Salleh | September 24, 2008
tahniah atas rumah terbuka semalam 5 okt 2008….apa rasanya dah jadi YB kali nie, kalo dulu berusaha jadi Yb, layan tetamu yang penting saja barangkali, kali ini, tak bnyak beza juga…..
dah jadi YB nie, tengok2 la rakyat tak kira pangkat dan kedudukan…YB berkhidmat untuk rakyat…..
satu je, pada yang obses pada PKR nie, pikir la sendiri PARTI KEADILAN RAKYAT ini mula2 ditubuhkan untuk siapa? untuk rakyatkah? atau untuk anwar??
perlu ke sampai bina patung anwar? nie dah boleh jejas akidah….bukan nak kata BN tu bagus or PAS tu bagus…tapi ada akal, pikir lah dengan akal yang Allah berikan pada kita…
kalo saya, dari pilih PKR, baik pilih PAS….wasalam
Comment by sayaanakmalaysia | October 6, 2008
Sdr sayaanakmalaysia,
Saya rasa sdr tersilap fakta . Pada 5 okt ialah rumah terbuka Ahli Parlimen Indera Mahkota.
Rumah Terbuka sempena Hari Raya dan Deepavali di Parlimen Kuantan, kami tetapkan pada 25 okt 2008. Maklumat lanjut akan saya beritahu nanti. Silalah datang ya…
Comment by Fuziah Salleh | October 10, 2008
kihkihkih kekadang nak gelak,kekadang nak marah tengok post2 dalam ni….tapi…betapa bertuahnya kita dapat MP bernama Fuziah Salleh…walau macamana bisa post dorang ni pada kita, dorang tetap nak yang terbaik bagi warga Kuantan…kalau tak,buat apa dorang nak masuk kat sini….kan toklong kan?
Comment by kita | December 3, 2008
saya sgt tertarik dgn perkembangan politik puan di parlimen kuantan, sy b’harap kebolehan dn ilmu yg ada pd puan dpt di turunkan kepada generasi2 muda seperti kami…kami anak2 muda inginkan pembaharuan dr segi pembangunan, ilmu, dn daya intelektual setanding dg anak2 muda yg ada di luar skrg..
sy sgt sedih bl mengenangkan keadaan anak2 muda yg seolah2 disekat cara pemikiran mereka, terutama yg tgl di kampung..kebanyakan mereka yg bekerja kg, menganggap hanya UMNO/BN tempat mendapatkan rezeki, tdk perlu bersusah pyh belajar tgg2 utk jd kaya dn berharta serta hdp mewah..kdg2 ada diantara mereka bertelagah kerana harta dn wang ringgit…
sy amat berharap kepada Puan serta ahli PR utk membimbing dn membentuk anak2 muda yg skrg kebanyakan sdh sdr dn inginkan perubahan, tetapi mereka masih takut utk berjuang kerana ada’a ancaman2 dr org UMNO..sy dpt lht perubahan ini semasa PRU 12 yg lalu, dn mungkin perubahan besar blh berlaku pd PRU13 sekiranya PR dpt mencari pendekatan yg lbh kpd anak2 muda.
Comment by LanchangKuning.. | December 15, 2008
Aslm Kak Ji?Maaf dengan panggilan nama tersebut,sebab ianya lebih akrab memandangkan sudah popular di kalangan teman-teman.Saya senang dengan setiap kegiatan kebajikan untuk rakyat yang berada di kawasan Kak Ji yang sempat saya ikut.Memang seronok ikut kegiatan kerja-kerja kebajikan ini terutama bila masa tenaga kita diperlukan untuk buat kerja-kerja kebajikan ini.Dapat melihat derita rakyat dengan lebih dekat lagi di samping kita dapat menyelami perasaan mereka akan derita mereka selama ini yang jarang dapat kita perolehi kecuali progaram bersamaMu TV 3 sahaja yang kita dapat tahu.Dengan ikut serta setiap kesempatan yang saya ada,penggalaman ini sekurang-kurangnya dapat mengajar kita bahawa masih ada ramai golongan yang tidak bernasib baik di kawasan kita yang perlu di tolong sama ada material,spritual dan aspek kemanusian yang berstatus sosial yang wajib kita hulurkan.Terima kasih kepada Kak G kerana rajin turun melihat derita rakyat.wsl
Comment by Encik Salleh,Setiausaha Abim Kuantan | January 7, 2009
Salam Sdr Lancang Kuning,
Saya pun dok pikir begitu juga.
Mungkin kita boleh kembangkan idea sdr? Kita duduk sembang sembang bila ada masa?
Hubungi saya di email fuziah99@yahoo.com
Terima Kasih
Comment by Fuziah Salleh | January 22, 2009
Sdr Salleh
Kak G akan mengingatkan diri Kak G untuk berjumpa Sdr next time I’m down in Kuantan.
InsyaAllah sambil pekena keropok lekor, tentu kita dapat kembangkan lagi ide membantu rakyat
Comment by Fuziah Salleh | January 22, 2009
Assalamualaikum Kak G,
Lama tak jumpa, kenal tak saya ni?
Saya ada juga ke Kuantan, nak juga berjumpa
sebab dah lama tak berjumpa.
Kalau tak keberatan ni no saya miss call la
012-2613038
Comment by Hirman | January 30, 2009
salamualaikum kak g…
saya sekadar ingin bertanya jika masih dilayan…
kuantan nampaknya senyap sekarang…
sehingga ada yang mula berbelah bahagi…
saya harap jika tulisan pendek ini dipadam sekalipun, pihak kak g tetap ambil tindakan…
setidak-tidaknya jgn sampai ada dikalangan kita nanti lari menyeberang pula…
bukan apa, saya masih ingin melihat parlimen kuantan dimiliki PR…
itu sahaja…
terima kasih kak g…
Comment by safwan | March 2, 2009
Salam perjuangan Kak Fuziah,
Diharap YB cekal dalam perjuangan apatah lagi di Kuantan ni YB dari pembangkang dilayan mcm bukan YB. Malah tidak mendapat kerjasama dari agensi2 kerajaan keranan mereka mendapat arahan dari UMNO/BN.
Harap YB dapat menerangkan kebobrokan UMNO/BN lebih kerap supaya rakyat dapat menilai sendiri.
Lagi satu idea daripada saya, keluarkan bulletin YB utk edaran ke penduduk dlm parlimen Kuantan. Maklumla ada yg tak tahu blog YB dan ada yg takde akses internet (atau tak tau internet tu apa terutama org2 kampung). Dgn adanya buletin tu, at least org dapat tahu ‘wujudnya’ aktiviti2 bersama masyarakat oleh YB di parlimen Kuantan. Mungkin juga boleh bergabung buletin dgn YB Azan Indera Mahkota.
Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan YB dan masyarakat.
Comment by guava | April 2, 2009