Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Dari Dewan Rakyat

Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan RUU Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia :

 

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA

 

 

  1. Saya ingin memetik beberapa tajuk berita berkaitan dengan rasuah:Berita Harian – Jul 28 2007 PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap dakwaan kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan tiga tahanan Ordinan Darurat, ditutup.Utusan Online – Jul 28 2007 PUTRAJAYA 27 Julai – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkifli Mat Noor ditutup.

    Utusan Online – Jul 12 2007 PUTRAJAYA 11 Julai – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum ditutup.

     

 

  1. Daripada kenyataan2 ini jelas menunjukkan kuasa yang ada pada Peguam Negara begitu besar yang boleh memutuskan samaada sesuatu kes boleh didakwa atau ditutup. Tidak ada satu badan lain yang bebas bagi menentukan atau mengkaji semula samaada kes-kes sebegini disiasat dengan teliti dan menyeluruh atau ada kolusi diantara mereka untuk menutup kes-kes sebegini kerana yang terlibat adalah Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 

  1. Yang melaporkan kegiatan rasuah mereka bukan orang luar tetapi pegawai-pegawai tinggi dalam kerajaan. Kes Ketua Polis Negara dilaporkan oleh pegawai berpangkat tinggi dalam Polis. Begitu juga dengan kes bekas Ketua Pengarah BPR dilaporkan oleh pegawai BPR sendiri Encik  Mohamad Ramli Manan kepada bekas Ketua Polis Negara waktu itu Tan Sri Mohd Bakri Omar!!! Dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri diketahui umum membebaskan penjenayah yang paling dikehendaki polis (gangster dan along).

 

  1. Pada 2004 Menteri Luar sekarang ini YB Rais Yatim pernah menyatakan ada 18 kes berprofil tinggi masih belum diambil tindakan membuktikan ada campurtangan politik atau kolusi diantara pejabat Peguam Negara, BPR dan Polis untuk menutup atau mengambil  tindakan dalam sesuatu kes.

 

  1. Saya ada senarai kegiatan-kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh mereka-mereka berprofil tinggi yang belum diambil tindakan. Diantaranya: Lihat lampiran (Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Tun Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin, Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Melaka, Bekas Pengarah BPR, Rafidah Aziz, Bekas Pengarah EPU, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Rahim Tamby Chik, Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, Azalina Othman Said, Khalil Yaakob, Bekas Ketua Hakim,  Yusof Chin  dan seterusnya).  

 

  1. Saya ada sebab meragui siasatan-siasatan yang dilakukan baik oleh polis atau BPR. Pelbagai laporan polis dan BPR telah dibuat oleh pelbagai pihak tetapi setakat ini belum ada tindakan diambil berbanding dengan beberapa kes yang melibatkan ahli pembangkang seperti kes bekas YB Kota Bahru (yang dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah), YB Jeli (masih dalam perbicaraan dalam keadaan BPR masih mengumpul bukti) dan baru-baru ini kes di Perak yang mana tindakan begitu pantas diambil. Ini membuktikan bahawa Polis, BPR dan Peguam Negara berpilih-pilih dalam mengambil tindakan dan pendakwaan.

 

  1. Apatah lagi dalam beberapa kes bahan bukti boleh hilang sepertimana yang berlaku di Johor Bahru dimana syabu bernilai RM1 juta dalam simpanan bilik kebal Ibu Pejabat Kontijen Polis Johor hilang!!! Kalau di Jepun mungkin Ketua Polis nya akan melaksanakan Hara-Kiri kerana ini amat memalukan pasukan polis.

 

  1. Dari pengalaman peribadi saya semasa sisatan Suruhanjaya Siasatan Mata Lebam didapati Ketua Polis Negara bersama Peguam Negara sekarang merekacipta dan memalsukan bukti untuk menutup apa yang sedang berlaku keatas diri saya semasa dalam tahanan polis di Bukit Aman. Ugutan dan tekanan dibuat untuk memaksa beberapa pihak membuat pengakuan palsu terhadap saya.

 

  1. Jadi bagaimana kita boleh yakin segala laporan Polis dan BPR disiasat dengan adil dan menyeluruh sedangkan Ketua-ketua mereka sendiri terlibat dalam rasuah, pemalsuan bukti dan berkepentingan diri.

 

  1.  Walaupun sedang disiasat diatas penglibatan memalsu keterangan dalam kes saya dan dinasihat oleh YAB Perdana Menteri sendiri supaya tidak terlibat dalam pendakwaan terbaru keatas saya tetapi Peguam Negara terus berdegil dan terlibat secara langsung untuk memindahkan kes saya ke Mahkamah Tinggi. Adakah beliau mempunyai agenda peribadi atau menuruti arahan pihak-pihak tertentu menyebabkan saya sangsi diatas kuasa yang diamanahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan samaada sesuatu kes rasuah akan didakwa atau ditutup.

 

  1.  Kuasa Peguam Negara terlalu besar sepertimana yang dinyatakan oleh Peguam veteran Raja Aziz Addruse.

 

·         “It is imperative that the Attorney General’s wide powers be subject to close scrutiny and not be permitted to be exercised arbitrarily. If the government is truly serious in wanting to improve and restore public confidence in the administration of justice in this country, it must be prepared to review the presently unfettered powers of the Attorney-General. There is currently no formal mechanism requiring the Attorney-General to account for his conduct in relation to prosecutions of criminal proceedings. In spite of the wide powers he wields, he has no duty to report to the prime minister, cabinet or Parliament. There has been no call for him to account for the failure of a number of high-profile prosecutions, which commenced with much fanfare but ended up being a waste of funds.”

 

12. Perlu ada usaha untuk menghadkan kuasa Peguam Negara kerana beliau bertindak sebagai Ketua Penasihat Undang-undang Negara dan juga Ketua Pendakwa Raya. Kedua-dua peranan ini membuka ruang kepada situasi pertelingkahan kepentingan seperti mana yang berlaku dalam kes saya.  Walaubagaimanapun saya difahamkan usaha untuk menghadkan kuasa Peguam Negara ditentang oleh beberapa Menteri Kabinet dan Peguam Negara sendiri sepertimana yang diluahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

 

13.  Saya mengalu-alukan pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ini atau “Malaysian Commision on Anti Corruption Act” bagi mengganti Akta Pencegah Rasuah 1997.

 

14. Saya harap rang undang-undang ini diluluskan bukan setakat Dewan Rakyat tetapi juga Dewan Negara. Saya mempunyai pengalaman pahit dalam usaha memerangi rasuah apabila membentang Rang Undang-undang Pencegah Rasuah 1997 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi sehingga kini masih belum diluluskan oleh Dewan Negara. Saya harap kali ini tidak berlaku lagi.

 

15. Saya tertarik dengan kenyataan YAB Perdana Menteri yang tersiar di muka depan akhbar The New Straits Time bertarikh 11 Disember 2008..

 

“The Anti Corruption Agency and the Judiciary have been the targets of negative perception. Many people think the Government is not committed to tackling corruption, while investors are suspicious of the integrity of the judiciary”

 

16. Ingin saya nyatakan masaalah rasuah dan integriti system kehakiman bukan masaalah persepsi. Ia masaalah sebenar. “The problem is real”. Ia perlu diperangi habis-habisan. Masaalah ini sudah menjadi barah. Ia bermula dari dalam parti memerintah UMNO dan BN yang pemilihan kepimpinannya dibuat dengan cara rasuah dan kemenangan mereka dalam parti dan pilihanraya melalui pembelian undi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  

 

17. Penyakit ini berjangkit dalam kerajaan kerana di perintah oleh perasuah dan diikuti oleh kakitangan kerajaan termasuk hakim-hakim sepertimana terbukti dalam kes video Lingam. Penguatkuasa undang-undang juga tidak kurang hebatnya dalam kegiatan rasuah sepertimana yang terdedah dalam lampiran yang ada dengan saya termasuk Ketua Polis Negara.

 

18. Saya harap pembentangan rang undang-undang ini bukan sekadar untuk meredakan persepsi negatif orang ramai atau pelabur tetapi sebagai usaha murni kearah membentaras rasuah habis-habisan dari peringkat tertinggi kerajaan hinggalah ke akar umbi masyarakat.

 

19. Kita menentang rasuah kerana tidak mahu

 

                 I.    Wang Negara dibazirkan melalui penyelewengan dalam penganugerahan kontrak, konsesi dan pembelian yang tidak mengikut prosedur dan tatacara yang betul seperti tender tertutup, rundingan secara terus dan sebagainya. (Kalau mengikut kes-kes yang telah dilaporkan puluhan billion wang rakyat telah diselewengkan. Bayangkan sekiranya wang-wang ini digunakan untuk program pembasmian kemiskinan. Kita akan dapat menyelesai masaalah penyediaan rumah untuk rakyat miskin, polis dan tentera dengan begitu banyak. Kita  boleh sediakan biasiswa untuk anak-anak miskin dan cemerlang dengan begitu ramai. Kita dapat menyediakan kemudahan kebajikan kepada warga emas dan kurang upaya agar tidak terpinggir dalam arus pembangunan Negara dan sebagainya. Sebagai contoh dalam kes pembelian kapalselam scorpene dan jet pejuang sukhoi sahaja kerajaan membayar komisyen sebanyak lebih RM900 juta. Bayangkan berapa banyak  biasiswa yang boleh disediakan dengan wang ini sekiranya tiada rasuah berlaku dalam pembelian ini.

 

                II.    Kos urus niaga meningkat kerana terpaksa memberi rasuah kepada pihak berkuasa dalam urusan perniagaan mereka. Akibatnya rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mengambil kira kos rasuah yang terpaksa dibayar oleh peniaga. Sebagai contoh rakyat terpaksa membayar harga letrik yang tinggi kerana menanggong kos dalam penyelewengan penganugerahan IPP kepada pihak-pihak tertentu dengan terma-terma kontrak yang meragukan dan amat menguntungkan IPP sedangkan Tenaga Nasional menanggung kerugian dan rakyat terpaksa membayar harga letrik yang tinggi.

 

 

               III.    Keselamatan awam dikompromi kerana bangunan dan barangan yang sub-standard dan tidak memenuhi piawai keselamatan diluluskan melalui rasuah. Lihat apa yang terjadi dalam kes tanah runtuh Bukit Mewah. Puluhan projek diluluskan diatas lerang bukit yang berbahaya kerana penguasa dirasuah untuk meluluskan pembangunannya. Begitu juga dengan perumahan-perumahan untuk rakyat miskin, Pasukan Polis dan Angkatan Tentera yang begitu banyak tidak bermutu dan selamat diduduki dibina angkara rasuah oleh pemaju kepada pihak berkuasa.

 

               IV.    Keselamatan Negara terdedah kepada risiko kerana pembelian peralatan ketenteraan dan keselamatan dibuat secara mencurigakan. Begitu banyak pembaziran yang berlaku dalam pembelian peralatan ketenteraan dan keselamatan. Sebagai contoh pembelian sky hawk yang tidak boleh dipakai, kereta kebal yang tidak sesuai dengan persekitaran tanah dan hutan Negara, pembinaan kapal peronda di Lumut Dockyard yang sehingga kini belum selesai, helicopter yang meragut ramai nyawa angkatan tentera dan sebagainya. Begitu juga dengan peralatan keselamatan yang mana YB Ipoh Timur telah mendedahkan bagaimana Ketua Polis Negara bertindak sebagai jurujual  Syarikat Asiacopter Sdn Bhd. Begitu juga dengan peralatan dan perisian computer untuk Pasukan Polis dimana pembekalnya dikaitkan dengan bekas pegawai tentera Israel dan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Singapura dan banyak lagi yang akan didedahkan oleh MP-MP lain.

 

                V.    Yang paling utama bagi memastikan negara di tadbir dengan baik mengikut lunas undang-undang. “Good Governance and Rule of Law”. Rasuah menyebabkan ramai pemimpin hilang kewarasan. Kerana ingin menutup kesalahan mereka maka undang-undang dan penguatkuasa undang-undang diperkudakan seperti apa yang berlaku dalam Negara sekarang ini. Yang melapor dianiaya atau dipenjarakan dan yang dituduh terus bermaharajalela.  

 

20. Pada asasnya rasional perubahan ini bagi memasti:

 

a.    SPRM bebas dan tidak lagi bertanggongjawab kepada PM tetapi kepada Parlimen

b.    Kuasa Pegawai Pendakwa bebas dari Peguam Negara

c.     Ada timbal balas atau “Check and balance” dengan perlantikan 5 Jawatankuasa Menyelia.

 

A.    Jawatankuasa Penasihat Pencegah Rasuah- Menasihat dan mengawal kegiatan SPRM seramai 7 orang yang diketuai oleh seorang Hakim bersara

B.    Jawatankuasa Khas (Parlimen) keatas SPRM – terdiri dari 7 Ahli Parlimen yang dilantik oleh YDP Agong. Boleh menyoal dan menerang laporan tahunan yang dibentang dalam Parlimen. Bertindak sebagai Penasihat kepada PM.

C.    Jawatankuasa Aduan Bebas SRPM – Meneliti sungutan keatas proses siasatan dan tingkah laku pegawai penyiasat, mangsa kepada fitnah dan tuduhan palsu  pengadu.

D.    Panel Kajian Operasi – melihat kertas siasatan dan menyelidik pertentangan keputusan diantara SRPM dan Pegawai Pendakwa.

E.    Panel Nasihat Pencegahan Rasuah – melihat kepada usaha mempertingkatkan amalan terbaik bagi mencegah rasuah dan penyelewengan

 

21.   Secara umumnya pembentangan rang undang-undang ini kelihatan dapat menangani kelemahan sekarang dan meredakan sungutan masyarakat keatas keberkesanan dan kebebasan BPR. Masyarakat umum beranggapan BPR dicampurtangan oleh kuasa politik dan tidak bebas mendakwa.

 

22.   Walaubagaimanapun sekiranya perlantikan Suruhanjaya masih atas nasihat PM kepada Agong maka masyarakat akan terus beranggapan ahli Suruhanjaya terikat kepada pemimpin politik. Maka saya cadangkan Suruhanjaya dilantik oleh Jawatankuasa Khas (Parlimen) atas SPRM bagi memasti calon paling layak dilantik bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan. 

 

23.    Oleh kerana begitu ramai kakitangan SPRM akan dilantik (dianggarkan berjumlah 5000 orang) maka saya cadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM ditubuhkan sepertimana Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Suruhanjaya ini bertanggongjawab dalam melantik, menaikkan pangkat dan mengambil tindakan tatatertib keatas kakitangan SPRM dan disokong oleh Jawatankuasa Aduan SPRM. Jumlah aduan dan kes yang dapat diselesaikan menjadi salah satu kayu pengukur dalam penilaian perkhidmatan kakitangan SPRM. Ini bagi memasti kakitangan SPRM bebas dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan lainnya.

 

24.   Adakah kuasa pendakwaan SPRM akan benar-benar bebas sekiranya Pegawai Pendakwaraya dipinjamkan atau dibantu oleh peguam dari Jabatan Peguam Negara? Ini kerana penilaian perkhidmatan mereka akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. Maka sudah tentulah ketaatan mereka akan berpihak kepada Jabatan Peguam Negara. Perkara ini tidak timbul sekiranya Peguam Negara berkredible dan bebas dari pengaruh politik. Dari pengalaman lepas Peguam Negara sekarang tidak mempunyai quality ini. Sudah sampai masanya kerajaan mengasingkan peranan Pendakwaraya dari Jabatan Peguam Negara.

 

25.   Pastikan mereka yang dilantik mengetuai beberapa Jawatankuasa tidak terikat kepada kuasa politik tetapi hanya kepada Parlimen.

 

26.    Adakah peruntukkan untuk melindung pengadu dan saksi-saksi mencukupi dalam Rang Undang-undang ini termasuk juga gantirugi sekiranya mereka teraniaya seperti pembuangan kerja, kehilangan peluang perniagaan dan sebagainya.

 

27.   Adakah kepimpinan dan kakitangan BPR sekarang dapat memenuhi cabaran baru dan harapan rakyat sekarang? Adakah mereka bersedia menjalankan tugas baru? Adakah mereka benar-benar terlatih bukan sahaja dari segi perundangan dan operasi tetapi juga minda dan nilai baru? Lihat saja apa yang terjadi sekarang. Pelbagai laporan dan kes tidak terselesai. Sekiranya orang yang sama mendokongi SPRM maka ia tidak akan kemana (Call a rose by any other name, it still smells the same)

 

28.    Kenapa BPR berkesan, ditakuti dan digeruni pada awal penubuhannya walaupun mempunyai kakitangan yang kecil jumlahnya? Ini kerana integriti pemimpinan BPR waktu itu dibawah Tun Dr Ismail dan di ketuai oleh bekas Ketua Hakim Allahyarham Tan Sri Harun Hashim sebagai Ketua Pengarah. Jadi pemilihan ketua dan kakitangan SPRM terdiri dari kalangan mereka yang benar-benar caliber dan berintegriti.

 

29.    Usaha memerangi rasuah tidak akan tercapai dengan hanya menumpu kepada hukuman keatas perasuah melalui undang-undang kerana rasuah sudah menular kedalam semua sector baik kerajaan, swasta maupun parti-parti politik terutamanya UMNO. Perubahan secara menyeluruh perlu dilaksanakan.

 

30.   Setelah SPRM selesai menyiasat sesuatu kes tidak tentu lagi hukuman atau undang-undang terlaksana sekiranya institusi lain (Peguam Negara dan Kehakiman) tidak  mendukung undang-undang dan keadilan. Lihat sahaja kes Video Lingam, apa tindakan diambil walaupun Suruhanjaya Siasatan kes ini   mendapati kebenaran Video tersebut. Saya harap dalam Rang Undang-undang Perlantikan Ketua Hakim yang akan dibentangkan nanti kepincangan sebegini dapat diatasi.

 

31.   Kerajaan perlu merobah system pengiriman atau “Delivery System” pada semua peringkat jabatan kerajaan terutamanya yang berhubungan dengan sektor swasta dan orang awam. Siapa mahu merasuah sekiranya tidak ada kelewatan atau halangan dalam urusan mendapat kelulusan perniagaan mereka. PEMUDAH sedikit sebanyak menunjukkan keberkesanannya dan perlu dilaksana pada peringkat Negeri dan daerah.

 

32.  Perlu ada kayu ukur untuk menentukan samaada pelaksanaan rang undang-undang ini berkesan atau tidak dalam membenteras rasuah. Pada 2005  Malaysia menduduki tempat ke 39 dalam senarai ranking International Transparency  dan jatuh ke tangga 44 pada 2006 dan naik sedikit pada tahun 2007 ke tangga 43 dengan mencatat persepsi index 5.1 tetapi merudum semula ketangga 47 pada 2008. Kerajaan perlu meletak sasaran untuk menduduki pada tangga bawah pada 30 dengan persepsi index 6.5 keatas dalam masa 2-5 tahun. Dalam masa 10 tahun Negara mesti mencapai sasaran persepsi index 8.5  dengan menduduki ranking 20 kebawah. Ini dapat dicapai melihat kepada kejayaan Hong Kong mencapai persepsi index 8.5 dan menduduki pada tangga ke 15.

 

33.    Media memain peranan penting dalam usaha memerangi rasuah. Kerajaan perlu menggantikan Akta Rahsia Rasmi dengan Akta Kebebasan Maklumat bagi memasti maklumat berkepentingan awam dapat diperolehi dan dalam masa yang sama melindungi kerahsiaan perkara berpentingan Negara dan keselamatan. Media telah melonglaikan masyarakat sehingga rasuah sudah menjadi barah dalam masyarakat yang perlu diperangi habis-habisan.

 

 

34.    Membasmi rasuah mesti menjadikan agenda utama Negara dan mesti disokong oleh semua lapisan masyarakat dari pemimpin tertinggi Negara hinggalah kepada rakyat bawahan. Pemimpin yang rasuah dan diangkat melalui rasuah perlu disisihkan. Parti politik yang mengamalkan rasuah dalam pemilihan dan pilihanraya mesti dijatuhkan. 

________________________________________________________________ 

Soalan No 13 pada 23 Oktober, 2008 dijawab oleh Menteri secara bertulis:

SOALAN:

Puan Hajah Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapakah jumlah sebenar subsidi minyak petrol dan diesel yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan dalam tahun 2003 hingga 2008; dan

(b) dari manakah wang peruntukan tersebut diperoleh

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah subsidi produk petroleum yang ditanggung oleh Kerajaan dari tahun 2003 hingga 2007 ialah sebanyak RM30.7 bilion.   Jumlah ini tidak termasuk pengecualian cukai jualan sebanyak RM34.7 bilion.

Bagi tahun 2008 pula, jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan dianggarkan sebanyak RM18.9 bilion manakala anggaran pengecualian cuaki jalan adalah sebanyak RM7.9 bilion.   Jumlah ini tidak termasuk anggaran sebanyak RM6.6 bilion yang perlu ditanggung oleh Kerajaan melalui pemberian rebat tunai, bantuan kepada nelayan, bot penumpang dan pengurangan cukai jalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, wang peruntukan bagi tujuan pembayaran subsidi diperoleh daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Reaspon YB Fuziah Salleh mengenai Bajet 2009 pada 29 Ogos 2008

———————————————————————————–

Tiada sidang Dewan Rakyat sehingga 12 Oktober 2008 kerana bulan Ramadhan dan ‘Idulfitr.
Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 13hb Oktober 2008

———————————————————————————

Mesyuarat ke-3, Penggal Pertama, Parlimen ke-12 bermula hari ini 18 Ogos 2008.
Beberapa Rang Undang-Undang akan dibentang dan dibahas.
Sila lawati laman web Parlimen Malaysia:
http://www.parlimen.gov.my/
————————————————————————————————-
Photobucket

Semalam, Selasa 8 Julai, 2008 di mesyuarat Inter-Parlimentary Union(IPU) Malaysia bertempat di Parlimen.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IPU, sila lawati:
http://www.ipu.org/english/home.htm

—————————————————————————-

PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN NO. 52
DARIPADA : Y.B. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)
TARIKH : 7 Julai 2008

SOALAN:
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah jumlah bilangan aduan yang diterima oleh Biro
Pengaduan Awam (BPA) bagi tahun 2006, 2007 dan 2008. Dan berapakah
jumlah yang telah diselesaikan dalam tahun-tahun yang sama.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua

Tahun 2006
Bagi tempoh 1 Januari 2006 hingga 31 Disember 2006, Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima sebanyak 3397 aduan sebenar. Daripada jumlah ini 1965 aduan adalah terhadap Kerajaan Persekutuan dan 1432 aduan adalah terhadap Kerajaan Negeri. Sebanyak 2936 aduan yang diterima dalam tahun 2006 telah berjaya diselesaikan dalam tahun yang sama. Selain daripada itu, BPA juga ada menerima sebanyak 1243 aduan yan berbentuk pertanyaan, khidmat nasihat atau pandangan yang dikategori sebagai Perkara Am.

Tahun 2007

Bagi tempoh 1 Januari 2007 hinga 31 Disember pula, BPA telah menerima sebanyak 2941 aduan sebenar. Daripada jumlah ini 1788 aduan adalah terhadap Kerajaan Persekutuan da 1153 aduan adalah terhadap Kerajaan Negeri. Sebanyak 2731 aduan yang diterima dalam tahun2007 telah berjaya diselesaikan dalam tahun yang sama. Selain daripada itu BPA juga ada menerima sebanyak 2406 aduan yang berbentuk pertanyaan, khidmat nasihat atau pandangan yang dikategorikan sebagai Perkara Am.

Tahun 2008

Setakat 31 Mei 2008 sebanyak 1598 aduan sebenar telah diterima oleh BPA. Daripada jumlah in sebanyak 876 aduan adalah terhadap Kerajaan Persekutuan dan 722 aduan adalah terhadap Kerajaan Negeri. Daripada junlah ini sebanyak 829 aduan telahpun berjaya diselesaikan. Selain daripada itu PA jga ada menerima aduan berbentuk Perkara Am sebanyak 1803.

———————————————————————————

Malaysiakini.com

Parliament sitting extended by two days Jul 7, 08 12:44pm

The ongoing Dewan Rakyat meeting will be extended by two days to end on July 17 due to many unresolved business, announced Deputy Speaker Ronald Kiandee today.

Originally the present sitting, which started on June 23, was to end on July 15.

Kiandee announced to the Dewan at the start of today’s proceeding that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi had informed the Parliament on the need for the extension.

“This is to allow several bills and other unfinished matters to be settled,” he said.

The present sitting is the second sitting of the Dewan Rakyat after the March 8 general election.


PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN NO.43

DARIPADA : Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)

TARIKH : 3 JULAI 2008 (KHAMIS)

SOALAN:

Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah entiti Kerajaan yang belum memperolehi persijilan MSISO 9001:2000 dan sekiranya belum, menyatakan atas sebab apa ianya belum dilaksanakan.

JAWAPAN:

Kerajaan telah memperkenalkan perlaksanaan program MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 1996 sebagai satu pendekatan bagi agensi untuk mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang cekap dan berkesan di dlam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan. Perlaksanaan standard ini juga telah diberikan penekanan semula di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan jentera pentadbiran Kerajaan terutama agensi barisan hadapan. Ini kerana perlaksanaan Stanard MS ISO 9001 Versi 2000 memerlukan agensimewujudkan satu sistem pengurusan yang bekualiti, peka kepada keperlun pelanggan dan stakeholders serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Dengan wujudnya sistem MS ISO 9000 tersebut, sistem penyampaian perkhidmatan agensi akan dapat dipertingkatkan kecekapan dan keberkesanannya dan ini akan menyumbang ke arah meningkatkan daya saing negara.

Pada tahun 2002, selaras dengan perkembangan ISO di peringkat antarabangsa, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya agensi-agensi Kerajaan beralih melaksanakan standard baru, iaitu ISO 9001:2000. Bagi memantu agensi melaksanakan satndard baru ini, Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam” telah dikeluarkan pada 16 Disember 2002. Standard baru ini memberikan penekanan kepada kehendak dan pengukuran kepuasan hati pelanggan . Sehingga kini, sebanyak 206 daripada 724 (28.5%) agensi Kerajaan telah dipersijilkan dengan standard baru tersebut. Manakala sebanyak 464 agensi-agensi kerajaan lain (Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan Daerah, Pejabat Pergigian Negeri, Pejabat Pergigian Daerah, Klinik Pergigian Daerah, poliklinik Negeri dan Maktab Perguruan) juga telah mendapt persijilan MS ISO 9001:2000.

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh MAMPU, antara sebab-sebab yang menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan MS ISO di agensi-agensi Kerajaan adalah kurang kemahiran dalaman bagi melaksanakan MS ISO 9000.

Untuk mengatasi masalah ini, MAMPU telah menganjurkan bengkel-bengkel kesedaran dan pemahaman kepada 28 Kementerian, 18 Institusi Latihan, 13 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, 144 Pihak Berkuasa Tempatan, 131 Pejabat Daerah, 115 Pejabat Tanah dan 15 Pejabat tanah dan Galian. Ianya diadakan mengikut enam (6) zon iaitu Zon Sabah, Sarawak, Selatan, Tengah, Utara dan Timur. Satu bengkel khusus juga diadakan untuk Kementerian dan Institusi Latihan serta satu (1) bengkel khusus untuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Dengan adanya bengkel ini, tahap kesedaran dan pemahaman anggota agensi Kerajaan dapat ditingkatkan dan secara langsung dapat meningkatkan perlaksanaan MS ISO 9000 di agensi-agensi Kerajaan.

PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN NO. 18

DARIPADA : Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)

TARIKH : 2 JULAI 2008 (RABU)

SOALAN:

Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :

(a) bilangan kompleks perniagaan yang terbengkalai binaannya di Malaysia; dan

(b) bagi yang telah siap, berpakah yang belum mendapatkan hak milik (strata title) bagi hak milik di

kompleks perniagaan tersebut.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT) tidak memantau pembinaan kompleks perniagaan memandangkan tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan KPKT berbuat demikian. Oleh yang demikian, KPKT tidak mempunyai maklumat mengenai bilangan bangunan komersil yang terbengkalai di Malaysia. Pihak KPKT Cuma memantau perlaksanaan projek-projek perumahan sahaja serta memberikan kidmat nsihat dan bantuan kepada para pembeli rumah berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, dari kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan galian (JKPTG) ke atas pembangunan skim strata yang telah dikeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan sebelum tahun 2007, dianggarkan sejumlah 1090 skim strata yang mempunayi kira-kira 228549 petak telah memperolehi Sijil Layak Menduduki Bangunan (C.F.O) tetapi masih belum dipohon hakmilik strata. Adalah dianggarkan 10% daripadanya merupakaan skim strata komersil dan perniagaan.

Kementerian Perumahan

Dan Kerajaan Tempatan

Julai 2008



PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN NO. 39

DARIPADA : Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)

TARIKH : 30 Jun 2008

SOALAN:

Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta PERDANA MENTERI menyatakan :

(a) Sama ada dakwat kekal untuk kegunaan di kuku bagi kegunaan Pilihan Raya Ke-12, telah tidak digunakan, dan dijual sebelum tarikh lupusnya; dan

(b) Berapakah harganya dan siapakah pembelinya?

JAWAPAN : Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NARI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwat kekal untuk kegunaan di kuku yang tidak dapat digunakan semasa Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas masih di dalam simpanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Ianya belum dapat dijual lagi kerana pihak-pihak yang bermnat untuk membelinya belum lagi membuat keputusan.

b) Oleh kerana pihak yang berminat untuk membeli dakwat kekal tersebut belum lagi membuat keputusan, maka SPR tidak dapat memaklumkan harga jualan dan pihak yang membelinya.

Sekian, terima kasih.

PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN NO. 30

DARIPADA : Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)

TARIKH : 29 Jun 2008

SOALAN:

Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :

(a) bilakah tarikh pemberian permit teksi kepada individu akan dilaksanakan; dan

(b) adakah keutamaan pemberian permit tersebut akan diberi kepada pemandu teksi yang

sekarang menyewa permit orang lain.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedang memuktamadkan akan cadangan

pengeluaran lesen teksi kepada pengusaha individu dan cadangan penambahbaik perkhidmatannya.

(b) Satu kertas Jemaah Menteri sedang disediakan oleh Kementerian untuk keputusan Kerajaan.

Seandainya cadangan tersebut dipersetujui, keutamaan permohonan lesen akan diberikan kepada

pemandu kedua iaitu pemandu teksi syarikat atau koperasi yang telah memandu melebihi 5 tahun.

JAWAPAN:

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI

DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah dapat mengesan sebanyak 22433 orang pemilih yang tiada memiliki kad pengenalan 12 angka pada tahun 2004. Oleh kerana terdapatnya keraguan ke atas pemilih berkenaan, nama-namaa pemilih tersebut dikeluarkan sementara dari daftar pemilih pada tahun 2006 untuk tujuan semakan lanjut. Hasil daripada semakan yang dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR mendapati 6235 orang telah memiliki kad pengenalan 12 angka, oleh itu nama mereka telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih, Bagi baki senarai nama pemilih yang berjumlah 16198 orang ianya telah dihantar ke Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri untuk tujuan semakan di peringkat tempatan. Hasil daripada semakan yang dibuat, SPR menapati 1745 orang pemilih masih lagi hidup, 1583 orang telah meninggal dunia dan 11842 orang lagi tidak dapat dikesan. Di samping itu, 1028 orang pemilih masih dalam siasatan.

Untuk makluman Ali Yang Berhormat, urus Setia SPR akan memperakukan nama-nama 1745 orang pemilih yang masih hidup kepada Panel SPR supaya dimasukkan ke dalam daftar pemilih semasa. Kemasukan nama-nama pemilih ini dijangka dapat diselesaikan dalam urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih bagi suku kedua tahun 2008 ini. Siasatan bagi 1028 orang pemilih yang belum selesai akan dilakukan dalam sedikit masa lagi. Manakala bagi 11842 orang pemilih yang tidak dapat dikesan akan diputuskan oleh Panel SPR dan pemilih yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripa daftar pemilih.

PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN NO. 80

DARIPADA : Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)

TARIKH : 25 Jun 2008 (RABU)

SOALAN:

Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :

Adakah apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap Pihak Berkuasa Tempatan yang telah menafikan rakyat atau Ahli Parlimen dari menggunakan kemudahan awam tanpa sebarang sebab yang wajar.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Semua pihak yang hendak menggunakan sebarang kemudahan awam di kawasan PBT hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada PBT berkenaan’ Kelulusan yang diberikan oleh PBT adalah untuk memastikan penggunaan kemudahan awam tersebut tidak menimbulkan masalah kacau ganggu. Sekiranya ia melibatkan perhimpunan awam maka permit kelulusan daripada pihak polis hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Oleh kerana pengunaan kemudahan awam tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat pengunaan yang telah ditetapkan oleh PBT, maka tidak timbul soal untuk mengambil tindakan ke atas PBT yang menafikan hak rayat ataupun Ahli Parlimen bagi menggunakan kemudahan awam di kawasannya.

Kementerian Perumahan

Dan Kerajaan Tempatan

Jun 2008

PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN NO. 61

DARIPADA : Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)

TARIKH : 24 Jun 2008

SOALAN:

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) adakah Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dibenarkan akses terhadap peruntukan khas (RM500,000) Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen; dan
(b) kenapa Ahli Parlimen Sabah diumumkan mendapat RM1 juta
baru-baru ini.

JAWAPAN: Y.B. DATO’ MOHD JOHARI BIN BAHARUM

Tuan Yang DiPertua,

Y.B. Ahli Parlimen dari mana-mana parti termasuk dari Pakatan Rakyat tidak dibenarkan akses kepada Peruntukan Khas. Ini kerana peruntukan disediakan untuk kawasan Parlimen dan diurus oleh Pejabat Pembangunan Negeri.

Pengumuman peruntukan oleh Y.A.B. Perdana Menteri semasa di Sabah pada 31 Mei 2008 mengenai Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen sebanyak RM1 juta bagi setiap kawasan adalah perlu untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di negeri tersebut yang mempunyai keluasan yang besar dan kos yang lebih tinggi.

PEMBERITAHUANPERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN NO. 84

DARIPADA : Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan)

TARIKH : 23 Jun 2008

SOALAN:

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
mengenai daftar emilih bagi nama-nama yang wujud dalam tahun 2004 bernombor kad pengenalan lama telah dikeluarkan dalam tahun 2006 tetapi telah dimasukkan semula pada tahun 2008 bernombor kad penngenalan baru dan lama.

JAWAPAN : Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah dapat mengesan sebanyak 22433 orang pemilih yang tiada memilik kad pengenalan 12 angka pada tahun 2004. Oleh kerana terdapatnya keraguan ke atas pemilih berkenaan, nama-nama pemilih pada tahun 2006 untuk tujuan semakan lanjut. Hasil daripada semakan yang dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR mendapati 6235 orang telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih. Bagi baki senarai nama pemilih yang berjumlah 16,198 orang ianya telah dihantar ke pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri untuk tujuan semakan di peringkat tempatan. Hasil daripada semakan yang dibuat, SPR mendapati 1745 orang pemilih masih lagi hidup, 1583 orang telah meninggal dunia dan 11842 orang lagi tidak dapat dikesan. Disamping itu, 1028 orang pemilih lagi masih dalam siasatan.

Untuk makluman Ahli Berhormat, Urus setia SPR akan memperakukan nama-nama 1745 orng pemilih yang masih hidup kepada Panel SPR supaya dimasukkan ke dalam daftar pemlih semasa. Kemasukan nama-nama pemilih ini dijangka dapat diselesaikan dalam urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih bagi suku kedua tahun 2008 ini. Siasatan bagi 1028 orang pemilih yang belum selesai akan dilakukan sedikit masa lagi.

Manakala bagi 11842 orang pemilih yang tidak dapat dikesan akan diputuskan oleh Panel SPR dan pemilih yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada daftar pemilih.

Sekian, terima kasih.

————————————————————————————

JAWAPAN MENTERI:

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMABAHN (2007) 2008 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAMBAHAN KEDUA, 2007
PADA 29 MEI 2008 DI DEWAN RAKYAT , MALAYSIA

DARIPADA : PUAN HJH FUZIAH SALLEH (KUANTAN)

SOALAN :

1) MINTA PENJELASAN SISTEM PEMANTAUAN KE ATAS PROJEK YANG
TIDAK DAPAT DISIAPKAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN.

2) MINTA PENJELASAN MENGENAI PROSEDUR KOORDINASI DI ANTARA JKR DN PIHAK LAIN YANG
TERLIBAT DALAM PEMBINAAN JALAN SEPERTI TNB DAN TELEKOM

3) ADAKAH TERDAPAT SISTEM FORFEIT ATAU DENDA TERHADAP KONTRAKTOR YANG LEWAT
MENYIAPKAN KERJA DAN MELIBATKAN KERUGIAN MASA BAGI PENGGUNA, CONTOHNYA PROJEK JALAN TANGJUNG LUMPUR.

JAWAPAN:

UNTUK MAKLUMAN AHLI YANG BERHOMAT:

I) BAGI MEMANTAU KEMAJUAN PROJEK DALAM PEMBINAAN, KEMENTERIAN MENGGUNAKAN APLIKASI ISEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) DAN APLIKASI SKALA, MELALUI PENGGUNAAN KEDUA-DUA SISTEM INI, KEMAJUAN FIZIKAL DI TAPAK SERTA KEMAJUAN KEWANGAN DAPAT DIANALISIS DENGAN PANTAS. SELAIN ITU, PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN JUGA TURUN KE PADANG SEBANYAK DUA KALI SEBULAN BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT KEADAAN SEBENAR DI TAPAK.

II) APABILA KONTRAKTOR MENERIMA SURAT PERLANTIKAN UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU PROJEK, JKR AKAN ENGAAKAN MESYUARAT PRA-PEMBINAAN DI MANA ANTARA OBJEKTIF MESYUARAT INI IALAH UNTUK MENGENALPASTI SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN SESUATU PROJEK DARI SEGI PENGAMBILAN TANAH, UTILITI DAN PEMANTAUAN PROJEK (PERINDING). SELAIN ITU, SEMUA PIHAK UTILITI AKAN TURUT DIPANGGIL UNTUK MAKLUMAN AWAL MENGENAI JAJARAN PROJEK SUPAYA MEREKA DAPAT MENGAMBIL LANGKAH AWAL UNTUK MENGALIHKAN UTILITI MASING-MASING. SEMASA PROJEK SEDANG BERJALAN, WAKIL PEGAWAI PENGUATKUASA (JKR) AKAN MENGADAKAN MESYUARAT TEKNIKAL BAGI MENYELARAS PENGALIHAN HALAGAN-HALANGAN DI TAPAK DAN HAL-HAL TEKNIKAL LAINNYA.

III) KEMENTERIAN KERJA RAYA MEMANG SEDAR MENGENAI MASALAH KELEWATAN PROJEK MENAIKTARAF JALAN KG TANJUNG LUMPUR KE KUANTAN. PROJEK INI MENGALAMI KELEWATAN AKIBAT MASALAH PENGAMBILAN TANAH DAN PENGURUSAN DI PIHAK KONTRAKTOR. KONTRAKTOR TELAH DIBERIKAN LANJUTAN MASA SEHINGGA 19 DISEMBER 2008 UNTUK MENYIAPKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN, MENGENAI SISTEM FORFEIT ATAU DENDA, MEMNAG TERDAPAT KLAUSA DENDA AKIBAT KELEWATAN (LIQUIDATED ASCERTAIN DAMAGES – LAD) DALAM KONTRAK-KONTRAK KERAJAAN YANG MEMPERUNTUKKAN DENDA YANG DIKIRA BERDASARKAN HARI LEWAT.

——————————————————————————————-

29 Jun 2008

Esok Soalan Jawab Lisan saya:

39. PR-1212-L13544
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) sama ada dakwat kekal untuk kegunaan di kuku bagi
kegunaan pilihan raya ke 12, telah tidak digunakan, dan
dijual sebelum tarikh lupusnya; dan
(b) berapakah harganya dan siapakah pembelinya.

Besar kemungkinan akan dijawab secara bertulis saja.

26 Jun 2008

Pembentangan Laporan Separuh Penggal RM-9. Perbahasan bermula Isnin30 Jun 2008.

25 Jun 2008

Perbahasan Rang Undang-Undang.

24 Jun 2008

Beberapa Rang Undang-Undang (baru dan pindaan) akan dijalankan dalam Mesyuarat ke-2 persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam. Bermula dengan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2008 [bacaan kali kedua]. Perbahasan sedang berlangsung.

3.30pm

————————————————————————————–

Sesi Dewan Rakyat Penggal 1 Mesyuarat Pertama telah berakhir semalam 29 Mei 2008.

Dewan akan bersidang semula pada 23 Jun 2008

————————————————————————————–

Sesi Dewan Rakyat yang pertama akan bermula dari 28hb April hingga 27 Mei 2008(16 hari).

Ia akan bermula dengan majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen, diikuti dengan Titah Diraja di upacara Perasmian penggal Parlimen

————————————————————————————-

Untuk mengetahui perbahasan-perbahasan yang telah berlangsung di Dewan Rakyat, sila klik di sini,

Parlimen

kemudian klik Penyata Rasmi di situ.

———————————————————————————–

27 Mei 2008

TEKS PERBAHASAN USUL

PERUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN

KEMENTERIAN-KEMENTERIAN 2008

OLEH: DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL

KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA

26 MEI 2008

Yang di Pertua,

Usul YB Menteri Kewangan ini bersangkutan dengan keputusan kerajaan untuk menyusun semula beberapa kementerian berikutan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang memberi pukulan pahit kepada Barisan Nasional berikutan kekalahan teruk BN di negeri-negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Berikutan pilihan raya itu juga, pembangkang telah menambahkan perwakilannya di Dewan Rakyat kepada 82 ahli. Rombakan kabinet menjadi pasti selepas pilihan raya kerana beberapa Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP tidak terpilih lagi atas kehendak rakyat.

Selepas PRU12, YAB Perdana Menteri mengumumkan senarai Jemaah Menterinya yang mengandungi 32 orang Menteri dan 37 Timbalan Menteri. Dua Timbalan Menteri kemudiannya menarik diri. Keseluruhannya, jumlah anggota Pentadbiran 2008 berkurangan daripada 90 orang sebelum ini kepada 69 orang setelah jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan. Perdana Menteri juga mengumumkan penyusunan kementerian-kementerian yang berjumlah 27 buah kementerian semuanya termasuk Jabatan Perdana Menteri.

Selepas mengambil alih dari bekas Perdana Menteri dan berikutan keputusan PRU11, YAB Perdana Menteri mengumumkan dua kementerian baru ditubuhkan, tiga kementerian dipecahkan, dua kementerian digabungkan manakala lima kementerian lagi dinamakan semula. Ketika itu, menurut Perdana Menteri, perubahan itu dilaksanakan untuk memantapkan pentadbiran dan bukan untuk mewujudkan birokrasi yang lebih besar. Tetapi anihnya, selepas PRU12, perubahan dibuat untuk membesarkan dua kementerian. Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri diserapkan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang dikenali sekarang sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Dengan itu, soal perpaduan dan integrasi nasional tidak lagi berada di bawah pengawasan langsung Perdana Menteri. Apakah kebijaksanaannya tidak dijelaskan. Yang jelasnya ialah begitu ketara tuntutan dan rintihan telah kedengaran menerusi persidangan mesyuarat Parlimen kali ini mengenai kegagalan pucuk pimpinan negara untuk menidakkan perpaduan dan integrasi nasional dalam ertikata sebenarnya. Contohnya, keengganan Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan royalti pengeluaran minyak dan gas secara adil dan saksama kepada negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Tuntutan kenaikan royalti daripada 5% kepada 20% tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Seperkara lagi ialah kegagalan Kerajaan Barisan Nasional untuk menghormati keputusan rakyat yang dibuat dalam pilihan raya umum yang lalu, khasnya keputusan rakyat memenangkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Dimanakah keadilan dan kewibawaan Kerajaan Pusat dalam soal perpaduan dan integrasi nasional? Mengapa harus mendiskriminasikan rakyat dan negeri-negeri yang memilih perubahan kerajaan secara demokrasi? Keadaan ini menunjukkan suatu kemuncak keangkuhan kuasa yang tidak menghormati prinsip dan nilai-nilai demokrasi. Saya mahu jaminan daripada Kerajaan Pusat bahawa tidak akan berlaku sebarang diskriminasi dalam penyaluran peruntukan Pusat kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri.

Yang di Pertua,

Selanjutnya kerajaan juga telah menggabungkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang kini dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri. Dengan gabungan itu, kementerian tersebut kembali kepada kedudukan, fungsi dan nama asalnya semasa era bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia menjelma kembali sebagai “Super ministry” dan terus kekal berada di bawah cengkaman Perdana Menteri, sama seperti keadaan di zaman Tun Dr. Mahathir. Tiada perubahan berlaku. Sebaliknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan untuk kepentingan politik. Tuntutan rakyat supaya ISA dimansuhkan tidak dipedulikan. Tahanan-tahanan ISA terus tersiksa dalam kem tahanan Kamunting, sekalipun di kalangan mereka terdapat yang ditahan melebihi 6 tahun tanpa bicara. Penahanan mereka tanpa bicara dan tanpa sebarang pendakwaan di mahkamah terbuka menjadi bukti nyata kezaliman yang berterusan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Bagi pihak Pakatan Rakyat, saya mengulangi desakan supaya ISA dimansuhkan. Kem Tahanan Kamunting ditutup. Dan semua tahanan ISA dibebaskan segera.

Yang di-Pertua,

Hari ini negara sedang menghadapi pelbagai kemelut, baik pentadbiran, politik, ekonomi, maupun sosial.

Negara dan rakyat seluruhnya tersentak dengan keputusan International Court of Justice membuat keputusan Pulau Batu Putih menjadi milik kepunyaan Singapura. Keputusan ini tidak lagi boleh dipertikaikan dan kita terpaksa menerima buat selama-lamanya. Saya bersama seluruh rakyat berasa amat sedih dengan keputusan ini. Kita perlu menerima hakikat pergolakan dunia hari ini. Kerajaan perlu berhati-hati membawa sesuatu kes kepada badan dunia kerana banyak keputusan-keputusan dibuat bukan berdasarkan keadilan sejagat tetapi memenuhi kepentingan-kepentingan kuasa-kuasa besar dunia. Lihat sahaja kes Iran, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya berbanding dengan kes Israel, Serbia dan Amerika Syarikat. Keputusan kerajaan merujuk kes ini kepada ICJ perlu menjadi pengajaran.

Salah satu alasan penghakiman yang diberikan ialah surat oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang tidak menuntut hak milik terhadap pulau tersebut bertarikh 21 September 1953. Samaada beliau mempunyai kuasa atau tidak dalam menolak tuntutan terhadap pulau ini walaupun masih boleh dipertikaikan tetapi tidak berguna lagi.

Bukan sahaja surat ini yang menggadaikan kedaulatan negara kepada Singapura tetapi banyak lagi. Diantaranya tanah kepunyaan Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar yang dianugerahkan oleh Queen Victoria selama 999 tahun ditukarkan dengan 12 keping tanah di Shenton Way yang hanya mempunyai pajakan selama 99 tahun sahaja. Tapak Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia di Woodland diserahkan dengan pertimbangan komersial yang begitu murah.

Sebahagian daripada surat-surat sulit ini didedahkan oleh media Singapura yang melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin. Ia didedahkan kerana kelantangan mereka mengkritik kerajaan Singapura tetapi secara sulit membuat “deal” dengan mereka. Inilah akibat ketidakbertanggungjawaban kepimpinan negara yang hanya melihat pulangan komersial kepada kroni mereka daripada pertimbangan mempertahan maruah dan kedaulatan negara.

Yang di-Pertua,

Keberkesanan pengurusan sesebuah negara bukan terletak pada jumlah Menteri Kabinet atau kementeriannya. Amerika Syarikat hanya mempunyai 14 Kementerian, Jepun 19, Australia 20, United Kingdom 23, dan Turki 25. Bandingkan dengan Sudan 64, Pakistan 41, Mesir 36, Democratic Republic of Congo 34 dan Malaysia 27. Negara mana yang lebih berkesan dalam pengurusan mereka? Yang banyak kementerian atau sebaliknya.

Sekian, terima kasih.

———————————————————————————–

26 Mei 2008

AKTA penting ini sedang dibahaskan:

1.Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2007) 2008.

Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2007

2.Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi tujuh belas bilion lima ratus ringgit (RM17,545,171,800) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan untuk perkidmatan dan maksu yan dinyatakan dalam jadual bagi tahun 2007 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2007 (Akta A1276).

Maksud Tajuk Amaun (RM)

B 1 Parlmen 1,630,000

B 7 Jabatan Perkhidmatan Awam 60,000,000

B12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 16, 810,108,100

B13 Kementerian Luar Negeri 46,087,700

B21 Kementerian pertanian dan Industri Asas Tani 100,000

B25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna 7,000,000

B27 Kementerian Kerja Raya 76,373,900

B31 Kementerian Pelancongan 10,000,000

B42 Kementerian Kesihatan 200,006,200

B44 Kementerian Kebudaydaan, Kesenian dan Warisan 1,550,000

B60 Kementerian Pertahanan 157,147,300

B62 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri 175,168,700

JUMLAH 17,545,171,800

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang disatukan sebanyak tujuh belas bilion lima ratus empat puluh lima juta satu ratus tujuh puluh satu ribu lapan ratus ringgit (RM17,545,171,800) untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2007.

———————————————————————————–

The efficiency, integrity and people-centric police force contributes to a continuously improved quality of life for the rakyat. Dengan itu pasukan polis yang profesional, mantap dan berkualiti dari perspektif gerak kerja dengan bilangan yang memadai adalah imperative dalam memastikan keberkesanan mengawasi dan memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kenyataan jawapan Menteri Dalam Negeri di Dewan rakyat bahawa Polis di-Raja Malaysia sememangnya mengalami permasalahan pengagihan anggota polis (police deployment) di kawasan-kawasan yang padat penduduk adalah menepati apa yang Puan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan utarakan dalam bahas Titah di-Raja pada 12hb Mei 2008 lalu .

Nisbah anggota polis kepada penduduk bandar-bandar besar atau kawasan-kawasan yang padat penduduk di Malaysia adalah sangat membimbangkan. Di Subang nisbahnya ialah 1: 10870, di Kuantan 1: 8000 dan Air Putih (sebuah kawasan di Kuantan) 1: 7100.

Angka-angka tersebut bermaksud bahawa setiap anggota polis di Subang dibebankan untuk menjaga keselamatan 10870 orang penduduk, di Kuantan seorang anggota polis perlu memastikan keselamatan 8000 orang penduduk dan di Air Putih 7100 rakyat hanya akan diawasi keselamatan mereka oleh seorang anggota polis.

Gambaran realiti tersebut dengan serta-merta mengunjurkan bahawa statistik kadar jenayah akan terus meningkat jika tiada gandingan real political will dan usaha serta komitmen yang jitu dan berterusan dari pihak kerajaan.

Adalah juga membimbangkan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak menyertakan dalam jawapan beliau langkah-langkah spesifik yang perlu diambil selain dari menambah anggota polis bagi mengawal dan memperbaiki kadar jenayah. Juga dua perkara yang amat releven, the pursuit of professionalism dan system of crime management yang berkesan tidak disebut sebagai langkah-langkah yang utama dan berbentuk jangkapanjang dalam jawapan beliau. Penambahan anggota polis semata-semata tidak akan memberi jaminan rasa selamat di kalangan rakyat jelata.

Rozaini M R

20 Mei 2008

———————————————————————————–

Hari ini Rabu 14hb Mei 2008, sekarang ini (kira-kira jam 8.15 malam) Parlimen masih bersidang sehingga jam 9.00 malam – Menteri Pelajaran sedang menjawab soalan-soalan yang terbit dari ucapan bahas titah di-Raja.

Susunan giliran Para Menteri-Menteri ke atas Perbahasan Titah di-Raja hari ini hingga Selasa 20 Mei 2008:
1. Kementerian Kewangan
2. Kementerian Pertahanan
3. Kementerian Dalam Negeri
4. Kementerian Perdaganagan Antarabangsa dan Industri
5. Kementerian Pelajaran
6. Kementerian Luar Negeri
7. Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi
8. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan
9. Kementerian Pengajian Tinggi
10. Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani
11. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
12. Kementerian Pelancongan
13. Kementerian Wilayah Persekutuan
14. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
15. Kementerian Pegangkutan
16. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
17. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
18. Kementerian Kerja Raya
19.Kemeterian, Tenaga, Air dan Komunikasi
20.Kemente Kesihatan
21. Kementerian Penerangan
22. Kementerian Sumber Manusia
23. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna
24. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
25. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
26. Kementerian Belia dan Sukan
27. Jabatan Perdana Menteri (sebagai Kementerian yang bertanggungjawab akan menggulung bagi perbahasan Titah di-Raja)

TEKS UCAPAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA

DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG

OLEH : DR WAN AZIZAH BINTI DATO’ WAN ISMAIL

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

(…bermula pada 30 April)

Tan Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan junjungan kasih tidak terhingga di atas kesudian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan mencemar duli bagi merasmikan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas di dewan yang mulia ini.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan dari kalangan parti-parti Pakatan Rakyat; Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), DAP dan PAS yang memberi mandat kepada saya sebagai Ketua Pembangkang. Mandat ini melakarkan satu sejarah perlantikan Ketua Pembangkang wanita yang pertama dalam dewan yang mulia ini. Apatah lagi Dewan Rakyat kali ini pula mencatat sejarah di mana pembangkang menafikan majoriti dua pertiga parti pemerintah. Dengan demikian kerajaan tidak lagi boleh menjadikan dewan ini untuk membolos apa sahaja kemahuan mereka tanpa mengambil kira pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bangkit memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya baru-baru ini dimana beberapa keputusan bersejarah telah dilakarkan. Di peringkat pilihanraya parlimen, pada keseluruhannya 3,796,464 undi atau 49.4% undi popular diperolehi oleh calon-calon pembangkang. Natijahnya kini Dewan Rakyat menyaksikan kehadiran 82 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat dari pembangkang. Kerana perkiraan sistem dan amalan demokrasi ala Westminster dengan izin, yang masih digunapakai dalam negara kita, pihak pembangkang yang memperolehi 49.4% undi popular hanya diwakili oleh 36.9% bilangan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jika sistem perwakilan berkadar atau ’proportionate representation’ dengan izin, digunapakai secara mutlak bagi pilihanraya lalu, maka pada hari ini pembangkang seharusnya paling tidak diwakili oleh 110 Ahli, berbanding 112 Ahli bagi Barisan Nasional, iaitu perbezaan hanya dua kerusi. Meskipun demikian, kita bersyukur bahawa rakyat juga telah membuat keputusan dengan memberi mandat kepada pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Saya yakin dan percaya, segala keputusan ini merupakan isyarat jelas bahawa rakyat ingin perubahan, yakni perubahan ke arah Malaysia baru di masa hadapan.

InsyaAllah, mandat yang diberikan rakyat tidak akan disia-siakan dan kami akan memastikan suara dan harapan mereka akan diungkit dan diisi bukan sahaja dalam Parlimen tetapi di mana jua ruang dan peluang yang ada.

TAHANAN ISA

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pertama sekali yang ingin saya kemukakan sebagai memulakan tugas rasmi saya sebagai Ketua Pembangkang dalam dewan yang mulia ini ialah dengan ikhlasnya saya meminta kerajaan agar membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan segera tanpa syarat atau bicarakan mereka dalam mahkamah terbuka jika terdapat sebarang pendakwaan terhadap mereka.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1960, akta ISA telah menjadi alat yang paling berkuasa bagi pihak eksekutif untuk menahan seseorang individu atau kumpulan tanpa bicara. ISA juga menyekat kebebasan individu dan meningkatkan kuasa eksekutif serta melemahkan kuasa mahkamah dari menyemak sebarang ketidakadilan. Selain menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia, ISA juga mempunyai kesan terhadap masyarakat sivil dan ianya menjejaskan kegiatan dan penglibatan politik di Malaysia. ISA seringkali digunakan untuk menyekat aktiviti politik, akademik, sosial serta mencengkam pandangan badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik. Dengan ugutan dan ancaman penggunaan ISA, ia juga sering disalahgunakan untuk mempertahankan kepentingan mereka yang berkuasa dan bukan untuk kepentingan keselamatan negara.

Saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa sejak ISA digubal dan dijadikan Akta, bilangan mereka yang pernah ditahan dibawah ISA kini sudah mencecah angka seramai 10,711 orang; kesemuanya ditahan tanpa bicara. Dalam pengamatan kami, kini terdapat seramai 70 orang yang sedang ditahan di bawah ISA di kem tahanan Kamunting; tahanan-tahanan tersebut dilabelkan sebagai Jemaah Islamiyyah (seramai 29 orang), Darul Islam (17 orang), Dokumen Palsu/dan syiling (8 orang), Agen Perisik Asing (7 orang), HINDRAF (5 orang), Gerakan Pemisah Thai (2 orang), Nuklear (1 orang) dan Pendatang Tanpa Izin (1 orang).

Melalui dewan ini, pertamanya kerajaan dituntut supaya membebaskan semua tahanan ISA dengan segera tanpa sebarang syarat atau dakwakan mereka di mahkamah terbuka jika terdapat sebarang tuduhan menurut undang-undang. Keduanya, kerajaan dituntut supaya menutup kem tahanan Kamunting di Taiping, Perak dengan segera. Ketiganya, kerajaan dituntut supaya memansuhkan ISA.

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN NEGARA

Tan Sri Yang di-Pertua,

Kita perlu menakrif semula asas baru falsafah dan konsep negara tercinta ini. Mengekal yang baik dan membasmi serta menghapus segala keburukan, penyalahgunaan kuasa, pembaziran kewangan dan ekonomi, dan manipulasi polisi awam secara sistematik dan terancang untuk kepentingan peribadi. Kita akan kemukakan idea-idea baru untuk penyelesaian dalam pengurusan ekonomi. Kita juga akan mencadang keperluan reformasi agar negara muncul sebagai sebuah negara yang benar-benar demokratik. Mengambil yang baik dari pengalaman lama berserta dengan suntikan idea-idea baru kita akan membina asas baru falsafah dan konsep negara dengan mengambil kira Agenda Ekonomi Malaysia dan memulakan reformasi bagi memasti keadilan dan kesaksamaan terlaksana untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Yang di-Pertua,

Ekonomi moden negara diasas dari pembangunan industri getah dan timah. Kemudian pada dekad 70an dan 80an kita berjaya menyusun semula asas ekonomi dengan menjadi pusat pengeluaran semikonduktor dan barangan elektronik pengguna yang sehingga hari ini menyumbang kepada lebih 30% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK. Kita berterima kasih kepada perancang awal ekonomi negara yang membuat penilaian betul dan tepat pada ketika itu. Penemuan minyak dan gas di persisiran pantai negara pada dekad yang sama telah menjana sumber kekayaan dan asas baru ekonomi dengan pembangunan industri berasaskan petrol dan petrolkimia berpusat di Sarawak, Sabah, Pantai Timur Semenanjung, Johor dan Melaka. Pada dekad yang sama juga negara memberi penekanan dan tumpuan yang besar kepada kajian dan penyelidikan dalam industri minyak kelapa sawit dan berjaya menghasilkan industri minyak sawit terbesar dunia satu ketika dulu.

Pada perkiraannya negara sepatutnya sudah menjana kekayaan yang berupaya menanggung seluruh rakyatnya dengan selesa. Ia sepatutnya berupaya menyediakan infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam bertaraf dunia pertama kepada rakyatnya pada kadar tol, caj dan cukai yang munasabah dan berpatutan. Negara sepatutnya berupaya menyediakan kemudahan asas kesihatan dan pendidikan secara percuma. Dalam perumahan, negara sepatutnya menyediakan kemudahan yang upaya dimiliki penduduk dalam usaha menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat. Secara teori ekonomi kita sepatutnya berdaya menyediakan pendapatan yang baik kepada semua golongan berasaskan sumbangan produktif mereka dalam ekonomi. Dengan hasil bumi yang kaya, barangan komoditi yang pelbagai dan daya usaha gigih di kalangan penduduk ekonomi kita sepatutnya cukup dan amat berjaya dan menduduki tangga ekonomi terbilang dunia.

Namun demikian, rakyat kini kian terhimpit dengan peningkatan kos saraan hidup yang begitu ketara dengan inflasi yang tidak dapat dikawal termasuk keperluan asas isi rumah. Keluarga sederhana tertekan untuk memenuhi keperluan dan saraan hidup harian kerana terpaksa membayar penggunaan kemudahan infrastruktur, pendidikan dan kesihatan. Ramai tidak dapat memenuhi tuntutan bayaran bulanan dan rumah-rumah terutama rumah kos rendah dan sederhana terlelong meningkat tahun demi tahun. Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang terdiri daripada lebih 50% daripada penduduk negara, keupayaan menyimpan sudah hampir tiada. Tetapi 10% lagi rakyat yang berada di sekeliling pusat pembangunan pesat menikmati kemewahan ketara hasil hubungan rapat mereka dengan kepimpinan negara. Jurang pendapatan di antara 10% rakyat terkaya dan 90% yang lain begitu ketara. Daripada perubahan kepada ekonomi moden sepertimana dibayangkan dalam Wawasan 2020 dimana jurang pendapatan dirapatkan dikalangan penduduk setiap tahun, negara diselubungi dengan pelbagai masaalah.

Laporan Pembangunan Insan Bangsa-Bangsa Bersatu (2007) menunjukkan Malaysia mempunyai jurang pendapatan diantara yang kaya dengan yang miskin paling tinggi di Asia Tenggara dan yang kedua tertinggi di Asia selepas Papua New Guinea. 10% rakyat terkaya menguasai 38.4% kekayaan negara manakala 10% rakyat termiskin memiliki hanya 1.7%. Inilah simbol dan manifestasi kerasuahan dan kerakusan polisi ekonomi negara yang cuma mengejar kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK

Tan Sri Yang di-Pertua,

Sebenarnya kita berhadapan dengan kesilapan dalam pengurusan ekonomi sejak kerajaan memperkenalkan konsep Pensyarikatan Malaysia atau “Malaysia Incorporated” dengan izin, yang menyamakan negara sebagai sebuah syarikat. Manakala syarikat ini membuat keputusan dan pertimbangan tanpa perlu merujuk kepada pemegang saham terbesarnya iaitu rakyat. Rakyat hanya boleh persoal melalui sidang parlimen yang diwakili oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. Oleh kerana wujud dominasi parti pemerintah yang begitu mutlak di Parlimen pada ketika itu, maka tiada banyak halangan bagi kerajaan untuk melakukan apa saja demi kepentingan mereka. Dalam banyak hal, rakyat tidak tahu menahu apa yang kerajaan lakukan kerana semua saluran maklumat dikuasai dan dikongkong oleh kerajaan. Pertanggungjawaban dan ketelusan diketepikan dengan alasan untuk memecut pembangunan ekonomi.

Di bawah konsep ini kerajaan mengalihkan ratusan billion ringgit sumber kewangan negara (dianggarkan antara 500-550 billion ringgit) yang hampir kesemuanya dipinjam dari institusi kewangan baik dalam maupun luar negara ke dalam projek-projek mega termasuk Masjid Kristal. Kebanyakan projek diluluskan tanpa penilaian ekonomi dan kewangan yang teliti. Rasionalnya kerajaan kaya dan berupaya meminjam dari pendapatan masa depan. Sejak 9 tahun yang lepas perbelanjaan kerajaan mengalami defisit antara 4.5% – 6.5 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK setiap tahun.

(…bersambung pada 5 Mei)

Tan Sri Yang di-Pertua,

Banyak projek-projek dianugerah secara penswastaan dengan syarat-syarat perjanjian yang amat menguntungkan penerima konsesi dan tanpa menekan untuk menjadi lebih efisien dan murah. Ini termasuk Penjana Tenaga Bebas atau ‘Independent Power Producer’, MAS, LRT, pembinaan hospital, bekalan perubatan, makmal perubatan, pemeriksaan kenderaan, bekalan air dan sebagainya. Hampir semua diluluskan dengan harga yang melambung tinggi akibat ketiadaan tender terbuka. Banyak tidak memenuhi kriteria asas ekonomi dan kewangan bagi memasti daya kejayaannya. Semua mengandungi elemen subsidi, baik secara langsung atau tidak langsung, sama ada melalui geran, kadar tol dan caj yang tinggi kepada pengguna atau konsesi cukai. Banyak dijamin kerajaan untuk mendapat pinjaman dalam pelaksanaan projek-projek ini. Nisbah kos faedah atau ‘cost-benefit ratio’ tidak pernah ditakrif dan diumum tetapi dipilih untuk pelaksanaan di bawah slogan penswastaan.

Dalam hampir semua kes, kerajaan mewajarkan kelulusan projek-projek ini kerana negara perlu menyediakan persekitaran sesuai untuk menarik pelaburan baik tempatan mahupun asing. Apabila projek-projek mega ini siap tidak ramai pula pelabur tertarik tetapi makin berkurangan tahun demi tahun, baik swasta maupun pelaburan langsung asing. Malah, pelaburan menjunam dari 30% pada 1996 kepada hanya 9% dari KDNK sekarang. Pelaburan langsung asing pula menjunam dari 8% pada 1996 kepada 4% sekarang ini. Penurunan ini di antara yang paling parah dalam dunia.

Kerajaan selalu memberi alasan bahawa penurunan ini disebabkan kemelesetan ekonomi dunia sedangkan pelaburan tetap meningkat di banyak negara termasuk Cina dan Vietnam. Di India sejak 5 tahun yang lepas pelaburan meningkat dari 22% kepada 34% daripada KDNK mereka. Di Brazil pula, pelaburan meningkat dari 15% kepada 27% dari KDNK mereka.

Kekurangan pelaburan bermakna negara akan ketinggalan dimasa hadapan. Walaupun kerajaan berbangga dengan lebihan akaun semasa yang meningkat dari 8% pada 2002 kepada 14% dari KDNK pada 2007, tetapi hakikatnya ia merupakan penurunan pelaburan kerana kita tidak lagi mengimport barangan modal untuk pelaburan.

Pertumbuhan ekonomi sejak 5 tahun lepas pula dijana oleh perbelanjaan peribadi yang dibiayai oleh pinjaman menyebabkan kadar hutang isirumah rakyat Malaysia merupakan yang paling tinggi dirantau ini. Dan ini tidak boleh bertahan lagi melainkan kerajaan mengubah falsafah dan konsep negara.

Rakyat terpaksa membayar segala pembaziran yang dilakukan selama ini. Kerajaan terus membebankan rakyat bagi mengurang subsidi kepada pemegang konsesi projek dengan mengenakan bayaran caj dan tol yang tinggi bagi kegunaan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan. Kerajaan terus membiar pemegang konsesi mengaut keuntungan yang tinggi dan berterusan dengan menyambung hayat konsesi mereka. Kerajaan sentiasa menegaskan inilah ‘win-win situation’ untuk semua melainkan rakyat yang terpaksa menanggungnya.

Sekarang bagaimana kerajaan boleh mengurangkan kadar tol dan caj bagi kegunaan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan. Pemegang konsesi menuntut subsidi yang berterusan dan kerajaan terpaksa membayarnya. Dana yang sepatutnya boleh digunakan untuk memenuhi keperluan asas rakyat yang lain makin berkurangan.

Sebagai contoh kerajaan tidak dapat menyelesaikan perjanjian berat sebelah yang amat menguntungkan pemegang konsesi IPP, yakni ‘Independent Power Producer’ dan terus membebankan Tenaga Nasional dan rakyat, walaupun kerajaan memberi pelbagai jaminan untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat. Kos Tenaga Nasional mengeluarkan 1 unit tenaga hanyalah 8.5 sen berbanding dengan kos yang terpaksa dibeli dari IPP dengan harga 15.5 sen satu unit. Petronas terpaksa memberi subsidi lebih daripada 58 billion ringgit kepada IPP kerana harga bekalan gas telah ditetapkan sepanjang jangka hayat kontrak IPP, sedangkan harga gas sekarang sudah melambung tinggi. Hasilnya kerajaan kekurangan dana dan rakyat terpaksa menanggung kos kenaikan elektrik.

Kerajaan heboh dengan subsidi petrol yang diberi kepada rakyat. Tetapi jumlah subsidi 38 billion ringgit tersebut masih kecil, berbanding dengan subsidi yang diberikan kepada pemegang konsesi IPP ini. Inilah yang dikatakan kerajaan hanya mementingkan keuntungan pemegang konsesi dan terus membiarkan rakyat dibebankan dengan kenaikan kos, caj dan tol.

Begitu juga dengan penswastaan perkhidmatan kesihatan dimana pembinaan hospital, bekalan perubatan, makmal perubatan dan sebagainya diswastakan. Hasilnya kos pengendalian dan perkhidmatan hospital melambung tinggi. Rakyat tidak lagi berupaya menanggung kos pemeriksaan dan perubatan kerana kosnya meningkat. Apatah lagi sekiranya rawatan memerlukan penggunaan pelbagai peralatan maka kosnya tidak tertanggung oleh rakyat. Ramai terlantar dirumah kerana tidak beupaya menanggung kosnya. Sepatutnya negara kita berupaya menyediakan perkhidmatan perubatan percuma kepada rakyat miskin dan mengurangkan beban kepada rakyat umum. Kami meminta kerajaan mengkaji semula kaedah penswastaan perkhidmatan kesihatan ini dan menjadikan perkhidmatan kesihatan yang berupaya dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Kita alu-alukan wacana mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB); relevan dan keberkesanannya setelah diamalkan selama hampir 40 tahun. Kita tidak pernah menafikan kebijaksanaan dasar tersebut tatkala ia dilancarkan. Malah, kita mengakui manfaatnya kepada rakyat termasuk bumiputera terutama dalam bidang pendidikan. Namun penyalahgunaannya terlalu ketara. Berpuluh billion ringgit dikaut oleh segolongan kecil atas nama DEB.

DEB telah dimanipulasi untuk mengalih kontrak terus ke tangan kroni yang diutamakan atau terpilih. Justeru, DEB mesti diubah dan digantikan dengan yang lebih wajar dan bermakna kepada bumiputera dan rakyat Malaysia yang lain. Amat malang buat bumiputera manakala hanya kelompok kayaraya yang mendabik dada dan melaung supaya ia diteruskan. Yang perlu dihiraukan adalah nasib majoriti bumiputera, Melayu di desa, Kadazan dan Murut, Iban dan Bidayuh dan lain-lain di pendalaman dan pesisiran pantai. Namun, pendekatan baru ini harus telus, mengambil kira kepentingan kaum Cina dan India terutama yang miskin dan terpinggir.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Masaalah besar yang dihadapi ekonomi sekarang ini ialah pengagihan manfaat kepada segelintir masyarakat menyebabkan kesan manfaatnya tidak mengalir ke peringkat pertengahan dan akar umbi masyarakat.

Kita perlu memikir dan memperhebat gabungan dan kepelbagaian program dan projek seperti skim mikro kredit, pemodenan ladang pertanian, pengedaran dan penjualan hasil dalam pasaran, skim pelaburan, skim berorientasi kebajikan dan sebagainya untuk meningkat pendapatan lapisan masyarakat bawahan ini dengan lebih berkesan. Yang paling penting ialah program untuk meningkatkan pendapatan isi rumah kumpulan ini melalui ikhtiar yang produktif.

Kita menerima prinsip dan keperluan dasar tindakan affirmatif yang akan menghasilkan penyertaan bumiputera, golongan miskin dan terpinggir lainnya. Usaha mewujudkan golongan pedagang dan usahawan bumiputera perlu diperhebatkan menurut kerangka tindakan tersebut. Kita akan melindungi, memelihara dan membimbing mereka yang benar-benar mengurus pengeluaran dan menyediakan perkhidmatan kepada sektor awam dan swasta.

Kita telah mengolah Agenda Ekonomi Malaysia untuk memacu pertumbuhan yang lebih segar dan berdaya saing serta menggariskan program tindakan affirmatif untuk semua agar mereka dapat menceburi dan bersaing secara adil dan saksama dalam ekonomi negara.

INTEGRITI KERAJAAN

Tan Sri Yang di-Pertua,

Integriti kerajaan dalam pengurusan ekonomi kian teruk terjejas apabila pemimpin kerajaan merestui rasuah dan pembaziran, mengamalkan nepotisme dengan mengagihkan kontrak dan saham kepada keluarga serta mengamalkan kronisme dengan memperkayakan kelompok kecil.

Dalam kes terkenal yang melibatkan pembekalan peralatan tentera atau secara spesifik kapal selam Scorpene bernilai 4.5 billion ringgit yang dibuat secara rundingan, komisyen yang melampau sebanyak 530 juta ringgit telah dibayar oleh pembekal kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, penasihat kepada Menteri Pertahanan. Begitu juga dengan pembelian jet pejuang Sukhoi bernilai 3.2 billion ringgit dimana syarikat IMT Defence Sdn Bhd yang dikuasai oleh Adib Adam bekas Ketua Menteri Melaka dan Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah mendapat komisyen sebanyak 380 juta ringgit.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Zainal Abidin Zin memberitahu Parlimen bahawa komisyen tersebut dibayar untuk penyelarasan dan khidmat sokongan oleh pembekal dan tidak oleh kerajaan. Ia tidak memerlukan seorang yang genius untuk menyedari bahawa sebenarnya kerajaan yang menanggung pembayaran komisyen tersebut melalui nilai yang dilambungkan untuk mengambil kira bayaran komisen itu. Tanggapan rakyat ialah ia mungkin bukan komisyen tetapi rasuah di antara pemimpin tersebut dengan individu yang mendapat komisen itu.

Dalam laporan audit yang dibentangkan dalam Parlimen pada 7 September 2007 didapati bahawa PSC-Naval Dockyard yang dimiliki oleh Amin Shah Omar Shah ketika itu sepatutnya membekal 27 kapal peronda bernilai 24 billion ringgit tetapi sehingga pertengahan 2006 hanya 2 buah kapal peronda sahaja yang siap. Itu pun terdapat 298 komplain yang dikemukakan dan 383 peralatan tidak dibekalkan. Kontrak asal bernilai 5.35 billion ringgit meningkat kepada 6.75 billion ringgit sehingga Januari 2007. Kementerian Pertahanan membayar 4.26 billion ringgit walaupun kerja siap hanya bernilai 2.87 billion ringgit, iaitu lebihan bayaran sebanyak 1.39 billion ringgit atau 48%. Anihnya, kabinet pula meluluskan pengecualian penalti sebanyak 214 juta ringgit.

Kerajaan dituntut supaya tidak berlengah lagi untuk menjalankan penyiasatan rapi terhadap kepincangan dan penyelewengan yang berlaku. Ini penting agar tiada percubaan dibuat untuk melindungi mana-mana pemimpin kanan kerajaan dan menutup skandal rasuah pembelian senjata yang melibatkan berbillion ringgit wang rakyat.

Maka dengan itu, saya mencabar Perdana Menteri supaya menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menjalankan penyiasatan dengan segera. Penyiasatan ini harus rapi bagi mendedahkan kepincangan dan penyelewengan dalam pembekalan peralatan ketenteraan yang melibatkan pembayaran dari dana awam dengan cara yang tersangat meragukan.

Kita perlu menyisih segala jenis sistem yang menyebabkan rakyat sangsi ke atas integriti kerajaan dalam pengurusan ekonomi. Bila kesangsian dibentuk dan berterusan, maka amat sukar pihak berkuasa mengurus ekonomi dengan berkesan kerana setiap keputusan akan dipersoal dan dipersendakan. Akibatnya rakyat bertambah ragu terhadap integriti kerajaan dan kepimpinan negara.

KRISIS MAKANAN

Tan Sri Yang di-Pertua,

Akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa dunia sedang menghadapi krisis makanan dimana pengeluaran beras dan bahan-bahan makanan lain tidak dapat memenuhi permintaan yang makin meningkat dan menyebabkan harganya melambung tinggi. Kekurangan berlaku kerana permintaan yang tinggi terutamanya daripada China dan India, pertambahan penduduk dunia, berkurangnya kawasan pertanian untuk memberi laluan kepada pembangunan hartanah dan industri, kurangnya insentif untuk penerokaan kawasan baru untuk penanaman padi, kekurangan air kerana digunakan untuk industri, cuaca dan kenaikan harga bahan bakar.

Yang menghairankan, hampir semua negara-negara Asia dapat menghasilkan padi dan beras bagi memenuhi keperluan dalam negara mereka melainkan 4 buah negara iaitu Filipina, Bangladesh, Singapura dan Malaysia! Hatta, negara-negara Asia yang maju industri seperti Jepun, Korea dan Taiwan dapat menghasilkan beras melebihi keperluan dalam negara mereka. Kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan menjadikan agenda pengeluaran padi dan beras mencukupi untuk keperluan negara sebagai agenda penting sepertimana Jepun menjadikan pengeluaran padi dan beras sebagai agenda pertahanan negara.

Sepatutnya daripada berbelanja berbillion ringgit untuk kapal selam dan kapalterbang Sukhoi, lebih baik kerajaan memberi tumpuan dalam meningkatkan ransangan bagi sektor pertanian khasnya dalam rangka menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat dan juga sebagai persiapan dalam pertahanan negara. Kami menggesa agar usaha yang bersungguh-sungguh, baik bagi peringkat kerajaan persekutuan maupun kerajaan-kerajaan negeri, dilakukan untuk membantu golongan petani dan penanam padi. Peruntukan dana awam harus dijamin untuk program pembinaan keberdayaan masyarakat tani kita bagi menghasilkan pengeluaran makanan yang memenuhi keperluan negara.

PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pengurusan ekonomi semakin kompleks dan perlu kepada penyelesaian baru baik domestik mahupun peringkat global. Dalam usaha mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi kita tidak boleh lagi beranggapan berbelanja melalui ciptaan beberapa projek mega atau infrastruktur koridor atau asas ekonomi baru untuk menjana permintaan masa depan. Kita sudah melihat pemikiran sedemikian tidak berjaya dan tidak berhasil.

Atas asas ini bagi memasti masa depan yang dinamik, usaha konkrit patut dilakukan untuk mengubah komponen ekonomi modal insan bersesuaian dengan ekonomi global. Kita perlu membina semula asas baru ekonomi dengan meningkatkan nilai modal insan demi masa depan negara.

Saya ingin memberi contoh dimana pembangunan koridor tersilap sepertimana pembangunan Cyberjaya. Tidak ada sebab untuk mempercayai apa yang dipanggil pembangunan koridor-koridor yang dicadangkan kerajaan tidak mengalami nasib yang sama seperti Cyberjaya.

Apabila kerajaan bercadang mencipta asas baru ekonomi berlandaskan teknologi maklumat, kerajaan mengarahkan pelaburan kepada pembangunan infrastruktur dan hartanah di Cyberjaya. Bagaimana ia boleh menjana pembangunan ekonomi berasaskan teknologi maklumat melalui pembangunan infrastruktur dan hartanah, sedangkan pembangunan teknologi maklumat di asaskan melalui idea, pengetahuan dan aplikasi komputer. Nilai hakiki pembangunan teknologi maklumat bermula dari modal insan yang menjurus kepada sistem pendidikan negara. Kualiti dan pengetahuan yang disampaikan di universiti memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan ini yang kemudian boleh digunapakai dalam pembangunan ekonomi berasaskan teknologi maklumat atau keusahawanan produktif yang lain.

Semua mengetahui semasa kita membangun Cyberjaya, prestasi universiti kita merundum terutama dalam bidang sains dan teknologi. Kita tidak mempunyai persediaan yang mencukupi apabila melancarkan pembinaan Cyberjaya. Dengan demikian kita gagal mencipta ekonomi berasaskan teknologi maklumat, walaupun kerajaan membelanja berbillion ringgit dalam pembangunan koridornya. Cyberjaya merupakan contoh terbaik dimana kerajaan gagal mengambil kira fundamental dan hakikat asas ekonomi teknologi maklumat sebelum membangun Cyberjaya. Apa yang di kehendaki oleh pemimpin politik ketika itu ialah pujian dan pujaan sertamerta dari pemimpin dunia dalam pembangunan Cyberjaya, dan bukannya pulangan ekonomi yang sepatutnya membina asas baru ekonomi negara. Sehingga hari ini hasil pulangannya masih kabur.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pembaharuan dan perubahan dalam modal insan amat diperlukan dalam menghadapi persaingan sengit ekonomi global. Seperti yang dapat dilihat di India dan Ireland pembangunan teknologi maklumat adalah hasil langsung sistem pendidikan kelas pertama yang diperlukan dalam era teknologi maklumat. Dalam contoh kedua-dua negara tersebut, pembangunan infrastruktur dan hartanah datang selepas pengumpulan kebolehan modal insan dan pembentukan asas teknologi maklumat dalam ekonomi negara dan bukan sebelum itu. Ini membawa kita kepada keperluan menaksir semula pengurusan ekonomi negara dengan memberi penekanan untuk membincang segera dan bersungguh-sungguh masaalah yang dihadapi untuk memulih kedudukan persaingan ekonomi negara dalam arena global.

Dalam hubungan ini, kita tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa memperhebatkan lagi usaha meningkat prestasi dan kualiti pendidikan dalam sistem universiti kita. Kita kena pastikan graduan yang dikeluarkan berkualiti dan ‘marketable’. Sistem pendidikan kita mesti berupaya mendidik modal insan yang bersedia diserapkan dalam perusahaan negara sama ada melalui syarikat multinasional atau keusahawanan atau bekerja di luar negara. Saya difahamkan ada kalangan professor di universiti tempatan terpaksa menyelia hingga 10 pelajar Phd sedangkan di universiti terbilang dunia seliaan tidak lebih daripada dua atau tiga orang sahaja pelajar dalam satu masa. Bagaimana kita hendak meningkatkan kualiti modal insan kalau demikianlah halnya dalam sistem di universiti dalam negara kita.

Sistem pendidikan juga boleh digunakan untuk mengimbangi kedudukan struktur sosio-ekonomi negara. Golongan lemah dan tidak berkemampuan harus diberi peluang seluas-luasnya untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi mereka agar dapat sama-sama bersaing dalam arus pembangunan negara. Keutamaan yang diberi kepada golongan ini tidak bermakna kita perlu merendahkan standard pendidikan kita tetapi mereka perlu memenuhi standard dan kualiti yang ditetapkan oleh institusi pengajian dan keperluan ekonomi negara.

Kami menganggap pembangunan modal insan merupakan komponen kritikal dan terpenting dalam pembangunan ekonomi negara ketika ini. Kalau dilihat ekonomi terulung Asia, khasnya Jepun, Taiwan dan Korea, mereka tidak mempunyai sumber asli tetapi menjadi pesaing ekonomi global yang berjaya kerana keupayaan menakrif semula isi kandungan modal insan mereka. Malaysia perlu melakukan perkara yang sama. Kita mesti mengalih mentaliti daripada pembangunan jenis infrastruktur atau pembangunan ala koridor dan memberi tumpuan kepada peningkatan tahap modal insan dengan menggalakkan innovasi berdasarkan idea yang kreatif dan penerapan pengetahuan baru ke dalam sistem. Kami percaya itulah pemancu asas baru pembangunan ekonomi negara.

KEHAKIMAN

Tan Sri Yang di-Pertua,

Kami mengalu-alukan titah dan saranan Pemangku Sultan Perak Raja Dr. Nazrin Shah agar ditubuhkan Suruhanjaya Kehakiman bagi memulihkan semula imej badan kehakiman dalam perasmian Persidangan Tahunan Majlis Hakim Malaysia 2008 pada 9hb April baru-baru ini. Ini bagi memastikan keyakinan rakyat ke atas badan kehakiman pulih semula dan tidak tertakluk dibawah kuasa eksekutif.

Saranan tersebut sangat bertepatan memandangkan sistem kehakiman tidak lagi bebas, tercemar dan boleh dirasuah sepertimana terdedah dalam kes video VK Lingam. Pendedahan dalam kes ini hanya sedikit atau ‘tip of the iceberg’. Banyak lagi kes-kes yang disangsikan mendapat keadilan di bawah sistem kehakiman sekarang termasuk pendakwaan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Lim Guan Eng dan Yang Berhormat Wee Choo Keong.

Peristiwa kebelakangan ini jelas menunjukkan kuasa eksekutif memijak sistem kehakiman negara. Ketua Hakim Negara sendiri mengakui persepsi negatif masyarakat terhadap sistem kehakiman. Ini satu pengakuan yang berbuka bahawa sistem kehakiman berat sebelah, rasuah dan pengadilannya boleh diatur. Saya dan semua ahli Pakatan Rakyat berpendapat sebenarnya ia bukan lagi persepsi tetapi ternyata dan terbukti. Demokrasi sebenar yang menjamin budaya cemerlang ekonomi berhajat kepada sistem kehakiman yang bebas, berkecuali dan adil.

Hakim-hakim tidak boleh membiarkan penghakiman mereka curang oleh dorongan sama ada kewangan, kenaikan pangkat atau kepentingan peribadi. Perbuatan ini akan membawa kerosakan teruk kepada pentadbiran keadilan dan kepentingan ekonomi negara. Tidak menjadi rahsia lagi, kemerosotan pelaburan langsung asing dan keengganan syarikat multinasional menandatangani perjanjian yang memperuntukkan pertikaian dirujuk kepada perundangan Malaysia kerana kesangsian dan pengalaman pahit mereka dengan sistem kehakiman negara. Dari pengalaman itu, datang kesedaran kedudukan sebenar dan terbukti bahawa sistem kehakiman negara tidak boleh dipercayai untuk mendapat keadilan yang saksama, berkecuali dan adil dalam pentadbiran undang-undang negara. Bersemuka dengan kenyataan ini, ramai dari kalangan mereka mengambil keputusan lebih baik berpindah ke negara lain.

Atas dasar ini, negara perlu memberi nafas baru untuk menjadi sebuah negara demokrasi sebenar dengan membuat reformasi ke atas sistem kehakiman negara yang bebas, berkecuali dan adil. Ia sepatutnya menjadi keutamaan negara. Kerajaan telah mengumumkan hasrat penubuhan Suruhanjaya Kehakiman. Walaupun terlewat, ianya merupakan langkah yang dialu-alukan ke arah mengembalikan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem kehakiman negara. Namun demikian, masih terdapat kesangsian dan kekhuatiran mengenai cadangan tersebut. Sejauhmanakah keupayaan dan keberkesanannya? Apakah kerajaan dapat memberi jaminan bahawa ia tidak akan berdolak-dalih dalam melaksanakan syor-syor suruhanjaya itu nanti? Kita tidak mahu nanti Suruhanjaya Kehakiman mengalami nasib seperti Suruhanjaya DiRaja yang ditubuh kerajaan bagi menambahbaik pasukan polis. Kemudiannya, setelah syor dikemukakan untuk membentuk satu mekanisme penyemakan yang bebas mengenai aduan dan salahlaku polis atau lebih dikenali sebagai Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), cadangan penubuhannya masih kabur, malahan tidak kedengaran lagi.

Kesimpulannya, reformasi badan kehakiman amat diperlukan bagi memulihkan kembali kebebasan kehakiman. Malahan apa jua bentuk reformasi terhadap sistem pengadilan negara mesti tidak mengecualikan Jabatan Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia agar tidak berbangkit lagi amalan pincang seperti penyiasatan terpilih dan juga pendakwaan terpilih.

ANTARABANGSA

Tan Sri Yang di-Pertua,

Malaysia merupakan anggota ASEAN, APEC, Komanwel, OIC, PBB dan sebagainya. Dalam arena antarabangsa, tentunya kita tidak seharusnya terasing terhadap apa-apa yang berlaku disekeliling kita, baik sebagai jiran, serantau maupun global. Malahan, dalam kapasiti atau kepentingan yang sah, kita perlu mempunyai sikap dan pendirian yang jelas dan tegas untuk mempertahankan kedaulatan negara dan bertindak seiring dengan tuntutan nilai dan keadilan sejagat. Dalam hubungan ini, kita tidak seharusnya bersikap apologetik, membisu atau menyepikan diri daripada menyumbang dan memainkan peranan dalam arena dan forum antarabangsa untuk mempertegaskan pendirian kita dengan sewajarnya.

Malaysia pernah diberi mandat mewakili negara-negara Islam sebagai Pengerusi OIC. Harapan ummah dikecewakan kerana Malaysia tidak mengambil tindakan berkesan untuk membela nasib negara dan umat Islam di serata dunia. Malaysia dilihat lemah dan lesu dalam menangani konflik yang melanda negara-negara Islam. Semasa Malaysia menjadi Pengerusi OIC, ia dilihat kaku dan tidak berperanan dalam menangani konflik di Timur Tengah khasnya campurtangan Amerika Syarikat bersama beberapa negara Barat lain di bumi Iraq dan keganasan berterusan regim Israel di Palestin.

Kami mengutuk dengan sekeras-kerasnya kehadiran tentera Amerika Syarikat bersama negara-negara Barat lain di bumi Iraq dan mendesak mereka keluar dengan kadar segera. Kami menyokong desakan masyarakat antarabangsa supaya Amerika Syarikat menghentikan dasar campurtangannya di Iraq dan menyerahkan kepada rakyat Iraq sendiri untuk menentukan penyelesaian terhadap permasalahan dalam negara mereka sendiri.

Mengenai Palestin, kami menggesa kerajaan Persekutuan dan masyarakat antarabangsa supaya mengiktiraf Hamas dan melibatkannya dalam proses perdamaian di bumi Palestin. Penyisihan Hamas di dalam proses perdamaian akan menafikan suara rakyat Palestin yang telah memilih mereka melalui proses demokrasi yang diiktiraf dunia. Demi keadilan kepada rakyat Palestin, kami menyeru negara Malaysia memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada kerajaan Palestin pimpinan Hamas sebagai mewakili rakyat Palestin secara sah.

Mengenai ASEAN, secara khususnya kami mendesak supaya segala langkah tegas diambil bagi memastikan Myanmar akur terhadap tuntutan antarabangsa agar membebaskan Aung San Suu Kyi bersama tahanan-tahanan politik lainnya dan mengembalikan hak-hak asasi mereka.

HAK-HAK PERLEMBAGAAN

Tan Sri Yang di-Pertua,

Kami memperakui hak Melayu dan Bumiputera yang merangkumi negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak sepertimana ditakrifkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kami menghormati dan mempertahankan semua hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan baik secara khusus mahu pun tersirat. Hak orang Melayu dan Bumiputra dan kedudukan istimewa mereka sepertimana ditakrifkan dalam Perlembagaan akan kekal.

Begitu juga dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak akan dikompromi, disamping memberi kebebasan berugama kepada penganut agama lain. Usaha memertabatkan kedudukan Islam dan kemuliaanya tidak harus memberi legitimasi kepada gejala fanatisma seperti merobohkan kuil penganut Hindu dan mengenakan sekatan yang tidak munasabah terhadap penganut Kristian dan ajaran agama selain Islam.

Bahasa Melayu akan dimartabatkan. Kami mencadangkan supaya mutu penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan melalui pengeluaran buku-buku bermutu, memperbanyakkan karya-karya sastera dan sains dalam Bahasa Melayu, mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu dan memperhebatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam program-program media.

Kami juga mencadangkan supaya bahasa ibunda rakyat negara ini, baik di negeri-negeri Semenanjung maupun Sabah dan Sarawak, diberi tempat sewajarnya dalam sistem pendidikan negara. Bantuan dan peruntukan yang mencukupi diberikan kepada semua sekolah termasuk sekolah agama rakyat, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan rakyat perlu diperhebatkan.

Kami mempertegaskan bahawa kami menentang keras sebarang diskriminasi terhadap rakyat semata-mata kerana perbezaan ugama, kaum, keturunan, jantina, bahasa atau fahaman politik. Hakikatnya, jatidiri negara harus dibina di atas asas ketuanan rakyat yang berteraskan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai keadilan sejagat.

HAK ASASI MANUSIA

Tan Sri Yang di-Pertua,

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan skop yang menyeluruh mengenai hak asasi manusia termasuk hak bersuara dan hak berhimpun. Dalam pada itu negara Malaysia telah menerima dan memperakui Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (1948) yang secara jelas dan nyata memperkukuhkan lagi hak-hak tersebut, disamping dengan tegas menolak sebarang pencabulan, sekatan dan halangan terhadap hak bersuara, hak berhimpun dan lain-lain lagi hak asasi manusia.

Namun demikian, pada realitinya hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan secara sistematik dibendung sejak dahulu melalui pelbagai peruntukan undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan hingga sekarang ini.

Justeru itu, sebagai mewakili seluruh suara pembangkang Parlimen dan rakyat Malaysia amnya serta pernyataan tegas saya untuk menentang sebarang bentuk penindasan terhadap kebebasan rakyat dan hak asasi manusia, melalui Dewan yang mulia ini, sekali lagi saya menggesa kerajaan bertindak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Polis, Akta Penerbitan dan Percetakan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Ordinan-Ordinan Darurat dan berbagai undang-undang yang menindas kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai jaminan kukuh demi mempertahankan hak asasi manusia, kerajaan digesa supaya bertindak menandatangani segera dan memperakui protokol antarabangsa mengenai hak-hak sivil dan politik, iaitu dengan izin International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). Protokol ini telah ditandatangani dan diperakui oleh kebanyakan negara-negara dunia sejak ianya dikemukakan pada 1966, tetapi kerajaan Malaysia masih tidak berbuat demikian. Malahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah pun mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya memperakui ICCPR, namun tidak dipedulikan oleh kerajaan. Saya ingin tahu mengapa kerajaan masih berdegil untuk tidak menandatangani dan memperakui protokol tersebut?

DEMOKRASI DAN FEDERALISMA

Tan Sri Yang di-Pertua,

Seterusnya saya ingin mengingatkan kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan supaya menerima hakikat dan kenyataan bahawa rakyat ingin perubahan sepertimana diperlihatkan dari keputusan pilihanraya umum kedua belas yang lalu. Keinginan rakyat kepada perubahan ini tidak diperolehi dengan mudah. Bukan sahaja kami berdepan dengan kekuatan Barisan Nasional yang memperalatkan jentera kerajaan, media awam dan penggunaan politik wang, tetapi serentak dengan itu juga kami terpaksa menghadapi segala tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bagaikan bertindak sebagai komponen Barisan Nasional. Demokrasi hampir terhakis dek karenah SPR semasa pilihanraya umum yang lalu. Proses pilihanraya yang didakwa telus dan bebas oleh Pengerusi SPR sebenarnya tercemar teruk dengan penyediaan daftar pemilih yang mencatatkan pendaftaran ribuan pengundi-pengundi hantu. Empat hari menjelang hari penamaan, semua calon dikehendaki untuk mematikan duti setem yang dikenakan pada borang Akuan Berkanun, iaitu Borang 5 atau Borang 5A, yang kemudiannya secara tiba-tiba ditarik balik tanpa sebab pada hari penamaan. Proses pengundian yang melibatkan undi pos berlangsung dalam keadaan yang amat mencurigakan. Lebih meragukan kami ialah empat hari sebelum hari mengundi, satu sandiwara murahan direncanakan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal, atau indelible ink, pada jari pengundi yang merupakan antara percubaan terakhir bagi memberi laluan mudah kepada kemenangan Barisan Nasional. Keputusan pilihanraya umum lalu yang memihak kepada calon-calon Pakatan Rakyat sebenarnya tidak ada kena mengena dengan apa yang didakwa Pengerusi SPR sebagai pilihanraya yang paling telus dalam sejarah. Sebaliknya keputusan tersebut adalah kemuncak kepada manifestasi rakyat yang telah sekian lama menuntut perubahan. Dan manifestasi rakyat ini tidak mungkin dapat dibendung lagi oleh Barisan Nasional maupun SPR. Malahan, jika sekiranya pilihanraya umum dilangsungkan secara adil, bebas dan telus menurut nilai dan norma antarabangsa, dan bukannya menurut acuan SPR, kami berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat berjaya memenangi majoriti kerusi Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Keputusan pilihanraya umum yang lalu, tanpa sebarang kesangsian, membuktikan kematangan rakyat Malaysia dan memperjelaskan lagi tuntutan rakyat bahawa:

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>Pertamanya, suara dan pilihan rakyat harus dihormati,

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>Kedua, dasar dan program kerajaan di semua peringkat perlu adil,

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>Ketiga, salahguna kuasa mesti dihentikan, dan

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>Keempat, kerajaan sama ada pemimpin atau pegawai-pegawai mesti berkhidmat demi keperluan dan kepentingan rakyat tanpa pilih kasih atau sentimen politik.

Keputusan rakyat dengan jelas memberikan mandat kepada perubahan kerajaan-kerajaan negeri kepada parti-parti Pakatan Rakyat; khasnya bagi negeri Selangor yang dipimpin oleh Ahli Yang Berhormat dari Bandar Tun Razak, negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Ahli Yang Berhormat dari Bagan, negeri Perak yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, negeri Kedah yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, dan negeri Kelantan yang kekal di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun demikian, sejak jemaah menteri dibentuk, sudah nampak petanda dan bukti bahawa keputusan dan pilihan rakyat tidak dihormati. Antaranya;

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>Ada berbagai ugutan bahawa peruntukan belanjawan kerajaan pusat untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan ditarik balik, dibatalkan atau disalurkan melalui saluran-saluran yang tidak lain bertujuan untuk membentuk suatu jelmaan “parallel state government” menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan, yang ternyata tidak demokratik sifatnya;

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>Berbagai tindakan telah diambil dengan tujuan menjejaskan pentadbiran negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, contohnya memaksa semua ketua kampong dan ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) meletakkan jawatan, dan menyalurkan dana belanjawan awam melalui parti-parti politik Barisan Nasional atau agensi-agensi tertentu yang dikuasai oleh kerajaan pusat.

Namun, saya yakin bahawa semua tindakan ini tidak akan menjejaskan keazaman kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menunaikan amanah rakyat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Kami amat gembira melihat kesungguhan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang yang telah memulakan langkah berani dan besar dengan menghentikan amalan sistem kontrak tertutup tanpa persaingan melalui tender terbuka. Langkah ini sejajar dengan dasar Pakatan Rakyat bagi menjamin amalan pemerintahan yang terbaik lagi telus untuk kepentingan rakyat.

Kami sedar bahawa dasar pemusatan belanjawan dan fiskal membolehkan kerajaan Persekutuan bertindak dengan sewenang-wenangnya berdasar bulu politik, dan bukannya berdasarkan kepada penghormatan suara rakyat, prinsip demokrasi dan nilai keadilan sejagat. Persoalannya, mengapa pula rakyat harus dihukum? Ini berlaku, tidak lain dan tidak bukan, semata-mata kerana dasar dan pemikiran politik yang sempit dan rakus.

Saya menggesa kerajaan Persekutuan supaya menghentikan amalan diskriminasi terhadap kerajaan-kerajaan negeri yang dipilih secara sah menurut pilihan rakyat, sekalipun pilihan tersebut tidak sehaluan dengan kehendak pimpinan Barisan Nasional. Saya juga menggesa kerajaan Persekutuan tidak mengulangi kesilapan demi kesilapan yang lalu dengan mengenepikan konsep dan prinsip federalisma sepertimana yang pernah dilakukan terhadap Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Saya juga menggesa kerajaan supaya memastikan sistem pemerintahan persekutuan benar-benar memenuhi tanggungjawabnya menurut kehendak peruntukan Perlembagaan. Saya menggesa agar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan prinsip tiada paksaan dalam beragama tidak dicabuli. Jaminan peruntukan dana awam untuk negeri-negeri mesti disempurnakan. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain dijamin dengan kukuh tanpa disalahgunakan.

Saya menyeru agar kerajaan menyerah semula royalti kepada kerajaan negeri Terengganu dan menaikkan kadar royalti kepada 20% dari 5% sekarang bukan sahaja untuk Terengganu, malahan termasuk Sabah dan Sarawak, di samping memastikan peruntukan yang seimbang dan adil untuk negeri-negeri lain dalam Persekutuan.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Akhirnya, saya ingin menyarankan kepada Perdana Menteri, ubahlah sikap dan tindakan. Tunaikanlah janji bahawa jawatan Perdana Menteri adalah untuk semua tanpa mengira bulu dan sentimen politik. Kotakanlah kata dan hormatilah suara dan pilihan rakyat.

Wallahu’alam dan terima kasih.

Selesai pada 5hb Mei 2008

————————————————————————————-

Banyak telah diperkatakan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh Umno-BN. Semoga ia tidak ditelan semua oleh para pembaca yang kini semakin kritikal seperti para pengundi dalam pilihanraya ke-12 yang baru lalu.

Rakyat, saya rasa, sentiasa perlu kritikal dalam menilai apa-apa aje yang disogokkan kepada mereka. Begitu juga jika ianya datang dari pihak pembangkang.

Sesuatu rumusan itu dibina menerusi pengamatan dan mengambil tahu secara dekat dari pelbagai pihak. Rakyat wajar mendesak kerajaan memberi peluang dan ruang kepada pihak-pihak lain untuk mengemukakan pendapat dan menjelaskan pendirian mereka yang acapkali berbeza dengan Umno-BN.

Dalam mengharungi perubahan kepada suatu tahap kematangan politik, taktik samseng dan membela kroni dan melindungi kepentingan kelompok sendiri sepadannya diberhentikan sama sekali. Keadilan itu perlu terserlah lebih-lebih lagi dalam Dewan Rakyat, dewan yang terhormat. Penyerlahannya akan diakui tanpa perlu sesiapa atau mana-mana parti atau kelompok mendabik dada mengenainya. Ia merupakan asas dan nilai yang secara naluri dan otomatik yang akan dilihat, dihayati dan diinsafi oleh masyarakat Malaysia. Ia memerlukan suatu keazaman yang mendalam dalam menjiwai politik non-partisan yang hanya membawa kebaikan demi kebaikan kepada rakyat.

Politik non-partisan amat asing kepada Umno-BN. Mereka terkapai-kapai dalam memahaminya, jauh sekali untuk menghayatinya. Sungguh tebal semangat kekitaan mereka sehingga lalai dan buta sama sekali kepada nilai-nilai keadilan dan tuntutan untuk bersikap adil senantiasa dan berjuang bagi memenuhi keperluan rakyat jelata.

Saya melihat itulah yang terpapar dalam sesi soal-jawab pertama pada 30b April lalu.

Peraturan Dewan Rakyat tidak diketahui umum. Maka mudah bagi Umno-BN menyogok apa saja dalam media arus perdana untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan oleh Umno-BN dalam rangka untuk mencapai hasrat mereka. Isu-isu yang diketengahkan oleh media masa arus perdana, yang termasuk, setiap rangkaian televisyen bertujuan untuk memaparkan sesuatu yang membawa agenda Umno-BN.

Perkara ini wajar diteliti oleh rakyat. Sepatutnya, 50% daripada apa yang dibawa oleh media-media arus perdana, jika mereka menjunjung knsep keadilan yang luhur, seharusnya memaparkan juga pendapat, pemikiran dan pandangan alternatif dari golongan yang tidak sekufu dengan Umno-BN. Dengan itu, barulah boleh diiktiraf media-media tersebut sebagai media yang adil, bertanggungjawab, profesional dan berintegriti. Jika indivdu dari Umno-BN dipaparkan selama 2 minit di televisyen, maka individu dari golongan yang berbeza pendapat perlu juga diberi jangkamasa yang sama untuk dipaparkan.

Begitu juga dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Entiti yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan mengawasi serta memastikan perjalanan mesyuarat di Parlimen berlangsung dengan adil, profesional dan berintegriti perlulah juga melaksanakan tugasnya dengan adil, profesional dan berintegriti juga. Panduan terperinci telah termaktub dalam buku Peraturan Mesyuarat yang menjadi rujukan setiap ahli Parlimen agar hujah-hujah dan penjelasan serta soal jawab didengari dengan adil dan jelas dalam jangkamasa yang ditetapkan. Perkara berikut hampir setiap kali berlaku dalam proses perdebatan Parlimen pada 30hb April lalu. Pengurusan mesyuarat yang tidak teliti, sama ada sebelum, dan ketika mesyuarat dijalankan, telah acapkali menolak panduan-panduan yang tercatat dalam panduan buku Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Sewajarnya, perkara-perkara yang terkandungan dalam panduan tersebut tidak dianggap remeh semata-mata. Ia menjadi rujukan agar mesyuarat dalam Dewan Rakyat menjadi yang terbaik di Malaysia ini. Memang segala perlakuan dalam Dewan Rakyat adalah dilihat sebagai contoh-contoh yang digambarkan oleh the cream of the country’s leadership.

Saya tidak bersetuju sekiranya Menteri Penerangan akan menarik balik siaran langsung persidangan Dewan Rakyat hanya dengan berdasrkan satu sesi mesyuarat. Persidangan Dewan Rakyat ketika tidak disiarkan sebahagian besarnya berlangsung dalam keadaan yang menyaksikan perbahasan yang baik di antara kedua-dua pihak, terutamanya dari pihak Pembangkang. Ada di antara Ahli-Ahli Dewan Rakyat pembangkang telah dipuji oleh media kerana kesopanan dan kejituan soalan dang pengucapannnya.

Saya bersetuju bahawa perlu menujukkan hemah dan kesopanan yang tinggi dalam bicara Ahli-Ahli yang Berhormat. Nada suara, pengujaran dan hujjah serta body language (bahasa badan) yang baik adalah perkara-perkara yang wajar diambil serius oleh Ahli-Ahli ynag berhormat ketika bersidang. Saya amat gusar sekali bila Ahli-Ahli yang berhormat bersikap kebudak-budakkan, mengganggu YB lain dengan membuat bisng keitka mereka berucap, tidak menunjukan displin yang tinggi dan menjerit-jerit ketika bercakap, terutamanya bila di kalangan pemerhati dalam Dewan Rakyat adalah pelajar-pelajar sekolah.

Saya rasa, Dewan yang mulia seperti Dewan Rakyat adalah wadah untuk membincangkan bagaimana untuk membawa usul-usul yang meringankan beban rakyat dalam begitu banyak perkara dalam kehidupan mereka. Tidakkah boleh Ahli-Ahli yang Berhormat menumpukan kepada hal tersebut pada setiap ketika dan masa, khususnya ketika bersidang dalam Dewan Rakyat? Itulah, politik non-partisan perlu segera dihayati dan menjadi kenyataan! Sepatutnya dalam Dewan yang sedemikian mulia dan terhormat, isu dalam kepala dan benak Ahli-Ahli yang Berhormat hanyalah kepentingan rakyat. Perkara itu belum nampak dengan jelas setelah Ahli-Ahli yang Berhormat bersidang pada 30hb April lalu!

Semoga reformasi berlaku juga dalam proses perdebatan di Dewan Rakyat. Itulah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata. Hentikanlah sebarang bentuk sandiwara dan membiarkan masa berlalu dengan sia-sia dalam Dewan Rakyat. Rakyat makin hari makin teliti…pilihanraya umum ke-13 akan mendatang…sekiranya Ahli-Ahli Berhormat dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di persidangan-persidangan Dewan rakyat, maka rakyat wajar memilih orang lain untuk menggantikan mereka. Hendaknya rakyat tidak terasa kerugian memilih YB sebagai wakil mereka!

Rozaini binti Mohd Rosli

Yang telah mengikuti majlis dan persidangan di Dewan rakyat dari 28hb – 30hb April 2008.

15 Comments »

  1. Jangan lupa ya, isu Orang Asli:

    1. Untuk tanah bergeran secara individu
    2. Tanah rezab mereka yang tidak digazet
    3. Sistem pertanian mereka yang ketinggalan, tidak ada teknologi moden, dan
    pendapatan rendah

    Comment by ssaid | April 30, 2008

  2. Nak tanya bila boleh datang ceramah ke Kuala Krau dlm bulan Jun nanti?

    Comment by ssaid | April 30, 2008

  3. Saya tidak lupa isu orang asli.
    Akan saya masukkan dalam ucapan bahas titah agung yang sedang saya siapkan untuk sesi sidang mesyuarat Parlimen minggu ini
    Malah didalam program perancangan pembangunan Selangor, ada juga kita berbincang tentang menjadikan Selangor negri contoh dalam menangani isu orang asli

    Comment by Fuziah Salleh | May 3, 2008

  4. Assalamualaikum YB,
    saya merupakan seorang pelajar IPT ingin mengemukakan usul kepada YB agar dapat di bawa ke parlimen iaitu mengenai Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) di mana saya mencadangkan usul pemansuhan akta tersebut. Saya bersama rakan mahasiswa yang lain 100% menyokong usul pemansuhan AUKU tersebut agar hak dan kebebasan kami lebih terjamin. Sekian terima kasih

    Comment by Shah | May 5, 2008

  5. YB, terima kasih.
    Saya tidak pasti sama ada soalan saya sebelum ini dijawab oleh YB sendiri atau Puan Rozaini tetapi saya percaya YB turut dimaklumkan.

    Pertama sekali, terima kasih kerana YB turut mengemukakan kenyataan dari Ketua Pembangkang. Setidak-tidaknya saya dapat mendengar dan menganalisis pandangan pihak pembangkang. Cuma saya berharap YB Kuantan mengekalkan tahap profesionalisme ketika berada di Parlimen kerana warga Parlimen Kuantan mengharapkan sesuatu dari YB.

    Beberapa perkara yang saya dapat komen, analisis serta pandangan untuk pihak YB ketengahkan di Parlimen jika perlu.

    1. ISA
    Pemahaman kepada akta secara keseluruhannya. ISA bertindak untuk menjamin kedaulatan undang-undang serta akur sebagai rakyat Malaysia terhadap Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Pandangan peribadi saya, ISA tidak wajar dihapuskan namun di kaji semula kerelevanannya terhadap akta yang sedia ada.

    2. EKONOMI
    Skop ini terlalu luas untuk dibincangkan namun perbandingan boleh dibuat bedasarkan KDNK serta laporan oleh UNDP secara relatif. Kita bolehmengetahui kedudukan serta status Malaysia. Tak cukup dari itu, survival ekonomi Malaysia kini masih digeruni. Adalah diharapkan pihak YB dapat membangkitkan keseimbangan dan kesaksamaan ekonomi tidak hanya tertumpu kepada Lembah Kelang sahaja serta tumpuan kepada Bumiputra.

    3. INTEGRITI KERAJAAN
    Wajar dibangkitkan memandangkan perkara ini menunjukkan ketidakrelevanan Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan. Selain itu, YB perlu juga membangkitkan integriti di kalangan badan-badan berkanun termasuk pihak swasta dan individu serta parti-parti politik agar lebih telus. Saya sendiri turut mengalami pengalaman di mana pihak-pihak tertentu di Kuantan simana individu dibayar RM200 untuk mengundi PAS dan PKR pada 8 mac yang lalu. Adakah ini wajar?

    4. KRISIS MAKANAN
    Mengingat kembali hala tuju pihak pemerintah yang lebih menumpukan kepada Industri Asas Tani dibwah kepimpinan yang baru. Adakah ia gagal dan berjaya?

    5. PENDIDIKAN dan MODAL INSAN
    Saya melihat bagaimana ramai warga Malaysia yang berstatus profesional berkhidmat dengan firma asing di luar negara dan juga penghijrahan termasuk mendapat status penduduk tetap di beberapa negara maju dan kaya yang lain. Mengapa masih berlaku dan dimana kurangnya Malaysia?

    6. KEHAKIMAN
    Menyokong dengan apa yang telah dilakukan sekarang terutamanya hak kehakiman di daulatkan

    7. ANTARABANGSA
    Diplomasi Malaysia masih dihormati oleh negara asing. Suara Malaysia lantang sebelum ini namun tiba-tiba “terdiam” seketika sejak kebelakangan ini. Saya amat berhadap Pulau Batu Putih milik Malaysia selain memertabatkan kedaulatan Malaysia dan menunjukkan diplomasi negara.
    Namun saya lebih berminat bagaimana pihak YB menyelesaikan masalah yang membabitkan soal keselamatan seperti pelarian dan pendatang asing sama ada dengan izin atau tanpa izin di Malaysia. Adakah pihak pemerintah terlalu berlembut dengan kebanjiran pelarian yang terlalu ramai terutamanya dari Myanmar, Filifina dan Vietnam.

    8. HAK-HAK PERLEMBAGAAN
    Sangat bersetuju untuk memartabatkan kembali Bahasa Malaysia yang kian lesu. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan B.Malaysia tetapi lebih bersetuju dengan B.Melayu. Tetapi saya lebih menyukai sekiranya dibangkitkan tahap nasionalisme negara terutamanya di kalangan bukan bumiputra. Apa yang diperhatikan, mereka tidak lagi menghormati hak-hak Melayu selain ada yang tidak dapat berbahasa kebangsaan dengan baik sedangkan ini adalah Malaysia. Dimana silapnya? Mungkin pihak pemerintah terlalu berlembut sehinggakan hilang konsep “Bangsa Malaysia”

    9. HAK-HAK ASASI
    Wajar dikekalkan namun perlu diharmonikan agar tidak berlaku salah guna kuasa. Biarkan ia selari dengan rukun negara.

    10. DEMOKRASI
    Sepertimana kata-kata oleh Abraham Lincon namun sejauhmana keberkesanan, kebebasan dalam konteks demokrasi ala Malaysia.

    Itu adalah beberapa perkara yang boleh disampaikan secara pandangan peribadi. Sebagai bangsa Melayu dan jati diri Melayu saya juga berharap agar kampung dan tanah air kita tidak tergadai.

    -izzo-

    Comment by izzo | May 21, 2008

  6. Salam,
    terima kasih diatas input sdr Izzo. Berkenaan Komen dari saya, kalau ada nama saya, memang saya tulis sendiri. Saya memastikan bahawa saya bertanggungjawab (accountable) diatas apa yang saya katakan.

    Bila Pn Rozaini menulis pula, dia letak nama dia. Begitu juga Kenyataan Media. Sekiranya ada nama saya dihujungnya, memang saya yang menandatangani, dan menghayati kenyataan tersebut.

    Rest Assured, dan Harap Maklum.

    Comment by Fuziah Salleh | May 26, 2008

  7. Sdr Izzo,
    Saya hargai input sdr.
    Malang sekali siaran langsung kita di TV hanya setengah jam. Sekiranya sepanjang hari, maka sdr akan dapat melihat sendiri, isu-isu yang dibahaskan memang telah merangkumi segala aspek yang sdr ketengahkan, juga sdr juga boleh lihat isu-isu yang saya pula ketengahkan dalm perbahasan. Walaubagaimanapun, perbahasan saya tentu sekali masih boleh di perbaiki, dan terima kasih sekali lagi. Saya akan ambil maklum bahan-bahan dan pandangan dari sdr. Why not we meet up in Kuantan? Cara itu lebih banyak yang kita boleh bincang.

    Buat 4 hari yang terakhir sesi ini, perbahasan akan berkisar pindaan akta-akta.

    Sebelum itu, kami kini sedang berbahas isu ‘Parliamentary Reform’ dan mengusulkan nama-nama untuk jadik wakil dalam select commitee on parliamentary reform

    Comment by Fuziah Salleh | May 26, 2008

  8. Salam,

    Pertama sekali terima kasih kerana turut membalas email saya yang tak seberapa ini. Saya turut yakin YB mampu melaksanakan tugas YB sepertimana yang di amahkan oleh rakyat Kuantan.

    Saya selalu mengikuti perbahasan di Parlimen tidak hanya di televisyen tetapi pada sidang kali saya berpeluang sebanyak 2 kali ke Parlimen menyaksikan sendiri sidang berkenaan. Malang juga tak dapat bertemu dengan YB di Parlimen.

    Namun sekiranya berpeluang dan saya balik ke kampung halaman di Kuantan, Insya’ Allah saya ingin bertemu dengan YB. Akhir sekali semoga Allah mencucuri rahmat ke atas YB dan sentiasa menjalankan tugas dengan cemerlang

    Terima kasih YB.

    Comment by izzo | May 26, 2008

  9. A’kum YB. dapatlah sekiranya YB ketengahkan isu ini diperbahasan parlimen akan datang. isi ini saya dapat melalui email, mungkin pihak YB sendiri sudah sedia maklum:

    “Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.

    Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.

    bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand . Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.

    1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
    walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.

    sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.

    lihat perjanjian tersebut .

    PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
    1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
    2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
    3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
    4. Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
    5. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.

    PERJANJIAN AIR 1990
    1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
    2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
    3. Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
    2.. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.

    tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 – 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.

    3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
    Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.

    4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.

    Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia . malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.

    Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO”.

    Lawan tetap lawan

    reformis muda

    Comment by mie | June 20, 2008

  10. Salam Mie,
    Saya ambil maklum dan teliti maklumat yang diketengahkan oleh sdr
    Terima Kasih

    Comment by Fuziah Salleh | June 24, 2008

  11. Sdr Izzo,

    Bila balik kampung ke Kuantan?
    Saya sentiasa mengalu-alukan berjumpa dengan semua yang mahu memberikan pandangn konstruktif demi sama-sama membela nasib rakyat

    Sila contact PA saya, jue 0192612838 untuk jumpa saya k

    Comment by Fuziah Salleh | June 24, 2008

  12. Yb isu tanah di pahang lembab sangat ngape tak ikut macam trengganu, percepatkan urusan birokrasi yang leceh tu

    Comment by ali | June 30, 2008

  13. Sdr ali,
    Saya setuju isu tanah di Pahang memang terlalu lembab.
    Saya dimaklumkan oleh Dato DO bahawa

    1. Setakat ini ada 9000 kes yang tertunggak di pejabat tanah

    2. Setiap bulan ada dalam 200 kes baru akan tetapi Pej Tanah pula hanya mampu mengendali dalam 50-60 kes sebulan. Keadaan ini menambah kepada kes-kes yang tertunggak

    3. Pej Tanah juga menyatakan bahawa mereka tiada kemampuan untuk mengatasi kes tertunggak dan juga tiada kemampuan untuk meneylesaikan kesemua kes bulanan.

    SARANAN SAYA
    1. Seharusnya Pej Tanah letakkan ‘cut off’ point untuk selesaikan semua kes yang tertunggak
    2. Perlu ada baget tambahan dari negeri untuk membantu menyelesaikan ketidak kemampuan Pej Tanah dalam hal ini, dengan cara mengambil pekerja tambahan ataupun konsultan untuk membereskan kerja-kerja tertunggak.
    3. Perlu ada ‘political will’ dari pihak yang bertanggungjawab didalam menyelesaikan masalah tanah di Pahang

    Setakat ini, saya hanya mampu memberikan saranan dalam hal menyelesaikan masalah ini.

    Kita hanya boleh laksanakan apabila kita menjadi pemerintah.

    Apapun, pihak pemerintah tidak harus bersikap ‘pathetic’ dalam hal ini. Saya expect mereka ‘buck up’ dan laksanakan apa yang perlu demi rakyat.

    Comment by Fuziah Salleh | July 8, 2008

  14. salam… puan fuziah… saya asal dari pulau pinang. baru-baru ni semasa pilihan raya permatang pauh. saya sedang menjalankan tugas mengiring YB Husam ke Maktab Tengku Bainun untuk meraikan kemenangan PKR… Didalam perjalan dari Yayasan Aman ke Tengku Bainun jalan terlalu sesak sehingga tidak dapat berjalan langsung… Dalam keadaan yang sesak, saya bertembung dengan kenderaan rasmi puan… dan saya di amanahkan untuk menumpangkan PA Puan Fuziah… Setelah sampai ke Tengku Bainun, saya terlupa menanyakan siapa namanya… Lalu kami berpisah di situ.. kalau Puan Fuziah tak keberatan, saya ingin berhubung dengannya, sebagai tanda kenalan di hari kemenangan PKR… harap Puan Fuziah balaskan ke email saya…. reformasi..

    Comment by boyz | August 30, 2008

  15. Salam Sdr Boyz
    Nanti saya minta PA saya, Jue untuk contact sdr melalui email ya..

    Comment by Fuziah Salleh | September 5, 2008


Leave a comment