BAHAS BAGET 2010
Bismillah arRahman arRahim
Tuan Yang Di Pertua
Terima Kasih kerana mengizinkan saya turut serta didalam perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan tahun 2010 diperingkat dasar dengan membawa perbahasan didalam beberapa aspek berikut:
1. Strategi Baget dan Pelaksanaannya
Strategi Baget 2010 bertumpu kepada 3 perkara iaitu
- Memacu Negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi
- Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan
- Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat
Adalah diharapkan Strategi ini sungguh-sungguh mencerminkan bahawa pihak Kerajaan mahu mendengar rintihan rakyat terbanyak. Strategi ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan BN turut mendengar saranan-saranan
membina dari pihak Pakatan Rakyat sebelum ini.
Strategi yang nampak komprehensif diatas kertas, mestilah diterjemah dengan baik pula oleh pihak pelaksana. Tidak semestinya apabila satu-satu strategi nampak cantik dan komprehensif ianya akan dapat dilaksanakan dengan cantik dan baik juga. Harapan saya semoga semua pihak yang terlibat didalam pelaksanaan dapat memahami strategi ini dengan baik serta juga dapat membina budaya kerja efektif, dan cemerlang serta kerangka pemikiran positif untuk sama-sama menjayakan strategi diatas.
- 2. NKRA
| Pemilihan 6 bidang keberhasilan Utama Negara- NKRA merupakan bidang-bidang yang memang seharusnya di berikan tumpuan. Seperti yang di nyatakan
oleh YB Menteri KPI dalam dewan yang mulia ini pada 2nov 2009, bahawa pemilihan NKRA ini ialah setelah mengambil kira maklum balas dari pelbagai sudut dan pelbagai agensi termasuk maklumbalas dari kajian persepsi orang awam, pihak media, Merdeka Center, competitiveness index, dan laporan transparency international.Saya turut meneliti pengukur prestasi, agenda bertindak, serta sasaran yang telah ditetapkan buat keenam-enam bidang ini akan tetapi saya masih belum yakin dengan kesungguhan pihak Kerajaan didalam pelaksanaannya. Kenapa saya berkata demikian ialah kerana pihak Kementerian terbabit tidak cukup telus didalam berkongsi KPI mereka. Mengapa berlaku demikian? Adakah kerana pihak Kementerian takut untuk diukur prestasi mereka kelak?
Tuan Yang DiPertua Formulasi bidang keberhasilan utama KRA bagi satu-satu skop kerja adalah berasaskan atau berpandukan kepada satu-satu strategi. Dari strategi, akan di kanalpasti KRA, kemudian KPI – begitulah proses fomulasinya Tuan Yang diPertua. Maka sekiranya strategi baget ialah pembangunan holistic dan mapan, dimana initiative yang diambil dalam pelaksanaan strategi tersebut antaranya ialah teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar. Maka KRA seharusnya ialah bidang keberhasilan utama didalam initiative tersebut. Memberi incentive kepada bangunan yang mencapai taraf GBI (Green Building Index) merupakan satu usaha yang dialu-alukan. Akan tetapi bagaimana pula dengan usaha mengurangkan pengeluaran carbon ‘carbon emission reduction’ dari kenderaan-kenderaan? Bagaimana pula usaha pengurangan ‘Greenhouse Gas Emmission’ Apakah pula initiative Kerajaan dalam aspek ini? YAB PM berkata dalam ucapannya bahawa Kerajaan akan memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar dan mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan Kerajaan. Saya amat-amat alukan kenyataan ini, akan tetapi saya juga ingin lihat komitmen dalam menentukan sasaran dan KPI Kementerian. Di New South Wales, Australia, satu negeri yang meletakkan Pemeliharaan Alam Sekitar sebagai sabahagian dari ‘state plan’ nya telah pun mensyaratkan kereta-kereta Menteri mereka dan bas-bas awam supaya menuruti kiraan pengeluaran carbon dibawah tahap tertentu. Apa pula komitmen Kerajaan kepada ayat PM diatas? Bagaimana dengan kereta Menteri kita dan pengangkutan Awam kita? Saya menyarankan pihak Kerajaan bersungguh-sungguh menghapuskan kegunaan polisterine disamping membuat satu perancangan tersusun dalam mengurangkan kegunaan bag plastic di supermarket. Masukkan initiative ini kedalam KPI Kementerian. Kemudian kuatkuasakan, didik orang ramai, banyakkan program advocacy, Barulah sungguh-sungguh dan komited namanya. Bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang akan berakhir pada tahun 2012? Sejak persetujuannya pada tahun 1997 Malaysia tidak langsung menyebut komitmen untuk mematuhinya. Seluruh dunia sudah bercakap tentang ‘going green’ – orang tua, orang dewasa, malah kanak-kanak dimerata pelusuk dunia sudah ada kesedaran tentang ‘going green’ sedangkan Malaysia hanya baru bercakap tentang GBI. Ini tidak mencukupi Tuan yang di Pertua. Saya tegaskan ianya tidak merupakan usaha yang sungguh-sungguh. Tuan Yang Di Pertua, Saya amat-amat ambil berat dan prihatin tentang kualiti bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Sebab itu lah saya sentiasa menyoal berkenaan pembinaan kilang LYNAS yang akan memproses lanthanide atau ‘rare earth’ di Gebeng Kuantan, dimana sisa buangan nya nanti mengandungi sisa radioaktif. Setakat ini semua pihak masih belum boleh meyakinkan saya berkenaan perihal selamatnya penyimpanan sisa buangan bahan radioaktif ini. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, sekiranya kita tidak boleh yakin dengan keselamatannya, mengapa kita tidak suruh sahaja pihak Lynas membawa sisa pemerosesan rare earth balik ke Australia? Mengapa tidak? Mengapa kita harus simpan sisa buangan radioaktif di perut bumi kita? Sedangkan kita semua tahu bahawa radioaktif ini jangka hayat ‘half life’ nya ratusan tahun dan akan masih kekal di perut bumi Kuantan, buat satu jangka masa yang begitu lama selepas Lynas menutup kilang nanti. Ketika itu, siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran ditempat penyimpanan sisa buangan radioaktif ini? Tuan Yang di Pertua,
Kerajaan telah meletakkan pengangkutan awam Bandar sebagai salah satu NKRA untuk memudahkan mobiliti rakyat bagi menjalankan aktiviti harian. Langkah Kerajaan dalam usaha ini dialu-alukan. Saya ingin menyarankan beberapa perkara dibawah
Tuan yang di Pertua. Yang lebih memerlukan pengangkutan awam ialah pesara, ibu-ibu tunggal, orang miskin, nelayan. Dah lah di Kuantan tu tiada teksi bermeter, sekarang ini, teksi bandar disatu hentian pun di sekat kerja mereka. Bagaimana prioriti yang di tetapkan oleh pihak Kerajaan. Saya pohonlah bagi pihak rakyat Kuantan, bagi memenuhi keperluan rakyat biasa untuk lebih prihatin tentang perihal bas bandar ini.
Kementerian Pembangunan Wanita – saya kira sudah tentu meletakkan sasaran 30 % penglibatan wanita didalam semua peringkat membuat keputusan sebagai KPI utamanya. Walaupun saya tahu bahawa draft pelaksanaan strategi penyertaan 30% wanita sudah pun disiapkan oleh pakar runding UNDP, namun pihak Kementerian Wanita masih berahsia, masih tidak bersikap terbuka, masih tidak mengajak Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari kalangan wanita memberi pandangan dan maklum balas. Malah strategi menambah penyertaan Ahli Dewan Rakyat wanita yang kini hanya di peringkat 10.8%. yang jauh kebawah berbanding dengan Parlimen-Parlimen lain di dunia, pun tidak pernah dibawa berbincang dengan kaukus wanita. Kementerian Wanita seolah-olah duduk didalam kepompongnya sendiri tanpa mengiktiraf pandangan pihak lain. |
- 6. Memerangi Rasuah
Langkah memastikan Negara berada dikedudukan yang lebih baik dalam Indexs Persepsi Rasuah Antarabangsa adalah satu langkah yang dipuji. Saya berpendirian bahawa komitmen memerangi rasuah mestilah dibuat secara sungguh-sungguh dan penggubalan Whistle Blower Act merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan.
Bila ianya akan di bentang di Dewan Rakyat mesti dinyatakan dan diletakkan sasaran sebagai KPI Kementerian. Sementara akta itu diluluskan, saya menyarankan supaya pihak Kementerian menyediakan satu prasarana yang kondusif serta praktikal bagi memudahkan pemberi maklumat tampil kehadapan. Supaya ada prosedur serta garispanduan yang membolehkan pemberi maklumat yang ikhlas untuk menampilkan diri secara selamat. Satu budaya berteraskan integriti juga perlu di pupuk dan apabila dikembarkan dengan prosedur yang jelas tentu sekali kita mampu memulihkan imej Negara dari rasuah.
Saya juga menyarankan supaya pihak SPRM dan Kerajaan tidak merendahkan imej mereka di mata masyarakat dan dimata dunia dengan mengambil tulisan-tulisan dari blog sebagai bahan asas untuk bertindak, menyiasat dan menangkap seseorang.
Dimasa yang sama, laporan-laporan Polis terhadap salah guna kuasa dan rasuah tidak diambil tindakan dan disiasat. Bukankah ada disparity disini?
Pada 3 Nov 2009 SPRM menghadapkan ke Mahkamah 5 orang atas tuduhan salah guna peruntukan kewangan termasuk dari golongan PR dan BN. Sekiranya ini benar menunjukkan bahawa tiada pendakwaan terpilih, maka saya ingin bertanya kepada YB Menteri kenapa aduan dan laporan polis terhadap rasuah dan salahguna kuasa bekas MB Selangor tidak diambil tindakan dan disiasat? Akan tetapi aduan dalam blog di gunakan wewenangnya sebagai asas untuk menyiasat seorang pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan negeri.
Sekiranya kita serius mahu menangani persepsi berkenaan rasuah di Negara kita, maka persepsi rakyat dan persepsi dunia berkenaan pengurusan aduan dan laporan rasuah, serta prosedur soal siasat mesti dinilai semula dan mesti diperbaiki.
- 7. MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
Saya mengalu-alukan rangkap dari ucapan YAB Perdana Menteri yang berbunyi …..“Saya sentiasa mahukan pentadbiran Kerajaan ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan….” YAB Perdana Menteri juga berkata “Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki. Jadinya, untuk membela untung nasib golongan ini, sukacita diumumkan disini bahawa Kerajaan akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir 2 billion ringgit”
Tuan Yang DiPertua,
Kuantan merupakan diantara pengkalan perikanan terbesar dalam Negara dan bagi pihak para nelayan di Kuantan khususnya, saya mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan YAB Perdana Menteri.
Maka justeru itu, saya menyeru pihak LKIM yang ditubuhkan sebagai Agensi pelaksana kepada hasrat membantu nelayan ini di mana objektif LKIM ialah:
|
||
|
|
Tuan Yang Di Pertua
Saya amat-amat berharap supaya LKIM dapat memberikan khidmat yang terbaik dan professional dalam menyahut cabaran YAB PM
Malah Komitmen PM telah di perkukuhkan lagi oleh ucapan Dato Ketua Pengarah LKIM dalam laman web rasmi LKIM yang berkata:
“Satu realiti yang kita tidak dapat nafikan adalah bahawa perlunya masyarakat nelayan kita dibantu bagi meningkatkan kualiti hidup mereka “ (Dato Mustafa Bin Hj Ahmad)
Namun demikian sering kita dapati ucapan sebegini menjadi retorik yang tidak dapat di hayati oleh pemegang-pemegang amanah yang menjawat jawatan di peringkat akar umbi.
Tuan Yang Di Pertua,
Baru-baru ini saya menerima aduan dari pihak nelayan di Kuantan. Sebelum ini aduan demi aduan berkenaan dgn subsidi diesel dan perkhidmatan LKIM sudah pun saya bahaskan diDewan yang mulia ini. Akan tetapi aduan yang baru-baru ini menjurus kepada harga air batu yang melambung terlalu tinggi. Harga biasa satu block ialah RM13. Akan tetapi pada 17 & 18 Okt 2009 sewaktu hasil tangkapan ikan meningkat. Harga air batu telah melambung kepada rm 20 dan rm19 pada dua hari berturut2. Ini disebabkan kilang pembekal tidak dapat menampung keperluan air batu yang di perlukan, maka mereka terpaksa membeli diluar, sampai keKuala Selangor dan ke Tok Bali yang menyebabkan kos pengangkutan melambung dan akhirnya nelayan sebagai pengguna terpaksa menangggung kos tersebut.
Tuan Yang di Pertua,
NEKMAT merupakan pemborong air batu, PN Kuantan pula merupakan peruncit. LKIM pula seperti yang kita semua ketahui merupakan agensi yang seharusnya membantu mereka, malah gaji Pengurus PNK di bayar oleh LKIM. Didalam usaha saya mencari jalan penyelesaian berkenaan hal harga air batu tadi dan juga sebagai langkah proaktif supaya permasalahan ini tidak timbul lagi di masa-masa hadapan, saya telah mengambil inisiatif mengajak pihak NEKMAT, Pihak PN dan juga pihak LKIM untuk berunding secara konstruktif dan membina.
Namun Pertemuan pada 31 okt yang telah di atur dan di persetujui satu minggu sebelumnya, di halang oleh Pengarah LKIM sendiri , dimana arahan beliau ialah supaya Pengurus PN Kuantan tidak dibenarkan hadir didalam pertemuan tersebut. Malah alasan yang diberikan beliau kepada pegawai saya disaat-saat akhir tidak munasabah sekali iaitu pertemuan tersebut diadakan pada hari sabtu, hari orang tak bekerja., sedangkan semua pihak terlibat telah pun bersetuju dengan tarikh tersebut sebelum itu
NEKMAT telah beri kerjasama. PNK juga beri kerjasama. Akan tetapi LKIM? Semata-mata kerana mereka yang menjadi pembayar gaji, maka mereka boleh buat sesuka hati , Pengarah pula boleh beri arahan supaya pengurus PN jangan hadir ke pertemuan tersebut. Tuan Yang di Pertua, begitu ke? Saya ingin bertanya kepada YB Menteri kerana Menteri selalu berkata bahawa beliau bersifat terbuka dan saya pohon pihak YB Menteri menjawab dan memberikan sedikit bimbingan kepada pengarah@ yang tidak mesra nelayan ni. Serta jangan pula nanti di kenakan tindakan keatas pengurus yang mahu beri kerjasama.
Buat makluman jalan penyelesaian kepada permasalahan nelayan telah pun kita capai tanpa kehadiran wakil LKIM.
Tuan Yang Di Pertua,
Dimanakah sifat profesionalisma LKIM di sini? Dimanakah rangka pemikiran perkhidmatan profesional LKIM dalam membantu nelayan menyelesaikan permasalahan nelayan? Sekiranya seorang pengarah LKIM tidak boleh beri kerjasama kepada seorang Ahli Parlimen yang ikhlas memperjuangkan nasib nelayan, bagaimana mungkin institusi ini dapat benar-benar mencapai hasrat membantu nelayan.
Lain pula didalam hal projek perumahan nelayan Bunut Rendang yang di wartakan pada satu ketika sebagai projek perumahan terbesar untuk nelayan. Pada mulanya projek ini di bawah kendalian LKIM. Kemudian diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Kini lebih 10 tahun sudah berlalu dan projek ini masih terbengkalai. Saya cadangkan pihak Kerajaan ambil semula projek ini sebagai projek terbengkalai untuk diselesaikan dengan segera.
Baget 2010 juga menyebut berkenaan elaun sara hidup nelayan dan insentif mendapat peruntukan 170 juta ringgit. YAB PM juga berkata ini bukti bahawa Kerajaan bukan sekadar membuat omongan dan janji-janji kosong. Dalam hal ini saya ini ingin bertanya kepada YAB PM, bagaimanakah ada dikalangan yang bukan nelayan, yang memiliki bot, tapi pergi memancing suka-suka sebagai hobi pun boleh mendapat kad nelayan yang membolehkan seseorang itu mendapat elaun sara hidup nelayan?
Inikah yang dimaksudkan PM apabila beliau berkata Kerajaan sedang mengota apa yang dijanjikan, juga menjuarai kebajikan serta periuk nasi rakyat?
Malang sungguh nasib nelayan dan saya ingin mengatakan begini kepada YAB PM. Lupakan lah hasrat PM untuk membina 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian di-utamakan, kerana PM hanya akan bermimpi disiang hari. Nelayan akan terus berjerih, melawan badai, menyabung nyawa, kerana selagi pihak Kerajaan BN tidak sungguh-sungguh dalam memantau pelaksanaan segala apa yang dikatakan, serta tidak sungguh-sungguh merubah budaya kerja keadaan ini akan terus berkekalan.
Tuan Yang di Pertua
- 8. PENAMBAHBAIKAN PARLIMEN
(PARLIAMENTARY REFORMS)
Parlimen merupakan institusi yang bebas dan didewan yang mulia inilah diluluskan undang-undang yang menentukan pentadbiran Negara. Saya juga sentiasa hormat kepada nasihat Tan Sri Yang di Pertua yang menyarankan supaya kita berusaha menjadi Parlimen bertaraf dunia.
Saya ingin bertanya samada perkara-perkara berikut akan di lakukan dalam menyahut cabaran Parlimen bertaraf dunia ini.
- Jadikan Parlimen satu badan yang benar-benar bebas dari kuasa eksekutif. Tidak perlu ada Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.
- Pentadbiran Parlimen harus diletakkan dibawah satu jawatankuasa bebas yang bertanggungjawab hanya kepada Speaker dan Parlimen. Di Parlimen lain didunia pihak legislatif memang bebas dan terpisah dari campurtangan eksekutif. Mampukah kita membebaskan diri kita dari campurtangan eksekutif ini?
- Peruntukan baget perlu di buat untuk membiaya seorang ahli penyelidik yang merupakan staf peribadi kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membantu Ahli-Ahli Dewan membuat penyelidikan yang lebih rapi dan mantap. DI Indonesia Ahli Parlimen dapat dua staf peribadi yang dibayar gaji oleh Parlimen. Mengapa kita tidak melihat kearah itu.
- Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas tetap merangkumi pelbagai kepentingan awam mesti di tubuhkan dan dianggotai oleh Ahli Parlimen kedua belah pihak PR dan BN
- Draf rang undang-undang tidak seharusnya di gubal oleh pejabat Peguam Negara. Ianya harus digubal oleh badan bebas dibawah penyeliaan JK Khas tetap, dan kemudian mengambil kira pula pandangan semua stake holder dalam masyarakat.
Sekiranya Penambahbaikan Parlimen dalam aspek ini dapat di laksanakan, barulah boleh kita mengatakan bahawa kita Parlimen bertaraf dunia . Saya berharap kita sungguh-sungguh meletakkan kayu ukur yang bertaraf dunia demi menaikkan taraf Parlimen kita ketaraf world class. Semoga dengan usaha yang sungguh-sungguh, keihklasan semua pihak, sikap profesionalisma, kerjasama yang melangkau batas-batas politik, barulah memungkinkan kita untuk sampai ketahap cemerlang mengisi hasrat yang di utarakan dalam masa kehadapan.
Tuan Yang Di Pertua, Sekian Perbahasan saya, diatas Baget 2010 bertajuk 1Malaysia, Kemakmuran Bersama. Terima Kasih
BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan kini bertambah berdikari dan lebih berkemampuan untuk menjalankan program-program khidmat untuk rakyat tanpa saya. Maka dengan itu satu blog khas telah diwujudkan untuk meletakkan aktiviti-aktiviti Pusat Khidmat. Sila layari pusatkhidmatrakyatparlimenkuantan.blogspot.com untuk maklumat lanjut
Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
Ketua Umum sekarang di Kaherah.
Sementara itu parti bergolak seperti biasa. Ada yang keluar parti dan ada yang letak jawatan tertinggi dalam parti.
Pendirian saya senang sahaja. kalau nak keluar parti, lebih baik lah pembersihan itu berlaku sekarang daripada ianya berlaku sewaktu Pilihanraya Umum kelak. Sesungguhnya bukan senang untuk berada dijalan menegakkan prinsip dan kebenaran ini.
Tulisan DSAI 29 Oktober 2009
Petang di Kaherah, saya bersama bersama Sheikh Taha Jabir, ulama usul al fiqh tersohor asal Irak, Ahmad Kamal Abu al Magd seorang pejuang hak asasi dan intelektual Mesir serta mantan rektorUniversiti Islam Antarabangsa, Abdul Hamid Abu Sulayman. Hari sebelumnya saya menemui Mufti Besar Mesir Syeikh Ali Gomaa di Darul Ifta. Perbincangan berkisar kepada persoalan membebaskan umat dari cengkaman kemiskinan, kejumudan dan pemerintahan kuku besi.
Malam semalam, bersama sdr Saifuddin Nasution dan Ustaz Badrol Amin, kami hadir memenuhi jemputan acara yang diaturkan para pelajar. Tidak kurang dari seribu pelajar memenuhi dataran untuk mendengar ucapan, yang kemudiannya disusuli soal jawab.
Ustaz Badrol menyentuh peranan pelajar untuk menggerakkan Perubahan disamping menghimbau nostalgia. Manakala sdr Saifuddin menukilkan asas kepada pujian yang ditujukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat melalui Laporan Audit Negara.
Tiba giliran saya, makanya dihuraikan maksud dari anjuran pemikir Islam asal Algeria; almarhum Malek Bennabi. Penulis buku Islam in History and Society itu menggesa umat Islam untuk menggilap perjuangan dalaman atau inner struggle of conscience, untuk memartabatkan diri berhadapan dengan segala mehnah dan ujian.
Jangan kerana tawaran wang, kita sanggup mengkhianati perjuangan. Rupa-rupanya selama bertahun-tahun berjuang, arti Perubahan dan Reformasi tidak benar-benar dihadam. Pekung yang terbongkar sekarang memperlihatkan peribadi sebenar seseorang itu. Selama ini laungan berapi-api hanya untuk mencipta ruang bernafas dan berpencak main wayang. Tatkala rakyat kecewa, kita diulit angan-angan kemewahan buat memenuhi tuntutan nafsu peribadi. Apa tidak sedar kah bahawa terlalu murah nilai pengkhianatan itu.
Di hadapan para pelajar, saya akui bahawa Pakatan Rakyat masih ada kelemahannya. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Sayugia diingatkan, kejayaan 8 Mac tahun lalu juga merupakan ujian terhadap keiltizaman kita membawa Perubahan yang lebih baik buat Rakyat Malaysia. Kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat sekalian, termasuklah diri saya, jangan alpa, kita sebenarnya dipilih rakyat untuk menjadi Yang Berkhidmat.
ANWAR IBRAHIM
Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
Seperti Ramadhan ditahun-tahun lain, Parlimen Kuantan tidak melupakan fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan di bulan yang mulia ini.
Untuk makluman sdr/sdri, prog JEJAK FAKIR disekitar Parlimen Kuantan tahun ini ialah sepanjang 5-13 Sept 2009.
Dengan itu saya pohon keprihatinan sdr/ sdri sekiranya ingin menyumbang sedeqah atau menyalurkan duit zakat untuk program tersebut.
Semoga Allah SWT ampunkan dosa2 kita, meredhai segala usaha kita dan melapangkan hidup kita diakhirat nanti sebagaimana kita melapangkan hidup mereka yg memerlukan bantuan didunia ini.
Segala sumbangan@ zakat boleh disalurkan kepada akaun
MAYBANK atas nama ‘Pejabat Ahli Parlimen Kuantan.’
Terima Kasih
Hjh Fuziah Salleh,
Ahli Parlimen Kuantan.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
Ramadahn Mubarak.
Kullu aam wa antum bikhair…
Sudah agak lama blog saya tertinggal tanpa saya menulis. akan tetapi belum terlambat saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada pembaca sekelian. semoga Ramadhan kita tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita. Ameen
Ramadhan ini kami sekeluarga diduga dengan dugaan berlainan macam, namun saya yakin bahawa Allah tidak akan duga kita diluar kemampuan kita.
Dua hari sebelum bermula puasa, saya ke Permatang Pasir untuk bersama-sama bertugas disana. itu pun setelah saya selesaikan tugas saya diKuantan minggu sebelum menyambut Ramadhan dengan mencari peruntukan untuk rumah-rumah di sekitar tanjung lumpur yang memerlukan bantuan atap zinc. Alhamdulillah 33 keluarga telah dapat dibantu.
Setiba saya disana, saya menerima panggilan yang memberitahu anak sulung saya Sara telah pun mula sakit hendak bersalin dalam keadaan dia baru 36 minggu mengandung. Juga yang lebih merisaukan ialah beliau disahkan positive Influenza A, maksudnya boleh jadi H1N1.
Maka saya pun buat pusingan U turn pulang ke rumah, itupun selepas menghubungi pihak-pihak tertentu. Maka bermulalah episod kami di quarantine sekeluarga.
Saya kini belum boleh aktif keluar, sedangkan suami masih lagi cuti sakit. Sara telah pun pulih Alhamdulillah dan sudah pulang. Babynya masih lagi di unit Rawatan Rapi dan bawah pengawasan doktor. Anak perempuan yang seorang lagi juga mengandung, tidak di benarkan balik sambut puasa dengan kami kerana beliau berisiko tinggi dijangkiti flu. anak perempuan seorang lagi baru saja jatuh demam flu.. begitulah dugaan sedikit sebanyak.
Namun, Ramadhan di sambut dengan hati yang sungguh gembira dan semoga segala ujian ini merapatkan pertalian kekeluargaan kami dan juga mengukuhkan iman kami.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kata-kata semangat dan yang telah mengingati kami didalam doa-doa mereka.
Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
| Friday, 07 August 2009 07:05am | |
|
GEORGE TOWN (Aug 6, 2009): The chief minister’s chief of staff Jeff Ooi has withdrawn his remark labelling Jemaah Islah Malaysia (JIM) as an extremist Islamic organisation. In a statement faxed from Hongkong today, Ooi said: “I am withdrawing my statement calling JIM an ‘extremist organisation’ that was published by The Star on Sunday. I was advised by Lim, and I fully comply with the directive. “However, to clarify, it is imperative to establish the relevant context.” Earlier, Chief Minister Lim Guan Eng, in advising Ooi to withdraw his remark, said, “I know JIM. It is not an extremist organisation.”
“If it was, (state executive councillor) Chow Kon Yeow would not have appointed its representative to the MPPP as a councillor,” he told reporters in his Komtar office here. Lim declined to comment whether the JIM member Mohd Razali Abdullah, whom Ooi, who is also Jelutong MP, had criticised last Saturday was fit to be in the council, saying that was a separate issue. “I would think it would be appropriate for Jeff Ooi, if he had made the remark that JIM is an extremist organisation, to withdraw it,” he said. Meanwhile, Penang PKR Youth called on Ooi to apologise to JIM and the Muslim community for unduly portraying Islam as extremist. Its secretary Khairil Anuar Kamarudin said today the group gave Ooi 24 hours to apologise before they considered a course of action. “We call on Ooi to apologise for his talkativeness, rudeness, and attitude,” he said in a memorandum delivered to Lim’s office today. “We believe Pakatan Rakyat (PR) has principles on religious tolerance and should look seriously at the approach used by Ooi which does not contribute to strengthening the coalition. Instead, it provokes the anger of the Muslim community,” he told reporters. Khairil and several PKR Youth members including Bayan Baru MP Annuar Ismail met Lim’s polictial Ng Wei Aik on the second floor of Komtar before heading up to the CM’soffice. He stressed that the memorandum was not intended for DAP but to Ooi to apologise. Khairil said the issue was raised at the state PR meeting on Monday but there was no feedback from Ooi. “We support Mohd Razali Abdullah as Penang Island Municipal Council (MPPP) councillor as he was appointed by our party,” he said. On Sunday, an English daily reported Ooi saying that the council should not allow a “religious extremist” (Razali) in its administration. Before the group was allowed to head up to the Chief Minister’s office, the Chief Minister’s political secretary Ng Wei Aik met Khairil on the third floor of Komtar and accepted the memorandum on behalf of Ooi who is currently overseas. “I’ll hand this over to him once he returns,” he said. Penang state executive councillor Abdul Malik Kassim has called on Ooi to retract his statement as it was sensitive. He said the statement should not be made, especially by an elected representative of PR as it had touched on the sensitivity of Islam and hurt the feelings of Muslims in the country. Meanwhile, Penang DAP Socialist Youth (DAPSY) said it was unfair of Ooi to drag Jemaah Islah Malaysia (JIM) into his argument with Razali. In a press statement, DAP Youth secretary Ng said JIM was a registered organisation and had cooperated with the party to fight on several issues. “We believe JIM is not an extremist movement but a Muslim movement which focus on da’wah activities and social development,” he said. “We view Ooi’s statement seriously because it had angered the Muslim community,” he added. |
–
KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
LYNAS kini telah memperoleh satu suntikan dana yang baru melalui satu syarikat Cina CNMC berjumlah AUD400 Million. Membawa maksud bahawa kilang ini akan terus menggugat keselamatan penduduk Balok secara khususnya serta penduduk Kuantan secara amnya. Saya harap para pembaca dapat berkongsi disini pandangan tentang apakah langkah seterusnya yang boleh kita lakuakn demi mamastikan projek ini tidak mendatangkan mudharat kepada manusia serta alam sekitar yang bakal kita wariskan kepada anak cucu kita.
Dibawah ialah kenyataan Media oleh LYNAS bertarikh 1 Mei 2009
FOR IMMEDIATE RELEASE
CNMC AS NEW LYNAS MAJORITY SHAREHOLDER
NEW CAPITAL WILL ENABLE LYNAS TO LIFT SUSPENSION ON THE RARE EARTHS PROJECT
Friday, 1 May 2009: Lynas Corporation Limited has signed a binding heads of agreement with China Nonferrous Metal Mining (Group) Co., Ltd (CNMC), whereby CNMC is proposed to become a new majority shareholder in the company.
Under this agreement CNMC will arrange provision of new equity and debt capital totalling over A$500 million to allow Lynas to lift the suspension of the Rare Earths project and complete the construction and commissioning of both the Concentration Plant in Western Australia and the Advanced Materials Plant in Malaysia, through to the final design of 21,000 tonnes per annum of REO. Lynas shall also progress work towards a feasibility study on the balance of the Mount Weld resources.
The transaction is subject to third party approvals including Australian regulatory approvals such as the Foreign Investment Review Board (FIRB), Chinese regulatory approvals and Lynas shareholders’ approval
CNMC will become the company’s largest shareholder with approximately 51.66%, through the issuance of 700 million new shares in Lynas at $0.36 cents per share to raise AUD $252 million. The placement price represents a control premium of 52.5% above the volume weighted average price of Lynas shares for the 30 trading day period prior to the date the binding Heads of Agreement was signed.
CNMC will also provide a bank guarantee to enable a Chinese bank to lend Lynas the balance of the funds required to reach the USD$286 million, (a loan of approximately USD $104 million). This funding shall be used for the first phase of the Lynas Rare Earths project at 10,500 tonnes per annum Rare Earths Oxide (REO) including project suspension and remobilisation, working capital, contingency, financing fees and corporate overheads, including feasibility study work, until positive cash flow.
The second phase expansion to 21,000 tonnes per annum REO, currently estimated at USD$ 80 million shall also be debt funded with CNMC providing a bank guarantee.
Executive Chairman, Mr Nicholas Curtis, said that CNMC will also provide support to facilitate an immediate working capital loan of US$15 million, demonstrating CNMC’s commitment to supporting the company.
Lynas announced that the business model will not change, with the Concentration Plant to be built in Western Australia and the Advanced Materials Plant to be built in Malaysia. Lynas’ marketing strategy remains unchanged with a focus on Japan, North America and the European Union including fulfilling existing sales contracts.
Mr Curtis is to remain as Executive Chairman and the Lynas Board shall be expanded to eight Directors to include four Directors appointed by CNMC, with the Executive Chairman having a casting vote. The current executive management team shall remain in place.
“Lynas is delighted to have attracted such a strong shareholder who fully supports the development of our business model. This new shareholding by CNMC affirms the attractive economics of the project. The funding package will enable restart of the Lynas Rare Earths project with anticipated first production approximately 12 months from the receipt of funds, and will enable the company to fully implement the Lynas vision of being a global leader in Rare Earths for a sustainable future.” Mr Curtis said.
The President of CNMC Mr Luo Tao said, “CNMC is very pleased to be able to participate in an investment opportunity as exciting as Lynas. CNMC shares the Lynas vision and supports the Lynas development strategy for participation in this exciting industry. We have identified Lynas as a company that is well positioned to deliver its shareholders a very strong return from its high quality Mount Weld resource and CNMC is very happy to become a major shareholder.”
About CNMC
China Nonferrous Metal Mining (Group) Co., Ltd (CNMC) is an international mining company focused on nonferrous metals with both domestic China and overseas resource projects. CNMC activities in resource projects include exploration, design, construction, mining and refining. The company has representative offices and operation agencies in more than 20 countries and regions.
CNMC is owned by the central government’s State-owned Assets Supervision and Administration Commission (SASAC).
About Lynas Corporation
Lynas owns the richest deposit of Rare Earths, also known as Lanthanides, in the world at Mount Weld, near Laverton in Western Australia. This deposit underpins Lynas’ strategy to create a reliable, fully integrated source of Rare Earths supply from the mine through to customers in the global Rare Earths industry.
Lynas suspended work on the Lynas Rare Earths project in February 2009. Lynas has received all environmental approvals to build a Concentration Plant at Mount Weld and an Advanced Materials Plant to process the Mount Weld concentrate through to final Rare Earths oxides in the Gebeng Industrial Estate, Kuantan, Pahang, Malaysia. The company plans to become the benchmark for security of supply and a world leader in quality and environmental responsibility to an international customer base.
‘Rare Earths’ is the term given to fifteen metallic elements known as the lanthanide series, plus yttrium. They play a key role in green environmental products, from energy efficient compact fluorescent light bulbs (CFLs) to hybrid cars, automotive catalytic converters and wind turbine generators. They are also essential in the development and manufacturing of many modern technological products, from hard disc drives to flat panel displays, iPods and magnetic resonance imaging (MRI) scans.
For further information please contact Nicholas Curtis or Matthew James on +61 (0)2 8259 7100 or visit www.lynascorp.com
Kes Kem PLKN Cini
Saya baru selesai mengadakan Sidang Media berkenaan dengan 2 kes di Kem PLKN Cini; satu kes pergaduhan yang di paparkan didalam media dan satu lagi kes Cabul yang di sorok dari pihak media
Saya paparkan disini gambar-gambar eksklusif yang telah di sebar kepada pihak Media sebentar tadi.
Gambar menunjukkan Dewan tempat berlaku pergaduhan, kerusi yang pecah dan juga luka-luka di kepala pelatih yang di masukkan lokap
17 pelatih ditahan dalam lokap, 11 cina dan 6 melayu.
sekarang pihak pelatih yang telah di tahan telah pun di bebaskan akan tetapi 5 orang telah di benarkan balik.
kerana pelatih di dalam keadaan ketakutan
Kes yang kedua melibatkn seorang pelatih perempuan yang di cabul kehormatannya oleh lebih 20 orang pelatih lelaki ketika mangsa sedang membuat panggilan telefin didalam kem tersebut pada waktu malam.
Mangsa telah membuat laporan polis tetapi gagal mengenal pasti penyerang kerana trauma dan keadaan yang gelap. Mangsa adalah dari Jalan Gambang, Kuantan. Pusat Khidmat Keadilan Kuantan telah pun bertemu gadis tersebut dan keluarga beliau. kini beliau sedang berehat dirumahnya dan didalam keadaan trauma.
Laporan Polis telah pun di buat dan disahkan oleh bapa gadis berumur 18 tahun tersebut.
Pokoknya, Bagaimana Kem PLKN yang objektifnya memupuk perpaduan boleh membiarkan iniden sebigini berterusan?
Begitu juga dengan keselamatan anak gadis kita, tidak boleh di gadaikan Pihak Kerajaan terutamanya Perdana Menteri mesti mengambil tindakan drastic dalam hal ini. (Gambar dibawah menunjukkan tempat telefon awam yang digunakan oleh gadis tersebut untuk menelefon ibu bapa dari kem





Tahniah kepada YB Nurul Izzah dan Sharir
Nurul Izzah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15kg pada jam 7.51pm 28 June 2009
Kedua ibu dan bayi dalam keadaan sihat
Tahniah diucapkan dan semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh kelak. Ameen




©
