Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!

Ramadahn Mubarak.

Kullu aam wa antum bikhair…

Sudah agak lama blog saya tertinggal tanpa saya menulis. akan tetapi belum terlambat saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada pembaca sekelian. semoga Ramadhan kita tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita. Ameen

Ramadhan ini kami sekeluarga  diduga dengan dugaan berlainan macam, namun saya yakin bahawa Allah tidak akan duga kita diluar kemampuan kita.

Dua hari sebelum bermula puasa, saya ke Permatang Pasir untuk bersama-sama bertugas disana. itu pun setelah saya selesaikan tugas saya diKuantan minggu sebelum menyambut Ramadhan dengan mencari peruntukan untuk rumah-rumah di sekitar tanjung lumpur yang memerlukan  bantuan atap zinc. Alhamdulillah 33 keluarga telah dapat dibantu.

Setiba saya disana, saya menerima panggilan yang memberitahu anak sulung saya Sara telah pun mula sakit hendak bersalin dalam keadaan dia baru 36 minggu mengandung. Juga yang lebih merisaukan ialah beliau disahkan positive Influenza A, maksudnya boleh jadi H1N1.

Maka saya pun buat pusingan U turn pulang ke rumah, itupun selepas menghubungi pihak-pihak tertentu. Maka bermulalah episod kami di quarantine sekeluarga.

Saya kini belum boleh aktif keluar, sedangkan suami masih lagi cuti sakit. Sara telah pun pulih Alhamdulillah dan sudah pulang. Babynya masih lagi di unit Rawatan Rapi dan bawah pengawasan doktor. Anak perempuan yang seorang lagi juga mengandung, tidak di benarkan balik sambut puasa dengan kami kerana beliau berisiko tinggi dijangkiti flu. anak perempuan seorang lagi baru saja jatuh demam flu.. begitulah dugaan sedikit sebanyak.

Namun, Ramadhan di sambut dengan hati yang sungguh gembira dan semoga segala ujian ini merapatkan pertalian kekeluargaan kami dan juga mengukuhkan iman kami.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kata-kata semangat dan yang telah mengingati kami didalam doa-doa mereka.

August 26, 2009 - Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 2 Comments

2 Comments »

  1. Semuga Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik YB dalam
    menyelesaikan masaalah rakyat, walaupun banyak halangan dari pihak umno, bersabor la, memang macam tu le kalau nak jadi YB ataupun orang politik.

    Mahadir lagi teruk kena hentam, sampai digelar FIRAUN
    DSAI pulak Al-Juburi
    khair toyo pulak, sianak toyol
    macam2 lagi le

    YB
    saborrrrrrrrr je le..
    sekarang ni, spy nak bagi tau, rakyat kat kuantan
    dah mula nampak kerja2 YB, insyaAllah kebenaran pasti datang

    Comment by spy rakyat | August 30, 2009

  2. assalamualaikum puan.
    saya bermohon kepada allah semuga menyembuh musibah yang menimpa puan sekeluarga dan memberkati perjuangan puan tanpa mengira halangan semuga kejayaan akan menyusul demi keadilan dan kebebasan buat rakyat dicapai.

    Comment by fidel castro | September 7, 2009


Leave a comment