KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
LYNAS kini telah memperoleh satu suntikan dana yang baru melalui satu syarikat Cina CNMC berjumlah AUD400 Million. Membawa maksud bahawa kilang ini akan terus menggugat keselamatan penduduk Balok secara khususnya serta penduduk Kuantan secara amnya. Saya harap para pembaca dapat berkongsi disini pandangan tentang apakah langkah seterusnya yang boleh kita lakuakn demi mamastikan projek ini tidak mendatangkan mudharat kepada manusia serta alam sekitar yang bakal kita wariskan kepada anak cucu kita.
Dibawah ialah kenyataan Media oleh LYNAS bertarikh 1 Mei 2009
FOR IMMEDIATE RELEASE
CNMC AS NEW LYNAS MAJORITY SHAREHOLDER
NEW CAPITAL WILL ENABLE LYNAS TO LIFT SUSPENSION ON THE RARE EARTHS PROJECT
Friday, 1 May 2009: Lynas Corporation Limited has signed a binding heads of agreement with China Nonferrous Metal Mining (Group) Co., Ltd (CNMC), whereby CNMC is proposed to become a new majority shareholder in the company.
Under this agreement CNMC will arrange provision of new equity and debt capital totalling over A$500 million to allow Lynas to lift the suspension of the Rare Earths project and complete the construction and commissioning of both the Concentration Plant in Western Australia and the Advanced Materials Plant in Malaysia, through to the final design of 21,000 tonnes per annum of REO. Lynas shall also progress work towards a feasibility study on the balance of the Mount Weld resources.
The transaction is subject to third party approvals including Australian regulatory approvals such as the Foreign Investment Review Board (FIRB), Chinese regulatory approvals and Lynas shareholders’ approval
CNMC will become the company’s largest shareholder with approximately 51.66%, through the issuance of 700 million new shares in Lynas at $0.36 cents per share to raise AUD $252 million. The placement price represents a control premium of 52.5% above the volume weighted average price of Lynas shares for the 30 trading day period prior to the date the binding Heads of Agreement was signed.
CNMC will also provide a bank guarantee to enable a Chinese bank to lend Lynas the balance of the funds required to reach the USD$286 million, (a loan of approximately USD $104 million). This funding shall be used for the first phase of the Lynas Rare Earths project at 10,500 tonnes per annum Rare Earths Oxide (REO) including project suspension and remobilisation, working capital, contingency, financing fees and corporate overheads, including feasibility study work, until positive cash flow.
The second phase expansion to 21,000 tonnes per annum REO, currently estimated at USD$ 80 million shall also be debt funded with CNMC providing a bank guarantee.
Executive Chairman, Mr Nicholas Curtis, said that CNMC will also provide support to facilitate an immediate working capital loan of US$15 million, demonstrating CNMC’s commitment to supporting the company.
Lynas announced that the business model will not change, with the Concentration Plant to be built in Western Australia and the Advanced Materials Plant to be built in Malaysia. Lynas’ marketing strategy remains unchanged with a focus on Japan, North America and the European Union including fulfilling existing sales contracts.
Mr Curtis is to remain as Executive Chairman and the Lynas Board shall be expanded to eight Directors to include four Directors appointed by CNMC, with the Executive Chairman having a casting vote. The current executive management team shall remain in place.
“Lynas is delighted to have attracted such a strong shareholder who fully supports the development of our business model. This new shareholding by CNMC affirms the attractive economics of the project. The funding package will enable restart of the Lynas Rare Earths project with anticipated first production approximately 12 months from the receipt of funds, and will enable the company to fully implement the Lynas vision of being a global leader in Rare Earths for a sustainable future.” Mr Curtis said.
The President of CNMC Mr Luo Tao said, “CNMC is very pleased to be able to participate in an investment opportunity as exciting as Lynas. CNMC shares the Lynas vision and supports the Lynas development strategy for participation in this exciting industry. We have identified Lynas as a company that is well positioned to deliver its shareholders a very strong return from its high quality Mount Weld resource and CNMC is very happy to become a major shareholder.”
About CNMC
China Nonferrous Metal Mining (Group) Co., Ltd (CNMC) is an international mining company focused on nonferrous metals with both domestic China and overseas resource projects. CNMC activities in resource projects include exploration, design, construction, mining and refining. The company has representative offices and operation agencies in more than 20 countries and regions.
CNMC is owned by the central government’s State-owned Assets Supervision and Administration Commission (SASAC).
About Lynas Corporation
Lynas owns the richest deposit of Rare Earths, also known as Lanthanides, in the world at Mount Weld, near Laverton in Western Australia. This deposit underpins Lynas’ strategy to create a reliable, fully integrated source of Rare Earths supply from the mine through to customers in the global Rare Earths industry.
Lynas suspended work on the Lynas Rare Earths project in February 2009. Lynas has received all environmental approvals to build a Concentration Plant at Mount Weld and an Advanced Materials Plant to process the Mount Weld concentrate through to final Rare Earths oxides in the Gebeng Industrial Estate, Kuantan, Pahang, Malaysia. The company plans to become the benchmark for security of supply and a world leader in quality and environmental responsibility to an international customer base.
‘Rare Earths’ is the term given to fifteen metallic elements known as the lanthanide series, plus yttrium. They play a key role in green environmental products, from energy efficient compact fluorescent light bulbs (CFLs) to hybrid cars, automotive catalytic converters and wind turbine generators. They are also essential in the development and manufacturing of many modern technological products, from hard disc drives to flat panel displays, iPods and magnetic resonance imaging (MRI) scans.
For further information please contact Nicholas Curtis or Matthew James on +61 (0)2 8259 7100 or visit www.lynascorp.com


Untuk memastikan projek ini selamat, kerajaan perlulah bertindak dengan lebih serius… kena ade dedicated person in-charge untuk memastikan segala DOE requirement dan DOSH requirement serta sebarang requirement lain menepati piawaian yg ditetapkan…
Memang banyak kilang-kilang dan loji memproses yang bahaya dan ade bahan radioaktif.. kilang memproses minyak ke,kilang memproses bijih ke, bijih timah tu pun ade mengandungi bahan radio aktif … Kilang-kilang kat gebeng yg ade sekarang tu pun mungkin ade bahan-bahan carcinogen yg merbahaya …
Comment by letting | July 11, 2009
tak habis -habis cerita pasal lynas, apa ceritanya orang yang mengundi Yb, tolong tengok sikit byk masalah di kampung-kapung sekitar Kuantan. Ini sibukkan diri jaga perkara yg diluar kawasan Parlimen Kuantan> Kawasan Gebeng, Kawasan Chini..
Banyak orang nak mengadu hal kat YB tapi batang hidung pun tak nampak kat Kuantan, sibuk jaga buntut Anwar je…Lepas satu-satu cari salah kerajaan tak habis-habis… cubalah bagi solution sikit…
Saya dah tak nampak kelibat Yb di Pasar Tani kg Jawa, mana pergi meja aduan di pasar pagi tu….
Comment by zainal _anak bangsa | July 16, 2009
Saya tak tau apa yang YB fikir, kerana lebih melihat kepada keburukan daripada kebaikan yang terdapat di sebalik pembinaan kilang tersebut.
1) Dah tentu menambah peluang pekerjaan
2) Meningkatkan aktiviti ekonomi setempat
3) Meningkatkan pelaburan dan aktiviti perdagangan antarabangsa
4) Menunjukkan Kerajaan Pahang betul-betul inginkan industri pembuatan sebegini untuk terus bersaing.
5) Jika tak ada kilang sebegitu, YB juga yang mula-mula sekali akan menuduh Kerajaan Negeri Pahang tak bersungguh-sungguh tarik pelaburan.
Apa jenis pemikiran ni YB??
Ya, ALLAH..
Berikah kekuatan untuk YB Fuziah Salleh bekerja dengan lebih baik dan bersama-sama mengingkatkan produktivitinya untuk membangunkan negara dan juga menjaga kepentingan rakyat. Ubahlah sikapnya supaya lebih banyak bekerja dari mencari kesalahan dan menghentam perkara yang baik.
Comment by shah | July 17, 2009
Ada bukti ke YB kilang tu membahayakan? Dah Rujuk Pakar? kalu orang nak melabur jangan dihalang… YB ada bawa masuk pelaburan ke?
Comment by ATAS PAGAR | July 18, 2009
pe lh nk jd dgn kuantan nie..
Comment by wan | July 20, 2009
salam. semuanya duit kak g.rakyat belakang kira yang penting ada projek ada komisen.
Comment by kayru1 | July 22, 2009
askm…kesiannye laman webnye…nmpk indah tapi tidak ‘update’.laman web lain kecoh bercerita tentang kematian mendiang Teoh tapi MP Kuantan nie bercerita pasal Lynas pulak.PKR Kuantan seolah-olah ketinggalan dari sumber maklumat….al maklumlah mungkin sibuk untuk mendapatkan maklumat tentang kilang Lynas ni.
Comment by kuantan pkr | July 24, 2009
Sdr Shah,
Mungking saudara Shah mempunyai maklumat dalaman yang tidak di maklumkan oleh pihak Lynas kepada orang ramai. Oleh sebab itu Sdr Shah beranggapan bahawa projek ini amat menguntungkan rakyat Pahang. Semua perkara memang ada kebaikan tetapi kalau tidak ditimbangkan keburukan, apa gunanya minda kita yang dianugerahahi oleh tuhan.
Apa yang baik untuk setengah pihak, tidak semestinya baik untuk semua. Pernah ke Sdr Shah membuat kunjungan ke kawasan perumahan berdekatan dan bertanya pendapat mereka. Dimanakah rumah Sdr Shah, di Kuantan, di Pahang, Atau Di Malaysia?
YB fuziah telah mengatakan awal awal lagi bahawa tujuan beliau bukan untuk menghalang pelaburan asing tetapi memastikan pelaburan ini tidak merosakan alam sekitar kita ini. Apa gunanya kekayaan jika bumi kita rosak, kesihatan anak cucu kita tidak terjaga? Mungkin Sdr Shah cuma mementingkan hidup diri anda sendiri tetapi YB fuziah memikirkan segala rakyat umum dan masa depan anak cucu kita.
Untuk bertanya kepada soalan Sdr Shah: sila kongsi maklumat jika Sdr tau apa apa yang masih di rahsiakan.
1) Dah tentu menambah peluang pekerjaan
Mengikut penerangan Pihak Lynas, Peluang Pekerjaan akan diwujudkan utk lebih kurang 350 orang. katakan Setiap Keluarga 5-7 Orang. Orang yang mendapat manfaat ialah dalam 1700 hingga 2100 orang. Penduduk setempat melebihi 10000 orang dan apabila berlaku kebocoran sisa radioaktif, semua penduduk setempat, termasuk ahli keluarga yang duduk berdekatan menghadapi kemungkinan pencemaran. Adakah ini menguntungkan rakyat dan negara atau menguntungkan Lynas dan sesetangah pihak yang cuma mementingkan kepentingan diri.
2) Meningkatkan aktiviti ekonomi setempat
Berapa peratus dari pelaburan Lynas secara langsung yang dibelanjakan di kawasan setempat berbanding dengan kos pembersihan sisa sisa radioaktif dan kos perawatan pesakit terminal? Seperti yang diumumkan, Lyas mendapat Status Pioneer, dimana syarikat tersebut akan di kecualikan dari cukai import dan export. Adakan keuntungan melebihi kerugian kepada pihak rakyat tempatan dan negara? Atau ada mana mana pihak yang medapat lebih keuntungan dari negeri kita yang tidak dimaklumkan.
3) Meningkatkan pelaburan dan aktiviti perdagangan antarabangsa
Tujuan Lynas ialah menggunakan Gebeng sebagai tempat utk separation point. Serupa denger Kawasan Perlupusan Sampah berdekatan dengan Jalan Air-putih Jerangau. Semua tanah galian di bawa dari Australia dan kemudian dipisahkan Logam yang bernilai tinggi dan sisa yang tidak bernilai yang mengandungi sisa radioaktif ditinggalkan untuk kita. Apabila diminta pihak lynas untuk membawa balik sisa tersebut ke Australia, mereka ketawa. Kenapa? tiada mana mana satu negara yang membenarkan sisa radio aktif dibawa ke negara mereka. Kerajaan mereka arif dan tau bahawa sisa ini akan memudaratkan masa depan negara. Cuma Kerajaan Malaysia sekarang yang masih gagal melihat dari segi ini. Sampai sekarang, Pihak Lynas masih tidak mendapat sebarang cara penyelesaian. Cuma mengatakan mereka sedang menjalankan R&D bersama Universiti tempatan. nama universiti tidak dimaklumkan dan pihak bertanggung jawab tidak dinamakan. Apakah kita boleh meletakkan nyawa dan kesihatan kita di tangan mereka tanpa sebarang penerangan yang khusus dan memuaskan?
4) Menunjukkan Kerajaan Pahang betul-betul inginkan industri pembuatan sebegini untuk terus bersaing.
Ini bukan industri pembuatan, ini industri perlupusan. Bahan
yang bernilai dibawa ke negara lain. Bahan Sisa ditinggalkan. Jika Pihak Kerajaan Australia membenakkan segala sisa ini dikembalikan ke tanah air mereka, kita mungkin dapat bersetuju.
5) Jika tak ada kilang sebegitu, YB juga yang mula-mula sekali akan menuduh Kerajaan Negeri Pahang tak bersungguh-sungguh tarik pelaburan.
Selama ini, segala projek yang diwarwakan oleh pihak kerajaan pahang kerap berakhir dalam kerugian. Tidak mungkinkan ini menjadi salah satu koleksi projek yang gagal.?Kita risau kerana track of record kerajaan memang tidak mengyakinkan. Beranikan pihak jabatan yang bertanggung jawab memberikan personal guarantee dan dengan personal liabiliti?
Apa jenis pemikiran ni YB??
Pemikiran YB ialah untuk kesejahteran jangka panjang Rakyat dan tidak memikirkan wang ringgit untuk kepentingan diri sendiri. Apakah jenir pemikiran Sdr Shah?
Ya, ALLAH..
Berikah kekuatan untuk Sdr Shah untuk memikirkan kesejahteraan alam sekitar kurniaanMu yang indah ini. Pikirkanlan kepentingan rakyat. Ubahlah sikapnya supaya lebih banyak melakukan kebaikan untuk masyarakat dan tidak hanya memikirkan diri sendiri.
Comment by rakyat prihatin | July 25, 2009
Sdr ATAS Pagar,
Pakar Keracunan Radioaktif dari USM telah memaklumkan bahawa dokumen penerangan/ PR material yang dikemukan oleh pihak PKNP /AELB/Nuklear Msia/Lynas tidak tepat dan tidak lengkap.
Pihak Nuklear Malaysia telah mengakui bahawa bahan mentah yang dibawa dari Australia mengandungi Radioaktif tetapi dalam dokumen tersebut, mereka merahsiakannya. Kenapa buat sedemikian? Kenapa mereka menggunakan alasan pelaburan di buat di gebeng bahawa piawaian kejuruteraan dan pembinaan kilang di Australia amat ketat berbanding dengan di Malaysia? Bukankah ini bermaksud mereka tidak dapat mematuhi segala keperluan dan regulation di negara asal mereka, oleh demikian memilih Gebeng yang di anggap tidak mengamalkan regulation yang seketat Australia? Adakah ini satu perlaburan yang ikhlas atau cuma menginginkan satu tempat untuk membuat perlupusan?
Comment by rakyat prihatin | July 25, 2009
Sdr Kuantan PKR,
Cabang Kuantan telah mengadakan upacara penghormatan terakhir untuk mendiang Sdr Teoh pada 18 & 19 Julai 2009 berdekatan dengan Memorial Service Centre Chek Seng Thong, Jalan Wong Ah Jang. Ramai rakyat yang prihatin, tanpa mengira perbezaan kaum dan politik telah hadir untuk melahirkan kesedihan dan protes kepada perkara ini. Saya berharap Sdr Kuantan PKR turut serta dalam upacara ini, atau Sdr cuma komen dari kerusi empok bilik air-cond di rumah?
Kematian Sdr Teoh memang menyedihkan dan semua lapisan ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat memprotes perkara ini dan tidak menginginkan perkara yang sama berlaku kembali.
Tetapi dimasa yang sama, Blog ini juga tidak melupakan isu Lynas yang akan menjadi tragedi yang lebih besar magnitudnya jika tidak diberi pemantauan dan peryelidikan yang sempurna. Blog ini bukanlah untuk tujuan popularity YB dimana beliau cuma mengambil perkara sensasi semasa tetapi blog ini perlu digunakan untuk memberi makluman yang penting untuk kepenting rakyat Kuantan. Selama ini, tiada pemimpin lain dari pihak kerajaan BN yang ambil peduli untuk mengadakan blog untuk menyentuh rasa hati rakyat tetapi selepas 308. ianya tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Adakan tujuannya untuk setakat mengikuti trend terkini dengan berita yang disensasikan atau betul betul concern pada rakyat? pikirkan lah dengan hati yang iklas dan minda yang jelas.
Comment by rakyat prihatin | July 25, 2009
Sdr Zainal Anak Bangsa,
Saya meminta maaf jika sebarang aduan dari pihak saudara tidak diambil tindakan susulan yang mencukupi. Mungkin Sdr boleh memaklumkan kepada Pusat Khidmat YB tentang sebarang masalah yang dihadapi dengan membuat panggilan telefon kepada Pegawai Khas, Sim 012-9818819, En Fariz di 019-2602838, En Siew 019-9866126, En Hasanin 016-9221803 serta Pusat khidmat 09-5137970.
Mereka semua adalah sukarelawan yang bertugas secara percuma untuk Pusat Khidmat parlimen. tujuan mereka adalah untuk memberi khidmat yang ikhlas untuk rakyat kuantan. Memandangkan sekala kekurangan yang dihadapi sekarang, memang kami kesali jika sebarang aduan Sdr tidak dikendalikan. Memang Pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak mendapat apa apa peruntukan dari Kerajaan Pusat. Peruntukan yang diwarwakan dalam media semuanya dibelanjakan terus oleh Kerajaan BN di Kuantan untuk projek projek yang amat mengelirukan. Perbelanjaan untuk Pusat Khidmat semenjak 308 adalah dari salary Ahli Parlimen kita Sendiri. Itupun cuma untuk membayar sewa, utiliti, gaji seorang kerani. Lain Lain pegawai khas yang bertugas secara sukarelawan tidak mendapat sesen alaun pun. Wang minyak pun ditanggung sendiri. Kadang kadan, wang berlanja makan dan minum untuk pihak pengadu juga ditanggung sendiri. Mereka bekerja bukan untuk sebarang kepentingan diri, tetapi kerana mereka menginginkan satu negara yang adil dan mempraktikkan demokrasi yang sebenarnya.
Kesejahteraan Rakyat Kuantan senantiasa di hati YB Fuziah. Walaupun tugasan yang berat ditanggung oleh beliau, YB sentiasa mengambil masa yang luang untuk kembali ke Kuantan bagi menangani apa-apa aduan yang berkaitan dengan rakyat. Mungkin jika dimasa depan, jika Adun tempatan juga dari PR,maka banyak lagilah masalah tempatan yang dapat ditangani dengan sempurna.
Comment by rakyat prihatin | July 25, 2009
ini kilang memang risiko tinggi ..dan impactnya terlalu besar ..http://sisaradioaktif.blogspot.com
Ramai dah kena tipu oleh kerajaan pahang . Mereka sanggup mengadaikan nyawa penduduk sekitar dan anak cucu mereka demi $$$$$$$$$$
Comment by hero | July 27, 2009
SABORLA YB, UMNO NI DIA TAK KIRA BUSINES APENYE, JUAL ARAK KA, JUAL NO EKOR KA, MEGNUM KA, KUDA KA, JUAL BOM KA, JUAL DIRI KA, APA2 JE, JANJI RAKYAT BOLIH BEKERJA, KERAJAAN BOLIH PUNGGUT CUKAI, INILAH UMNO, TU SEBABNYA DEPA TAK KISAH LANGSUNG SOAL KESIHATAN DAN BAHAYA KEPADA MANUSIA, SEKIRANYA APA2 BERLAKU BUKAN SAHAJA DIKILANG LYNAS, TETAPI JUGAK DIKEBANYAKKAN KILANG2 DIGEBENG TERLIBAT DENGAN INDUSTRI GAS DAN KIMIA.
Comment by Ape aje la | August 30, 2009