Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kes Kem PLKN Cini

Saya baru selesai mengadakan Sidang Media berkenaan dengan 2 kes di Kem PLKN Cini; satu kes pergaduhan yang di paparkan didalam media dan satu lagi kes Cabul yang di sorok dari pihak media

Saya paparkan disini gambar-gambar eksklusif yang telah di sebar kepada pihak Media sebentar tadi.

Gambar menunjukkan Dewan tempat berlaku pergaduhan, kerusi yang pecah dan juga luka-luka di kepala pelatih yang di  masukkan lokap

17 pelatih ditahan dalam lokap, 11 cina dan 6 melayu.

sekarang pihak pelatih yang telah di tahan telah pun di bebaskan akan tetapi 5 orang telah di benarkan balik.

kerana pelatih di dalam keadaan ketakutan

 

Kes yang kedua melibatkn seorang pelatih perempuan yang di cabul kehormatannya oleh lebih 20 orang pelatih lelaki ketika mangsa sedang membuat panggilan telefin didalam kem tersebut pada waktu malam.

Mangsa telah membuat laporan polis tetapi gagal mengenal pasti penyerang kerana trauma dan keadaan yang gelap. Mangsa adalah dari Jalan Gambang, Kuantan. Pusat Khidmat Keadilan Kuantan telah pun bertemu gadis tersebut dan keluarga beliau. kini beliau sedang berehat dirumahnya dan didalam keadaan trauma.

Laporan Polis telah pun di buat dan disahkan oleh bapa gadis berumur 18 tahun tersebut.

Pokoknya, Bagaimana Kem PLKN yang objektifnya memupuk perpaduan boleh membiarkan iniden sebigini berterusan?

Begitu juga dengan keselamatan anak gadis kita, tidak boleh di gadaikan  Pihak Kerajaan terutamanya Perdana Menteri mesti mengambil tindakan drastic dalam hal ini. (Gambar dibawah menunjukkan tempat telefon awam yang digunakan oleh gadis tersebut untuk menelefon ibu bapa dari kem

P1030353  

P1030344aP1030343aP1030346P1030356P1030339a

July 1, 2009 - Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 4 Comments

4 Comments »

  1. Assalamualaikum YB,

    Kaedah kepenggunaan tenaga tidakkah upaya menjadi perusahaan yang membina pelaburan untuk lebih dimanafaatkan secara lebih berhikmah?

    Dari sudut pandang Pakatan Rakyat adakah menawarkan elaun mengikut bidang yang menjadi minat pelatih-pelatih PLKN berbanding diselia aturkan ala tentera sesuatu yang munasabah?

    Lantaran wajar dibina pemahaman keperluan memfokuskan semangat kesukarelawan bagaimanakah suara hati dan minda mereka difahami sekiranya mengkritik menjadi kesalahan proses pembelajaran yang bagaimanakah upaya difungsikan?

    Bagaimanakah kita upaya berbeza dari pendekatan kerajaan BN? (pasti ia bukan kesalahan)

    Comment by thanaif | July 1, 2009

  2. Apakah pelatih PLKN tidak perlu disuntikkan dengan semangat membaca sebagai antara usaha untuk direndahkan tekanan tatkala nurani dan budaya berkrisis dengan keperluan berimej yang cara dan pengintegrasiannya kadangkala tidak meakili identiti diri mereka berperibadi.

    Comment by thanaif | July 1, 2009

  3. program yg baik tanpa pengisian dan kawalan yg baik, akhirnye membawa lebih kemudaratan dariapda kebaikan.

    Comment by chekamala | July 2, 2009

  4. Pada asasnya dari sudut Islam sendiri pun PLKN tu sudah menyalahi syarak kerana mencampurkan wanita dengan lelaki, mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan sebagainya. Apabila sesuatu dibuat tidak mengikut lunas syarak, maka lihatlah bala yang akan Allah turunkan. Paham sendiri cukup.

    Jadi kalau nak perbetulkan, kena dibedah dari permulaan lagi.

    Comment by zaha | July 2, 2009


Leave a comment