Kes Kem PLKN Cini
Saya baru selesai mengadakan Sidang Media berkenaan dengan 2 kes di Kem PLKN Cini; satu kes pergaduhan yang di paparkan didalam media dan satu lagi kes Cabul yang di sorok dari pihak media
Saya paparkan disini gambar-gambar eksklusif yang telah di sebar kepada pihak Media sebentar tadi.
Gambar menunjukkan Dewan tempat berlaku pergaduhan, kerusi yang pecah dan juga luka-luka di kepala pelatih yang di masukkan lokap
17 pelatih ditahan dalam lokap, 11 cina dan 6 melayu.
sekarang pihak pelatih yang telah di tahan telah pun di bebaskan akan tetapi 5 orang telah di benarkan balik.
kerana pelatih di dalam keadaan ketakutan
Kes yang kedua melibatkn seorang pelatih perempuan yang di cabul kehormatannya oleh lebih 20 orang pelatih lelaki ketika mangsa sedang membuat panggilan telefin didalam kem tersebut pada waktu malam.
Mangsa telah membuat laporan polis tetapi gagal mengenal pasti penyerang kerana trauma dan keadaan yang gelap. Mangsa adalah dari Jalan Gambang, Kuantan. Pusat Khidmat Keadilan Kuantan telah pun bertemu gadis tersebut dan keluarga beliau. kini beliau sedang berehat dirumahnya dan didalam keadaan trauma.
Laporan Polis telah pun di buat dan disahkan oleh bapa gadis berumur 18 tahun tersebut.
Pokoknya, Bagaimana Kem PLKN yang objektifnya memupuk perpaduan boleh membiarkan iniden sebigini berterusan?
Begitu juga dengan keselamatan anak gadis kita, tidak boleh di gadaikan Pihak Kerajaan terutamanya Perdana Menteri mesti mengambil tindakan drastic dalam hal ini. (Gambar dibawah menunjukkan tempat telefon awam yang digunakan oleh gadis tersebut untuk menelefon ibu bapa dari kem






