Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Malaysia Negara yang Tersenarai Hitam sebagai Destinasi Pemerdagangan Manusia

22hb June 2009

Walaupun Malaysia telah disenaraihitamkan, akan tetapi Speaker masih tidak membenarkan usul ini dibahas. Oleh itu,YB Tian akan mengusulkan semula usul dibawah ini hari ini.

 

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1)

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Saya, Chua Tian Chang (Batu) mohon mencadangkan:

 “BAHAWA PARLIMEN MALAYSIA MENDESAK KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA MENYIASAT PERKARA PENYELUDUPAN MANUSIA SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH LAPORAN PENYELUPAN MANUSIA 2009 YANG DIAUDITKAN OLEH JABATAN NEGARA AMERIKA SERTA MENCADANG MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN BEBAS UNTUK MEMULIHKAN KEDUDUKAN MALAYSIA DI TAHAP PERTAMA.”

Tan Sri Yang di-Pertua, Pada 16 Jun 2009, Jabatan Negara Amerika telah mengemukakan Laporan Penyeludupan Manusia 2009. Dalam laporan tersebut Malaysia telah disenarai-hitamkan dan diturunkan ke ‘tahap 3’ berbanding dengan tahun 2008 berada di ‘tahap 2’ senarai pemantauan. Pendakwaan ini telah menjadikan Malaysia menjadi satu daripada lima negara ASEAN yang disenarai-hitamkan yang setaraf dengan Cuba, Burma, Zimbabwe dan Fiji. Dalam laporan tersebut mendakwa bahawa Malaysia menjadi destinasi dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa. Richard Lugar, Senator Amerika turut memberi dakwaan yang sama bahawa kegiatan pemerdagangan manusia di Malaysia melibatkan pegawai kerajaan. Walaupun pelarian-pelarian telah didaftarkan di bawah United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) turut dibawah ke Sungai Golok, Thailand dan Padang Besar, Malaysia untuk kegiatan perdagangan. Tan Sri Yang di-Pertua, Pemandangkan perkara ini perlu disegerakan kerana melibatkan ribuan nasib manusia dan imej Negara kita dalam menangani penyeludupan manusia. Kerajaan dan Kementerian berkenaan harus menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan dan wakil-wakil rakyat supaya menunjukkan siasatan yang lebih telus di peringkat antarabangsa supaya memulihkan imej negara dan seterusnya mengembalikan kedudukan yang lebih tinggi. Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB TIAN CHUA

Ahli Parlimen Batu

June 22, 2009 - Posted by Fuziah Salleh | Politics | | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment