Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

SIDANG DEWAN RAKYAT BERMULA

15hb Jun 2009

Hari ini Sidang Dewan Rakyat Bermula semula selepas beberapa minggu berehat semenjak  April 2009.

Agenda yang pertama ialah upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru iaitu Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Suasana didalam Dewan menjadi gawat apabila selepas sahaja mengangkat sumpah DS Nizar terus memasang ‘headband‘ yang tertera BUBAR DUN dan melaungkan ” Hidup-Hidup, Hidup Rakyat”. Beberapa orang Ahli Parlimen mengikut tindakan beliau dan suasana hurur hara seketika.

Lantas beliau diarah keluar Dewan, bersama dengan beberapa Ahli Parlimen yang lain yang turut memakai ‘headgear‘ tersebut.

Kesemua mereka tidak dibenarkan masuk Dewan selama 2 hari.

Kini suasana tenang kembali dan diteruskan dengan sesi soal jawab.

Fuziah Salleh

Dari Dewan Rakyat

10.30am

June 15, 2009 - Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 8 Comments

8 Comments »

  1. Saya brbangga dgn keberanian DS Nizar,tp hampa sekali kerana hanya segelintir ahli parlimen yg memakai ‘headgear’dn sy rasa seolah2 ahli parlimen pakatan rakyat yg lain tidak menyokong dgn tindakan DS Nizar.Alangkah bagusnya kalau semua ahli parlimen berpakat dn semua melilit di kepala.Dan kita tgk si Pandikar tu berani atau tidak menghalau kesemuanya.Isu Perak adalah satu isu yg paling serius dan kita jugak harus serius utk menuntut supaya DUN Perak dibubarkan.Adakah pemimpin tertinggi PR mahu ‘play save’?????Di mana suara Anwar Ibrahim ttg masalah di Perak ini?????Bukankah sudah di isytiharkn bakal Perdana Menteri…….Cuba kita fikir sejenak,bgmana kalau semua MP PR tadi turut sama melilitnya di kepala.Tidak kah ianya akan menggegarkan Parlimen tadi dan sudah tentunya Sultan Perak akn brfikir panjang utk menyelesaikan masalah di Perak.

    Comment by matlanjan | June 15, 2009

  2. Semalam saya cukup bersemangat apabila mengikuti rancangan sudut pandang ASTRO Awani. Walaupun Yb hanya seorang diri mewakili suara PR berbanding 3 suara BN dan seorang bebas, setiap hujah yang YB kemukakan cukup memberikan penjelasan dan memberi faham kepada orang ramai.

    Sebelum ini, malaysia dikejutkan dengan fakta Gaji Pengerusi SYABAS sebanyak RM 425,000 sebulan atau RM 5.1 juta setahun.
    Saya amat berharap supaya Gaji CEO yang lain seperti Petronas, Felda, TNB, TM turut didedahkan. Ini agar rakyat malaysia dapat maklumat bahawa ketidakadilan yang wujud!

    Comment by Hasrulnizam | June 17, 2009

  3. Jika dikaji sedalamnya adegan ini memang telah dirancang terlebih dahulu dengan teliti. DS Nizar mengetahui bahwa dirinya sedang diperhatikan diseluruh negara kerana majlis mengangkat sumpah MP disiarkan secara langsung.
    Beliau mengambil kesempatan ini menyuarakan ketidak puasan hatinya dengan cara yang begitu memalukan.
    Sebagai MP yang baru dilantik,beliau haruslah menunjukan sikap yang baik terhadap keseluruhan ahli Dewan yang berada menyaksikan upacara tersebut.
    Pada awalnya saya berpandangan bahawa DS Nizar akan menunjukkan budi pekerti yang tinggi didalam dewan,tetapi sebaliknya.
    Tahniah kepada speaker yang bertindak mengikut lunas peraturan dewan dan dengan berani mengenakn tindakan terhadap DS Nizar.
    Dewan tersebut adalah Dewan Rakyat, apakah DS Nizar membawa suara rakyat atau suara partinya?
    Keputusan tidak membubarkan DUN Perak adalah keputusan DYMM Sultan Perak.Majoriti rakyat Perak akur dengan keputusan Sultan, tidak timbul perkataan bubar Dun Perak.

    Comment by garunggang | June 17, 2009

  4. Kami tidak akan terpengaruh dengan adegan yang ditunjukkan oleh DS Nizar yang menunjukkan seolah-olah beliau seorang yang berani,malahan sebagai kami orang muda mengutuk perbuatan beliau itu.Kami telah menyertai Latihan Khidmat Negara yang mana kami telah ditekankan dengan prinsip Rukun Negara.
    Kami dapati beliau telah dengan sengaja melanggar kesemua prinsip tersebut.
    Kami tidak mahu mengulas panjang tetapi perkara yang kelima telah jelas dilanggar iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”.
    Jangan harap untuk kami menghormati beliau.

    Comment by garunggang | June 17, 2009

  5. pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada YB di atas hujah dan pandangan yang cukup bernas sekali dalam rancangan sudut pandang di astro awani. Walaupun YB hanya seorang diri berlawan pendapat dengan 4 orang yang bertentangan, namun setiap hujah YB dapat mempertahankan tindakan YB Dato’ Seri Nizar.

    Comment by ambulan | June 19, 2009

  6. Salam,

    Anda dijemput untuk bagi idea/komen dalam blogs.
    Walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.
    Idea/komen anda sangat saya hargai.

    http://kuberharap.blogspot.com

    Comment by nurimo | June 22, 2009

  7. Garunggang,

    Dato’ Seri Nizar baru ikat kepala dgn banner aje you dah kecoh bagai nak rakk!! You tau tak apa jadik di DUN Perak tempohari?

    1 – Speaker di tarik oleh polis keluar dari dewan dan di kurung dlm stor.

    2 – Jubah speaker di tanggalkan dan dipakaikan pada satu mana punya india entah.

    3 – Perempuan cina gila kuasa ambik alih kuasa speaker sedangkan speaker masih berada di dlm dewan.

    4 – membenarkan entah sape sape masuk dewan tanpa kebenaran speaker.

    5 – Polis bawak pistol masuk dewan yg mulia, nak tembak sape? Atau memang menunggu peluang untuk menembak sesiapa?

    Semua semua tu terjadi tapi apa komen awak? Tu ke yg di ajarkan dekat PLKN yg awak bangga2kan tu? kalau setakat tiga bulan makan tanggung berak cangkung kat PLKN tu tak payah lah nak tunjuk patriotik sangat, program tu pun cuma satu jalan dan cara utk menteri2 dan kroni mereka buat duit berjuta2! Sebelum program tu di umum kepada rakyat, semua supplier uniform dan lain2 dah siap jahit baju tu, kena kencing je kita rakyat malaysia ni. Kalau setakat baru habis PLKN ni nampk sgt budak mentah lagi awak ni…..

    Banyak lagi yg awak kena belajar dan tau dlm hidup ni…. bertatih la anakku…

    Comment by UcuZalley | June 23, 2009

  8. Hamba doakan semoga PK akan diizinkan ALLAH untuk memerintah negeri Perak. Sudah 52 tahun merdeka dibawah pemerintahan UMNO/BN ;

    Banyak perkara yang dilaknat Allah sudah belaku dan sedang berlaku. Terutama akidah Islam yang rapuh dan banyaknya kelahiran ANAK HARAM. Sekarang lahir pula Kerajaan UMNO/BN HARAM. Kalau begini hamba takut bala lebih besar akan diturunkan Allah kepada kita.

    Comment by megat yet | October 19, 2009


Leave a comment