Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

SIDANG DEWAN RAKYAT BERMULA

15hb Jun 2009

Hari ini Sidang Dewan Rakyat Bermula semula selepas beberapa minggu berehat semenjak  April 2009.

Agenda yang pertama ialah upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru iaitu Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Suasana didalam Dewan menjadi gawat apabila selepas sahaja mengangkat sumpah DS Nizar terus memasang ‘headband‘ yang tertera BUBAR DUN dan melaungkan ” Hidup-Hidup, Hidup Rakyat”. Beberapa orang Ahli Parlimen mengikut tindakan beliau dan suasana hurur hara seketika.

Lantas beliau diarah keluar Dewan, bersama dengan beberapa Ahli Parlimen yang lain yang turut memakai ‘headgear‘ tersebut.

Kesemua mereka tidak dibenarkan masuk Dewan selama 2 hari.

Kini suasana tenang kembali dan diteruskan dengan sesi soal jawab.

Fuziah Salleh

Dari Dewan Rakyat

10.30am

June 15, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 8 Comments