Aminah di Tawar jawtan TKM?
thestar.com.my : MACC confirms has begun probe into Aminah Abdullah allegations that PKR reps tried to bribe her.
Saya telah mendengar rakaman tersebut, dimana saya merasakan bahawa Cheah Kah Peng dan Peter telah menjadi mangsa kepada perangkap yang telah di pasang oleh pihak-pihak tertentu. Jelas tidak ada tawar menawar diantara mereka dgn Aminah. cuma ada sembang-sembang sambil makan tengahari. kelebihan Aminah ialah masak memasak.
Cuma peliknya, bagaimana Aminah boleh mendapat liputan yang begitu besar oleh pihak Media, sedangkan kita semua tahu bahawa beliau memang tidak layak menerima perhatian sedemikian. Pada satu ketika dalam tahun 2006, sewaktu saya menjadi Ketua Wanita Pusat ketika itu, dan Aminah merupakan Ketua Wanita Negeri. Keputusan saya untuk menukar ketua wanita negeri daripada Aminah kepada Norhayati mungkin merupakan antara kekecewaan Aminah terhadap parti. Akan tetapi conscience saya jelas. Memang Aminah tidak mampu dan tidak layak menjadi pemimpin. Keputusan saya di buat secara profesional dan mendahulukan kepentingan parti.
Kalau Ketua Wanita Negri pun dia tak layak, TKM? Jauh sekali…. Pemimpin Parti tidak bodoh dalam menilai kemampuan seseorang.
Fuziah Salleh
Pengarah Gerakkerja Jentera Bersepadu
Penanti, 26 Mei 2009


Kalau Aminah ni PKR lantik jadi TKM, elok lah Lim Guan Eng letak jawatan tapi tak tahu lah kalau rakyat Pulau Pinang semua bodoh.
Prof. Ramasamy mungkin ketawa dalam bilek mandi. Macam mana bolih ka?… mahu bincang sama Aminah untuk memajukan dan merakyatkan ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang?.
Dah letih ketawa la YB, sakit urat perut dengar cerita dari Penanti ni, Apa tak nya SPR dan MACC pun berminat…hebat kau Aminah ya.
Rakyat Penanti tentukan deposit nya hilang terus.
Comment by eagle | May 26, 2009
yb, kenapa? takut nak pamerkan komen saya? awak memang tak service orang kuantan, jangan cakap tak buat !
Comment by Bow | June 5, 2009