Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Isu Agama Anak : Pakatan Rakyat berjaya memaksa kerajaan tarik balik ketetapan

Cara Kabinet membuat keputusan berkenaan isu agama anak ini jelas menunjukkan budaya angguk kepala pemimpin BN. Saya yakin tiada siapa dikalangan ahli Kabinet yang baru dilantik mampu, berani dan sanggup untuk menyatakan kebenaran, walaupun ianya hakikat. Namun apabila Pakatan Rakyat memberikan respons yang menunjukkan ketidak prihatinan keputusan Kabinet, barulah ada yang bersuara mahu bermesyuarat semula.

(sila Rujuk Kenyataan saya didalam hal ini bertarikh 23 Mac 2009 yang bertajuk Keputusan Kabinet Tidak Prihatin Permasalahan Anak.)

Keputusan Kabinet itu  kononnya ingin menghayati semangat 1Malaysia. Akan tetapi sebaliknya ia mencerminkan kebodohan para pemimpin dan Kabinet BN. Sungguh malang nasib rakyat Malaysia mendapat Kabinet Ikan Busuk yang kepalanya sendiri sudah busuk

Hjh Fuziah Salleh

 

Berita dibawah berkaitan isu ini ialah ehsan dari SK Online:-

KUALA LUMPUR, 4 Mei (SK) Tekanan dari pihak Pakatan Rakyat telah berjaya memaksa kerajaan Barisan Nasional untuk bermesyuarat bagi mencari penyelesaian berhemah berhubung status agama anak apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam membabitkan beberapa kementerian dan Jabatan Agama.

Menurut satu laporan Bernama hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata mesyuarat tertutup itu juga berkemungkinan disertai oleh beberapa pertubuhan agama tetapi ia belum dimuktamadkan lagi.

Berikutan kenyataan dari Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim semalam mahukan kerajaan BN menarik balik ketetapan bahawa status ugama anak saudara baru harus mengikut ugama asal mereka seperi yang dilaporkan.

Kenyataan BN telah dikecam hebat oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat kerana BN tidak mengambil kira keputusan ulama dan undang-undang sivil bagi menanggani kes yang amat sensitif di mata masyarakat berbilang kaum dan agama dinegara ini.

Pakatan Rakyat juga telah mengambil langkah drastik dngan menubuhkan satu jawatankuas khas bagi membincangkan kes ini.

Jamil Khir  berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Nazri Aziz yang bertanggungjawab mengenai perundangan dan Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab mengenai isu perhubungan kaum bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai mesyuarat itu.

Antara kementerian yang akan terlibat dalam mesyuarat itu termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar “Kepimpinan Integrasi: Isu dan Cabaran dalam Perkhidmatan Awam” di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pelbagai pendebatan mengenai keputusan Kabinet pada 22 April lepas di mana anak-anak di bawah umur kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Jamil Khir berkata sehingga mesyuarat itu diadakan beliau tidak akan memberi sebarang ulasan berkaitan isu tersebut.

“Sehingga menunggu mesyuarat tersebut diadakan, akan ada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan berkaitan yang akan mengambil tanggungjawab masing-masing untuk selesaikan isu itu,”katanya.

May 4, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 1 Comment

Minggu yang penuh dengan Menyelesaikan Masalah Luar Biasa

Sepanjang minggu lepas di Pusat Khidmat, penuh dengan menyelesaikan masalah rakyat yang bentuknya agak luar biasa dan menuntut kreativiti  serta komitmen didalam penyelesaian masalah. Beberapa kali saya mengingatkan diri saya dan bersyukur diatas latarbelakang saya sebagai Kaunselor yang telah banyak membantu saya menjalankan tugas saya yang berat ini.

Didalam menyelesaikan aduan-aduan biasa, pegawai Pusat Khidmat Parlimen Kuantan sudah cukup terlatih didalam mengendalikannya. Contoh aduan:- sampah tidak diangkat, longkang tersumbat, lampu mati, paip pecah, jalan berlubang, nyamuk banyak, dahan pokok tidak dipotong, jiran bising waktu malam, permohonan kewarganegaraan, permohonan bantuan kebajikan, seperti atap bocor, rumah nak runtuh, anak masuk universiti dan tiada wang untuk bayaran pendaftaran, ahli keluarga perlu mendapat khidmat kesihatan di IJN dan tidak mampu berulang alik ke Kuala Lumpur, api/air di potong, anak tak makan sebab tiada beras sebiji pun dirumah, aduan terhadap MPK banyak sangat saman orang, parking tak cukup. aduan cukai tanah naik harga, aduan paip banyak pecah dan air tiada. perkhidmatan bas bandar yang memeningkan, aduan jalan ditutup yang menyusahkan rakyat, permohonan mintak rumah PPRT, aduan rumah murah Kerajaan yang tidak siap-siap. Kursus kelematan pengendalian MPK yang terlalu mahal, burung walid yang timbulkan masalah kesihatan dibandar, aduan Cybercafe mengendali judi haram, mintak duit (yang paling selalu)….. ya saya boleh katakan bahawa ini semua aduan-aduan berbentuk biasa ….. malah Pusat Khidmat kami menerima lebih kurang  5-10 kes aduan  jenis biasa seperti ini  dalam sehari.

Akan tetapi masalah luar biasa yang kami perlu selesaikan dimana saya sendiri  terlibat secara terus disepanjang minggu dua yang lepas  termasuk aduan adik beradik bergaduh tentang lot berniaga. aduan kena buang daerah dan tuduhan pihak polis IPD tidak bersikap profesional, Aduan di rompak akan tetapi merasakan pihak Polis tidak melaksanakan tugas dengan baik, sehingga sipengadu mahu melaporkan kepada SPRM. Juga kes-kes dimana pengadu mengatakan bahawa mereka telah pergi ke pelbagai agensi akan tetapi tidak boleh selesai sehinggalah ada yang mencadangkan pergi berjumpa MP Kuantan  untuk mendapatkan penyelesaian…

Diantara aduan yang paling mencabar ialah apabila kes orang gila menganggu ketenteraman awam pun diadukan kerana pelbagai pihak yang telah terlibat sebelum ini tidak dapat selesaikan.  Minggu lepas saya di kejutkan lagi sekali oleh satu kes di mana secara  tetiba  telah datang seorang ibu kepejabat saya dan siibu telah melutut menangis dihadapan saya, meminta saya menyelesaikan kes culik anak-anak beliau yang sudah sampai tempoh kerana si penculik memberi tempoh sehingga 30 April, sekiranya tidak anak-anak tersebut akan dibunuh.Si pengadu berkata bahawa aduan kepada pihak Polis seperti mencurah air kedaun keladi….

Semua ini menimbulkan keresahan juga kepada saya berkenaan dengan institusi Kerajaan yang tidak efisyen dan efektif. rujuk kepada bahas saya di Parlimen yang mempersoalkan kemampuan pihak Polis membenteras jenayah.

Didalam keadaan dimana selaku MP pembangkang dan juga saya berkhidmat di negri BN, saya di nafikan walau satu sen pun dari peruntukan MP sebanyak RM satu juta setahun untuk satu-satu kawasan Parlimen. inilah cara BN mahu menyusahkan rakyat yang telah memilih pembangkang sebagai wakil mereka. Justeru itu, seluruh elaun saya terpaksa di curahkan semula untuk memberi khidmat dikawasan. sebab itulah selalunya apabila yang  datang itu dengan tujuan meminta sponso, terpaksa di tolak secara berhemah, walaupun saya sendiri merasa terlalu berat untuk menolak  permohonan tersebut.

Apapun, saya tetap berikan khidmat yang terbaik buat rakyat yang telah memilih saya. Peruntukan kewangan akan membantu sayay memberi khidmat yang lebih cemerlang kepada rakyat, namun ia bukan segalanya. saya juga yakin bahawa dalam masa satu tahun lepas ini, saya telah buktikan bahawa wang bukan segalanya….Walaupun sukar, bagaimana mencabar sekalipun tugas saya, saya tahu bahawa saya berada diatas jalan yang benar… 

Doa saya semoga Allah SWT sentiasa memberikan saya kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan terbaik. dalam keadaan yang begitu sukar dan mencabar di Pahang ini…

Hjh Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

May 4, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 2 Comments

1 Mei -SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Didalam keadaan suasana ekonomi cukup muram pada hari ini, Hari Pekerja seharusnya membuka ruang kepada pemerintah dan pemimpin untuk memikirkan lagi dengan lebih mendalam tentang bagaimana masalah dan kemelut para pekerja harus ditangani…

Di Selangor telah di wujudkan Selangor Retrenchment  Helpline, untuk membantu secara terus golongan yang dihentikan kerja.

Akan tetapi di Pahang ni, sunyi sepi seolah-olah tiada masalah yang melanda.!

Kepada yang ada kerja tu, semoga berkekalan sementara bagi yang tiada pekerjaaan, di harap pemimpin  Kerajaan Negeri dapat meningkatkan tekad untuk membantu mereka.

Selamat Menyambut Hari Pekerja

May 4, 2009 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | No Comments Yet