Aminah di Tawar jawtan TKM?
thestar.com.my : MACC confirms has begun probe into Aminah Abdullah allegations that PKR reps tried to bribe her.
Saya telah mendengar rakaman tersebut, dimana saya merasakan bahawa Cheah Kah Peng dan Peter telah menjadi mangsa kepada perangkap yang telah di pasang oleh pihak-pihak tertentu. Jelas tidak ada tawar menawar diantara mereka dgn Aminah. cuma ada sembang-sembang sambil makan tengahari. kelebihan Aminah ialah masak memasak.
Cuma peliknya, bagaimana Aminah boleh mendapat liputan yang begitu besar oleh pihak Media, sedangkan kita semua tahu bahawa beliau memang tidak layak menerima perhatian sedemikian. Pada satu ketika dalam tahun 2006, sewaktu saya menjadi Ketua Wanita Pusat ketika itu, dan Aminah merupakan Ketua Wanita Negeri. Keputusan saya untuk menukar ketua wanita negeri daripada Aminah kepada Norhayati mungkin merupakan antara kekecewaan Aminah terhadap parti. Akan tetapi conscience saya jelas. Memang Aminah tidak mampu dan tidak layak menjadi pemimpin. Keputusan saya di buat secara profesional dan mendahulukan kepentingan parti.
Kalau Ketua Wanita Negri pun dia tak layak, TKM? Jauh sekali…. Pemimpin Parti tidak bodoh dalam menilai kemampuan seseorang.
Fuziah Salleh
Pengarah Gerakkerja Jentera Bersepadu
Penanti, 26 Mei 2009
NIZAR MB PERAK YANG SAH
11 Mei 2009.
Saya kini di Damascus Syria sehingga hari rabu 13 Mei, untuk menemani suami menyampaikan kertas kerja di satu Engineering Conference di sini apabila saya menerima berita berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang menetapkan bahawa Dato Seri Nizar Jamaluddin merupakan MB Perak yang sah.
Saya berdoa dari jauh supaya keadaan di Perak akan tetap aman dan keselamatan terkawal. Dan juga semoga Sultan perkenan untuk membubarkan DUN apabila DS Nizar mohon mengadap baginda esok hari selasa. Kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan
Fuziah Salleh
Damascus, Syria
SAMBUTAN HARI IBU DI SRI AYEESHA
9 mei 2009
Saya sempat bersama-sama Ulfah Adilla anak bongsu kami yang berumur 10 tahun dalam satu sambutan meraikan para-para ibu sempena Hari Ibu.
Ulfah dan rakan-rakannya menyampaikan lagu sesuci kasih ibu.. dan menyampaikan cenderahati. The thought is beautiful and it means so much kepada para ibu yang hadir pada majlis tersebut. Tahniah kepada Pengetua dan pasukan guru-guru di SRI AYEESHA


SIDANG DUN PERAK YANG MEMALUKAN
Shaua Fui is a reporter of online chinese news portal merdekareview.com, which has been barred from entering the Prime Minister Office. Below is a narrative on his experience at the sidang DUN yesterday
Stop telling me to migrate to other country, Bugger!
Chen Shaua Fui
Well, before I attended the 507 Perak State Assembly siiting, I thought I knew what to expect, for instance the motion to dismiss the Sepaker and appointing another new speaker, a possible deadlock situation or even a fight among the ADUN. I prepared myself for it, as you know life is full of surprises, or shocks (at least that was what I felt yesterday), things turn out quite unlike what I had expected.
I witnessed three to four plain cloth police dragged the Speaker A. Sivakumar from the chamber, as fast as a lightning, the only thing i can do is to watch him being dragged out, falling on the floor, and was helped by the plain cloth to stand up and dragged out again. I chased after them, a camera with me, but I was unable to take any picture of that incident. Untill he was out, and I was stopped by the police at the door, I called my office to tell them about the incident.
I’m shaking. Shocked.
And then the ADUN tried to guard the empty seat. The Speaker’s chair was brought down. The plain cloth starting to dragged the Pakatan ADUN out of the speaker seat area one by one. Pushing. Shouting. The flower pot smashed.
I felt that I can’t bear it anymore, and go to the corridor to do my “breath, Shauafui, breath” thing, that’s when I overheard that BN lawyer starting to bullshit with his buddy saying “why should they feel sad, we already got a Federal court order!”
I felt an impulse to respond to his claim and said:”that’s just an declaration!”
Then, he starting telling me to shut up, for I’m just a media who doesn’t know anything about law and he is THE LAWYER who should have the last say. I’m almost prepared to rest the case there, but he went further and said, “if you are not happy, you have other option, migrate to other country!”
I snapped at him at once:”Why should I? This is my country! I paid taxes just like you!”
He sneered at me and was dragged away by his buddy.
How many of us have heard that sarcastic “IF YOU ARE NOT HAPPY, MIGRATE TO OTHER COUNTRY” statement by some arrogant Ignoramus? Why should I be grateful as if you give me the right to stay here and you can always take it away from me? You and I are on the same level, I born and live here as long as I could remember, just like you probably do, you are not ENTITLE to ask me to MIGRATE, you have no such rights.
WHY SHOULD I ? You and I might fight for a different cause and committed to it, but you shall not diminish my right to stay here. you have abso-f***ing-lutely no right to tell me that!
Sadly to say, this type of people is ‘helping’ the ruling party to rule the country and misused the law to justified what they are doing without thinking about the far-reaching implication. I always wonder if they could sleep well at night, but I think the answer will be yes, because they have money to buy sleeping pills and claim that their conscience is clear under broad light.
Well, at least for now, I feel I’m doing some construction work and get paid for it, and I can sleep well last night after a couple of snowy beer in Ipoh.
TERKINI DARI PERAK
10.25 pagi
Speaker Sivakumar arah Zamry dan 6 EXCO BN keluar dari dewan kerana penggantungan mereka masih sah.
Selagi mereka tidak keluar speaker Sivakumar enggan memulakan sesi sidang
10.00 pagi
Sidang Dewan bermula dengan Adun-Adun Pakatan Rakyat duduk disebelah kanan dewan (Pihak Kerajaan)
9.45 pagi
Semua ADUN telah masuk ke sesi sidang DUN Perak
9.42 pagi
YB Zuraida, Ketua Wanita PKR (di gari)dan puluhan penyokong dan pemimpin PR ditangkap di Ipoh
HAPPY MOTHER’s DAY
Author: Joanna Fuchs
Mother’s Day brings to mind
The thousands of things you did for me
that helped make me happier,
stronger and wiser,
because I had you as a role model.
you healed my hurts
and calmed my fears,
so that I could face the world
feeling safe and secure.
I’m thankful for all you showed me
about how to love and give–
lessons that now bring
so many blessings to me
each and every day.
Your sacrifices and unselfishness
did not go unnoticed, Mom.
I admire you, I respect you,
I love you.
And I’m so glad you’re my mother!
Happy Mother’s Day! 


PASS THIS ON TO ALL THE MOTHERS & CHILDREN YOU KNOW.
MAY WE NEVER TAKE OUR MOTHERS FOR GRANTED…
Pass it on to the men too because they have mothers too..
Surat Dari Bapa AlTantuya kepada PM Najib sempena hari ulangtahun kelahiran AlTantuya

5 mei 2009
” To: Malaysian Prime Minister Mr.Tun Razak Najib,
I wish you good luck for your work; I heard you are appointed as Prime Minister of Malaysia.
However, we need to end all issues regarding the murder case of my daughter as soon as possible and in a short time because the people from two countries have been waiting for the case to be solved;
The relationship between two countries have suffered , and there is improbable situation continuing due to a murder case of my daughter Altantuya.;
It requires focusing the matter now on my two orphaned grandsons, sons of Altantuya – we need a solution to the civil suit I have filed – from YOU, Malaysian Government, and the police.
I would like to calm down my daughter’s spirit by conducting a funeral for her, which I have not done, until all issues surrounding my daughter’s death is settle. “
By:
Mongolian citizen
Dr.Shaariibuu Setev.
05. May.2009 (letter will be handed over to Najib today)
Isu Agama Anak : Pakatan Rakyat berjaya memaksa kerajaan tarik balik ketetapan
Cara Kabinet membuat keputusan berkenaan isu agama anak ini jelas menunjukkan budaya angguk kepala pemimpin BN. Saya yakin tiada siapa dikalangan ahli Kabinet yang baru dilantik mampu, berani dan sanggup untuk menyatakan kebenaran, walaupun ianya hakikat. Namun apabila Pakatan Rakyat memberikan respons yang menunjukkan ketidak prihatinan keputusan Kabinet, barulah ada yang bersuara mahu bermesyuarat semula.
(sila Rujuk Kenyataan saya didalam hal ini bertarikh 23 Mac 2009 yang bertajuk Keputusan Kabinet Tidak Prihatin Permasalahan Anak.)
Keputusan Kabinet itu kononnya ingin menghayati semangat 1Malaysia. Akan tetapi sebaliknya ia mencerminkan kebodohan para pemimpin dan Kabinet BN. Sungguh malang nasib rakyat Malaysia mendapat Kabinet Ikan Busuk yang kepalanya sendiri sudah busuk
Hjh Fuziah Salleh
Berita dibawah berkaitan isu ini ialah ehsan dari SK Online:-
KUALA LUMPUR, 4 Mei (SK) Tekanan dari pihak Pakatan Rakyat telah berjaya memaksa kerajaan Barisan Nasional untuk bermesyuarat bagi mencari penyelesaian berhemah berhubung status agama anak apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam membabitkan beberapa kementerian dan Jabatan Agama.
Menurut satu laporan Bernama hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata mesyuarat tertutup itu juga berkemungkinan disertai oleh beberapa pertubuhan agama tetapi ia belum dimuktamadkan lagi.
Berikutan kenyataan dari Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim semalam mahukan kerajaan BN menarik balik ketetapan bahawa status ugama anak saudara baru harus mengikut ugama asal mereka seperi yang dilaporkan.
Kenyataan BN telah dikecam hebat oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat kerana BN tidak mengambil kira keputusan ulama dan undang-undang sivil bagi menanggani kes yang amat sensitif di mata masyarakat berbilang kaum dan agama dinegara ini.
Pakatan Rakyat juga telah mengambil langkah drastik dngan menubuhkan satu jawatankuas khas bagi membincangkan kes ini.
Jamil Khir berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Nazri Aziz yang bertanggungjawab mengenai perundangan dan Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab mengenai isu perhubungan kaum bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai mesyuarat itu.
Antara kementerian yang akan terlibat dalam mesyuarat itu termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar “Kepimpinan Integrasi: Isu dan Cabaran dalam Perkhidmatan Awam” di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pelbagai pendebatan mengenai keputusan Kabinet pada 22 April lepas di mana anak-anak di bawah umur kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Jamil Khir berkata sehingga mesyuarat itu diadakan beliau tidak akan memberi sebarang ulasan berkaitan isu tersebut.
“Sehingga menunggu mesyuarat tersebut diadakan, akan ada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan berkaitan yang akan mengambil tanggungjawab masing-masing untuk selesaikan isu itu,”katanya.
Minggu yang penuh dengan Menyelesaikan Masalah Luar Biasa
Sepanjang minggu lepas di Pusat Khidmat, penuh dengan menyelesaikan masalah rakyat yang bentuknya agak luar biasa dan menuntut kreativiti serta komitmen didalam penyelesaian masalah. Beberapa kali saya mengingatkan diri saya dan bersyukur diatas latarbelakang saya sebagai Kaunselor yang telah banyak membantu saya menjalankan tugas saya yang berat ini.
Didalam menyelesaikan aduan-aduan biasa, pegawai Pusat Khidmat Parlimen Kuantan sudah cukup terlatih didalam mengendalikannya. Contoh aduan:- sampah tidak diangkat, longkang tersumbat, lampu mati, paip pecah, jalan berlubang, nyamuk banyak, dahan pokok tidak dipotong, jiran bising waktu malam, permohonan kewarganegaraan, permohonan bantuan kebajikan, seperti atap bocor, rumah nak runtuh, anak masuk universiti dan tiada wang untuk bayaran pendaftaran, ahli keluarga perlu mendapat khidmat kesihatan di IJN dan tidak mampu berulang alik ke Kuala Lumpur, api/air di potong, anak tak makan sebab tiada beras sebiji pun dirumah, aduan terhadap MPK banyak sangat saman orang, parking tak cukup. aduan cukai tanah naik harga, aduan paip banyak pecah dan air tiada. perkhidmatan bas bandar yang memeningkan, aduan jalan ditutup yang menyusahkan rakyat, permohonan mintak rumah PPRT, aduan rumah murah Kerajaan yang tidak siap-siap. Kursus kelematan pengendalian MPK yang terlalu mahal, burung walid yang timbulkan masalah kesihatan dibandar, aduan Cybercafe mengendali judi haram, mintak duit (yang paling selalu)….. ya saya boleh katakan bahawa ini semua aduan-aduan berbentuk biasa ….. malah Pusat Khidmat kami menerima lebih kurang 5-10 kes aduan jenis biasa seperti ini dalam sehari.
Akan tetapi masalah luar biasa yang kami perlu selesaikan dimana saya sendiri terlibat secara terus disepanjang minggu dua yang lepas termasuk aduan adik beradik bergaduh tentang lot berniaga. aduan kena buang daerah dan tuduhan pihak polis IPD tidak bersikap profesional, Aduan di rompak akan tetapi merasakan pihak Polis tidak melaksanakan tugas dengan baik, sehingga sipengadu mahu melaporkan kepada SPRM. Juga kes-kes dimana pengadu mengatakan bahawa mereka telah pergi ke pelbagai agensi akan tetapi tidak boleh selesai sehinggalah ada yang mencadangkan pergi berjumpa MP Kuantan untuk mendapatkan penyelesaian…
Diantara aduan yang paling mencabar ialah apabila kes orang gila menganggu ketenteraman awam pun diadukan kerana pelbagai pihak yang telah terlibat sebelum ini tidak dapat selesaikan. Minggu lepas saya di kejutkan lagi sekali oleh satu kes di mana secara tetiba telah datang seorang ibu kepejabat saya dan siibu telah melutut menangis dihadapan saya, meminta saya menyelesaikan kes culik anak-anak beliau yang sudah sampai tempoh kerana si penculik memberi tempoh sehingga 30 April, sekiranya tidak anak-anak tersebut akan dibunuh.Si pengadu berkata bahawa aduan kepada pihak Polis seperti mencurah air kedaun keladi….
Semua ini menimbulkan keresahan juga kepada saya berkenaan dengan institusi Kerajaan yang tidak efisyen dan efektif. rujuk kepada bahas saya di Parlimen yang mempersoalkan kemampuan pihak Polis membenteras jenayah.
Didalam keadaan dimana selaku MP pembangkang dan juga saya berkhidmat di negri BN, saya di nafikan walau satu sen pun dari peruntukan MP sebanyak RM satu juta setahun untuk satu-satu kawasan Parlimen. inilah cara BN mahu menyusahkan rakyat yang telah memilih pembangkang sebagai wakil mereka. Justeru itu, seluruh elaun saya terpaksa di curahkan semula untuk memberi khidmat dikawasan. sebab itulah selalunya apabila yang datang itu dengan tujuan meminta sponso, terpaksa di tolak secara berhemah, walaupun saya sendiri merasa terlalu berat untuk menolak permohonan tersebut.
Apapun, saya tetap berikan khidmat yang terbaik buat rakyat yang telah memilih saya. Peruntukan kewangan akan membantu sayay memberi khidmat yang lebih cemerlang kepada rakyat, namun ia bukan segalanya. saya juga yakin bahawa dalam masa satu tahun lepas ini, saya telah buktikan bahawa wang bukan segalanya….Walaupun sukar, bagaimana mencabar sekalipun tugas saya, saya tahu bahawa saya berada diatas jalan yang benar…
Doa saya semoga Allah SWT sentiasa memberikan saya kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan terbaik. dalam keadaan yang begitu sukar dan mencabar di Pahang ini…
Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan







