KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT
11.00am
Kongres PKR 2008 kini sedang brlangsung. Sebentar tadi DS Anwar Ibrahim di iringi masuk dengan sambutan penuh meriah dan juga persembahan Budaya. Antara tetamu khas yang hadir ialah Dato’ Yong Teck Lee, Daniel Tajim, Zaid Ibrahim, YAB Nizar Jamaluddin, YB Lim Kit Siang, YB Husam Musa
Para Pemimpin Pakatan Rakyat, para tetamu, Perwakilan dan Pemerhati kini sedang menunggu Ucapan Dasar Presiden yang akan bermula sebentar lagi. Sebanyak 1900 Perwakilan berdaftar dan 4000 pemerhati telah hadir
Semalam 28 Nov 2008, Kongres Wanita dan AMK Nasional telah berjalan dengan jayanya.


Kenyataan Media-Respon kepada Jawapan Timbalan Menteri
27hb. Nov 2008
Timbalan Menteri sebentar tadi mengakui bahawa ada lebihan ‘standby capacity’ akan tetapi enggan bertanggungjawab dengan memberi alasan bahawa ianya tiada didalam perjanjian PPA
Sikap ini menunjukkan sikap yang sungguh tidak bertanggungjawab pihak Kementerian.
Sekarang ini TNB membayar untuk 140% pengeluaran tenaga dari IPP yang bernilai dekat RM43 billion diantara tahun 2004-Mei 2008. Ini bermaksud lebihan sebanyak RM13 billion (100% ialah RM30billion). Katakanlah IPP beroperasi dengan ‘standby capacity’ sebanyak 20 % sahaja iaitu mengikut aras antarabangsa sepanjang tempoh ini sebanyak RM8 billion boleh di jimatkan.(TNB membayar untuk pengeluaran 120% sahaja )
Sebaliknya pihak Timbalan Menteri pula mengatakan bahawa ingin mencari jalan menggunakan lebihan tenaga tersebut sedangkan tenaga bukan merupakan sesuatu yang boleh di masukkan kedalam tabung simpanan. Sementara itu rakyat terus menanggung beban
Pihak Kerajaan sepatutnya tidak membebankan rakyat dengan keadaan ini dimana rakyatlah yang menanggung beban kos tariff elektrik.
Saya gesa pihak Kerajaan lebih bertanggungjawab didalam hal ini dan berhenti membebankan rakyat. Laksanakan satu Penilaian semula terhadap tingkah laku sesuka hati IPP yang tidak mengikut aras antarabangsa ini, dan hentikan pembayaran lebihan terhadap IPP yang mengeluarkan tenaga berlebihan.
Satu Penilaian Perjanjian PPA mesti dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang dibebankan dengan kos bayaran tariff.
Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan






