Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Teks Ucapan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 November 2008

Dato Pengerusi,

Saya turut serta di dalam perbahasan diperingkat jawatankuasa bagi KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR.

Butiran 060200 adalah dirujuk

Komitmen dari pihak Kementerian untuk memastikan alam sekitar sentiasa bersih, selamat, sihat, produktif dan tidak dicemari, amat-amat dihargai kerana alam ini merupakan anugerah kita terhadap anak cucu kita dan generasi akan datang.

Keprihatinan pihak Kementerian berkenaan Pembangunan Lestari, mesti diterjemahkan dalam bentuk keputusan-keputusan yang tegas dan komited.

Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian berkenaan tindakan Jabatan Alam Sekitar Pahang yang telah meluluskan lesen kepada Lynas Corporation Malaysia Sdn Bhd untuk membina satu Advanced Material Plant di Pusat Industri Gebeng Kuantan pada awal tahun ini.

Dato Pengerusi,

Lynas Corp Ltd merupakan syarikat asing yang melaburkan RM1 billion bagi membina prasarana serta kemudahan untuk memproses lathanides (nama saintifik bagi rare earth) di 72, Jalan Gebeng 1/24, Bandar Industri Gebeng Jaya, Kuantan 26080 Pahang. Kawasan seluas 101.25 hektar di Kawasan Perindustrian Gebeng di peringkat permulaan, di mana operasinya dijangka bermula September 2009.

Lathanides digunakan sebagai pemangkin untuk pembuatan mentol lampu jimat tenaga serta bateri kering. Ianya juga digunakan dalam pemprosesan banyak lagi produk teknologi moden. Bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, (Mt Weld), New South Wales sebelum diproses di Gebeng. Manakala keuntungan bagi negeri dan negara dijangka mencecah sehingga RM4.7 billion daripada pelaburan bertempoh 15 tahun yang pertama.

Saya ingin membawa kepada perhatian dewan yang mulia ini bahawa elemen-elemen rare earth ini, sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah mahupun sederhana. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya. Ini secara jelas menunjukkan bahawa, operasi pemprosesan rare earth ini melibatkan penggunaan serta penghasilan sisa radioaktif.

Di negara China dan India, proses seperti ini begitu terkawal aktivitinya. Walaubagaimanapun, China sendiri sudah mula memberhentikan industri-industri merbahaya seperti ini dengan cara memeperketatkan regulasi, yang secara tidak langsung memeksa keluar industri ini dari negera mereka. Tujuannya bagi menjamin alam sekitar yang sihat kepada penduduknya. Proses seperti itu memerlukan satu sistem pengurusan yang rapi khususnya pengurusan sisa radioaktif termasuk urusan penyimpanan sisa buangan serta pengangkutannya.

Malah lampu kalimantang yang sudah tidak digunakan lagi pun, termasuk di dalam kategori sisa buangan terjadual di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Buangan Terjadual) 1989 dan perlu dilupuskan mengikut prosedur bagi menjamin keselamatan dan kesihatan masyarakat dan alam sekitar.

Persoalannya ialah mengapa Lynas sendiri yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses rare earth ini, kenapa mereka terpaksa mencari lokasi baru, keluar dari negeri China?

Lynas juga enggan membuat pemprosesan bahan ini di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kita kena tanya hal ini. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia? Kenapa Malaysia pula menjadi negara yang mahu menerima projek berbentuk begini di negara kita. Kerajaan Negeri Terengganu telah menolak untuk diadakan projek ini di Telok Kalong Kemaman, Terengganu pada bulan  Julai 2007, iaitu selepas mengkaji isu-isu keselamatn yang membabitkan nyawa manusia serta juga selepas mendapat maklumbalas dari NGO-NGO.

Akan tetapi pada 24 Ogos 2007, MIDA pula mengenalpasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan. Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek ini.

Walaupun pihak berkuasa sentiasa mendakwa bahawa mereka sentiasa mengawasi dan memantau operasi industri seperti itu. Akan tetapi,sejarah hitam industri pemerosesan rare earth di Malaysia telah pun berlaku sekitar awal 1990an di Bukit Merah, Perak. Starikat usahasama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemerosesan rare earth mesra alam telah gagal mengurus sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Lebih buruk lagi, di dalam kes Bukit Merah sisa buangan yang bersifat radioaktif itu telah dihebahkan kepada penduduk untuk diambil sebagai baja sebagai langkah ‘pelupusan’ mudah. Akhirnya akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit setelah dengan ‘harga’ yang cukup mahal;nyawa dan kesihatan.

Menjadi lumrah syarikat-syarikat seperti itu menjanjikan bahawa keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Apa yang sering terjadi ialah, setelah sedikit lama beroperasi, kemungkinan kejadian-kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah, kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga, mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar.

Kita sudah ada precedence timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah, Perak di dalam industri yang sama.

Tambahan pula di negara kita ini kita punyai masalah dengan penguatkuasaan. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah nak buat penguatkuasaan, saya khuatir, bagaimanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes ini yang melibatkan sisa radioaktif merbahaya.

Bagaimana pula sekiranya ada leakage kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan. Bukankah ianya akan mencemarkan Sungai Balok yang kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan di Laut China Selatan. Kuantan merupakan pangkalan penangkapan ikan yang terbesar di dalam negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke Pasar Borong di Selayang yang kemudiannya di hantar keseluruh pasar-pasar dan ke restoran-restoran negara untuk dijadikan hidangan rakyat Malaysia.

Insiden-insiden kes rasuah yang tinggi juga merupakan masalah yang kita hadapi di mana ianya menambah kekhuatiran rakyat berkenaan penguatkuasaan berkesan.

Memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa kepada pihak Kementerian khususnya Ketua Pengarah Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, supaya mengarahkan supaya diadakan satu kajian DEIA(Detailed Environmental Impact Analysis) yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklumbalas. Walaupun projek ini mungkin tidak memerlukan DEIA dilakukan tetapi demi memastikan keselamatan awam, ‘to be double sure’ , tidak rugi sekiranya pihak Kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi-bayi di dalam kandungan dan anak-anak kita yang terancam tidak boleh dipergadaikan.

Terima kasih, Dato Pengerusi.

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

November 19, 2008 - Posted by | Politics

11 Comments »

  1. Good news everyone. From now on, town councils will be accountable to residents!!!!!

    Comment by Peter | November 23, 2008

  2. Kami di area Gebeng ingin buat petisyen membantah penubuhan Plant tersebut. Mengapa kita perlu menerima radioactive waste dari org lain??? Kita, dan generasi akan datang bakal terima penyakit dan pencemaran alam, sedangkan org atas kaut keuntungan, tapi kita dpt apa? kita boleh kena risiko kanser, ikan-ikan yg kita sekeluarga makan dari laut tu mcm mana?

    Comment by mawar79 | November 26, 2008

  3. mawar79,
    Tahniah saya ucapkan. Inilah peranan civil society. Saya cadangkan supaya sdri beri penekanan kepada aktiviti penerangan disamping usaha petisyen yang ingin sdri lakukan.

    Juga sdri boleh kerjasama dengan NGO-NGO, pihak sekolah, JKKK selain dari orang-orang awam. Sdri juga amat dialu-alukan sekiranya ingin bekerjasam dengan kami didalam usaha ini.

    Semoga usaha sdri mendapat keredhaan Allah dan Semoga Berjaya.

    Comment by Fuziah Salleh | November 26, 2008

  4. sbg org awam, mcm mana nak bantah kes mcm ni? buat petisyen sj cukup ke? ada idea lain tak?

    Comment by masnizah | December 3, 2008

  5. Kuasa memberi lesen diberi oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang.

    Apakah beza pendirian jabatan tersebut di Pahang, berbanding di Terengganu, rasanya mereka di Terengganu lebih bijak, berpandangan jauh. Begitu juga pihak penguatkuasa di negara China yang mengkaji undang-undang mereka agar menjamin kesejahteraan rakyatnya. Australia lagi bijak, mereka nyahkan bahaya radioaktif jauh-jauh dari negara mereka….

    Kita di Malaysia menjadi saksi masalah sampah-sarap yang tak bertepi, sungai kita pelu giat lagi dipulihara manakala teknologi-teknologi baru perlu ditingkatkan bagi menangani permasalahan ini. Kini kita ditambah lagi dengan masalah sisa radioaktif ini. Macam je tak cukup masalah kita di negara ni….

    Banyak lagi industri patut dibina, yang menjana pelaburan tanpa membawa risiko radioaktif. Pelaburan perlu tetapi kesihatan dan kesejahteraan rakyat, serta jaminan kedamaian hati lebih utama.

    Ola la negaraku, negeriku… Makmurlah hendaknya……….

    Comment by mawar79 | December 5, 2008

  6. Saya mewakili penduduk sekitar Balok, Kg. Baru Gebeng dan Kg. Sg. Ular, KUANTAN, PAHANG
    Merasa terkilan dengan dasar KERAjaan dengan sewenang-wenangnya
    Meluluskan kilang sebegini rupa – Lynas (kilang sisa radioaktif) tanpa memikirkan
    Risiko yang ditanggung oleh penduduk akibat bahayanya operasi kilang berkenaan.
    KERAjaan perlu juga memikirkan keselamatan orang awam, janganlah semata-mata memikirkan soal keuntungan negeri sahaja.
    Oleh itu diminta pegawai berkenaan campur tangan dalam mendatangani masalah ini sebelum kilang ini beroperasi sewajarnya dalanm bulan September 2009 ini.

    Lebai Sulong
    Taman Balok Makmur

    Comment by Lebai Sulong | December 16, 2008

  7. Seandainya masalah ini tidak dapat diatasi, diminta pihak KERAjaan dapat memberi elaun atau saguhati kepada para penduduk sekitar dengannya terutama:
    Balok
    Kg. Selamat, Pelabuhan Kuantan
    Beserah
    Gebeng
    Kg. Baru Gebeng
    Kg. Sg. Ular
    Cherating
    Chendor

    Wasallam

    Comment by Lebai Sulong | December 16, 2008

  8. Seandainya masalah ini tidak dapat diatasi, diminta pihak KERAjaan dapat memberi elaun atau saguhati kepada para penduduk sekitar dengannya terutama:
    Balok
    Kg. Selamat, Pelabuhan Kuantan
    Beserah
    Gebeng
    Kg. Baru Gebeng
    Kg. Sg. Ular
    Cherating
    Chendor

    Wasallam

    Comment by Lebai | December 16, 2008

  9. Salam,
    Sdr Lebai,
    Member elaun atau ganjaran kepada penduduk tidak akan menyelesaikan masalah. Cuba bayangkan apalah gunanya ganjaran tersebut sekiranya kesihatan kita sudah terjejas, kena penyakit cancer atau anak lahir cacat.
    Sudah tiba masanya orang-orang kita memahami hak kita sebagai penduduk di kawasan tersebut.

    Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | December 16, 2008

  10. Saya masih dalam menjalankan petisyen membantah penubuhan Lynas di Gebeng. Macam-macam feedback saya dapat. Masih perlu usaha lagi ni.. Walaupun usaha saya ni kecil dan saya pun tak pasti bagaimana hasilnya, saya tetap berharap ia dapat mengubah sesuatu kelak. Insyaallah, saya nak jugak singgah kat pejabat puan untuk tanya sedikit soalan dan share progress petisyen ini….

    Comment by mawar79 | December 18, 2008

  11. Saya masih tak faham kenapa kerajaan Pahang meluluskan projek pemprosesan sisa radioaktif oleh Lynas. Adakah dengan mendapat pendapatan negeri dalam RM 1bil dapat menjamin kesihatan penduduk di sana. Apa yang saya tahu, Lynas pernah membuka kilang di China tetapi ditutup atas sebab isu alam sekitar. Bagi saya, adalah lebih logik, syarikat yang berpusat di Australia, perlu membuat pusat memproses sisa radioaktifnya di sana untuk menjimat kos operasi. Kesimpulannya, mengapa di sini?

    Comment by ezzat | July 2, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: