Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pakatan Rakyat: Kenyataan Media mengenai pengharaman Hindraf

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

Dewan Rakyat, Malaysia

Pakatan Rakyat mengecam keras keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengharamkan Hindraf atas alasan kononnya pertubuhan ini “memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak”.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak badan-badan gabungan, NGO, kumpulan prihatin muncul untuk menjuarai pelbagai isu. Kami hairan kenapa Hindraf satu sahaja disasar?

Keputusan Menteri mengharamkan Hindraf ekoran insiden lawatan Hindraf ke majlis rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini jelas melanggari prinsip hak asasi dan demokrasi, malah menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

Lawatan Hindraf ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri baru-baru ini merupakan kunjungan biasa masyarakat Malaysia berbilang kaum ke majlis rumah terbuka setiap tahun. Di samping kunjungan hormat, aktivis Hindraf juga menyerah memorandum kepada Perdana Menteri agar membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sejak tahun lepas.

Seperti orang awam yang juga hadir dalam majlis terbuka hari raya tersebut, aktivis Hindraf telah berbaris dan masuk ke dalam dewan secara baik untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Malah, mereka yang menuntut untuk membebaskan tahanan ISA termasuk juga penyokong Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah berada di majlis rumah terbuka yang sama, dan bukan aktivis Hindraf sahaja.

Dalam semangat Ramadhan dan Aidilfitri, kami sentiasa harus mengingatkan nasib kaum-kaum yang dipinggir atau tertindas. Walaupun kami tidak semestinya bersetuju sepenuhnya segala tuntutan Hindraf, namun kami menegaskan bahawa masalah dan isu penting yang dihadapi masyarakat India harus ditangani dengan cara musyawarah.

Kami khuatir tindakan yang merupakan penindasan hak asasi masyarakat sivil ini akan menimbulkan kemarahan masyarakat India dan seterusnya akan menambahkan lagi ketegangan antara kaum.

Kami mendesak: –

1) Kerajaan menghentikan penindasan ke atas mana-mana pergerakan sivil

2) Kerajaan membebaskan semua tahanan ISA serta merta dan mansuhkan ISA

Dikeluarkan oleh

PAKATAN RAKYAT

16 Oktober 2008

October 16, 2008 - Posted by | Politics

5 Comments »

  1. Hairan sungguh bilamana masih ada juga yang nak membela Hindraf. Bukankah dah terang nyata tindakan mereka semasa rumah terbuka Pak Lah memang agak kurang ajar. Saya tak salahkan tujuan mereka iaitu untuk menghadiri rumah terbuka yang memang dibuka untuk umum tapi yang saya tak setuju cara mereka yang dilihat kurang itu yang membuat ramai marah. Pak Lah adalah PM, kita kena hormati.

    Comment by Jeffripower | October 17, 2008

  2. Jeffripower,

    Awak ada ke kat situ masa tu? TV kata kurang ajar, awak pun ikut kata kurang ajar. UMNO sekarang ni dah tak ada sokongan, maka kena reka cerita untuk timbulkan kemarahan orang melayu. Konon dia lah pembela bangsa.

    Agenda BN/UMNO bila dia rasa kurang sokongan maka buat lah isu ‘racial’ supaya orang melayu akan sokong dia balik. Saya pun tak da kat situ, tapi saya akan mendengar ke dua belah pihak, saya tak mau menjadi rakyat yang kelabu asap, just percaya je apa2 yang keluar kat TV.
    Kita kena bagi semua pihak peluang untuk memperjelaskan situasi pihak masing-masing. Then kita gunalah otak yang Allah beri untuk membuat pertimbangan kita sendiri.

    Just nak tanya kat Jeffri, masa orang2 UMNO khasnya geng2 Idris Jusoh berpiket kat depan Istana Terengganu dengan membawa banner yang berbunyi ‘KAMI NAK IDRIS LAH, NATANG! Yang nyata ditujukan kepada yang kita kasihi iaitu Yang Di Pertuan Agung. Yang jelas bukan lagi kurang ajar, itu dah masuk kategori menderhaka, menghasut, menghina dan melancarkan peperangan keatas Yang Dipertuan Agung!

    Agaknya apa komen Jefripower, kalau Pak Lah sebagai PM kita kena hormat, macamana dgn Yang Dipertuan Agung? Orang UMNO pulak tu yang buat macam tu…… Kesian ye bangsa lain, melayu buat apa pun tak pa…… fikir-fikir kan lah!!!!

    Comment by UcuZalley | October 17, 2008

  3. Perjuangan untuk agama,bangsa dan tanahair hanyalah secebis daki aje…kenapa nak menjadi juara memperjuangkan bangsa lain…ingatlah pesan orang tua-tua…kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan….pandang-pandanglah disekeliling anda..sudah cukupkah apa yang ada pada bangsa sendiri di tanahair sendiri…..??????

    Comment by jeffri | October 23, 2008

  4. Kalau nak kira cukup memang tak pernah cukup, sebab tu rasuah dan penyelewengan semakin menjadi-jadi dalam kerajaan BN ni. Pemimpin UMNO / BN tak pernah rasa puas dan cukup dengan apa yang mereka dapat, TAPI ingat, bukan kita rakyat yang kenyang, siapa yang kenyang? Pemimpin2 UMNO dan kroni2 mereka aje!!!

    Lupakanlah pasal perjuangan untuk bangsa dan agama selagi manusia2 ini masih menjadi pemimpin kita!

    Comment by UcuZalley | October 23, 2008

  5. mak aih… terketar2 tangan den nak nulih. demam ISA lah ni… takut… tapi masih nak tulis 😉

    saya orang islam yang khabarnya penyayang, adil dan saksama. mahu jadi khalifah tapi nyatanya kafilah yang wujud, tak ke haru namanya?
    orang islam yang tinggal di negara islam dipanggil ‘mukmin bebas’
    orang kafir yang tnggal di negara islam namanya zimmi. hak nya sama macam mukmin bebas cuma bezanya tak boleh terima zakat dan wajib bayar cukai.
    mukmin bebas=zimmi=rasulullah.
    sakiti zimmi=sakiti mukmin=sakiti rasulullah.
    siapa nak mengaku islambebas, sila angkat tangan… whooops, yang hidupnya diikat budaya dan perlembagaan barat dikira belum mumaiyyiz,tak kenal baik dan buruk, tak boleh angkat tangan. nanti kami dihukum bawah akta menghasut, ISA nanti!
    so, kesimpulannya bersatulah dibawah panji islam yang benar, saya sayang orang islam=zimmi(india, cina, dsbginya)=macam saya sayang rasulullah.

    Comment by ZulkifliZakaria {]=) | October 27, 2008


Leave a comment