Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Sepetang indah di Sg Isap Damai & Kg Razali

oleh Rozaini binti Mohd Rosli
Photobucket
Petang tadi, kira-kira jam 4.30petang Jawatankuasa Rukun Tetangga Sg Isap Damai yang berjumlah 25 orang itu sudah sedia menanti kehadiran Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.   Bubur lambuk yang kelihatan menyelerakan dengan bau yang semerbak juga sudah siap dimasakdalam dua periuk besar.   Orang ramai, semakin dekat waktu berbuka puasa, semakin ramai yang mendapatkan bubur lambuk Sg Isap Damai.   Yang datang itu juga menderma agar bubur lambuk dapat terus dibekalkan sepanjang tiga minggu Ramadhan.

Usaha yang konsisten setiap Ramadhan ini telah menjalinkan hubungan lebih baik di antara Jawatankuasa Rukun Tetangga Sg Isap Damai dengan penduduk setempat.   Selain itu, Jawatankuasa Rukun Tetangga tersebut dengan kerjasama penduduk Sg Isap Damai (seramai lebih 200 orang) telah bersama-sama memastikan keadaan keselamatan setempat terpelihara dengan adanya kegiatan rondaan ketika cuti Hari Raya nanti.
Photobucket

Kelihatan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah menikmati suasana bersama Rakyat; seperti biasa dengan penuh ceria.

Hmm…okay, berjaya tak tumpah semula dalam periuk…
Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Kesempatan diambil bertanya keadaan penduduk dan kebajikan mereka di Sg Isap Damai.
Photobucket Photobucket
Selepas gotong royong bubur lambuk di Sg Isap, Fuziah Salleh telah bersama-sama Rakyat di Inderapura dalam majlis sumbangan beras, hampers, Kuih Hari Raya dan zakat serta sadaqah.
Photobucket

Dalam ucapan beliau, Fuziah Salleh telah menyatakan bahawa tugasan membantu Rakyat bukanlah tugasan individu, bahkan bukan pula tugasan Wakil Rakyat.
Photobucket
Akan tetapi bagi sebuah negara yang meletakkan kebajikan Rakyat sebagai suatu keutamaan, dasar-dasar yang perlu wujud ialah dasar-dasar untuk kepentingan Rakyat jelata – antaranya ialah dasar membela Rakyat sehingga tiada lagi Rakyat yang miskin.   Sesebuah kerajaan itu sewajarnya meletakkan dasar-dasar yang baik untuk membela Rakyat.   Rakyat dianggap fakir hanya bila berpendapatan beberapa ratus ringgit sebulan dengan anggota keluarga yang berjumlah tiga orang bukanlah suatu dasar yang membela Rakyat.   Kayu ukur fakir miskin (miskin tegar) perlulah lebih menjamin kehidupan Rakyat yang boleh memenuhi keperluan asas yang lebih realistik.   Oleh kerana kerajaan BN tidak melihat kepada dasar yang sedemikian maka Pakatan Rakyat, di atas dasar keperihatinan terhadap Rakyat, membantu Rakyat dalam keterbatasan yang ada.   Beliau merakamkan rasa sedih beliau kerana dirasakan bahawa sewajarnya para penerima mendapat lebih dari yang mereka terima hari ini.

Beliau menyebut bahawa para pemimpin negara akan bertanggungjawab di hadapan Allah swt terhadap apa yang dihadapi oleh Rakyat sekiranya Rakyat berterusan dalam keadaan daif, miskin dan serba kekurangan.
Photobucket

Para penderma dan pemberi zakat, yang nama-nama mereka tidak mahu dihebahkan, menurut Fuziah Salleh, telah memohon agar para penerima- penerima sumbangan hari itu mendoakan mereka supaya berterusan dilimpahi rezeki agar terus berupaya membantu Rakyat.

Beliau dan Yang di-Pertua PAS Kawasan Kuantan, Rosli Jabar telah mengagihkan sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan saudara-saudara istimewa yang berjumlah hampir 200 orang di PASTI AS-SA’ADAH di Kg Razali.   Sejurus selepas itu, ialah majlis berbuka puasa.

Turut hadir dan membantu ialah barisan pimpinan AJK KeADILan dan PAS.
Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sebelum program di sebelah petang, Fuziah Salleh telah hadir dalam majlis sumbangan beras kepada penerima di Kg Dato’ Keramat, Kg Selamat dan Tg Lumpur di sebelah paginya.
Seramai 10 org penerima beras dan sumbangan duit raya terdiri dari ibu tunggal dan warga emas yang miskin.
Selepas penyerahan sumbangan di salah sebuah rumah penduduk, Fuziah Salleh telah menziarahi rumah nenek Kamariah seorang nenek tunggal yang memelihara 13 org org cucu nya di sebuah rumah usang.
Mengiringi beliau ialah Pegawai Khas Hjh Syarifah Maimunah, Wanita KeADILan Kuantan dan AMK Kuantan.
Seterusnya ke Tg Lumpur bagi tujuan yg sama.

Photobucket Photobucket

Photobucket

About these ads

September 20, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. semoga usaha suci murni ini diterima ..

    teruskan dengan lebih baik lagi,
    bawalah sebanyak mungkin manusia:
    – keluar dari ‘ keduniaan/ kebendaan ‘ – kepada ‘ cinta akhirat ‘,
    – keluar dari ‘perhambaan kepada makhluq ‘ kepada ‘ menghambakan diri kepada Pencipta';
    – keluar dari ‘ cara hidup yang ‘ lagha” kepada ‘ cara hidup Kekasih Pencipta’.

    semoga puan, keluarga dan keturunan di pimpin, dilindungi dan diredhai oleh Pencipta.

    http://melayu-kampong.blogspot.com

    Comment by atometal | September 21, 2008

  2. berakit-rakit ke hulu
    berenang-renang ke tepian
    besakit-sakit dahulu
    bersenang-senang kemudian…

    HIDUP KEADILAN…..

    TAPI YANG PASTI SEKARANG NIE….

    tak tumbuh tak melata….
    tak sungguh lagi sedap orang kata…..

    Comment by usang | September 21, 2008

  3. Tahniah YB,

    Dari kejauhan saya hanya dapat mendoakan agar YB berjaya. Insyaalah bila saya pulang ke Malaysia saya akan membantu YB dengan cara yang termampu.

    Comment by Mak Mrcharm | September 26, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: