Kecoh di Parlimen sekarang…
Posting by
6.15pm
Rozaini M R
Kecoh di Parlimen sekarang kerana debat dalam Parlimen untuk menyerahkan perbincangan mengenai Rang Undang-Undang DNA untuk diserahkan kepada select committee telah ditolak oleh YDP Dewan Rakyat.
Beliau telah membuat keputusan Rang Undang-Undang tersebut diteruskan dengan bacaan kali kedua.
YB Fuziah telah turut membantah ianya diluluskan untuk bacaan kali kedua tadi.
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, diketuai DSAI telah serentak meninggalkan Dewan Rakyat – a walk-out.
August 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 1 Comment
Soalan saya di sesi soal jawab lisan tadi
Post by
Fuziah Salleh
Dari Penyata Rasmi Laman Web Parlimen:
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
menyatakan:-
(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan
bahawa beras tempatan Super 15 sentiasa boleh didapati di dalam
pasaran; dan
(b) adakah kementerian telah mengenal pasti satu kaedah tertentu untuk
memastikan beras tempatan tidak dicampur dengan beras import, dan
bagaimanakah penguatkuasaan pelaksanaan kaedah tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Mustapa bin Mohamed]: Tuan
Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan bekalan beras ST15 sering kali dibangkitkan dalam Dewan
ini dan saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat untuk meminta
penjelasan tentang keadaan bekalan dalam negara. Semalam saya difahamkan bahawa
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ataupun Public Accounts Committee yang dipengerusikan
oleh Yang Berhormat Padang Besar juga ada memanggil kementerian untuk minta penjelasan
tentang keadaan bekalan beras ST 15%. Jadi saya merakamkan setinggi terima kasih kepada
Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan ini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku akhir-akhir ini iaitu sejak bulan Jun, apabila kita
meletakkan harga siling untuk harga gred 5% dan 10%. Untuk 5% harganya RM2.80, untuk 10%
RM2.70 tetapi untuk 15% iaitu gred beras yang paling rendah harga kawalannya ialah RM1.80.
Itu harga tertinggi ataupun harga bumbung.
Jadi apa yang berlaku oleh kerana perbezaan harga antara gred 10% RM2.70 dengan
harga gred terendah 15% RM1.80 iaitu perbezaan 90 sen. Perbezaan terlalu besar. Ini telah
mendorong pengguna-pengguna untuk membeli beras yang rendah mutunya ini dan ini ada
kaitan juga dengan keadaan ekonomi yang dihadapi pada masa ini di mana pengguna-pengguna
lebih cenderung untuk membeli beras yang lebih rendah mutunya.
Oleh yang demikian, kalau sebelum ini jumlah penggunaan untuk beras gred 15% cuma
10% daripada jumlah penggunaan ataupun total consumption, akhir-akhir ini ia telah meningkat
kepada 50%. Daripada 10% sampai 50%. Ini punca terdapatnya kekurangan beras ST15 di
pasaran. Yang pertama, perbezaan harga yang terlalu besar. Yang kedua, oleh kerana
permintaan yang meningkat dengan mendadak akhir-akhir ini.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, pengilang padi kurang berminat untuk
mengeluarkan beras 15% oleh kerana harga jualan rendah, kosnya tinggi dan ini ditambah buruk
lagi dengan keadaan kenaikan harga padi di seluruh negara. Kalau tahun lepas harga padi
DR. 28.8.2008
14
sekitar RM700 satu metrik tan. Hari ini RM1,050 ataupun setengah tempat RM1,100 satu metrik
tan. Ini puncanya.
Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani
perkara ini yang pertamanya ialah untuk mengarahkan BERNAS mengeluarkan cuma beras gred
15%. BERNAS tidak dibenarkan mengeluarkan beras gred lain. 100% pengeluaran BERNAS
adalah untuk ST15% sahaja. Itu langkah pertama yang diambil.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pengilang beras menghadapi kerugian
oleh kerana harga padi dibeli pada harga tinggi walhal harga beras cuma RM1.80 mereka
mengalami kerugian. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan saya
ingin maklumkan kepada Dewan ini kerajaan telah bersetuju mulai 1 September bagi memberi
subsidi kepada pengilang padi pula.
Kalau dahulu kita bagi subsidi kepada pengguna sekarang ini kita bagi subsidi kepada
pengilang padi bermula 1 September kadarnya RM800 satu metrik tan. Ini adalah untuk enam
bulan dan kos kepada kerajaan ialah kira-kira RM450 juta. Tindakan ini diambil oleh kerajaan
semata-mata untuk menjaga kepentingan pengguna supaya bekalan beras ST15 mencukupi di
pasaran. Jadi dengan langkah ini kita yakin bahawa kita tidak akan ada masalah dalam
seminggu dua lagi dan dengan peningkatan dalam pengeluaran padi kita yakin bahawa masalah
ini dapat dikurangkan.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, di Sabah dan Sarawak kerajaan juga membekalkan
beras 15% pada harga yang disubsidi dan kos untuk kerajaan Sabah dan Sarawak kira-kira
RM406 juta bagi kedua-dua negeri berkenaan. Jadi ini langkah-langkah yang telah diambil oleh
kerajaan bagi memastikan bahawa bekalan beras ST15 mencukupi.
Berkaitan dengan tindakan untuk mengelak beras tempatan dijual sebagai beras import
kita melaksanakan langkah-langkah enforcement ataupun penguatkuasaan. Selain itu untuk
makluman Ahli Yang Berhormat bagi beras tempatan warnanya ialah biru tua. Ini beras nasional
15%. Bagi beras import ia dijual dalam kampit yang berbeza.
Jadi kita boleh bezakan warna kampit ini beras tempatan. Beras luar negara atau beras
import dikampit dalam kampit yang berbeza warnanya. Ini cara kita mengelak penipuan di mana
mungkin ada sesetengah pihak menjual beras tempatan sebagai beras import kerana beras
import mendapat harga yang lebih tinggi.
Dalam pada itu kita juga telah meningkatkan enforcement ataupun penguatkuasaan.
Setakat ini sembilan tangkapan telah pun dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab
yang kita panggil menipu gred iaitu menjual beras tidak mengikut gred yang tertera dalam kampit
yang berkenaan.
■1050
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan saya yakin dengan langkah-langkah yang
diambil ini khususnya langkah untuk memberi subsidi kepada pengilang beras bermula 1
DR. 28.8.2008
15
September. Maka isu kekurangan beras ST 15 akan dapat kurangkan kalaupun tidak
dihapuskan dalam masa terdekat ini. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan berkenaan dengan
langkah-langkah yang diambil. Walau bagaimanapun selain daripada pemisahan grading color
coding berkenaan dengan beras import dan beras tempatan, saya tidak dengar dalam jawapan
tersebut kaedah-kaedah yang spesifik yang telah digunakan sebagai langkah untuk mengenal
pasti bagaimana beras ini, supaya tidak dicampur beras ini. Malaysia tidak ada undang-undang
berkenaan dengan peratusan minimum berapa banyak beras import ataupun berapa banyak
beras lokal di dalam campuran itu untuk mengenal pasti sama ada ianya tempatan ataupun
import.
Seperti kereta, kita ada undang-undang yang kata 30% mesti lokal sebelum ia menjadi
kereta tempatan. Dalam hal beras kita tidak ada undang-undang tersebut. Saya tidak dengar
dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, apakah kaedah yang digunakan apabila kita tengok
beras itu kita selidik sama ada ianya betul-betul import selain daripada penguatkuasaan, sama
ada ianya betul-betul import ataupun ia tidak di campur. Dalam keadaan apa yang dikatakan
oleh Yang Berhormat Menteri tadi…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, soalan?
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak
kementerian untuk memastikan bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang mengambil beras,
BERNAS tadi yang diwajibkan hanya ST 15% bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang
memisahkan balik, yang separate balik semula yang pecah dan (whole grain) – kemudian dicampurkan pula
dengan beras import dan dijual sebagai beras import untuk mengambil keuntungan yang besar.
Selain daripada penguatkuasaan, apa dia teknik-teknik dan kaedah?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Panjang Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya itu soalan saya kepada Yang Berhormat
Menteri. Terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, gejala ini berlaku kerana terdapat
perbezaan harga yang besar antara beras tempatan dan beras import. Saya ingin memaklumkan
Dewan yang mulai ini bahawa akhir-akhir ini, beras import telah pun turun harganya. Satu masa
dahulu RM4 lebih sekarang ini sekitar RM3, RM2.90 sen. Jadi apabila jurang antara beras
tempatan dengan beras import ini berkurangan maka fenomena yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat itu tidak akan berbangkit lagi. Dahulu tidak ada masalah kerana beras luar negara
begitu murah sekali. Tidak ada gejala untuk menjual beras tempatan sebagai beras import
kerana beras import itu terlalu murah.
Jadi ini fenomena yang dengan sendirinya akan berkurangan apabila harga di pasaran
antarabangsa akan turun. Tuan Yang di-Pertua, memanglah ada pihak-pihak yang tidak
DR. 28.8.2008
16
bertanggungjawab yang menjual beras 15% yang gred paling rendah ini sebagai beras import
ataupun dicampur dengan beras import dan dijualnya sebagai beras import. Langkah-langkah
yang boleh kita ambil ialah langkah-langkah penguatkuasaan dan juga mengampit beras dalam
warna tertentu. Ini kita akan terus lakukan. Saya mengakui bahawa sukar untuk kita menjamin
100% dapat kita membanteras gejala ini, tetapi saya memaklumkan di sini bahawa akhir-akhir ini
kita telah dapat menangani perkara ini oleh kerana dua sebab.
Pertama kerana penguatkuasaan yang lebih tegas, pada hari ini kita bersama dengan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kalau dahulu kita cuma
bergantung kepada Unit Kawal Selia Kementerian Pertanian sahaja, hari ini kita mendapat
bantuan kira-kira 2,000 pegawai daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.
Itu sebab pertama penguatkuasaan yang lebih tegas.
Kedua, oleh sebab penurunan harga beras di peringkat antarabangsa. Maka insentif
untuk menipu ini sudah berkurangan dan insya-Allah kita akan pastikan bahawa pengguna tidak
akan tertipu dengan etika ataupun amalan-amalan yang tidak beretika ini. Terima kasih.
————-
Respon saya mengenai maklum balas Menteri di atas akan menyusul…
August 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Parliament, Parlimen, Politics, Politik Baru | | No Comments Yet
Anwar telah mengangkat sumpah di Parlimen…
Entry by Rozaini M R
Thursday 28/08/08 10.00am
Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Wakil Rakyat Permatang Pauh di Parlimen sebentar tadi.
August 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Election, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Parliament, Parlimen, Pilihanraya, Politics, Politik Baru | | 15 Comments
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 302,137 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- Iltizam jejak Nazim dan Deepak December 11, 2009kemaskini 7.21pm Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong tidak pula berciciran - akhirnya adik perdana menteri yang dikaitkan dengan penarikan akuan bersumpah penyiasat persendirian P...
- Pengantin maut selepas empat jam akad nikah December 11, 2009Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkanpertembungan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar- Padang Besar...
- AMK: Mahkamah Syariah turut bicara kes Anwar December 11, 2009Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul...
- Iltizam jejak Nazim dan Deepak December 11, 2009
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) – Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009



