Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pendapat dari yang bernama “Election”

By: Election on August 18, 2008                                                   Photobucket
at 7:24 am

BN boleh menang , tapi dengan majoriti tipis, beberapa ratus undi
saja. Jangan tak percaya , atau tuduh ini teori saja. Mana mungkin BN
boleh menang , dakwa kita.

Strategi yang biasa diguna lah , semua dah tau , tapi kita ni jenis
alpa , mudah lupa seperti kata mahathir.

Untuk BN menang , ia sudah pasti telah siapkan kad pengenalan ke-2
iaitu palsu , dalam jumlah lebih kurang 20,000 keping. Ini untuk
diagihkan kepada pengundi – pengundi pada 26 hb nanti.

cukup mudah untuk sediakan IC ni , 5 minit saja [ ikut cerita kawan
kat Jabatan Pendaftaran Negara ].

Maklumat lengkap pengundi ada dengan SPR , iaitu satu lagi jentera
kerajaan yang digunakan secara aktif oleh umno/bn. Apa susah ?

Beberapa kategori pengundi ;-

i]. Pengundi yang mengundi atas nama pengundi lain [ yang sebelum ini
dalm PRU lepas, tidak pernah tidak mengundi , makna nya pengundi aktif
]. IC kedua atas nama pengundi lain tadi telah siap disediakan.

Operasi Ini dibuat pada seawall pagi , iaitu mula masa mengundi
dibuka, 8.00 pagi.

Pengundi sebenar ,yang datang untuk mengundi pada waktu tgh atau
petang , mendapati nama nya telah ada yang lebih awal mengundi atas
nama nya. Ini banyak berlaku.

Pengundi – pengundi ni adalah orang tempatan , yang akan keluar masuk
tempat pembuangan undi , beberapa kali , dalam waktu yang berbeza ,
pagi , tgh & petang , bukan pengundi luar.

Begitu lah berani nya umno/bn kerana untuk menang.

ii]. Pengundi yang mengundi atas nama pengundi lain [ yang sebelum ini
dalm PRU lepas , tidak pernah mengundi , makna nya pengundi tidak
aktif, biasanya dalam lingkungan 20 – 25 % daripada jumlah keseluruhan
daftar nama pemilih yang sah ].

IC kedua atas nama pengundi lain tadi telah siap disediakan.

Pengundi yang ditugaskan mengundi , mengikut usia pengundi asal ,
pengundi tua akan dicarikan regu nya adalah daripada golongan tua.

Pengundi – pengundi ni adalah orang tempatan , yang akan keluar masuk
tempat pembuangan undi , beberapa kali , dalam waktu yang berbeza ,
pagi , tgh & petang , bukan pengundi luar.

Begitu lah berani nya umno/bn kerana untuk menang.

iii]. Senarai nama pengundi telah ‘bertukar’ tempat. Ini dibuat dengan
kerjasama SPR. Tetapi peratus nama pengundi yang ditukar tanpa
kebenaran tidak lah besar ,tetapi cukup untuk mengurangkan jumlah undi
majoriti

iv] Pengundi yang telah mati , tetapi nama masih belum dikeluarkan
daripada senarai daftar pemilih. Ini pun akan digunakan secara
maksimum oleh umno/bn

v] Pengundi – pengundi hantu , yang dikatakan diimport dari luar ,
juga akan digunakan , tetapi dalam pilihanraya kecil ia agak sukar
dipraktikkan.

Nota

i] Tak tau samada petugas – petugas PKR & Pakatan Rakyat sudah siap
sedia dengan Pelan Tindakan bagi menanganinya ?

Pengalaman semasa bertugas PRU 10/1999 , 11/2004 & 12/2008 , kita cuai
, lalai dan alpa dalam bab ni

Petugas – petugas di pintu masuk tempat mengundi , berkumpul tetapi
tidak bertugas , hanya bercakap2, berbual kosong , bergurau senda ,
makan2 , suka hari semuanya , macam pesta pulak

Sepatutnya , kena perhati , tengok , lihat , kelih dan fokus betul2
pengundi – pengundi yang keluar masuk

Bahgaian2 lain , tampal poster , berjaga malam , meronda , dll kita
cukup hebat , tak ada tandingan.

Atau tengok saja pada hari mengundi nanti ?
Masa masih ada untuk susun strategi bagi mengurangkan kadar
‘pelepasan’ pengundi – pengundi yang akan mengundi >2X ini.

ii] Tidak mustahil untuk umno/bn lakukannya bagi tujuan untuk menang
atau sekurang – kurangnya mengurangkan majoriti undi.

umo/bn boleh berjaya , dan kita pulak lalai dan alpa.

Jangan kata ia tidak mungkin berlaku , kerana ia nya sentiasa berlaku
, selalu berlaku dan akan terus berlaku

Kemahiran kita nanti ialah kehebatan membuat ‘post mortem’ selepas
kalah , yang sudah tidak mempunyai apa2 erti lagi , orang putih kata
‘useless’

iii] Sekiranya , jumlah 20,000 kad pengenalan ke-2 , iaitu IC Palsu
dapat dioptimumkan , tidak ada sebab umno/bn tidak menang.

Hanya dengan cara ini umno/bn boleh menang.

PEJUANG PR..PERWIRA SEJATI…Ingatlah penderitaan DSAI ditangkap,
difitnah,dipukul,dipenjara 6 tahun lamanya.. sekarang kita hanya perlu
KORBAN 10 hari sahaja.

TOLONG PASTIKAN JENTERA & PEKERJA2 PILIHANRAYA BENAR2 BUAT KERJA.
PERKARA NI TAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU !!!

August 18, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysian Politics, Pilihanraya, Politics | | 3 Comments