Ada insan yang berkehidupan sebegini di Kuantan (Ubai)
Nenek ini telah dilawati oleh krew aktivis Parlimen KeADILan Kuantan dua minggu lalu…
Beliau hidup dalam kegelapan sepanjang masa; didapati tidak dapat melihat. Beginilah keadaan rumah, tempat tinggalnya.
Bekas makanannya di kerumuni lipas – didapati tidak dicuci dengan baik; oleh kerana buta, ia tetap digunakan.
Bilik air pula dipenuhi oleh katak-katak, yang juga tidak dapat dilihat oleh beliau.
Ketika ditemui, tangan nenek itu masih hitam kerana untuk memasak, masih menggunakan arang.
Krew Aktivis Parlimen Kuantan telah membantu membersihkan rumah beliau. Jiran-jiran akan menjenguk beliau dari masa ke semasa. Sekiranya ada warga yang prihatin untuk terus memberi sumbangan dan khidmat terhadap nenek ini, sila hubungan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan 09-5137970 Puan Baini).
Laporan sebelum ini: AKTIVISME PRIHATIN RAKYAT
Laporan oleh:
Rozaini M R














