Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Sidang Media Bajet 2009

Posting by Rozaini M R

oleh Anwar Ibrahim dijangka pada hari Selasa 2hb September 2008 nanti.

Photobucket Photobucket

August 31, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Economy, Ekonomi, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Politics, Politik Baru | | 5 Comments

Pembentangan Bajet 2009 sedang berlangsung

PM sedang membentangkan bajet 2009.

Suasana sebelum detik pembentangan tadi…

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

August 29, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Economy, Ekonomi, Malaysian Politics, Parliament, Parlimen, Politics | | 4 Comments

Bajet 2009

Posting by
Rozaini M R

Bajet 2009 akan dibentangkan hari ini pada jam 4ptg di Parlimen.
Para pengunjung blog ini diseru untuk memberi pandangan, harapan dan komen pra-bajet 2009 di sini hari ini.

August 29, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Economy, Ekonomi, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Parliament, Parlimen, Politics, Politik Baru | | 18 Comments

Kecoh di Parlimen sekarang…

Posting by
6.15pm
Rozaini M R

Kecoh di Parlimen sekarang kerana debat dalam Parlimen untuk menyerahkan perbincangan mengenai Rang Undang-Undang DNA untuk diserahkan kepada select committee telah ditolak oleh YDP Dewan Rakyat.

Beliau telah membuat keputusan Rang Undang-Undang tersebut diteruskan dengan bacaan kali kedua.

YB Fuziah telah turut membantah ianya diluluskan untuk bacaan kali kedua tadi.

Photobucket

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, diketuai DSAI telah serentak meninggalkan Dewan Rakyat – a walk-out.

August 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 1 Comment

Soalan saya di sesi soal jawab lisan tadi

Post by
Fuziah Salleh

Dari Penyata Rasmi Laman Web Parlimen:

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
menyatakan:-
(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan
bahawa beras tempatan Super 15 sentiasa boleh didapati di dalam
pasaran; dan
(b) adakah kementerian telah mengenal pasti satu kaedah tertentu untuk
memastikan beras tempatan tidak dicampur dengan beras import, dan
bagaimanakah penguatkuasaan pelaksanaan kaedah tersebut.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Mustapa bin Mohamed]: Tuan
Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan bekalan beras ST15 sering kali dibangkitkan dalam Dewan
ini dan saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat untuk meminta
penjelasan tentang keadaan bekalan dalam negara. Semalam saya difahamkan bahawa
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ataupun Public Accounts Committee yang dipengerusikan
oleh Yang Berhormat Padang Besar juga ada memanggil kementerian untuk minta penjelasan
tentang keadaan bekalan beras ST 15%. Jadi saya merakamkan setinggi terima kasih kepada
Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan ini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku akhir-akhir ini iaitu sejak bulan Jun, apabila kita
meletakkan harga siling untuk harga gred 5% dan 10%. Untuk 5% harganya RM2.80, untuk 10%
RM2.70 tetapi untuk 15% iaitu gred beras yang paling rendah harga kawalannya ialah RM1.80.
Itu harga tertinggi ataupun harga bumbung.
Jadi apa yang berlaku oleh kerana perbezaan harga antara gred 10% RM2.70 dengan
harga gred terendah 15% RM1.80 iaitu perbezaan 90 sen. Perbezaan terlalu besar. Ini telah
mendorong pengguna-pengguna untuk membeli beras yang rendah mutunya ini dan ini ada
kaitan juga dengan keadaan ekonomi yang dihadapi pada masa ini di mana pengguna-pengguna
lebih cenderung untuk membeli beras yang lebih rendah mutunya.
Oleh yang demikian, kalau sebelum ini jumlah penggunaan untuk beras gred 15% cuma
10% daripada jumlah penggunaan ataupun total consumption, akhir-akhir ini ia telah meningkat
kepada 50%. Daripada 10% sampai 50%. Ini punca terdapatnya kekurangan beras ST15 di
pasaran. Yang pertama, perbezaan harga yang terlalu besar. Yang kedua, oleh kerana
permintaan yang meningkat dengan mendadak akhir-akhir ini.
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, pengilang padi kurang berminat untuk
mengeluarkan beras 15% oleh kerana harga jualan rendah, kosnya tinggi dan ini ditambah buruk
lagi dengan keadaan kenaikan harga padi di seluruh negara. Kalau tahun lepas harga padi
DR. 28.8.2008
14
sekitar RM700 satu metrik tan. Hari ini RM1,050 ataupun setengah tempat RM1,100 satu metrik
tan. Ini puncanya.
Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani
perkara ini yang pertamanya ialah untuk mengarahkan BERNAS mengeluarkan cuma beras gred
15%. BERNAS tidak dibenarkan mengeluarkan beras gred lain. 100% pengeluaran BERNAS
adalah untuk ST15% sahaja. Itu langkah pertama yang diambil.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pengilang beras menghadapi kerugian
oleh kerana harga padi dibeli pada harga tinggi walhal harga beras cuma RM1.80 mereka
mengalami kerugian. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan saya
ingin maklumkan kepada Dewan ini kerajaan telah bersetuju mulai 1 September bagi memberi
subsidi kepada pengilang padi pula.
Kalau dahulu kita bagi subsidi kepada pengguna sekarang ini kita bagi subsidi kepada
pengilang padi bermula 1 September kadarnya RM800 satu metrik tan. Ini adalah untuk enam
bulan dan kos kepada kerajaan ialah kira-kira RM450 juta. Tindakan ini diambil oleh kerajaan
semata-mata untuk menjaga kepentingan pengguna supaya bekalan beras ST15 mencukupi di
pasaran. Jadi dengan langkah ini kita yakin bahawa kita tidak akan ada masalah dalam
seminggu dua lagi dan dengan peningkatan dalam pengeluaran padi kita yakin bahawa masalah
ini dapat dikurangkan.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, di Sabah dan Sarawak kerajaan juga membekalkan
beras 15% pada harga yang disubsidi dan kos untuk kerajaan Sabah dan Sarawak kira-kira
RM406 juta bagi kedua-dua negeri berkenaan. Jadi ini langkah-langkah yang telah diambil oleh
kerajaan bagi memastikan bahawa bekalan beras ST15 mencukupi.
Berkaitan dengan tindakan untuk mengelak beras tempatan dijual sebagai beras import
kita melaksanakan langkah-langkah enforcement ataupun penguatkuasaan. Selain itu untuk
makluman Ahli Yang Berhormat bagi beras tempatan warnanya ialah biru tua. Ini beras nasional
15%. Bagi beras import ia dijual dalam kampit yang berbeza.
Jadi kita boleh bezakan warna kampit ini beras tempatan. Beras luar negara atau beras
import dikampit dalam kampit yang berbeza warnanya. Ini cara kita mengelak penipuan di mana
mungkin ada sesetengah pihak menjual beras tempatan sebagai beras import kerana beras
import mendapat harga yang lebih tinggi.
Dalam pada itu kita juga telah meningkatkan enforcement ataupun penguatkuasaan.
Setakat ini sembilan tangkapan telah pun dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab
yang kita panggil menipu gred iaitu menjual beras tidak mengikut gred yang tertera dalam kampit
yang berkenaan.
■1050
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan saya yakin dengan langkah-langkah yang
diambil ini khususnya langkah untuk memberi subsidi kepada pengilang beras bermula 1
DR. 28.8.2008
15
September. Maka isu kekurangan beras ST 15 akan dapat kurangkan kalaupun tidak
dihapuskan dalam masa terdekat ini. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan berkenaan dengan
langkah-langkah yang diambil. Walau bagaimanapun selain daripada pemisahan grading color
coding berkenaan dengan beras import dan beras tempatan, saya tidak dengar dalam jawapan
tersebut kaedah-kaedah yang spesifik yang telah digunakan sebagai langkah untuk mengenal
pasti bagaimana beras ini, supaya tidak dicampur beras ini. Malaysia tidak ada undang-undang
berkenaan dengan peratusan minimum berapa banyak beras import ataupun berapa banyak
beras lokal di dalam campuran itu untuk mengenal pasti sama ada ianya tempatan ataupun
import.
Seperti kereta, kita ada undang-undang yang kata 30% mesti lokal sebelum ia menjadi
kereta tempatan. Dalam hal beras kita tidak ada undang-undang tersebut. Saya tidak dengar
dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, apakah kaedah yang digunakan apabila kita tengok
beras itu kita selidik sama ada ianya betul-betul import selain daripada penguatkuasaan, sama
ada ianya betul-betul import ataupun ia tidak di campur. Dalam keadaan apa yang dikatakan
oleh Yang Berhormat Menteri tadi…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, soalan?
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak
kementerian untuk memastikan bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang mengambil beras,
BERNAS tadi yang diwajibkan hanya ST 15% bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang
memisahkan balik, yang separate balik semula yang pecah dan (whole grain) – kemudian dicampurkan pula
dengan beras import dan dijual sebagai beras import untuk mengambil keuntungan yang besar.
Selain daripada penguatkuasaan, apa dia teknik-teknik dan kaedah?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Panjang Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya itu soalan saya kepada Yang Berhormat
Menteri. Terima kasih.
Dato’ Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, gejala ini berlaku kerana terdapat
perbezaan harga yang besar antara beras tempatan dan beras import. Saya ingin memaklumkan
Dewan yang mulai ini bahawa akhir-akhir ini, beras import telah pun turun harganya. Satu masa
dahulu RM4 lebih sekarang ini sekitar RM3, RM2.90 sen. Jadi apabila jurang antara beras
tempatan dengan beras import ini berkurangan maka fenomena yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat itu tidak akan berbangkit lagi. Dahulu tidak ada masalah kerana beras luar negara
begitu murah sekali. Tidak ada gejala untuk menjual beras tempatan sebagai beras import
kerana beras import itu terlalu murah.
Jadi ini fenomena yang dengan sendirinya akan berkurangan apabila harga di pasaran
antarabangsa akan turun. Tuan Yang di-Pertua, memanglah ada pihak-pihak yang tidak
DR. 28.8.2008
16
bertanggungjawab yang menjual beras 15% yang gred paling rendah ini sebagai beras import
ataupun dicampur dengan beras import dan dijualnya sebagai beras import. Langkah-langkah
yang boleh kita ambil ialah langkah-langkah penguatkuasaan dan juga mengampit beras dalam
warna tertentu. Ini kita akan terus lakukan. Saya mengakui bahawa sukar untuk kita menjamin
100% dapat kita membanteras gejala ini, tetapi saya memaklumkan di sini bahawa akhir-akhir ini
kita telah dapat menangani perkara ini oleh kerana dua sebab.
Pertama kerana penguatkuasaan yang lebih tegas, pada hari ini kita bersama dengan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kalau dahulu kita cuma
bergantung kepada Unit Kawal Selia Kementerian Pertanian sahaja, hari ini kita mendapat
bantuan kira-kira 2,000 pegawai daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.
Itu sebab pertama penguatkuasaan yang lebih tegas.
Kedua, oleh sebab penurunan harga beras di peringkat antarabangsa. Maka insentif
untuk menipu ini sudah berkurangan dan insya-Allah kita akan pastikan bahawa pengguna tidak
akan tertipu dengan etika ataupun amalan-amalan yang tidak beretika ini. Terima kasih.

————-

Respon saya mengenai maklum balas Menteri di atas akan menyusul…

August 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Parliament, Parlimen, Politics, Politik Baru | | No Comments Yet

Anwar telah mengangkat sumpah di Parlimen…

Entry by Rozaini M R
Thursday 28/08/08 10.00am

Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Wakil Rakyat Permatang Pauh di Parlimen sebentar tadi.

Photobucket

Photobucket

August 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Election, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Parliament, Parlimen, Pilihanraya, Politics, Politik Baru | | 15 Comments

(Updated) Ini bukan karnival…bukan pula lagi reformasi…

entry by Rozaini M R

27/06/08

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket

Saya rasa bertuah kerana berada bersama Rakyat menyambut kemenangan DSAI meraih kemenangan kerusi Parlimen Permatang Pauh semalam. Rakyat Permatang Pauh menggambarkan aspirasi, harapan, keinginan dan ya, tuntutan terhadap sebarang pemimpin dan pemerintahan yang sedang atau bakal memimpin Rakyat Malaysia. Kali ini dengan lantang dan tegas Rakyat menghendaki dan memilih Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai pemimpin dan Barisan untuk memimpin mereka dengan telus, tulus dan mementingkan hak dan kepentingan Rakyat jelata semata-mata.

Undur umno-BN.   Undur secara terhormat dan masih ada peluang diberi oleh Rakyat untuk mengubah cara dan budaya memerintah. Hentikan segala sandiwara yang sudah terhapus dinding muslihat dan penipuan SERTA telah dibolosi oleh sebahagian besar Rakyat . Buktinya, segala skrip rekaan dan olahan bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tidak langsung memberi kesan dan bekas kepada pemikiran dan tindakan Rakyat yang tetap istiqamah menyokong dan mendokong perjuangan menegakkan keadilan.

Rakyat jelata tidak akan membernarkan diri mereka ditipu umno-BN lagi. Suasana malam tadi, bagi saya, amat mengharukan. Saya tahu, disebalik wajah dan senyuman yang berseri-seri, YB Fuziah Salleh sedang memikirkan agenda bagaimana untuk mengisi kemenangan ini dan seterusnya agenda mengambilalih Putrajaya. Demi kepentingan Rakyat jelata, tugasan mengisi kemenangan adalah lebih berat dan lebih utama daripada pencapaian sebarang kemenangan. Dan Anwar Ibrahim malam tadi telah juga mencetuskan persaannya bilamana beliau menyebut agar sekarang kita semua perlu bekerja keras (lagi). Berkemungkinan para pemimpin kesayangan kita semua ketika itu sedang “menangis” dalam hati-hati mereka sebentar mengenangkan harapan Rakyat yang menggunung dan kerja-kerja yang mendatang. Budaya hubungan dua hala Rakyat-Pemimpin amatlah diperlukan dalam membina negara, masyarakat dan insan. Rakyat juga dikehendaki bertungkus-lumus membantu pemimpin melaksanakan tugasan mereka. Bagaimana mungkin menyerahkan segalanya kepada pimpinan menyelesaikan kesemua urusan Rakyat. Rakyat adalah penasihat yang baik dan adil kepada pimpinan dan pimpinan yang telus dan tulus merapati Rakyat menerima nasihat dan menasihati kembali Rakyat dengan cara yang wajar.

Saling melengkapkan dan berlapang dada. Malaysia yang adil dan memikul nilai dan unsur yang senangi oleh Tuhan menjadi asas kepada kerajaan dari Rakyat, kepada Rakyat dan untuk Rakyat!

Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

26/08/08 Ini bukan bukan karnival…bukan pula lagi reformasi…ini adalah tuntutan Rakyat menghendaki perubahan sekarang juga… Kemenangan yang ditunggu-tunggu, yang akan menjadi tatapan sejarah perjuangan KeADILan, telah berlaku…Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh.

Segala kerja keras dan pengorbanan terhasil dengan izin Allah swt.Sebentar lagi khabar dan pengumuman rasmi SPR di Dewan Aminuddin Baki Institut Perguruan Tuanku Bainun. Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

August 26, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Parliament, Parlimen, Pilihanraya, Politics, Politik Baru | | 5 Comments

Selekehnya SPR…

Entry by: Rozaini M R

YB Puan Fuziah Salleh telah mengadakan sidang media pada 25 Ogos, jam 11.30malam tadi.

SPR tidak menyelesaikan perkara-perkara yang ditimbulkan oleh YB Fuziah Salleh dan Sivarasa tengahari semalam.

Daftar Pemilih yang diwartakan dan dikemaskini telah mendapati bahawa ada pengundi-pengundi yang memang pengundi tetapi telah di keluarkan dari daftar yang digunapakai untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh. Faktor-faktor disisi undang-undang yang membolehkan SPR mengeluarkan nama-nama pengundi dari daftar pemilih ialah : 1. Sudah berumur lebih 100 tahun 2. Telah digugurkan kerakyatan Malaysia 3. Telah meninggal dunia Bilangan yang dikeluarkan didapati tidak semuanya kerana mana-mana faktor di atas. YB Puan Fuziah Salleh dan team beliau mempunyai bukti yang cukup kukuh untuk membuktikan kenyataan itu. Akan tetapi SPR telah bertegas untuk mengatakan bahawa mereka (SPR) dalam konteks daftar pemilih Permatang Pauh ini adalah berhak sebagai authority untuk mengeluarkan nama-nama pemilih yang sah sebagai pengundi sebelum ini. Walaupun bilangan yang dipertikaikan mungkin tidak mengesani secara signifikan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh, perbuatan wenangan mengeluarkan nama-nama pengundi yang sah di sisi undang-undang tanpa melaksanakan penelitian yang sempurna merupakan pelanggaran terhadap hak-hak asasi untuk memilih Wakil Rakyat dalam proses pilihanraya.

SPR telah cuai dalam melakasanakan tugasnya. Kecuaian yang sedemikian mencemar proses demokrasi di Malaysia. Jika perkara sekecil memastikan setiap Rakyat berhak mengundi tidak dapat dipenuhi, apakah yang boleh diharapkan daripada SPR yang sedia ada ini sebagai badan utama dalam proses memilih Wakil-wakil Rakyat yang bakal memimpin negara Malaysia. Menafikan hak mengundi Rakyat boleh menghalang Wakil Rakyat yang sebenarnya ingin dipilih oleh Rakyat tidak terpilih. Dengan itu, isu bahawa SPR sebagai alat umno-BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini tidak dapat di kesampingkan sama sekali. Bilakah akan tiba masanya Rakyat tidak lagi harus mempertikaikan perkara-perkara kecil seumpama memastikan nama-nama mereka ada dalam daftar pemilih SPR? Sungguh selekeh kerja-kerja SPR…

Photobucket Di kiri ialah YB Pn Rodziah Ismail, Pengarah Pilihanraya Wanita keADILan Pusat, kanan Pn Aishah Lamsah, Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita KeADILan Pusat.

August 26, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 1 Comment

Tak da 710 nama…?

Entry by Rozaini M R

(longat penang,ya) pi deras cek…nanti esok tak dan mengundi.

————————————————————————————

SPR TIDAK TAHU MENJAWAB SENARAI YANG TIDAK DIWARTAKAN

PERMATANG PAUH, Institut Perguruan Tuanku Bainun 25 OGOS – Suruhanjaya Pilihanraya tergamam dan khusut apabila meraka tidak dapat menjawab pendedahan Fuziah Salleh berhubung daftar pemilih yang tidak diwartakankan (digezetkan) dan antara yang dikemaskini.

Datuk Kamarulzaman, Setiausaha SPR yang memberikan kenyataan media terkejut kehadiran Fuziah Salleh dan Sivarasa Rasiah dalam sidang berkenaan apabila daftar pemilih yang tidak sah digunakan dalam pilihanraya kecil ini. Photobucket

Pihak media yang turut hadir binggung bagaimana Setiausaha SPR tidak tahu menjawab soalan ini malah cuai sehingga senarai nama yang tidak digezetkan boleh digunakan.

“SPR berjanji akan mengadakan sidang akhbar menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun PKR masih menyifatkan senarai tersebut tidak berintergriti” jelas Sivarasa Rasiah.

Hari pembuangan undi akan diadakan esok 26hb. Ogos, seluruh rakyat Pulau Pinang diumumkan cuti pada

hari berkenaan.

Photobucket

Photobucket

Video Kenyataan Fuziah Salleh

August 25, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Politics, Politik Baru, SPR | | 6 Comments

Buku mana nak pakai, noh?

Entry by Rozaini M R

Kata petugas:

Apa ka jadah SPR ada tiga buku datar yang berbeza?

Daftar SPR online, daftar SPR online Permatang Pauh, dan daftar SPR yang diwartakan & dikemaskini?!

Esok nak ngundi, SPR masih berkarat sakat, apa pasai?

——————————————————————————–

SEKALI LAGI PARA PENGUNDI PERMATANG PAUH ADALAH DIGESA UNTUK MENYEMAK NAMA MEREKA DALAM DAFTAR PEMILIH SPR DI BILIK-BILIK GERAKAN PAKATAN RAKYAT ATAU DENGAN PARA PETUGAS YANG SAH!

SPR MASIH DENGAN SEGALA TAKTIK PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN YANG MEMALUKAN MALAYSIA DI MATA DUNIA.

KEPINCANGAN SPR YANG SUNGGUH MENGAIBKAN INI MEMANG MENGHILANGKAN KEPERCAYAAN DAN INTEGRITI SPR SEBAGAI BADAN BEBAS (BAPE KALI DAH SEBUT, NI?) DAN MERUNTUHKAN IMEJ MALAYSIA SEBAGAI NEGARA DEMOKRASI.

Sidang Media: Fuziah Salleh

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 24 OGOS – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dipertanggungjawabkan kerana menggunakan Daftar Pemilih yang tidak sah untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, apabila mengunakan daftar pemilih yang tidak di’warta’kan (non-gezeted).

“Daftar pemilih yang digunakan kali ini cukup pelik kerana semakan daftar pemilih online umum tidak sama semakan daftar pemilih khas pilihanraya kecil permatang pauh” jelas Fuziah Salleh, Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat.

Menurutnya lagi, seramai 949 nama hilang, dalam daftar pemilih yang di’warta’kan pada 19 Jun, 2008.

868 masih di Permatang Pauh, namun tidak dapat mengundi kerana nama mereka dalam senarai kemaskini (update) bertarikh 31 Julai 2008 yang tidak di’warta’kan digunakan.

Dalam senarai kemaskini tersebut, seramai 861 nama dimasukan, manakala 868 nama dihilangkan.

Senarai kemaskini tersebut hanya dicetak SPR untuk diserah kepada parti-parti bertanding hanya berikan semalam 23 OGOS, 2008.

Penambahan pengundi kurang seratus orang adalah pembohongan.

Mengikut amalan dan peraturan pilihanraya senarai daftar pemilih yang digezetkan sahaja boleh digunakan untuk sesuatu pilihanraya yang berlangsung.

PKR telah menghantar bantahan di SPR semalam.

SPR kini telah menjadi bahan cemohan umum dan meminta badan itu agar berhenti dari bersekongkol dengan parti memerintah, BN.

August 25, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Politics, Politik Baru | | 2 Comments