Anwar bertanding di Permatang Pauh
Beliau telah mengumumkan perkara itu tadi. Datin Seri Wan Azizah telah meletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini; keputusan itu telah dimaklum kepada pihak Dewan Rakyat.
SPR dikehendaki mengumumkan tarikh pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.
————————————————————————————
— PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —
31 JULY 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA
After deliberating with my family, the Keadilan party leadership and our
partners in the Pakatan Rakyat, I have officially submitted my resignation
as Member of Parliament of Permatang Pauh to the Speaker of Parliament YB
Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia today to make way for my husband,
Anwar Ibrahim, to contest as a candidate for Pakatan Rakyat in a by-election
as soon as possible.
This is consistent with our goals towards securing a Parliamentary majority
and forming a new government within this year.
This decision is the right decision for Malaysia.
The nation now faces some of the greatest challenges it has encountered
since gaining independence. The UMNO-led Barisan Nasional government has
mismanaged the economy and steered the nation towards a catastrophe. It has
allowed the integrity of the justice system to fall into deeper infamy. It
has stroked the flames of racism and driven a wedge of mistrust between
Malays, Chinese and Indians, while thoroughly neglecting the needs of the
indigenous peoples of
Sabah and Sarawak.
Anwar Ibrahim has articulated a vision for Malaysia that has brought hope to
the people. He has the experience and intelligence to reinvigorate our
economy, and the charisma and integrity to unite the Malaysian people and
restore credibility to our institutions of governance.
I will continue to serve as president of Parti Keadilan Rakyat and as
chairperson of the Yayasan Aman (Peace Foundation).
I whole-heartedly thank my supporters in Permatang Pauh who have stood by me
in the most difficult of times since September 1998 and have shared in the
joy of victory we all experienced on March 8th. The future of our nation
lies in the dedication and commitment to justice and freedom that I have
experienced as your representative in Parliament and I look forward to many
more years of serving you with sincerity and with humility.
DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President Parti Keadilan Rakyat
———————————————————————–
— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —
31 JULAI 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA
Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat
dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya
meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri
Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi
laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam
pilihanraya kecil secepat mungkin.
Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi
membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.
Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.
Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak
mencapai kemerdekaan.
Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal
mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran.
Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap
yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan
membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama
lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah
dan Sarawak.
Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun
membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan
kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma
dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan
kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.
Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan
pengurusi Yayasan Aman.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang
saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan
saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung
kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui
selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk
anda pada masa depan seikhlas mungkin.
DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat
————————————————————————————
| Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh |
| Jul 31, 08 3:18pm malaysiakini.com |
| Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388. Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi. Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus. Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai. Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali. Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian. Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar. Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS. Katanya, beliau merasakan “inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa”. Wan Azizah menjadi wakil rakyat ermatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar. Reaksi Anwar Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil BN dari tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat dari Umno pada September 1998, dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun keranatuduhan salahguna kuasa. Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah. “Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,” katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil. Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak. Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut. Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai. Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan. |
July 31, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Election, Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Parliament, Parlimen, Pilihanraya, Politics, Politik Baru, Press Statements, SPR | | 6 Comments
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 303,409 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah December 30, 2009Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.Setiausaha peribadi tokoh...
- Anak saudara, anak dakwa tiada niat bunuh suami isteri December 30, 2009Seorang pengikut Al-Arqam didakwa membunuh sepasang suami isteri hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau memukul kedua-dua mangsa dengan kayu, topi keledar dan batang mop...
- JHEAIK jelas sebab tidak serbu Dr Rosli December 30, 2009Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) tidak boleh menyerbu atau menangkap pasangan yang diperintah tinggal berasingan jika tidak mendapat arahan bertulis daripada Mahkamah Syariah, kata...
- Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah December 30, 2009
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) – Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.