Sidang Media mengenai pengurusan negeri Pahang yang tidak bertanggungjawab
MB PAHANG, HENTILAH MENGGADAI HAK RAKYAT
Kuantan, 30 Julai; Mahkamah Tinggi Kuantan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Pahang dituntut membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dalam kes samannya terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Keputusan tersebut telah mengakibatkan kerugian itu ditanggung oleh Rakyat Pahang.
Justeru itu, satu perintah mahkamah untuk membayar saman tersebut sudah dikeluarkan. Perintah mahkamah yang dipohon adalah untuk mensita hakmilik kerajaan negeri.
Keadaan ini jelas merupakan hasil dari sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang di terajui oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob. Kalahnya kerajaan negeri Pahang dalam kes saman oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini juga mempamerkan bahawa pentadbiran negeri Pahang telah dilaksanakan dengan membelakangkan prinsip-prinsip good governance, ketelusan dan integriti.
Bagaimanakah pula kerajaan negeri Pahang akan membayar RM37,127,471.60 itu dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000; dengan hutang yang kini berjumlah RM1.72 bilion? (menurut akaun negeri berakhir Disember 2006 yang telah disahkan oleh audit Negara) Keadaan ini juga bermaksud bahawa jumlah wang tersebut itu terpaksa pula ditanggung oleh Rakyat jelata di negeri Pahang. Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja keras, membayar cukai, kemudian terpaksa pula melihat wang mereka digunakan untuk membayar saman hasil dari pentadbiran yang gagal dan tidak bertanggungjawab ini.
Adalah tidak wajar dan tidak adil bahawa rakyat terpaksa memikul beban kesalahan kerajaan Negeri di samping menanggung kerugian dalam berbagai bentuk akibat pentadbiran yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya ia suatu kezaliman di pihak kerajaan terhadap seluruh Rakyat negeri Pahang.
Pentadbiran negeri Pahang telah berani menyanggahi amalan good governance serta mempamerkan sikap bahawa kerakusan dan kekuasaan politik Umno dan BN di pihak pemerintah boleh mengatasi segala kekuasaan yang lain, hatta undang-undang negara sekalipun.
Manakala ketirisan aset dan khazanah negeri yang berterusan menjadikan Pahang sebuah negeri yang hampir muflis walaupun kaya dengan berbagai sumber hasil.
Menteri Besar mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam hal ini dan rakyat harus menuntut supaya wang rakyat tidak disentuh oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri dalam melangsaikan bayaran saman ini. Tingkahlaku menggadaikan hak rakyat oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri mestilah diberhentikan serta-merta bagi menyelamatkan negeri Pahang dari kemelut yang lebih parah, yang hanya akan merugikan rakyat.
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
30 Julai 2008
For media release enquiry, please contact
Media Coordinator: Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email add.: rozainiebbm@yahoo.com
July 30, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | No Comments Yet
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 301,498 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- Kes Nirmala: Surirumah dipenjara 12 tahun December 3, 2009Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman penjara 18 tahun kepada 12 tahun terhadap surirumah Yim Pek Ha yangdidapati bersalah mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia, Nirmala Bonat...
- 'Tiada kaitan dengan blog Kickdefella' December 3, 2009Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abd Rahman menafikan pengumumannya hari ini - mengenai tarikh peletakan jawatannya sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar...
- Aduan polis isu RM10 juta milik MB Neg Sembilan December 3, 2009Walaupun menteri besar Negeri Sembilan sedang disiasat Bank Negara berhubung dakwaan pemindahan wang RM10 juta ke luar negara, ia tidak menghalang satu aduan polis isu yang sama dibuat lagi di Bukit...
- Kes Nirmala: Surirumah dipenjara 12 tahun December 3, 2009
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta bantua […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009




