Dari Dewan Bahasa & Pustaka
Polis sudah berada di merata-rata penjuru di sekaliling dan dalam kawasan Dewan Bahasa dan Pustaka di mana Debat di antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabeery Chik akan berlangsung.
Crew TV kelihatan sedang membuat persiapan terakhir untuk siaran dan rakaman acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Laporan oleh Leo
———————————————————-
Malaysiakini.com
PKR kecewa debat Anwar-Shabery
Jul 15, 08 3:09pm
PKR melahirkan kekecewaan berhubung perubahan saat-saat akhir program debat isu kenaikan harga minyak antara penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.
Debat yang asalnya dijadual sepanjang 90 minit kini dikurangkan kepada sejam, termasuk lapan minit iklan, kata ketua penerangannya Tian Chua.
Beliau juga kecewa dengan keputusan menukar saluran televisyen kepada TV9, asalnya TV3, yang belum mempunyai liputan menyeluruh.
Bernama TV dan Astro Awani akan turut menyiarkan siaran langsung debat “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” mulai jam 9 malam ini.
“Apa yang mengecewakan lagi ialah, disebabkan oleh pertukaran stesen penyiaran dari stesen kerajaan kepada stesen swasta, masa penyiaran telah dikurangkan dari satu jam setengah kepada 52 minit ditambah dengan 8 minit iklan,” kata Tian dalam satu kenyataan.
“Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.
“Tindakan ini timbul tidak lain daripada rasa takut BN untuk berhadapan dengan Anwar dalam isu yang menjadi perhatian semua rakyat.”
Bagaimanapun, tambahnya, Anwar akan tetap menghadiri program debat tersebut anjuran Agendadaily.com yang diadakan di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.
July 15, 2008 - Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 5 Comments
5 Comments »
Leave a comment
-
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blog -
Winston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give. -
Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
-
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com -
Recent Posts
- Kes Kem PLKN Cini
- Tahniah kepada YB Nurul Izzah dan Sharir
- PKR Wanita challenges Shahrizat
- Malaysia Negara yang Tersenarai Hitam sebagai Destinasi Pemerdagangan Manusia
- SIDANG DEWAN RAKYAT BERMULA
- Ulasan Anwar tentang ucapan OBAMA
- SEKITAR KEMPEN PRK N12 PENANTI
- Aminah di Tawar jawtan TKM?
- N12 PENANTI -HARI PENAMAAN CALON
Kalender 2009
-
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 280,808 hits
-
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politics Blogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- Tunku Abdul Aziz dilantik SenatorNaib Pengerusi DAP, Tuanku Abdul Aziz Ibrahim dan Setiausaha PKR Pulau Pinang, Mustafa Kamal Mohd Yusuff hari dilantik sebagai Senator hari ini.
- Keluarga Mohan beri penghormatan terakhirMajlis Agama Islam Selangor (MAIS) membenarkan keluarga Mohan Singh untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya sebelum allahyarham dikebumikan secara Islam.Muda Mohd Noor
- 'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversiTerdapat tarikan baru di Seksyen 7, Shah Alam - sebuah rumah mewah di kawasan seluas setengah hektar milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.Andrew Ong
- Tunku Abdul Aziz dilantik Senator
Suara Keadilan Online- Liberalisasi Ekonomi: Najib Cuma Nak Jadi Popular, Kata Mahathir July 4, 2009Tun Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara. Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India. Antara yang diumumkan oleh Najib ialah […]
- Malaysia’s Anwar Ibrahim Faces A New Trial July 4, 2009In September of 1998, Malaysia and the world were stunned when its Deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim, was suddenly sacked, and a short while later arrested on charges of corruption and sodomy. Incredibly, almost 11 years later, he is facing the same nightmare all over again, with his trial on a new charge of sodomy…
- Liberalisasi Ekonomi: Najib Cuma Nak Jadi Popular, Kata Mahathir July 4, 2009



BN ni kalau nak debat biar lah secara profesional! aduh, belum apa apa lagi dah tewas dah!
Comment by hafiz | July 15, 2008
Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.
–> Inikah yang kamu fikir? Saya tidak fikir begitu. Sekiranya agenda asal adalah untuk ‘menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan’, kenapa bersusah-payah untuk diadakan debat ini pertama kalinya?
Saya membaca banyak blog – dari proBN, proPR, bebas dsb. Tetapi mentaliti lemah sebegini amat merugikan, terutamanya bila ia datang dari seorang MP. Saya mencadangkan anda menjadi lebih analitikal agar dapat membawakan isu rakyat dengan lebih berkesan. Selamat berjuang untuk rakyat, YB.
Comment by Pengundi | July 15, 2008
Isu kenaikan minyak adalah isu global. Mengapa rakyat Malaysia tidak memahami keadaan ini. Semua pihak akan merasai sedikit kesukaran melangsungkan kehidupan akibat dari kenaikan harga barangan. Debate seribu kali pun tiada berguna kiranya isu ini sekadar ingin dijadikan batu loncatan untuk meraih sokongan rakyat. Pihak berwajib sedang menggunakan pelbagai kaedah hasil kajian terperinci menangani isu ini termasuklah kaedah yang disarankan oleh pihak yang tidak sayangkan keamanan dan perpaduan orang Melayu. Apa susah-susah nak buat demontrasi atau lain-lain bentuk bantahan. Semua golongan rakyat menanggung masalah ini. Tidak ada yang terkecuali. Kita perlu sedia menghadapi pelbagai kemungkinan sama ada yang selesa atau sebaliknya. Jadilah rakyat yang baik.
Comment by Bahagia Rahman | July 16, 2008
Salam Pengundi,
Saya harap bahawa sdr maklum bahawa yang buat komen tersebut ialah YB Tian Chua, dan bukan saya? Malaysiakini cuma melaporkan pandangan tersebut as per verbatim.
Dan Leo, dari pihak moderator pula, yang meletakkan berita dari Malaysiakini untuk di kongsi, walaupun saya sendiri tidak berapa minat untuk meletakkan berita malaysiakini di blog saya, sebab saya berpendapat para pembaca boleh buka website malaysiakini sendiri.
Walau apa pun, saya cuma ingin hi light bahawa ianya bukan ‘personal opinion’ saya
Comment by Fuziah Salleh | July 16, 2008
blog ini blog rempah ratus.bagus dpt akses berita malaysiankini kerana saya tidak langgan.teruskn papar news malaysiakini.ia terkini.
Comment by kurtping | July 16, 2008