Kuantan: Program Sumbangan Beras
TARIKH: Sabtu, 12hb Julai 2008
Masa: 9.30-11.00 pagi
Tempat: Annexe Rest House
Kehadiran: 60 orang tetamu termasuk NGO, AJK, AMK, JDM dan penerima sumbangan.
Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Norhasanin Ahmad, selaku coordinator program dan diikuti oleh bacaan do’a oleh Tuan Haji Alias Awang.
YB Hajjah Fuziah Salleh telah menekankan kepentingan bahawa masyarakat perlu dibentuk menjadi ‘civil-society’, masyarakat yang terkesan dengan keresahan dan kesusahan yang dihadapi oleh kumpulan masyarakat lain. Selaku ahli Parlimen beliau menekankan bahawa kesusahan rakyat adalah tugas utama yang perlu ditangani oleh kerajaan. Sebagai ahli Parlimen beliau mengingatkan bahawa tugas ini tidak boleh dipolitikkan untuk menutup kegagalan kerajaan negeri menangani isu yang sebenar. Permasalahan setinggan yang wujud di Kuantan sebenarnya masih gagal ditangani dan pihak kerajaan negeri mengambil pendekatan bahawa jumlah orang miskin adalah kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Sikap kerajaan yang masih mengelak dari mengakui bahawa kemiskinan merupakan masalah besar adalah amat dikesalkan. Usaha kerajaan menggunakan media massa dengan memberikan data yang tidak benar merupakan sikap ketidaktanggungjawaban yang tidak boleh dimaafkan.
Pada masa yang sama isu ini memerlukan tindakan pantas dan tentunya penglibatan dari anggota masyarakat yang berkemampuan dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh masyarakat. Sikap masyarakat harus diperbetulkan dan dididik untuk memahami kesusahan.
Dalam majlis ini juga beliau menyeru kerajaan negeri mengambil langkah segera dalam isu tanah rakyat yang masih gagal diproses. Isu kenaikan diesel juga disentuh dan menganggap alasan-alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah tidak munasabah dan seolah-olah mengkhianati rakyat. Keprihatinan kerajaan dalam memperjuangkan kemiskinan adalah amat dipersoalkan dalam pada masa yang masa masih memikirkan keperluan menjalankan projek mega. Isu peruntukan tambahan RM 20 billion juga disentuh dan dilihat sebagai kegagalan kerajaan pusat berbelanja dan merancang ekonomi yang lebih baik.
Kehadiran badan bukan kerajaan seperti MACMA, ABIM, HALUAN dan wakil dari parti PAS telah menyerikan lagi majlis yang diadakan ini.
Sebanyak 130 bungkus beras, 10 kilo telah diedarkan kepada penerima yang berkelayakan. Pihak orang ramai juga dimaklumkan bahawa program ini adalah berkala dan mengharapkan orang ramai dapat mengambil sikap pro-aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan.
MediaKeadilanKuantan
July 12, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Economy, Ekonomi, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | No Comments Yet
Perbahasan Parlimen : Verbatim dari Penyata Rasmi
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya, pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Belum dengar
pun wanita bercakap pagi ini.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua…
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Soalan saya semalam belum dijawab.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya
mohon penjelasan ya. Berkenaan dengan subsidi tadi dan mengambil kira juga rasional yang
digunakan oleh Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya mengapakah tidak diambil kira
pendekatan menggunakan tiered subsidy? Contohnya rasional yang menggunakan rebat itu
ialah ia berlaku adil kepada pengguna-pengguna kenderaan yang berbagai-bagai jenis ini.
Mengapakah tidak digunakan tiered subsidy kerana rebat itu apabila mereka dapat, oneoff
sekali sahaja setahun? Sedangkan hari-hari mereka susah membeli minyak. Sekiranya
tiered subsidy digunakan dan dimasukkan ke dalam kad, dia customize untuk tiap-tiap individu
Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya kenapa sistem ini tidak diexplore ataupun tidak
diambil kira?
Perkara yang kedua Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan pengangkutan awam
tadi, saya juga ingin mengatakan bahawa walaupun harga kos pengangkutan awam, tambang
pengangkutan awam tidak ditingkatkan, akan tetapi banyak tempat seperti Kuantan contohnya
memang tidak ada sistem pengangkutan awam yang baik. Maka orang-orang terpaksa
menggunakan kenderaan sendiri dan ini membebankan juga.
Saya ingin bertanya kenapa pihak kerajaan tidak mengambil kira kesemua aspek ini dan
kalau rasionalnya adalah adil, tentu sekali satu sistem pendekatan yang adil digunakan juga?
…
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya hendak balik kepada cadangan Yang Berhormat Kuantan. Ini saya anggap sebagai cadangan yang begitu baik. Itulah kita harap-harapkan cadangan seperti ini satu tied
subsidy system. Itu satu cadangan yang baik dan inilah kerajaan cuba melaksanakan tapi Tuan
Yang di-Pertua, tied system itu satu sistem yang baik sebab kita naikkan harga sehingga harga
pasaran tapi kita bagi kad.
Kad yang disebut seperti oleh Yang Berhormat Kuantan kepada mereka yang
memerlukan dan kita tengok dan kaji, siapa yang memerlukan. Mungkin mereka yang
berpendapatan RM2000 ke bawah, RM3000 ke bawah. Siapa yang daif, siapa yang miskin dan
kita boleh mencari satu data untuk dan membuat satu keputusan supaya mereka ini harus diberi
bantuan, dan mereka inilah akan diberi semacam purse dalam mungkin kad pengenalan untuk,
katakan RM200 sebulan kah, dan mereka yang memerlukan lebih, diberikan lebih mungkin
RM300, RM200, RM100 ini yang disebut oleh Yang Berhormat Kuantan, Dan mereka boleh pergi
ke tempat minyak ataupun petrol kiosk, dengan izin untuk membeli setakat itu. Itu satu cadangan
yang baik dan inilah cadangan yang pada asalnya kerajaan menimbangkan tapi kita diberitahu
bahawa tidak ada data system infrastructure untuk melaksanakan sistem ini dengan serta-merta
dan kita berbincang dengan begitu banyak pihak. Kita diberitahu bahawa mungkin sistem ini
boleh diwujudkan tetapi makan masa. Sekurang-kurangnya enam bulan dan kita masih
berbincang dengan mereka. Dalam tempoh enam bulan itu, kita telah melaksanakan satu sistem
yang lain yang dapat dilaksanakan dengan cepat, dengan mudah tapi sistem ini sedang
dibincangkan. Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
——————————————————————————–
Ulasan saya mengenai jawapan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop:
Rasional subsidi minyak, menurut Menteri kewangan, ditarik balk kerana sepatutnya orang kaya dan mampu tidak seharusnya diberi subsidi. Sebab itu hanya motokar 2000cc kebawah layak menerima subsidi.
Menggunakan rasional yang sama, saya telah mencadangkan agar digunapakai sistem subsidi yg dikhususkan (customised) kpd pengguna petrol di mana rebate card (macam kad debit) diguanakan ole rakyat yang membeli minyak setiap hari. Ia dinamakan tiered subsidy. Bukan memberi kad kepada Rakyat yang nilainya boleh habis hanya dalam masa satu hari!
Saya telah membuat kajian bahawa tiered subsidy ini boleh, mudah dan telah dilaksanakan di negara lain seperti Oman.
Seorang Menteri Kewangan yang spontan menyatakan kebagusan cadangan dari seorang Wakil Rakyat Pembangkang di Parlimen memperlihatkan bahawa kerjaan telah tidak memikirkan dan mengambil langkah proaktif yang komprehensif dalam usaha mengurangi beban rakyat. Alasan bahawa perlaksanaan tiered subsidy yang sangat bagus ini mengambil masa dan tiada database yang releven untuk pengoerasiannya amatlah mengecewakan sama sekali. Apakah sebuah kerajaan yang mempunyai jentera yang cukup dalam arahan dan pentadbirannya tidak mampu berbuat sesuatu yang terbaik untuk rakyat? Apakah kerjaan tidak ada konsultan dan pakar-pakar yang boleh membantu dan menasihati dalam membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat? Hal subsidi ini merupakan perkara yang besar yang sepatutnya diambil berat oleh kerajaan dan juga untuk memikirkan kesan jangka panjangnya terhadap Rakyat.
Keputusan mengenai menarik subsidi ini telah dibuat selepas Parlimen selesai bersidang. Apabila Pakatan Rakyat memohon sidang tergempar Parlimen dibuat, kerjaan telah buat tidak endah saja. Sebenarnya kerajaan telah tidak langsung membuat keputusan dengan memikirkan kepentingan dan kesan jangkapanjang negara dan Rakyat.
Sememangnya layak usul Tak Percaya kepada PM dan seluruh kabinetnya kerana mereka telah gagal mengurus dan menangani masalah-masalah Rakyat.
July 12, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Parliament, Parlimen, Politics, Politik Baru | | 1 Comment
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 300,897 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- MB S'gor tiada kuasa halang sertai kursus BTN November 26, 2009Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN), kata Timbalan...
- BN kenal pasti calon di Kota Siputeh? November 26, 2009BN telah mengenal pasti calon yang sesuai sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh, kata sumber Umno bahagian Jerlun.Menurutnya, calon yang disebut-sebut layak mewakili BN ialah naib...
- 'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan' November 26, 2009Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian kerana ayahanda telah tua dan keletihan...
- MB S'gor tiada kuasa halang sertai kursus BTN November 26, 2009
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta bantua […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009
